Lampu jalan sekadar hiasan
KUALA TEMONYONG - Nelayan di pengkalan Bukit Berapit mengalami kesukaran untuk keluar menangkap ikan pada waktu senja dan malam disebabkan lampu jalan tidak berfungsi.
Pengerusi Majlis Ketua Kampung dan Komuniti (MKK) Kuala Temonyong, Nazeri Bahatin, 53, menyifatkan lampu jalan di sepanjang jalan ke pengkalan nelayan Kuala Temonyong hanya sebagai hiasan.
“Lampu berkenaan tidak berfungsi sejak empat tahun lalu dan ia menyusahkan penduduk kampung dan nelayan khususnya, kerana jalan ini adalah laluan utama ke pengkalan nelayan.
Menurutnya, aktiviti harian nelayan tidak berjalan lancar kerana nelayan tidak berani untuk keluar menangkap ikan pada waktu petang, kerana ketiadaan lampu di kawasan pengkalan menyebabkan mereka sukar untuk mengemudi bot.
“Saya sebagai ketua kampung sudah mengemukakan surat kepada pihak yang berkaitan, tetapi masih tiada sebarang tindakan dilakukan.” katanya lagi.
Tambahnya lagi, keadaan lampu jalan yang tidak berfungsi ini memberi pelbagai masalah sosial seperti penagihan dadah dan kecurian.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Langkawi, Mohd Ali Selamat menganggap masalah ini sebagai sesuatu yang tidak munasabah, kerana Temonyong adalah salah sebuah kawasan yang membangun dan dilengkapi pelbagai kemudahan prasarana.
“Saya meminta pihak yang bertanggungjawab segera menyelesaikan masalah ini sejajar dengan taraf kawasan ini yang dikenali sebagai kawasan pelancongan.” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pihak bertanggungjawab sepatutnya memastikan segala kemudahan sedia ada berfungsi dengan baik .
Mohd Ali juga berharap, masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera, bagi kemudahan nelayan dan penduduk tempatan di samping mengelak masalah sosial.[Sinar Harian]

No comments:
Post a Comment