Friday, April 29, 2011

Kita Semua Sedang Menanti Bala

Sesudah Subuh

(kemaskini) TANPA kita semua menyedari kita semua menanti bala besar yang akan menimpa negara dan rakyat atas kecelakaan yang kita undang sendiri. Bala sedang mara manakala kita semua sedang leka.

Nasib atau keadaan kita persis lembu yang tertambat kejap dengan seutas tali pendek sedang padang di sekelilingnya sedang dibakar api.
Apa pula menyala dan marak menyala dengan ganas dan rakus. Angin pula kian gila bertiup. Begitulah keadaan dan nasib Melayu hari ini.

Tunggulah kita semua akan merasai pedih dan azab atas kecelakaan yang kita tempa. Kalaulah kita tidak sempat menikmati kesakitan itu kerana nyawa dicabut Tuhan di tengah pkerjalanan anak cucu kita akan merasainya sebagai mewakili kita atas kezaliman yang kita sendiri lakukan.

Sebenarnya segala macam kezaliman sudah berlaku di atas bumi kita. Tidak ada satu pun dari sekian banyak tanda tanda kezaliman yang akan membawa kepada kemusnahan yang belum berlaku, semuanya sudah berlaku atau sedang bermula. Zaman jahiliah yang dibenci dan dicemuhi akan menjelma sepenuhnya di tanah air ini.

Bangsa Mekayu tanpa sedar dikifarahkan oleh Allah. Kita sebenarnya sedang menanggung kemusnahan, menanti bumi hancur sahaja lagi.
Agama, budaya, peradabatan kita sudah jahanam. Orang Melayu sudah tidak ada 'basa', akal budi dan maruah lagi. Semuanya sudah ditelanjangkan dan kemaluannya dilihat sendiri. Keaibannya digantung di muka pintu rumahnya.

Kita semua sudah menutup rapat pintu syurga dan membuka pintu neraka. MasyaAllah. Tangan kita semua telah kita satukan untuk membuka penyelak pintu neraka dan sedang membimbing tangan anak beranak menuju ke dalam kilauan apa haram.

Apakah tuhan menyediakan neraka sebahagiannya untuk bangsa Melayu? Kenapa tidak, kita mengaku beriman tetapi tidak berpegang kepada agama. Kita mengakui Islam tetapi tidak mempunyai tingkah laku sebagai orang Mukmim.

Mekayu menjadi bangsa penzalim, pendendam dan pemakan daging sendiri. Melayu rela dan tergamak mengkhinati sesama sendiri. Tidak ada kasih sayang lagi sesamanya. Tidak ada lagi hormat menghormati. Tanpa kita insaf dan sedar kitalah membunuh segala akal budi itu.

Manalah ada maruah lagi, bila kita selek dan tunjukkan semua kejelakan dan kehuduhan diri kita. Kita pertunjukkan sifat buruk bangsa kita kepada dunia.

Orang Melayu sebenarnya sudah dedil, merasa apa yang dilakukannya sudah baik, terhormat dan bijak.Sebenarnya ianya bodoh sebodohnya.
bangsa yang menjadi agen penyebar fitnah.

Menuduh di antara satu sama lain menjadi pembunuh, pengkhianat, pemaksiat dan penggali kubur bangsa sendiri. Melayu tidak tahu malu kepada kawan dari kaum dan keturunan lain. Semuanya kebejatan dan kejekkan bangsa Melayu sudah melakukannya.

Apa yang tidak berlaku lagi? Pembunuh fizikal, pembunuh karektor sudah pun berlaku dan ia akan terus berlaku sampai tertutupnya pintu syurga.

Kenapa ini berlaku kerana tamak haloba. Orang Melayu menjadi temoo kepada kuasa. Melayu yang jahil mengira kuasa dan kedudukan adalah kemuncak pencariannya dalam hidup.

Inilah Melayu yang saya selalu anggap suku manusia di dunia ini yang separuh masak. Bangsa yang cerdik tidak boleh ditunjang dan bodohnya serta bebal tidak boleh diajar.

Duhai orang Melayu semua sedarlah. Kepada yang tidak mahu mengalah dan berdengki, mengalahlah kerana dengan tindakan anda boleh membaiki sedikit maruah Melayu. Sebelum pintu neraka terbuka luas dan ensalnya lokah mari kita berdoa dan memohon keampunanNya.

Tuhan masih ada sisa kemaafan untuk kita, marilah. Jangan khianati amanah Allah kepada kita. Marilah berubah sebelum Tuhan menarik balik atas segalaa nikmat yang kita tidak syukuri kerana kita merasai hebat. Marilah kita semua kembali sedar tanpa membuat sumpah laknat.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tersembunyi di lubuk hati setiap hambaNya. Saat memanti kuliah Tok Guru bermula.

