Showing posts with label TVselangor. Show all posts
Showing posts with label TVselangor. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Jui Meng gesa Soi Lek mohon maaf pada Umat Islam..!!

Jui Ming : Umno Makin Lemah Punca Soi Lek Sanggup Hina Islam

SHAH ALAM, 19 OKT : Datuk Chua Jui Ming mengesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan menghina Islam di dalam blog video dan Facebook.

Sebelum ini,Soi Lek yang juga Presiden MCA mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Soi Lek yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan.

Jui Ming yang juga Naib Presiden PKR menambah Presiden MCA itu sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Soi Lek sendiri tidak memahaminya.

“Dia dan pemimpin MCA sekarang semakin lebih keras ‘menyerang’ agama(Islam) dan saya pada hari ini menuntut beliau memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia,” kata Jui Ming ketika dihubungi TVSelangor.

Tindakan ini ujarnya, disebabkan kegagalan pemimpin Umno memberikan penjelasan kepada Soi Lek sehinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkenaan pelaksanaan hukum hudud.

“Pemimpin Umno kini semakin lemah dalam medan politik, Umno kini sudah tidak mampu memperjuangkan sesiapapun sehingga untuk partinya sendiri.

“Dalam keadaan ini, MCA sudah naik kepala terhadap Umno dan tidak peduli sekarang, keadaan Umno akan semakin lemah di masa akan datang dengan MCA berterusan menyerang Islam,” katanya.

Jelasnya, sehingga kini tiada seorangpun kalangan pemimpin Umno yang berani menegur sikap Soi Lek yang secara terang-terangan banyak kali memperlekeh agama Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

“Umno sudah tidak ada pendirian sendiri untuk berhadapan dengan MCA dan membiarkan MCA menyerang agama Islam,” katanya.

Monday, September 24, 2012

Tuu dia aihh !! Nak menipu pasai air tak ada di Selangor siap buat filem...

Produksi ‘Diupah’ Buat Filem Cipta Situasi Catuan Air Burukkan Selangor

PETALING JAYA 24 SEPT: Sebuah produksi hari ini dikesan menjalankan penggambaran yang menggambarkan situasi krisis air bagi memburukkan Kerajaan Negeri Selangor.

Penggambaran yang dijalankan di sebuah pangsapuri yang terletak di Petaling Jaya itu melibatkan kira-kira 300 pelakon yang majoritinya bukan penduduk di situ.

Menurut beberapa pelakon, mereka dibayar RM50 setiap orang.

Malah beberapa di antara mereka termasuk beberapa krew juga tidak mengetahui tujuan penggambaran tersebut dibuat.

Selain itu menurut bekas Pengerusi JMB, Dr S Paramanathan, bekalan air di rumah mereka pada masa ini berada dalam keadaan baik, tidak seperti yang cuba digambarkan.


“Air di sini okey saja. Dulu ada juga tapi disebabkan masalah pam atau kegagalan JMB bayar air kepada Syabas(Syarikat Bekalan Air Selangor),” kata beliau.

Beliau juga memberitahu penduduk di situ berasa kesal keputusan JMB memberi kebenaran penggambaran di buat di kawasan kediaman mereka.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Jenny mendakwa beliau dimaklumkan pihak JMB dibayar sebanyak RM15 ribu oleh produksi sebagai sewa tapak lokasi pengambaran.

Tinjauan TV Selangor di lokasi penggambaran mendapati beberapa orang yang terlibat tidak mengetahui tujuan penggambaran tersebut dibuat.

Beberapa penduduk yang ditemui juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan JMB yang memberikan kebenaran penggambaran itu dijalankan di kawasan kediaman mereka.

Berdasaran peralatan yang digunakan oleh produksi tersebut, ia dipercayai menelan kos yang besar.

Di lokasi penggambaran mendapati sekurang-kurangnya sebuah kren, beberapa lori pengangkut peralatan termasuk generator besar, tandas bergerak turut digunakan dalam penggambaran tersebut.

Berita penuh menyusul selepas ini

http://www.selangorku.com/?p=15029

Sunday, January 29, 2012

Idris Ahmad: Dr Mahathir Paling Takut Bila Pakatan Berkuasa.

SHAH ALAM, 29 JAN - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya.

Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.

"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau

Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya.

"Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu.

Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama

"Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya.

Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil.

"Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengaan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya.

Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

Monday, January 16, 2012

Isu Sewa PKNS naik 100% - Najib berlagak jadi hero tamil..!!!


SHAH ALAM, 16 JAN : Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat bandaraya Shah Alam baharu-baharu ini tidak ubah seperti hero filem Tamil tahun 60an masuk kampung menyelamatkan gadis dalam kesusahan.

Faekah berkata, gelagat lucu dipamerkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu apabila bertemu penyewa-penyewa tapak perniagaan di Kompleks PKNS, Shah Alam yang keresahan susulan keputusan tindakan PKNS menaikkan kadar sewa.

