Malam minggu yang lalu untuk kesekian lama selepas PAS memerintah Kedah, saya ditakdirkan hadir dalam mesyuarat agung PAS cawangan di tempat saya ini. Bila saya dapat SMS daripada Apit, merangkap Timbalan Ketua Cawangan jemput saya hadir itu, memang saya nak hadir sangat.
Bukan sebab apa, sebab saya nak tengok apa cerita orang-orang PAS kat sini, macam mana tahap motivasi depa selepas sekian lama PAS memerintah Kedah, dan sekian lama UPU (Unit Peti Undi) naik berdebu dan sesetengah itu markas pun berpindah randah dua tiga tempat dah, dah lama switch di turn OFF, tiba-tiba nak di turn ON semula.
Sememangnya itu yang saya nampak PAS di Negeri Kedah ini, rata-rata bila sembang depa dok kata kepimpinan PAS Negeri sibuk memerintah Negeri dan tak peduli lagi dah dengan jentera pilihanraya parti. Ya lah, saya dulu waktu PRU 2008 hatta PRU 2004 dan beberapa PRU sebelum itu, antara muka-muka yang aktif dengan Unit Peti Undi , menghidupkan markas PAS cawangan, bukan kata berbulan tapi dua tiga tahun sebelum PRU tiba. Pacak bendera tengah-tengah malam, organize ceramah, nama naik di balai dan lain-lain lagi, itu dah lumrah dah.
Waktu di zaman PAS kalah dulu, kami sudah dilatihkan untuk bersedia menghadapi PRU yang akan datang sebaik-baik sahaja PRU yang baru itu berakhir; kalah menang belakang kira, itu bukan kerja kita, itu kerja Tuhan, kita dinilai atas apa yang kita usahakan. Kata-kata keramat oleh orang-orang PAS lama ini kami pegang hingga ke hari ini.
Sebetulnya, bukan kata saya, tapi Apit dan juga rata-rata soldadu PAS peringkat bawah macam kami ini cukup tak puas hati bila PAS memerintah Negeri, UPU-UPU kat bawah ni macam tak dak sapa yang dok ambik peduli. Tambah menghiris hati bila ada feedback-feedback yang dihantar ke atas, tidak dipeduli dan dibuat tak kisah saja.
Dalam mesorat malam itu saya ada tanya mengenai seorang AJK, Tn Hj Yusuf namanya, orang lama PAS dalam usia lewat 50an, mendapat tarbiah di zaman al-syahid Ust Ibrahim Libya, dalam minit itu dicatatkan beliau meletak jawatan sebagai AJK pada tarikh 8 mac 2010. Bila saya tanya pasal apa, saya dimaklumkan beliau berbuat demikian kerana tak puas hati bila mana permintaannya agar YB dan juga kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap isu 7-Eleven menjual arak secara terbuka dan juga pusat2 karaoke yg tumbuh bagaikan cendawan di sebelah sini, tidak ada pihak yang melayan beliau.
Lantas, atas ijtihadnya sendiri, pada tahun ke-2 selepas PAS memerintah Kedah, beliau memilih untuk meletakkan jawatan sebagai AJK.
Sebenarnya, ramai orang-orang macam Hj Yusuf dalam cawangan-cawangan bahkan untuk peringkat kawasan sendiri di Negeri Kedah ini. Saya melihat sikap merajuk , membawa diri dan meletak jawatan atau pun mengugut untuk meletak jawatan bagaikan sudah jadi satu budaya biasa ahli-ahli PAS di zaman sekarang; sikit-sikit merajuk dan sikit-sikit nak letak jawatan macam cerita di bumi Pendang sana nu. Tapi tak apalah letak jawatan saja, bukan lompat masuk parti lain pun.
Tapi, yang bagusnya ahli-ahli PAS ini, mungkin sebab tarbiah gamaknya, merajuk tara mana pun, bila mai PRU, bila kata nak lawan UMNO, sure depa turun mai punya.
Berbalik kepada kehadiran dalam mesorat cawangan malam itu; bila saya tengok muka-muka yang turun mai itu, saya rasa mai PRU nanti, rasanya insyaallah PAS masih boleh perintah Kedah punya. Hardcore-hardcore yang sama juga turun mai walaupun dalam hati depa tu macam-macam tak puas hati dengan kepimpinan kawasan dan negeri.
