Sumpah laknat: Eskay tak hadir, masjid kecoh
Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.
Mereka berkumpul di situ kerana sebelum ini, salah seorang anggota trio 'Datuk T" - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - memberitahu semalam yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.
Semalam, Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan itu hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.
Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar.

Dua lagi anggotanya ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Keadaan bertambah panas apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.
Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Selepas itu, kedengaran penyokong PKR bertakbir, dan keadaan menjadi bertambah panas apabila perkataan kasar, seperti 'bodoh' kedengaran di kalangan mereka yang berada dalam masjid.
Berikutan itu berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dan wartawan di situ,
Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid yang bergerak keluar ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.
Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.
Beliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.
Abdul Razak berkata, beliau difahamkan upacara sumpah laknat itu telah dibatalkan.
Difahamkan terdapat wartawan yang mendapat kiriman SMS dari Eskay pada jam 2 petang tadi, memberitahu yang beliau bersolat Jumaat di masjid lain dan dalam perjalanan ke masjid di Sentul baru itu.[Malaysiakini]

Sumpah Laknat atau Askay yang laknat - habih huru hara du buatnya..
ReplyDeleteSEDAP TAJUK POSTING KEDAHLANIE KALI NI ... sedap sungguh!
"Sumpah Laknat atau Askay yang laknat" : Tak kesah la sapa yang laknat, asalkan dia berani tanggung laknat Allah, sudahlah. Semoga laknat Allah itu lebih cepat diterimanya jika benar dia MEMFITNAH Anwar.
"habih huru hara du buatnya..":
Aik! Habis huru hara di buatnya ???
WAHHH ! Sapa sebenarnya yang bikin huru hara tadi? Eskay & geng dia kah? Ataupun adakah Eskay yang suruh bikin demo dalam masjid untuk jadikan huru hara, kah?
Atau ada la pihak yang tak berkenaan (AMK PKR & PAS termasuk DAP) yang bikin huru hara seperti yang menjadi tajuk KedahLaNie ni?
AKu pelik gak dan aku tau ramai rakyat yang merasa pelik, kenapa si Syamsul AMK tu pulak nak kalut pi berdemo sampai ke dalam masjid tadi???
SEDANGKAN YANG NAK BERSUMPAH LAKNAT TU ESKAY SAMADA TERHADAP DIRINYA ATAU ANWAR, .... maknanya 50-50 ... Hanya Allah yang Tahu patutkah diturunkan laknat itu, sebab itu hak mutlak Allah!...
Lain la kalau yang nak bersumpah tu tadi adalah Anwar sendiri, elok lah depa (AMK) pi berdemo untuk tegah dia berbuat sedemikian!
Ni tak, Eskay yang manjadi MUSUH PKR, nak pegi buat sumpah laknat (yang dikatakan kononnya tiada dalam hukum Islam tu), TAPI dia pulak didemonstrasikan dan sampai masjid jadi huru hara! BETAPA PELIKNYA !
Sepatutnya, kalau benar itu FITNAH SEMATA-MATA, maka AMK perlu buat dekkk aja kepada si Eskay tu kalau dia nak bersumpah, sebab AMK dok kata sumpah macam tu cara tak betui & tiada dalam Islam, biaq pi kat eskay la nak kena tanggung 'dosa bersumpah' ... AMK tak payah kalut kalau itu benar-benar FITNAH!
Tapi, nampaknya macam sebaliknya, sebab itu bukan FITNAH kot, sebab itulah depa nak SEKAT SUPAYA SUMPAH TU TAK DILAKUKAN, TAKUT2 NANTI KESAN SUMPAH LAKNAT TU akan kena kepada Anwar (bos depa) pulak ! ITU LA TANGGAPAN RAKYAT apabila tengok kelaku AMK tadi tu!
AloQStaQ
AloQStaQBlog.blogspot.com
Eskay telah melakukan apa yang dikatakan sumpah laknat.Di apit olih dua lagi anggota trio.Siap berbaju kalis peluru.Tidak cukup dengan itu,ditambah dengan kawalan keselamatan olih mereka yang punya ketul ketul paku diatas bahu baju nya.
ReplyDeleteKenapa begitu takut.
Inilah jawapan lain selain dari jawapan berkaitan agama kenapa Anwar enggan melakukan apa yang di sebut sumpah laknat ini.
Keselamatan keluarga diutamakan olih Anwar.
Anwar amat tahu siapa musuh musuh politik beliau.Bukan setakat kaki rasuah,kaki arak+kaki judi,kaki rogol malah kaki mengarahkan bunuh pun mungkin ada dikalangan mereka mereka itu.
Anwar amat tahu,jika sumpah laknat dilakukan,ianya seolah sedang mengundang musibah "buatan" pada seluruh anggota keluarganya.Para binatang binatang ini akan merencanakan "musibah ciptaan sendiri" kepada Anwar dan juga keluarganya.
Kemurkaan Allah akibat sumpah Anwar perlu ditunjuk supaya bala yang dibuat dan dirancang itu dapat diguna untuk membeli semula kepercayaan pada mereka yang telah hilang pada UMNO dan penghinaan pada kaum keluarga Anwar dapat terus dicanangkan.
Penyokong penyokong binatang binatang ini akan menyimpul ini adalah andaian,tetapi mereka yang bijak sudah pasti dapat menghidu peratus yang tinggi kemungkinan berlaku perlakuannya.
Tengok bagaimana percaturan keselamatan dibuat dalam sumpah laknat Eskay.Siap dengan kawalan VVVIP olih PDRM seolah olah inilah justifikasi acara rasmi kerajaan dan polis perlu mengawal dan memastikan keselamatan Eskay dan trionya terpelihara.
Mereka memakai baju kalis peluru seolah olah nyawa mereka berada di sebalik baju baju itu,tetapi mereka tidak sedar kesan pemakaian baju kalis peluru itu menyebabkan orang sudah dapat membaca apa yang berada dalam otak mereka jika Anwar menerima tawaran untuk mengadakan sumpah laknat.Bukan untuk kali ini sahaja,tetapi juga untuk kes terdahulu dari ini.
Sebaik saja Anwar selesai mengadakan sumpah laknat, "boom" diterima berita anaknya kesayangannya atau lain lain mereka yang terdiri dari orang rapat dengannya telah ditimpa musibah akibat bahana sumpah laknak yang baru dibuatnya.Ini yang mereka yang mahu dan mereka akan terbahak bahak ketawa kerana bala Allah telah datang,bala yang diatur olih tangan tangan mereka.
Apapun, ini adalah satu peristiwa yang memalukan umat Islam. Takda satu ustazpun yang akan mengajar anak muridnya untuk berbangga menuduh orang lain buat aib. Kecuali sekarang ni....
ReplyDeleteSubhanallah.