ALOR SETAR - Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) membidas cabaran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mengambil alihnya daripada Kerajaan Pusat dan menyifatkan Kerajaan Negeri hanya layak mengurus sekolah pondok.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan Kerajaan Negeri bercakap di luar konteks dan mempertikaikan kredibiliti pengurusan universiti, sedangkan UUM hanya meminta masalah bekalan air dan kenaikan cukai tanah diselesaikan.
Menurutnya, UUM adalah di bawah kelolaan Kerajaan Pusat sebagaimana diperuntukkan perlembagaan dan Kerajaan Negeri tidak berhak mengambil alih pengurusan universiti sekiranya tidak mendapat keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Sekalipun Perdana Menteri merestui hasrat Kerajaan Negeri, adakah mereka mampu menampung peruntukan perbelanjaan tahunan UUM yang menelan kos hampir RM300 juta, hampir sama dengan bajet tahunan Kerajaan Negeri?
“Selain itu, rakyat Kedah sedia maklum kegagalan Kerajaan Negeri menjaga sekolah pondoknya dan kebajikan rakyat dengan baik sehingga tercetus pelbagai masalah dalaman yang gagal diselesaikan.
“Justeru, Kerajaan Negeri tidak perlu tambah beban, sebaliknya bantu UUM selesaikan masalah berbangkit kerana kami memang tiada masalah pengurusan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Mengenai soal pembayaran cukai tanah yang menjadi pertikaian UUM dan Kerajaan Negeri, Mohamed Mustafa menegaskan perjanjian rebat air dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000 selama dua tahun yang diuar-uarkan Kerajaan Negeri sebenarnya tidak pernah wujud.
Menurutnya, sewaktu pemerintahan Kerajaan Negeri terdahulu, bayaran cukai tanah paling tinggi dikenakan UUM hanya RM300,000 dan dikurangkan kepada RM100,000 setelah dibuat rayuan.
“Pengurangan cukai selama dua tahun itu diberikan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) kepada UUM atas dasar tanggungjawab sosial, lebih-lebih lagi UUM bukan merupakan satu organisasi berasaskan keuntungan.
“Perkara sama berlaku pada universiti awam di Lembah Klang yang hanya dikenakan cukai tanah rendah walaupun nilai harga tanah di sana lebih mahal berbanding Kedah.
“Saya tidak nafikan peruntukan memang ada namun tidak bermakna Kerajaan Negeri tidak boleh bertimbang rasa kerana wang lebihan boleh digunakan untuk membiayai kebajikan pelajar,” katanya.
Mohamed Mustafa turut menjelaskan UUM tidak mempunyai motif politik terhadap tindakannya mendedahkan isu cukai tanah dan bekalan air melalui media.
“Sebelum ini, kita menyerahkan enam surat rayuan kepada Kerajaan Negeri berhubung isu tanah tetapi dipandang sepi, malah tiada seorang pegawai Kerajaan Negeri dan Syarikat Air Darul Aman (Sada) hadir meninjau masalah kami.
“Saya sedia berjumpa dengan Menteri Besar (Azizan) pada bila-bila masa sekiranya diberikan peluang memandangkan tujuan kami hanya mencari penyelesaian,” katanya.

Buat DS Azizan,tak payah dilayan permintaan depa ni,x payah bagi rebet lagi.Tak kan jatuh kerajaan Kedah kerana isu rebet UUM ni, bukannya rakyat negeri Kedah yang kena bayar.Rakyat Kedah lagi sokong, kalau nak bagi rebat baik bagi kat rakyat.
ReplyDelete“Sekalipun Perdana Menteri merestui hasrat Kerajaan Negeri, adakah mereka mampu menampung peruntukan perbelanjaan tahunan UUM yang menelan kos hampir RM300 juta, hampir sama dengan bajet tahunan Kerajaan Negeri?
ReplyDelete“Selain itu, rakyat Kedah sedia maklum kegagalan Kerajaan Negeri menjaga sekolah pondoknya dan kebajikan rakyat dengan baik sehingga tercetus pelbagai masalah dalaman yang gagal diselesaikan."
Ish... ish... macam ni ka statement orang yang cerdik pandai?? Kalau dah pandai daripada orang yang menguruskan negeri tempat dia menumpang, bayar la hutang... Takkan nak urus hutang sendiri pun tak tau?? Kata pakar ekonomi... Apa yang dia nak bising sangat..
Ahmad Zaini & narotu bercakap pakai pala lutut ! Hahaha ...
ReplyDeleteAda ka macam ni hangpa nak bagi idea kat KERAjaan Kedah ? hapa la hangpa ni ...
cubalah bagi idea yang bernas sikit ... ni tak, dok suruh pulak orang tua tu jangan kasi rebet ... ngok betoi ...
nampak sangat hangpa nak orang tua tu lingkup cepat ! Dulu dia jugak kata Slogan PAS : KEDAH SEJAHTERA ...
Apa yang sejahteranya kalau pusat pengajian ilmu pun tak dapat pertimbangan kot? ...
mana pi janji NEGERI BERKEBAJIKAN ? ...
Kata hasil balak banyakkk , nak kasi rebet untuk UUM pun tak buleh ka?
dah la SADA pun tarik balik segala aktiviti pembayaran bil di Pej.POS, menyusahkan rakyat aja! Hangpa berdua pulak dok kasi idea bengap kat Haji Azizan ... memang naya la kalau Azizan ikut cakap hangpa ! ... Hahaha ...
AloQStaQ
KLIK SINI kalau BERANI
itu lah jika statement berdasarkan hati yang busuk dan khianat. Ingat ada Phd tu !!!
ReplyDeleteStatement yg sangat angkuh. Kalau nak berpolitik, mai PRU esok bertanding lwn TS Azizan la bang. Setakat jilat juboq boleh la...auwwww
ReplyDeleteitulah statement dari lahir dari hati yang busuk dan khianat. Ada phd tu !!!
ReplyDeletehidup lagi nooo hang AloqSetaq..depa cuma komen bukan bagi pendapat..hang ngan NC UUM sama ja..cerdik pandai tapi ada sket kurang tang budi bicara...orang stakat blajar darjah 6 pon kalau baca statement camtu leh nampak kurang hajar...
ReplyDeleteal amin ahmad,
ReplyDeletealhamdulillah ... Allah kasi aku bernafas lagi beb! syukurrr! boleh la aku merasai hidup di bumi ulama' dan kepimpinan ISLAM Pas Kedah yang memperjuangkan NEGARA & NEGERI ISLAM ... oppppssss! silap. silap.
memperjuangkan NEGARA & NEGERI BERKEBAJIKAN (sori tadi silap sebut, mesti DAP Harbi & ANwar marah sebab aku salah pi sebut perjuangan PAS tu!) ...
Aku sungguh "sejahtera" hidup di bumi Kedah yang "sejahtera" ni ... parking pun kena jaga-jaga, silap2 haribulan , kereta hang kena clamp! memang TAK KEJAM sungguh pemerintahan ini!
nak bayaq ayaq, kenalah senaman sikit, barulah sihat tubuh badan, kat pejabat Pos dah tak buleh bayaq ayaq nooo ... kena jalan lebih sikit, pi bayaq kat mana-mana kaunter sada, atau tunggu nombor giliran di bank yang orang dok ramai-ramai tu! memang sejahtera sunggoh negeri ini!
nak kena spend duit lebih sikit sebab caj perkhidmatan/meter air pun dah naik dah , jadi setiap bulan kalau hang out station sebulan tak balik rumah pun, caj kena bayaq lebih SIKITTTT SAJA berbanding kerajaan BN dulu! Sejahtera sungguh !