Jumaat lalu, Najib semasa program bertemu peniaga dan penyewa Kompleks PKNS mencadangkan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih kompleks itu bagi mengelakkan kenaikan kadar sewa antara 70 hingga 100 peratus.

Laporan media sebelum ini mengatakan Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di kompleks itu.



"Tidakkah Najib tahu bahawa 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini? Tidakkah beliau tahu bahawa penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran semasa di Shah Alam?," kata Faekah dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.

"Saya tidak fikir hanya saya yang beranggapan tindakan lagak hero Najib ini sebagai pelik. Tambah pula, lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak.

"Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor," kata Faekah.

Mengulas lanjut, Faekah mempersoalkan kewajaran tindakan Najib "menitiskan air mata" yang sepatutnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Umno Selangor sebelum ini yang mengkhianati janji dan kebajikan kaum Melayu.

Tangisan itu juga kata Faekah, seharusnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Pakatan Selangor hari ini memberi baucer RM100 kepada warga emas Umno menerusi program "Jom Shopping".

"Sebaliknya, Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Mohamaed Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

"Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,"katanya.

Saturday, January 14, 2012

TGNA Mahu BERS✔H 3.0 Digerakkan

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datok Nik Aziz Nik Mat menyeru supaya BERSIH 3.0 di gerakkan bagi memastikan Pilihanraya Umum ke-13 akan datang dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih.

Dalam perutusan yang di edarkan hari ini, beliau berkata tindakan Kerajaan Umno/BN yang di terajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakankan taktik melengah-lengahkan lapan tuntutan BERSIH 2.0 menerusi Pengistiharan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

"Ia satu usaha yang dipertikaikan keikhlasannya. Ini tidak lebih dari usaha pengalih perhatian umum dari menyerang SPR. Ia satu taktik supaya rakyat lupa lapan tuntutan BERSIH 2.0."

Berhubung Konvensyen yang sedang berlangsung, Menteri Besar Kelantan itu berkata perpaduan yang terjalin dengan komponen PR membolehkan PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Umno pula tidak putus-putus mengkhianati perjuangan PAS dengan menuduh PAS menjadi kuda tunggangan DAP.

"Sebab itu Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk di jemput menjadi rakan dalam PR.

Sehubungan itu menurut beliau sudah tiba masanya menerusi konvensyen ini untuk menggarap dan meningkatkan kerjasama untuk menjayakan agenda BERSIH 3.0 akan menjadi sebuah realiti.

"Ini adalah usaha dan kerjasama yang pasti akan memartabatkan lagi PR selepas 901 iaitu keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kerjasama politik dalam PR memenuhi prinsip Tahaluf-Siasi yang merupakan kebajikan sejagat yang mendapat keredhaan Allah.

Justeru katanya, keadilan untuk pelbagai kaum yang diperjuangkan PR selepas 901 mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai Putrajaya. -tvsnews

Monday, December 5, 2011

Najib Lebih Korup Daripada Pak Lah dan Dr Mahathir

SHAH ALAM, 5 DIS: Kedudukan Malaysia dalam indeks Persepsi Rasuah (CPI) antarabangsa adalah paling teruk dalam sejarah negara dan ia jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran Barisan Nasional dibawah Datuk Seri Najib Razak.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, kedudukan Malaysia pada tangga ke-60 tahun ini memperlihatkan Najib lebih korup berbanding dua Perdana Menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memaklumkan, Malaysia sudah jatuh 13 anak tangga sejak di bawah pentadbiran Najib yang bermula pada tahun 2009.

"Pak Lah (Abdullah) dalam tahun 2003 sehingga 2008, Malaysia jatuh 10 anak tangga, dari kedudukan 37 kepada 47.

"Di bawah Tun Dr Mahathir, 22 tahun menjadi Perdana Menteri sungguhpun CPI dimulakan pada tahun 1995, masa itu Malaysia di tangga ke-23. Semasa dia bersara 2003 sudah jatuh ke tangga 37. Jatuh sembilan tangga dalam tempoh sembilan tahun.

"Tetapi untuk Datuk Seri Najib dalam tempoh dua tahun setengah, jatuh 13 anak tangga," katanya.

Beliau menambah, perkara ini langsung tidak disentuh oleh pemimpin dan perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno 2011.

Sementara itu, Exco Pelaburan Perdagangan Selangor, Teresa Kok berkata, terdapat banyak perbezaan pentadbiran Perdana Menteri dahulu berdasarkan kedudukan CPI yang semakin merudum.

Beliau turut mempersoalkan adakah ini yang dinamakan membenteras rasuah dan gagasan 1Malaysia yang selama ini dilaungkan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.

"Indeks Korupsi kita lihat ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri tahun 2004, Malaysia berada dalam kedudukan 39.

"Kita lihat selepas Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2008, Indeks negara jatuh ke tangga 47. Tahun 2009 dan 2010 tangga ke-56 tetapi pada tahun ini telah jatuh ke kedudukan 60," katanya.

