Thursday, April 28, 2011

Notis saman disertakan gambar mulai 1 Mei

KUALA LUMPUR, 28 April — Polis memutuskan untuk menyerahkan notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati telah melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) hari ini.

Bagaimanapun menurut Khalid, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.

Beliau berkata polis akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.

“Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman berserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik,” kata beliau dipetik media hari ini.

Khalid juga berkata kaedah itu akan diguna pakai bagi kesemua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.

Laporan Utusan Online memetik Khalid sebagai berkata kaedah itu digunakan akan berperanan sebagai ‘bahan bukti’ bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya.

1 comment:

  1. Assalam,

    Aku rasa amat berbangga sebab perkara ni lebih awal aku sebut di posting aku sebelum ni di SINI (Sila KLIK) ... , aku amat berbangga dengan apa yang polis lakukan ini.

    Dan pasai gambaq jugak, ada geng Pakatan dok kata dalam Video China Doll tu, pelaku (lelaki) adalah orang lain sebab KEPALA GONDOI ... Elok hangpa tengok huraiannya DI SINI ... SILA KLIK ... Terima Kaseh.


    AloQStaQ
    AloQStaQBlog.blogspot.com

    ReplyDelete