Video seks II: Polis, Datuk T bersekongkol, kata Saifuddin
SHAH ALAM 27 APRIL : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.
Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution percaya polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet.
" Penyebaran bahagian kedua atau ketiga sekali pun bukan merupakan satu perkara baru dan tidak memeranjatkan kerana perkara tersebut dilakukan oleh pihak polis sekali dengan bantuan Datuk T,” kata Saifuddin kepada TVSelangor.
" Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis.Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T," tambah beliau.
Saifuddin kesal diatas cubaan bertalu-talu untuk mengaibkan Anwar menerusi fitnah.
" Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka,” kata beliau.
Klip bahagian dua didedahkan pada hari sama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay menyerahkan DNAnya untuk “memperketatkan” fakta kes.
Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan.
Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.
Gandingan 'Datuk T” iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana “mahu menyelamatkan negara” .
Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk “membinasakan” Anwar kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman.
Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.
Saifuddin berkata persepsi umum bahawa video itu adalah fitnah Umno semata-mata diperkuatkan dengan tiadanya tindakan ke atas gandingan Datuk T sungguhpun terbukti mereka melakukan jenayah mengedar bahan lucah dan mengugut Ketua Pembangkang.
" Akibat dari pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas Datuk T, maka ini mengukuhkan lagi tanggapan awam bahawa video itu bermotif politik yang membabitkan pemimpin Barisan Nasional dengan kerjasama pihak polis sendiri,” kata Saifuddin.
Ditanya mengenai tindakan polis mengambil DNA Eskay, Saifuddin memnyifatkannya sebagai helah semata-mata untuk mengaburi agenda sebenar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
" Siasatan itu kononnya DNA diambil dan sebagainya hanyalah satu lakonan semata-mata… seolah-olah pihak polis sedang bertindak ke atas salah seorang Datuk T iaitu Datuk Eskay. Walaupun kesalahan mereka (Datuk T) sangat jelas di bawah Seksyen 292 tetapi siasatan polis kelihatannya tidak menjurus ke arah itu, “ kata Saifuddin.
Walaupun polis selesai menjalankan siasatan, Pejabat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berpuas hati dan dua kali mengarahkan siasatan lanjut dijalankan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai motif Gani.
Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin yang menyaksikan video penuh 21 minit itu menolak bahawa pelaku itu Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa tubuh pelaku.
- TVSelangor News

ini video 22.feb. 2011 dari TVselangor
- TVSelangor News
Pulun laaaa Pulun hangpa mempertahankan si Anwar Ibrahim Anugerah Tuhan tu ...
ReplyDeleteAdmin KedahLanie pun nampaknya masih utuh mempertahankan orang yang telah ditendang keluar dari UMNO sejak 1998 dulu (dikala beliau berjawatan TPM MALAYSIA!) disebabkan kami mengganggp dia sebagai najis.
Dia tidak perlu ada dalam UMNO, ditendang keluar ... akhirnya PAS yang dulu amat kuat membalun TPM tersebut sebagai musuh, telah mengambil langkah menjunjung najis UMNO itu sehingga kini.
Jangan terpedaya.
Doa kalian di seluruh pelusok tanahair bersolat hajat di padang2, di stadium2, di surau2, di masjid2 TELAHPUN ALLAH TUNAIKAN! Kebenaran sudah nyata di depan mata.
Jangan desak hati kalian untuk menidakkan yang Haq ... beranikanlah hati untuk mengkaji lebih mendalam mengenai Anwar pemimpin agung hangpa tu ... lagi di kaji, hasil penemuan itu pastinya boleh menyebabkan hangpa demam tak kebah!
Aku sekadar mampu berbicara, hangpa sendiri yang punya hak untuk terus menjunjung najis UMNO itu atau melakukan Istikhoroh dengan segera. DEMI ISLAM & MASA DEPAN NEGARA YANG AKAN DIWARISI OLEH ANAK-ANAK CUCU KITA JUGA ...
AloQStaQ
tak ada nak pulon aihhh kalau dia bersalah ambik ja sumbat dalam penjara tak ada sapa nak simpan org buat benda salah... disini kami sekadar timbulkan persoalan yg sepatutnya anda dan rakan2 anda jawab bukan terus menghukum... kita ada akal dan fikiran yg allah bagi jadi gunakanlah....sebab anda sendiri yg mampu membuat jawapannya... jika anda fikirkan bersalah maka bersalahlah ia..dan jika kami fikirkan tak bersalah maka tak bersalahlah jadinya... maka skrg utk menentukan salah tak bersalah maka timbullah persoalan yg kena jawabnya... antaranya spt gambaq dalam nie didedahkan rambut mamat tu malam toron pendek dan esok pergi mahkamah jadi panjang...ini dah jelas depan mata..jika bab jam omega tu kita tak tengok dan tak tahu itu biar polis uruskan...itu yg kami letakkan tajuk ANDA SENDIRI YG BUAT KEPUTUSAN... jadi terpulanglah pada anda yg menyaksikannya....
ReplyDeleteKedahlanie
ReplyDeleteNak buat macam mana,bukan setakat hati,tapi mata aloQstaR pun dah buta.aloQstar peringkat awal dulu,kira ok juga dalam hujahnya,tapi sejak umno makin parah ni,dia pun jadi parah juga.
aku berani kata macam ni pasai dah ada orang umno tempat aku kata video ni anwar pula yang buat dan edar.kiranya macam nak coverlah kata depa.sebab tu tak semacam yang depa tengok(pulak dah).bila depa kata macam tu,sah depa sendiri sahkan itu bukan anwar,tapi memang perangai umno macam aloQstaR juga,takut mengaku depa terkena dengan trio t
TQ kawanku sahabatku Admin KLN...
ReplyDeleteaku tau la kalau aku kata kot mana sekalipun , ianya tak kan menyebabkan hangpa nak beralih sokongan ,
Takkanlah semata-mata hanya kerana AloQStaQ yang sebut semua ni, hangpa akan sedaq kot!?? ... Aku yakin 120% takkan jadi punyalah!
... aku tau & sedaq semua tu, dan aku sedaq bahawa apa segala yang aku tulih kat sini, akan sia-sia saja ... ia takkan boleh menggoyangkan kepercayaan hangpa kepada Anwar walaupun hanya 1% sekalipun.
Yang boleh mengalihkan hati & kepercayaan tersebut hanyalah kesedaran sendiri dibantu oleh Kuasa Allah yang Maha Hebat.
Sebab tulah aku minta hangpa beristikhoroh tengok apa jawaban Allah untuk sama ada hangpa teruskan sokong Anwar, atau Tidak Perlu Lagi sokong Anwar.
Ada kawan2 aku yang sokong PR gila-gila punya , dok bagitau aku dalam seminggu-dua ni, KALAU BETOI YANG MAIN PELACUR TU ANWAR , APA HAL NYA ?? ... KAMI BUKAN BERJUANG UNTUK ANWAR SAHAJA ! KAMI BERJUANG UNTUK JATUHKAN BN YANG ZALIM & PERASUAH ... BUKAN PASAI ANWAR SANGAT PUN!
oooOOOooo lagu tu pulakkk !
Yang aku tau, tujuan PALING UTAMA penubuhan PKR (dulunya PKN) ditubuhkan adalah Keadilan untuk ANWAR.
Lepas wujud PKN tu, barulah PAS berkawan mesra dengan PKN atas sebab simpatikan Anwar (kononnya DIANIAYA oleh Mahazalim), merata tempat PAS dok ceramah pasai MAHAZALIM , ANWAR DIZALIMI , DR.M TAKUT PADA ANWAR , ANWAR TIDAK BERSALAH , ANWAR DIANIAYA & macam-macam lagi ... 90% semata-mata demi Anwar. ANWAR MEMANG DIANGGAP WIRA BARISAN ALTERNATIF. (belum wujud PR lagi waktu tu)
Mudah cerita la, kalau TAK KERANA DR.M YANG TENDANG ANWAR KELUAQ UMNO,
PKN (PARTI KEADILAN NASIONAL) TAKKAN WUJUD!
DAN PAS SELAMA-LAMANYA AKAN TERUS HENTAM ANWAR. Khasnya Abg Mat Sabu yang asyik dok syok balun Anwar siang malam Pak Syeikh Talam Muka Syaitan , Syeikh Al Juburi ... Tu masa dulu! Mungkin hangpa tak ingat dah!
Apabila Dr.M mendapat segala bentuk maklumat yang pastinya sahih sebagai PM, (dia yang terlalu sayangkan TPMnya yang dididiknya selama berbelas tahun),
Akhirnya, Dr.M mementingkan masa depan negaranya berbanding ANAK DIDIKNYA ITU! Dr.M fikir, kalau dibiarkan TPM itu naik menjadi PM kita semua. Amatlah berbahaya untuk masa depan negara!
Lepas Anwar ditendang, PAS dan DAP (yang ni confirm la sebab parti kapir!) pulak dok usung dan menjunjung Anwar di atas kepala sebagai pemimpin UTAMA Pembangkang ... ANWAR ! BUKAN HADI, BUKAN WAN AZIZAH, BUKAN LIM KIT SIANG! TAPI ANWAR ! ... Makna kata, ANWAR ADALAH IKON PEMBANGKANG !
Tapi, la ni hangpa pulak kalih pi sebut, "Kami berjuang bukan kerana Anwar, kalau dia bersalah pun kami tak kesah punyalah!" ... peliknya!
Aku harap sangat :
Percayalah kepada janji Allah "ID'U NI, AS TAJIB LAKUM!", Berdoalah kepadaKu, Nescaya Aku akan Memperkenankannya!" ...
Sekarang dah terbukti hampir 90%, segala DOA & permohonan melalui SOLAT HAJAT sejak 1998 dahulu, kini Allah sudah tunjukkan kebenarannya ...
Kalau masih lagi ragu-ragu dengan itu, buatlah Solat Istikhoroh demi memohon petunjuk sebenar. Jangan lupa, Allah itu MAHA BENAR.
AloQStaQ
Bang Jap ..
ReplyDeleteAlaaa abg jap ni memuji-muji la pulak ... tak yah la puji , saya tak kesah pun kalau kena keji dengan abg jap yang hebat gila ni!...
Dulu dengan la ni AloQStaQ sama saja, hujah saya memang tak pernah OK pun bagi puak PR, kalau OK dah tentu ramai geng abg jap (termasuk abg jap sekali) dah kalih dah. tak gitu abg jap ku?
hehehehe ...
Saya pun bukan nak berhujah apa-apa sangat, sekadar memberi sedikit maklumat dari pihak saya untuk (sekurang-kurangnya) diketahui & didengari oleh pihak lawan (geng2 PR di KedahLanie & termasuk bangjap sendiri) ... kalau nak pakai - Alhamdulillah, kalau tak mau pakai - pun saya Tak Kesah!
... manalah tau, nanti di Mahsyar nanti, Saya dok baguih punya lari pecut nak masuk Syurga Allah, tup-tup bang jap & kedahlanie punya geng 'daih' kaki sambil bagitau pada Robbul Jalil;
"YA TUHANKU, JANGAN BAGI SI ALOQ STAQ DURJANA NI MASUK KE SYURGAMU, SEBAB DIA DULU WAKTU BERPOSTING DALAM BLOG KEDAHLANIE, LANGSUNG TAK PERNAH BERUSAHA MENYEDARKAN KAMI SEMUA NI! ... LANGSUNG TAK BAGITAU KAMI, APA YANG DIA TAHU PASAL KEBENARAN"...
Hmmmm , tak pasai2 saya terjun.