hangpa memang terra betui menjaga GLC, sampai yang dulunya sihat, la nie dah sakit nak mampuih tunggu masa pun ada ! ... tapi tak pa, tu semua TAQDIR Allahhhh ... nak buat lagu mana, kan??? ... sejahtera sungguh !
rumah rakyat yang dijanjikan dalam manifesto dulu, ingat ka FREE ! rupa2nya kena bayaq jugak, 2x5 Kerajaan BN jugak ni, tapi tak pa, ni kerajaan sejahtera, itu adalah perniagaan ... sunnah nabi tu kalau sapa yang berniaga! Kerajaan PAS kedah gunakan sunnah tu la, sebab tu kena bayaq lebih kurang sama dengan BN buat kebajikan dulu-dulu jugak ! sejahtera sungguh aihhh ! ...
pusat hiburan becerambah di alor setar la ni ... tapi tak pa, itu semua rehlah ... merehatkan minda ... kita perlu bersantai juga di pusat2 hiburan tu , sebab tu sejak kerajaan PAS Kedah memerintah, banyak lagi bertambah pusat hiburan ! ... sejahtera sungguh ! ...
BANYAKKKK LAGI yang aku dok rasa amat sejahtera dok di bawah naungan payung kepimpinan PAS Kedah ... RASA AMAT-AMAT "SEJAHTERA" SUNGGUH AIHHH ...! ala-ala Macam duduk di sorga !
AloQStaQ
KLIK SINI kalau BERANI
perrhhh..AloQSetaq..banyak fakta hang bercelaru..
ReplyDeletepersoalan yang pertama:
1.bab pusat hiburan..minta info sket..kat mana yg tumbuh bagai cendawan tu bang?ang cerita kat belah aloq setaq ka belah daerah lain?sebab kalo belah aloq setaq nih..ang better bagi fakta bebetui la jgn pakai khabaq angin ja..sebab aku org yg byk beroperasi di sekitar aloq setaq mencari benda camnih..cuma ada 1 tempat nih ja banyak kali aku try bawak pi ke tengah tapi banyak diketepikan oleh pihak yg sepatutnya membenteras..tempat tu di kompleks kanchut..ada disko haram dah lama timbul..
2.bab saman kereta..aku sendiri tak puas hati dgn kerja tangan pihak MBAS nih..aku pon heran camna bleh plak ada ayat2 yg menyalahkan orang aloq setaq cam buta akai tak reti berdisiplin sesuka ati parking merata..ingat org Aloq setaq nih bangang ka hapa?semua tu kerja MBAS yg sepatutnya exco dan pihak kerajaan negeri tak patut terlepas pandang..
3.bab bayaq bil..zaman la maju..xsemestinya kat pejabat pos ja bleh bayaq..BSN,MAYBANK,PETRONAS dan lain2 lagi..dan sepatutnya kerajaan negeri amik inisiatif ni utk yakinkan orang awam kata depa amik berat..pi letak meja kat ceceruk mana yg org susah nak bayaq bil ayaq...takkan hattu pon kerajaan negeri tak bley pikiaq?kecik ja hal..tak pandai langsung nak cari jalan penyelesaian..
4. bab GLC nak untung ka rugi ni bagi aku..sapa pandai memerintah pandai urus kewangan..naiklah syarikat tu..tapi hat melingkup awai syarikat GLC ni ang tak mau nak marah ka AloqSetaq?pasai pepuak ni la pada awainya dok peghabih duit rakyat kedah dok enjoy bebukan...ang tak rasa geram ka AloQsetaQ?kerajaan negeri sekarang pi peghabih duit GLC buat pi melancong sambil belajar dengan pi buat perhimpunan PAS/PKR/DAP ke AloQsetaQ?