Mohd Sayuti Omar,

2 comments:

  1. Hari ini Eskay Abdullah anak kepada Siam bekas pekerja JKR yang pernah menghuni quarter JKR belakang TNB Sungai Petani sekarang telah mengangkat sumpah laknat.
    Pihak UMNO meraikan sebagai satu kemenangan dan pihak Pakatan merumuskan ini kerja orang tak tahu hukum agama.
    Episod bermula sebaik sahaja satu video sex mirip ketua pembangang di pertontonkan olih Eskay bersama dua lagi individu yang menamakan diri mereka Dato T.
    Sepatutnya episod ini mudah dimatikan olih mereka mereka yang tahu siapa Anwar Ibrahim dan siapa Dato T bersama siapa dibelakang kerja kerja mereka.
    Namun begitu,itulah sifat manusia,lupa dan lalai menyebabkan mereka terperangkap bersama sama dalam isu in.
    Masing masing mengulas itu dan ini.Dari hotel kepada kondominium,dari Bangkok kepada KL,dari rambut kepada perut,dari pelacur siam kepada pelacur cina universiti swasta.
    Lebih terok bila ulasan melibatkan kerjasama Pakatan diberi keutamaan.
    Sikap mencurigai telah timbul walaupun tidak dizahirkan begitu.
    Perangkap yang dipasang bagi isu ini dilanjutkan sudah dilupakan.
    Apakah perangkap itu?.
    Satu ungkapan mendatangkan keributan ini.Menambah pada prasangka pada kerjasama erat sebelum ini.
    VIDEO ITU TULIN.Itulah puncanya.
    Sebaik saja ungkapan ini keluar dari pihak polis,tiada kedengaran dari pihak pakatan mempertikaikannya.Jika ada pun ia dimatikan dengan ulasan demi ulasan terhadap siri video pendek yang didedahkan.Perbandingan demi perbandingan dibuat.Mereka dalam pakatan seolah telah lupa siapa polis mengikut isi surat Dato Mat Zin Ibrahim bagi cerita cerita kes penganiaan terhadap Anwar bagi episod liwat 1998.Mereka juga lupa kes kes yang sedang sekarang ,samada libatkan Anwar atau pemimpin pembangkang lain.Bagi pakatan untuk kali ini polis telah bercakap benar,dan mungkin polis memang telah bercakap benar tetapi pada video yang ada pada mereka..
    Percaya VIDEO ITU TULIN adalah key nya.Sebab itu walaupun keserabutan watak dan tempat diakui olih Eskay,ia tidak dijumpai titik untuk merungkainya.Penggunaan kepakaran IT telah tidak diambil kira kerana VIDEO ITU TULIN.
    Video hanya satu,yang tulin,tiada salinan.Itu kata Eskay.Tetapi ianya bertaburan dalam internet adalah cerita yang sama.Tulinkah ia? Inilah yang perlu pakatan menetapkan pendiriannya semula.

    ReplyDelete
  2. Masalahnya Jab...orang2 PR sendiri..
    suka ikut rentak gendang yang di palu oleh UMNO...
    UMNO anjurkan joget lambak...ulamak dah kata haram kalau kita dok dalam majlis..tapi yang jadi masalah tu ada juga yang curi2 nak masuk tengok...jadi ini yang masalah....
    Aku langsung tak ingin nak tengok video tersebut walaupun blogger PR tergila2 juga nak tonjolkan dalam blog mereka...nak kata apa itu blog depa...inilah golongan yang mencuri2 tengok joget lambak tersebut...
    Sebenarnya kes ini biar DSAI yang menghadapinya...Dia telahpun buat repot polis jadi tak jadi masalah...bahagian kita adalah menilai bila mana kes tersebut akan dikendalikan nanti...nak buat analisa misaila,janggutla,DNA la itu semua bukan kerja kita..kalau kita dapat buktikan itu palsupun siapa yang mahu terima...jika didalam mahkamah barulah lain cerita...
    rakyat akan menyaksikan sendiri sehingga kes liwat yang pertama sering bertukar tarikh...disinilah rakyat semua akan tahu bahawa tuduhan tersebut adalah palsu...
    UMNO memang bijak membawa ISU untuk mematikan perbuatan buruk mereka...ISU video ini akan berlarutan sehingga PRU13...
    Menarilah Pemimpin2 PR bersama2 penyokong PR akibat alunan muzik joget lambak tersebut...walaupun sayup2 kedengaran..

    ReplyDelete