Friday, April 29, 2011

Ganas Sungguh Politik Malaysiaku!

Dua tiga hari lepas sewaktu klip Video Anwar Part 1 dan Part II tersiar di Youtube, nasib barangkali, saya sempat menatap Video tersebut berulang kali sebelum diblok access oleh You Tube provider.

Tergamam jugak saya dibuatnya.

Ya lah, sewaktu siang hari itu, kerana tugasan di pejabat, saya menghabiskan masa hampir separuh hari menonton rakaman CCTV mengenai satu kejadian di tempat kerja yang perlukan lapuran dan analisis segera daripada saya dan pasukan. Ringkas cerita, menonton dan playback rakaman CCTV berulangkali ini memang dah jadi lumrah dan kerja utama saya.

Malamnya pula, atas rasa ingin tahu, saya terketemu dengan rakaman video Anwar yang disiarkan di laman You Tube itu. Sekali lalu, ilmu saya mengatakan itu bukanlah rakaman CCTV black n white biasa, ianya lebih berkemungkinan rakaman video camera yang biasa orang gunakan. Tidak ada apa yang specialnya mengenai Video ini jika bukan kerana wajah pelakunya yang seimbas DSAI seperti yang diwar-warkan.

Saya jadi tergamam, kerana hampir semalaman setelah menonton sendiri rakaman yang disiarkan di You Tube itu, saya mula sangsi dengan apa yang saya dengar dan percayai selama ini.

Tak perlulah saya tulis apa yang saya sangsikan, cuma sekadar cukup saya katakan dari segi politik, sekiranya Video ini disebarkan dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibilit DSAI, maka ketahuilah, sekiranya naruni saya - seorang penyokong setia Pakatan menjadi pertaruhan - maka percayalah kesan Video ini adalah MAHA hebat berbanding dengan cerita Liwat terutamanya kepada mereka-mereka di atas pagar sementelah lagi mereka yang memang sudah sedia anti-Pakatan.

Nasib baik team KeADILan cepat mengawal keadaan; bukti bergambar yang ditunjukkan oleh Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media pada 29 Apr 2011 ini menunjukkan bahawa gambar imej potongan rambut individu di dalam video tersebut jauh berbeza dengan Anwar.




Fuh! sedikit lega rasanya.

Fikir-fikir sekali, orang macam saya yang hari-hari dok main dengan CCTV ini pun hampir-hampir terpedaya, inikan pula makcik dan pakcik kat luar sana yang sumber beritanya hanyalah RTM/TV3 dan Utusan Malaysia.

Walaupun begitu, saya mula naik confuse bila mana Datuk T diberitakan sudah melakukan sumpah laknat di dalam Masjid. Saya tak pasti berapa lama pula terpaksa menanti untuk mendengar sendiri penjelasan daripada Tok-Tok Mufti mengenai perkara ini. Begitu mudah sekalikah dalam agamaku sipenganutnya bersumpah-sumpah dengan nama Allah seperti itu?

Ganas sungguh politik di bumi Malaysiaku ini.

moniermatdin@yahoo.com
30.4.2011
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

2 comments:

  1. Ganas nya politik di Malaysia berpunca dari keganasan Mahadir perancang keganasa politik Malaysia, keganasan ini tak kan habis selagi dia maseh hidup.
    Cucunya si Perkosa akan lebeh ganas lagi di masa akan datang, memandang papaknyan hero lompat bersiri.

    ReplyDelete
  2. Assalam sahabatku,
    tak payah la bermain dengan isu rambut yang bodoh ni! aku dah huraikan benda lekeh ni ...

    CUBA MASUK (KLIK) TANG SINI ... TENGOK SENDIRI NOOO ... KEPALA & RAMBUT SAPA TU! GONDOI KA TAK GONDOI? Try la Klik tengok , tu pun kalau berani laa ! hehe


    AloQStaQ

    ReplyDelete