Ketua baru Kita sedia terima Zamil
20 Disember 2012
Presiden baru Kita, Masrum Dayat
PETALING JAYA - Masrum Dayat, yang mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) sejak lebih sebulan lalu berkata, beliau sanggup bekerja dengan sesiapa sahaja termasuk mereka yang pernah dipecat demi kepentingan parti tersebut.
Sehubungan itu katanya, beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang hendak kembali ke pangkuan Kita termasuk Zamil Ibrahim yang mendakwa beliau juga Presiden Kita.
"Zamil boleh menulis kepada saya... Kita sedia mengkaji semula demi kepentingan parti, tiada masalah," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Difahamkan Zamil akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkembangan tuntutan beliau sebelum ini.
Berdasarkan laporan Februari lalu. Zamil, bekas Pengerusi Kita Kedah mengisytiharkan dirinya sebagai presiden baru parti berkenaan.
Beliau juga telah menghantar "laporan rasmi" kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Zamil yang sehingga kini mendakwa dirinya Presiden Kita berkata, laporan itu bertujuan memberi penjelasan mengenai pelbagai peristiwa dalam parti itu sejak bulan lepas, yang menurutnya sehingga membawa kepada pemilihan beliau untuk menerajui parti pada Mesyuarat Agung Luar Biasa Kita di Kota Bharu awal Februari lalu.
Katanya, laporan itu turut memberi penjelasan mengenai penolakan keputusan parti sebelum ini yang memecat beberapa pemimpin parti termasuk beliau sendiri selaku Pengerusi Kita Kedah, selepas keputusan itu dilihat tidak mematuhi perlembagaan parti.
Masrum, ketika itu Setiausaha Kita berkata, mesyuarat di Kota Bharu itu, yang diketuai Zamil, bukan mesyuarat Kita.
Kita yang ditubuhkan kira-kira dua tahun lalu, diberikan surat tunjuk sebab oleh RoS pada 9 Februari lalu bagi menjelaskan kenapa parti itu tidak boleh dibatalkan pendaftaran selepas didapati melanggar beberapa peruntukan parti dan pertubuhan.
Mengulas lanjut, Masrum berkata, sehingga pihaknya tidak menerima sebarang makluman atau surat perkembangan susulan siasatan yang dijalankan oleh RoS, pihaknya menganggap tiada apa-apa masalah atau isu dengan status Kita.
"Siasatan pernah dijalankan. Pegawai-pegawai RoS pernah datang dan jumpa saya, setakat ini tidak ada apa-apa maklum balas RoS.
"Oleh itu, saya merasakan segala urusan Kita adalah teratur, tiada tindakan RoS, kami meneruskan parti seperti biasa. Jadi, jika saudara tanya saya sama ada sedia menerima Zamil balik, sebagai ketua baru, saya tidak ada masalah, beliau boleh mohon dan kami akan timbangkan... tiada masalah," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment