oleh KedahLa
ALOR SETAR, 25 April - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Profesor Dato’ Dr Mohamed Mustafa Ishak disaran supaya meletak jawatan, menyertai UMNO dan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
Saranan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Lada YB Ahmad Izzat Shauki, memandang professor berkenaan sengaja menjadikan cukai tanah sebagai isu bagi memburuk-burukkan Kerajaan Negeri dan prilaku begitu bukanlah datangnya dari seorang ahli akademik yang memegang amanah di menara gading.
Menurutnya, terdahulu professor berkenaan telah memanipulasi isu cukai tanah yang menggambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri menaikkan cukai tanah UUM sehingga mencecah sepuluh peratus.
Kondisi sebenar ialah pihak UUM perlu membayar cukai tanah ikut harga asal apabila tamat tempoh rebat yang diperolehi sehingga UUM perlu membayar cuma RM100,000 dari tahun 2006 hingga 2008.
“Oleh kerana beliau bertindak sebagai pentadbir tertinggi UUM dan berpegang kepada niat tidak mahu membayar cukai dengan harga asal maka beliau telah memutar belitkan fakta sebenar dengan menuduh Kerajaan Negeri sengaja menaikkan cukai tanah berkenaan,” katanya.
Ujarnya lagi, tanah yang menjadi tapak kampus universiti itu paling murah iaitu hanya 20 sen bagi satu meter persegi.
Cukai tanah sebanyak RM1.74 juta setahun adalah hak mutlak rakyat merupakan sumber tetap Kerajaan Negeri dan kerajaan hari ini menjaga hak rakyat bukan menurunkan sewenang-wenangnya dan harga ini adalah berpatutan megikut kiraan waktu universiti itu dibina 27 tahun lalu dan kekal sehingga hari ini, katanya.
Mengulas dakwaan professor berkenaan yang tersiar dalam akhbar tempatan beliau berkata, sekiranya Kerajaan Negeri menyambung lagi rebat berkenaan bermakna Kerajaan Negeri telah mengambil hak rakyat.
“Setahu saya UUM mendapat peruntukan yang bukan sedikit dari Kerajaan Pusat, adalah mustahil tidak dimasukkan cukai tanah dalam bajet berkenaan,” katanya.

Kerajaan PAS Kedah dah habis usaha bagaimana nak dapatkan duit.
ReplyDeleteBalak dah habis ditebang. GLC dah dipulun oleh kroni2 MB.
Jadi cara yg paling senang ialah mengambil duit dpd UUM yg dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.
Apa akan terjadi kpd pelajar2 UUM?
Rakyat Kedah yg bodoh pun dag nampak tindak-tanduk PAS.
PRU13 nanti PAS akan diganti!
ye la ganti la kalau daya?
ReplyDeleteya le ganti kalau daya?
ReplyDeleteUMNO jangan mimpi nak amik balik Negeri Kedah, nak jaga uum pun tak mampu ...porahhhhh,..
ReplyDeleteAwak tu yang bodoh...
ReplyDeleteKalau kerajaan PR kedah ambik cukai kat UUM tu...rakyat Kedah yang untung...lagipun itu adalah termasuk dalam syarat2 mana2 Kerajaan negeri..tak salah..
Tapi UMNO naik harga minyak menyebabkan semua harga barang melambung yang ini awat hang tak kata bodoh...jadi siapa yang bodoh sebenarnya...
Jawapannya manusia pendek akal yang berfikiran macam hang...
Hoi AMNO hampa pebetoi AMNO hampa yang rosak tu dulu baru lah buleh nak komen rumah tangga orang.
ReplyDelete