seperti kata MB ustaz azizan ketika pelancaran pembangunan di Yan dulu..kejutan budaya nih bukannya sapa pon bleh halang..saya setuju dgn kata MB sebab video lucah bukannya Pakatan yang buat dan pi tayang kat orang..benda lucah tak pernah YB pakatan nak pi sebut dalam ceramah cam UMMI HAFILDA dok mencarut sepanjang ceramah dia..ingat takdak efek ka kat bebudak yg terdengar atau terpandang? anak menakan saya bleh tanya..."pasepa orang tu peluk2 dalam berita BULETIN UTAMA?" AloQsetaQ nak kata apa? takkan nak jawab tu la gambaq lucah anwar..penat wooo nak jawab..mendidik apa camtu pi buh dalam berita..
ada apa2 lagi nak berdebat cik abang AloQsetaQ?
from me with love
Salam Sheikh AloQStaq,
ReplyDeleteTak yah la nak kilas macam-macam. Kalau dah berhutang, bayang je la..
Nak cerita pasai caj meter la, pasai pusat hiburan la, pasai susah nak bayar bil air la, apa kena mengena dengan UUM tak nak bayar cukai tanah. Kalau UUM tu U swasta, aku sokong la statement depa. Ni U kerajaan sepenuhnya. Yang pentadbir dia bising tak nak bayar pasai apa. Masuk la dalam budget tahunan. Pas tu bayar la. Orang lain kerja gomen pun buat lagu tu. Awat yang NC UUM tu buat pelik???
Tak yah la nak kaitkan isu ni dengan isu lain. Kalau kerajaan pusat takda duit satu hal juga...
Tapi takpa Syeikh, kalau hang bertanding nanti aku sokong hang sebab hang bersemangat. Tapi hang kena la tunjuk semangat tu mulai sekarang...
Untuk al amin,
ReplyDeletemengenai pusat hiburan banyak tumbuh berceramah kat aloq setaq yang SEJAHTERA ni, hang tunggu aja pendedahan blog aku tak lama lagi nooo, SABAQ SAT ... semuanya dah siap ditulis, cuma aku sengaja tak published lagi sebab la ni tengah panas dengan cerita lelaki Y ... biaq la cerita tu masuk lepas lelaki Y dimasukkan ke Bamboo River dulu ... (INsyaAllahhh!)
Cuma, kalau hang nak baca penulisan AloQStaQBlog yang berkaitan dengan tu (sebelum ni dah 3 kali aku siarkan), hang boleh la tanya pakcik Google / Admin kedahLanie sebab depa pun pernah siarkan penulisan pasai hiburan tu semua dalam blog Kedah LaNie (versi blog lama dulu) ...
kepada naruto,
aku bukan nak divert isu pun, aku cuma bersembang lebih sikit aja dengan al amin sebab dia dah tanya khabaq aku kat atas tu, almaknanya dia memang prihatin terhadap aku ni sebagai kawan dia (cuma musuh politik), jadi aku cerita la lebih sikit pasai keadaan hidup aku yang penuh keceriaan dan kesejahteraan di bumi kedah pimpinan PAS ni ...
kalau hang tak suka tengok aku bercerita semua tu kat al amin, hang ignore aja komen aku kat atas tu ... jangan bacha. hang pun tak sakit mata / otak .... :-) betui tak syeikh ... (dan aku pun tak suruh hang bacha komen aku pada al amin tu!) ...
AloQStaQ
KLIK SINI kalau BERANI
heheheheheehhe...saya memang suka gegaduh ngan AloQstaQ..tapi mokata jumpak kat luaq tak la sampai gaduh2..ni la di panggey demokrasi..berbicara secara terbuka..even kami dua ni dalam parti yang sama...tapi saya lebih ke arah siapa yang benar..memang telah di didik dalam family...sebab tu zaman pak saya..dia di rejek direct dari jawatan beliau dalam parti sebab menentang rasuah..camtu jugak saya..menentang ketidak adilan tak kira mana parti...
ReplyDeletetapi di hati dan atas kertas..nama ku tetap setia selamanya