Medan selera konsep moden
PENDANG – Kewujudan Medan Selera Bandar yang bernilai 1.4 juta di tengah pekan Pendang merupakan satu-satunya tempat makan yang mempunyai konsep tersendiri yang menjadikannya tempat menjamu selera yang mendamaikan.
Pegawai Daerah Pendang, Helwi Harun berkata, medan selera yang dibina dengan kos yang tinggi itu merupakan satu-satunya medan selera yang cantik dengan landskap di persekitarannya yang mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk menjamu selera bersama keluarga dan mengadakan perbincangan.
“Medan selera itu merupakan satu-satunya tempat makan yang selesa apabila dilengkapi dengan kemudahan tandas dan lokasinya berhampiran dengan perhentian bas serta tidak jauh daripada jalan utama pekan ini.
“Medan selera yang besar itu mampu menampung lebih 200 pelanggan dalam satu-satu masa serta tempat itu juga sesuai dijadikan tempat perbincangan kerana turut dilengkapi dengan kemudahan melayari Internet secara percuma,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis perasmian medan selera berkenaan baru-baru ini.
Helwi berkata, pembinaan medan selera yang menggunakan konsep moden itu dibina untuk meningkatkan sumber pendapatan peniaga supaya lebih selesa dengan konsep lebih moden.
“Saya berharap peniaga akan menjaga kualiti, kebersihan dan langkah-langkah lain yang harus diberi keutamaan supaya medan itu menjadi tempat makan pilihan di daerah ini.
“Lapan kedai di medan ini perlu membuka kedai mereka selalu supaya suasana medan ini tidak menjadi malap,” katanya.
Selain itu, katanya, dengan pembinaan medan itu secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah peniaga kecil di daerah ini yang begitu ramai apabila mereka berniaga di bahu-bahu jalan.
“Saya melihat ramai peniaga kecil yang berniaga di bahu-bahu jalan iaitu di antaranya sekitar pekan Tanah Merah, Kubor Panjang dan beberapa lagi lokasi lain namun saya melihat keadaan itu tidak sesuai dan membahayakan orang ramai,” katanya.

No comments:
Post a Comment