Dalam hati, saya dok ingatkan semua dah pakat sejuk selepas jentera pilihanraya PAS peringkat bawah ini macam seakan terpadam dah selepas PAS berjaya dapat Kedah dan pucuk pimpinan sibuk memerintah Negeri, tapi hakikat yang saya nampak malam itu, daripada perbincangan dan sumbang saran yang dibuat, rupa-rupanya api perjuangan masih menyala meruap-ruap di dada mereka! Insyaallah PAS masih boleh memerintah Kedah lagi kali ini.
Sebetulnya, walau pun ada banyak benda yang ahli-ahli PAS peringkat bawah ini tak puas hati dengan kepimpinan PAS di peringkat Negeri dan juga kawasan, dan dirasakan rata-rata mereka akan menyalurkan ketidakpuasan hati mereka melalui sessi Muktamar Kawasan yang bakal berjalan di seluruh Kedah dalam sehari dua ini; namun harus diingatkan secara keseluruhannya pencapaian dan performance kerajaan PAS Kedah tidaklah seteruk seperti yang media massa UMNO cuba gambarkan.
Kalaulah sudut ekonomi boleh dijadikan ukuran; mai saya nak habag mai satu cerita:
Dua tiga minggu lepas ada Ekspo Kerjaya anjuran Jobstreet di Mid-Valley Megamall, Kuala Lumpur. Ada dekat 200 company dan syarikat dari seluruh negara terlibat dalam ekspo kerjaya tersebut; antara yang mengambil bahagian adalah beberapa buah kilang MNC dari kawasan Kulim Hitech Park. Seorang sahabat yang turun pi, dia habag kata booth/gerai untuk kilang-kilang dari Kulim Hitech Park ini diserbu ramai, laris macam goreng pisang.
Makna katanya, kalaulah kerajaan PAS Kedah tak pandai perintah Kedah, tak pandai jaga negeri, tak pandai ber-ekonomi, cuma layak jaga PONDOK saja; orang tak minatlah nak mai kerja di Kulim Hitech Park ini.
Hari ini, kalau kita pi pasar malam Kelang Lama, Kulim atau pun pi shopping di Landmark Square, Kulim boleh dok dengaq orang sembang bunyi “err-err” seolah-olah kita duduk di Kuala Lumpur atau Johor, Melaka ka mana. Makna kata, Negeri Kedah dah maju dah wei di bawah pemerintah PAS, bukan saja anak negeri dapat tumpang cari makan, kawan-kawan kita dari Negeri lain pun dapat tumpang cari rezeki sama kat sini.
Bab Agama: hah, kalau depa dah kata MB kita layak jaga Pondok, maknanya depa dah iktiraf MB kita jadi Tok Guru dah la, tak payah dah nak argue bab Agama ini.
Bab Sosial: hah, hat ni bukan saja negeri Kedah, negeri lain pun sama. Kot mana pun, MB/EXCO/YB dan semua orang kena sama-sama main peranan dalam bab ini. Kita yakin, dalam serba kekurangan yang ada, MB dan Team nya sedang melakukan apa yang terbaik untuk Kedah kita. After all, ada orang habag, bila depa ajukan masalah ni kepada MB, maksudnya bab kedai arak, judi, karaoke dll lagi ini, MB dipetik sebagai berkata:
“Awat, hangpa ingat hangpa sorang saja ka nak masuk Syurga?”
Maksudnya, MB pun dok pikiaq juga, dalam serba kekurangan dan kekangan yang ada, apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala sosial ini; rasanya MB yang lagi teruk daripada kita semua, sebab di akhirat nanti, sebagai Menteri Besar, dialah orang pertama yang kena jawab bab-bab mungkar ini!
Lega kita tak jadi MB!
Akhir kata, selamat bermuktamar kepada semua Ahli PAS Kedah.
Jangan gaduh-gaduh, ingat:
Bukan Kita Sorang Saja Yang Nak Masuk Syurga!
Moniermatdin@yahoo.com
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com
24.4.2011

No comments:
Post a Comment