Tuesday, December 18, 2012

Isu Kak Jat & 13 Mei - Alhamdulillah.... lepas nie orang yang bercakap pulak di harap diambil kenyataan.

Baguih la macam tuuu lepas nie KAK JAT pon kena diambik keterangan jugak.... dia yg dok api-apikan 13 Mei.. Orang dok DOA mintak simpang perkara macam tu dalam negara yg MAJMUK dan BERBILANG KAUM nie dia pulak dok bubuh bara api...

13 Mei: Polis ambil keterangan Pengarang Berita Harakahdaily




KUALA LUMPUR:

KUALA LUMPUR: Pengarang Berita Harakahdaily, Nazri Abdullah diambil keterangan oleh polis ekoran laporan ulasan terhadap kenyataan Shahrizat Abdul Jalil yang khuatir tragedi 13 Mei 1969 berulang jika Umno tidak lagi berkuasa.

ASP Chua Wee Seong dari IPD Dang Wangi mengambil keterangan beliau di pejabat Harakahdaily, di sini kira-kira 40 minit bermula jam 12.10 tengah hari.

Sebelum ini, polis mengambil keterangan dari Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong.

Ia berkaitan dengan laporan Harakahdaily yang melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar  mengarahkan semua peringkat PAS membuat laporan polis terhadap ucapan Shahrizat di PAU 2012 baru-baru ini.

Shahrizat pertahan kenyataan 13 Mei, bidas laporan media

TERKINI @ 04:29:31 PM 29-11-2012
November 29, 2012
KUALA LUMPUR, 29 Nov — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tidak menjadi satu kesalahan apabila dia mengungkit insiden rusuhan 13 Mei pada perhimpunan Wanita Umno dan menyalahkan media sebagai "tidak profesional" kerana melaporkan bahagian kenyataan tersebut dalam ucapannya.

Beliau menyatakan banyak perkara lain lebih penting dalam ucapan dasarnya tetapi sebaliknya isu rusuhan kaum yang menjadi fokus utama media tersebut.

"Saya balas balik kepada mereka (media), tanya mereka - adakah mereka mahu mewujudkan ketegangan?

"Sebab itu bukan niat saya... mereka akan wujudkan ketegangan dengan sengaja dan berniat jahat apabila mencedok kenyataan itu dalam ucapan saya," kata Shahrizat (gambar) kepada wartawan semasa ditanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata beliau adalah "anak 13 Mei" yang melihat orang awam menjadi "mangsa" dihadapan matanya sendiri serta memberikan insiden tersebut adalah sebab utama beliau menyertai parti Barisan Nasional (BN).

"Saya adalah anak 13 Mei. Sebab utama saya mahu menyertai Umno adalah kerana (ia) berlaku dihadapan rumah saya. Saya melihat semua kaum menjadi mangsa pada masa itu.

"Dan saya sertai Umno, saya mahu Barisan menang kerana ia akan satukan semua rakyat dan bukan kehancuran," tambah beliau.

Shahrizat juga menegaskan ia bukan menjadi satu kesalahan dengan merujuk atau memetik sebahagian sejarah, memanggil insiden 13 Mei sebagai "sejarah hitam".

Semalam The Malaysian Insider melaporkan Shahrizat membangkitkan isu rusuhan kaum 13 Mei semasa ucapan dasar di perhimpunan Wanita Umno bagi mengesa delegasi untuk bekerja keras demi kemenangan Umno.

Ahli politik tersebut memberitahu dihadapan 1,000 delegasi di PWTC kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya semalam.

Shahrizat turut menekankan lima halangan utama Umno yang perlu diperbaiki menjelang pilihan raya mendatang termasuk pertembungan dengan musuh utama PAS, pengundi muda dan memastikan kaum Melayu terus memegang kuasa.

"Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969," kata Shahrizat.

No comments:

Post a Comment