Paham amik la yer. Walaupun situasi di atas tu nampak macam saya "merapu dana" , tapi kita jangan menidakkan janji Allah ...
Ini yang saya takuti dan saya mohon restu & Rahmat Allah membantu saya sekadar yang saya mampu untuk suarakan.
kalau dilihat dalam blog KedahLaNIe (yang sememangnya PIAW HIJAU BERKARAT PAIT ni, jarang-jarang saya melihat puak saya dok mai menghentam puak bang jap - macam saya dok buat sejak bertahun-tahun lepas) SAYA AKUI ADA MEMANG ADA, TAPI KONSISTENSINYA AGAK KURANG MENYERLAH. Ada la sorang dua kawan2 yang nampak rajin menghentam geng abg Jap, tapi say perlukan ramai lagi. Hehehe ...
Tapi, taktau la pulok kot2 memang Admin sengaja tak siarkan komen dari geng2 saya ... Wallohuaklam.
Saya jugak tau, blog KLN ni jadi rujukan semua pihak di Malaysia, sama ada ahlil bawahan penyokong Pakatan, Pemimpin2 Masyarakat, Pemimpin2 Negeri, dan saya yakin SB, Penyiasat, Agen Perang Saraf, Biro itu-ini memang memerhatikan blog ini, termasuklah semua lapisan kepimpinan BN pun akan selalu baca KLN untuk input & maklumat pihak lawan.
Bagi saya, saya senang dengan blog ni, Sampaikan bagi saya Admin KedahLaNie ni pun saya dah anggap macam adik beradik saya sendiri (tak tau la pulak apa anggapan depa terhadap saya), sebab seingat saya dah dua tiga kali saya tegur 'nasihat'(secara bersembunyi ANTARA saya & depa SAHAJA) apabila kadang2 saya lihat ada posting yang depa lepaskan dalam blog ni boleh dijadikan peluru sesat geng UMNO untuk peluang saman, jadi awal-awal saya nasihatkan kawan2 Admin saya ni untuk bertindak awal.
Alhamdulillah, depa terperasan nasihat saya yang lekeh tu, dan saya tengok ada tindakan segera.
Saya bukan apa, masuk berposting di blog Kedah La Nie ni, niat saya LILLAHI TAALA. Sebut apa saja yang saya tau, kot-kot geng abg jap tak tau ... sama-sama kita buleh tau.
APAPUN, HANYA ALLAH SAHAJA BERHAK UNTUK MEMBERIKAN RAHMATNYA KEPADA SESIAPA YANG DIA SUKA, SAMA ADA SYURGA ATAU NERAKA. JOM BERDOA: Ya Allah, Ampuni Aku HambaMu yang hina ini.
IKHLAS BERHUJAH:
AloQStaQ
dari ayat ayat aloqstaq,sah lah dia marah sangat pada anwar.
ReplyDeletecerita lain pasai nak tunjuk ajar pada PAS tu sekadar cerita orang umno nak tunjuk ia amat baik dengan PAS.
anwar satu beban pada umno dan bukan pas.
aloqstaq,aku kagum pasai dalam umno semua orang baik baik.rahim tambi chik mungkin adalah ketua segala yang baik baik itu.
aku juga kagum pasai dalam umno tak ada perangai hasad dengki,walaupun pak lah di terajang keluak olih orang umno sendiri kerana ada sikit seri di muka dia.
he he he mana pi nazri aziz ni
awat,
ReplyDeletedah lama dah hang tau kan? aku tak suka anwar tu, bukan sebab dia tu dahsyat ka, pak syeikh ka, apa ka, tapi sebab dia tu kuat putaq ...
Sedas dah dia putaq hangpa pasai 16 September, hangpa masih dok percaya lagi ke dia ...?
Sedas dah dia kata Agong perkenan dia jadi PM , pun dia pekena hangpa hidup2 ...
tu yang nampak jelas depan mata ... yang tak nampak ? yang dalam bilik ? kalau dia tipu pun, hangpa tetap akan angguk percaya jugak ...
Satu lagi , Admin KedahLaNie dok tulong hebah gambaq pasai RAMBUT PELAKU SEKS tu 'GONDOI' (TARIKH 21-2-2011) berbanding RAMBUT ANUGERAH TUHAN HANGPA TU (Pada 22-2-2011) ...
Ni aku nak mintak hangpa tulong sama heboh sikit pasai ISU RAMBUT GONDOI dari perspektif AloQStaQBlog buleh ka ??? Tobat tak buleh ! kan ??? saja ja aku tanya tu, walaupun dah tau tak kesampaian punyalah !
CUBA MASUK (KLIK) TANG SINI ... TENGOK SENDIRI NOOO ... KEPALA & RAMBUT SAPA TU! GONDOI KA TAK GONDOI? Try la Klik tengok , tu pun kalau berani laa ! hehe
PERINGATAN UNTUK ADMIN KEDAH LA NIE :
Jangan la amik shot yang tak nampak rambut tu sebagai rujukan ,ianya sah-sah diakibatkan cahaya/penataan cahaya tak kena pada shot tu aja, banyak lagi shot yang nampak rambut dengan JELAS dlm video tu !... Lekeh la kalau gunakan shot RAMBUT GONDOI TU untuk di AUTAkan kepada seluruh khalayak Umum di Malaysia yang dah cerdik banyak ni!
DAH LA NAK KENA TANGGUNG DOSA PULAK CARA SEBAB DOK TULONG KONAR MACAM TU !
Apapun, Tenkiu Sahabat sebab sudi lepaskan komen aku ni ...
NAK TENGOK RAMBUT DIA? LINK ADA KAT BAWAH NI ...
Tulus Ikhlas ;
AloQStaQ
AloQStaQBlog.blogspot.com
Aloq Setaq..
ReplyDeleteHang jangan dok tolong sambung jadi lidah UMNO dok fitnah DSAI...Kalau dia tak bersalah mampuih hang kena pi ngadap beliau untuk minta maaf...jika tak..ehem ehem..hang dok mengaji selalu hang taulah bahagian hang...Dosa dengan Allah Dia boleh ampun tapi dosa sesama makhluk itu bukan hakNya....
Lebih baik dok diam tengok saja....
Satu lagi solat hajat yang selalu PAS buat tu,kami pun tahu tak semestinya Allah akan tunjukkan serta merta...tetapi solat tersebut menunjukkan kita adalah hamba Allah untuk mengadu kepadaNya dan bukan UMNO yang boleh memberikan pembangunan dan rezeki di dunia..
tengala sahabatku.
ReplyDeletebukti dah jelas sangat depan mata. ramai kita la ni dok cuba lagi untuk bersangka baik dengan ketua pembangkang, tapi pedih hati untuk menerima kenyataan, walaupun banyak dah hati kita kata LELAKI ITU ANWAR.
Takpa. take your time bro!
SUMPAH ESKAY PUN DAH DIBUAT. apa lagi nak ?
ESKAY nak bersumpah ikut suka dialah kalau dia yakin benar...
ReplyDeleteTapi aku nak bagi tahu hang satu saja Aloq Setaq..cuba hang pikiaq sat...
Eskay sebelum nie dia kata salinan yang diberikan pada Polis adalah salinan ASLI..sekali lagi ASLI...jadi maknanya tiada cetak rompak...Tapi mengapa tiba2 ada penuh di pasaran...
Disini siapa menipu siapa ESKAY atau POLIS yang menjadi pengedar video lucah..
Kenapa pulak pemimpin2 UMNO diam kalau mereka berAgama Islam yang tulin bila video2 serta gambar lucah bebas dipasaran termasuk dalam akhbar mereka sendiri...
Yang nie hang kena pikiaq jangan dok ikut kata hati saja..ikut kata iman hang itu yang penting...