Beliau menjelaskan, pada tahun 2008 wang simpanan tunai di Selangor berjumlah RM632 juta tapi telah meningkat kepada RM1.2 billion sebagai bukti jelas Pakatan Rakyat lebih cekap dalam mengurus tadbir kewangan negeri.

Selepas Wan Azizah Siapa Pula Mangsa Shahrizat?

KOMENTAR : Setelah diserang dengan pelbagai pendedah dan pembongkaran skandal Projek Fitlot Kebangsaan (NFC) serta dihimpit dengan tekanan Perhimpunan Agung Umno yang baru lengsai akhirnya Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 'melatah sumbang' menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bagaikan tidak lagi mempunyai jalan keluar selain menebar 'peluru penabur' kepada sesiapa sahaja asalkan mengena.

Shahrizat mungkin telah menduga skandal penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami beliau, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya akan menjadi perhatian utama perwakilan dalam perhimpunan Agung Umno kali ini.

Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Wanita Umno baru-baru ini, Shahrizat berkata beliau tidak ada kaitan dengan projek NFC itu. Shahrizat mungkin menarik nafas lega apabila tiada perwakilan wanita menimbulkan isu penyelewengan tersebut ketika perbahasan ucapan dasar beliau.

Setelah enggan melayan pertanyaan wartawan sebelum ini yang meminta respon berhubung cabaran Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin supaya beliau segera meletak jawatan sebagai anggota kabinet, Shahrizat bagaikan 'kerasukan' dan hilang kawalan.

"Saya cabar Ketua Wanita PKR yang mendesak saya letak jawatan hanya kerana suami saya Pengerusi NFC, sedangkan saya tidak ada kene mengena.

"Saya nak minta hari ini supaya Wan Azizah letak jawatan sebagi Presiden PKR kerana angkara suaminya yang tidak tergamak saya sebutkan." katanya ketika ucapan dasar perwakilan Wanita Umno.

Berdasarkan kenyataan Shahrizat, jelas beliau tidak memahami antara kepentingan peribadi dan kepentingan awam yang membabitkan dana rakyat dan wang pembayar cukai.

Atau mungkin inilah juga mentaliti pemimpin-pemimpin Umno yang beranggapan harta dan khazanah negara adalah milik peribadi.

Dana rakyat

Shahrizat mungkin lupa bahawa perlantikan Wan Azizah melalui sistem pemilihan yang sah dalam parti dan deretan fitnah yang di kenakan ke atas Anwar (Suami Wan Azizah) tidak melibatkan satu sen pun wang rakyat.

Sedangkan kes NFC yang membabitkan suami beliau bukan sahaja melibatkan wang rakyat malah berlaku penyelewengan yang dashat.

Shahrizat salah sekiranya menyatakan bahawa apa yang suami beliau lakukan tidak ada kena mengena dengan beliau. Projek tersebut diperoleh suami beliau di saat beliau menjawat jawatan sebagai menteri kabinet dan Ketua wanita Umno.

Sekiranya Shahrizat mempunyai nilai murni seorang pemimpin yang peka dengan rakyat setentunya apabila projek tersebut di peroleh oleh suami, Shahrizat akan mengelak dari melibatkan suami beliau dalam projek kerajaan.

Sebagai seorang menteri dan orang politik senior, Sharizat setentunya faham dengan delima kronisme dan konflik kepentingan yang selama ini dikaitkan dengan salah guna kuasa dalam kerajaan.

Atau mungkin inilah amalan turun temurun yang ada dalam Umno-BN sehingga semua pemimpinnya dan keluarga serta suku sakat mereka akan diberi projek-projek berjuta-juta ringgit.

Justeru istiadat turun temurun ini telah menutup mata hati Shahrizat untuk melihat kesan sekiranya penyelewengan sebegini dibongkar rakyat.

Harga diri wanita

 Gesaan oleh Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin supaya Shahrizat berundur dari kabinet Najib bukan diasaskan oleh serangan peribadi.

Kenyataan Zuraidah ketika Kongres PKR ke-8 di Johor Bharu baru-baru ini mempunyai hubung kait dengan martabat kaum wanita yang perlu di terjemah bukan sahaja hebat sebagai ibu dan pengasuh yang baik tetapi sebagai pemimpin yang bermaruah.

Tuntutan Wanita PKR yang mahukan penyertaan 30 peratus wanita sebagai calon dalam PRU ke-13 adalah relevan memandangkan penyertaan wanita dalam politik bukan lagi sekadar mengisi koata tetapi suatu keperluan.

Pelbagai kes yang membabitkan pengabaian kadak-kanak dan remaja yang amat membimbangkan di lihat perlu ditangani dengan segera. Dan peranan dan suara wanita diperlukan untuk membawa iu-isu sebegini kehadapan.

Justeru skandal melibatkan keluarga Shahrizat serta kedudukan beliau sebagai seorang menteri wanita dalam kabinet kerajaan telah memalit 'aroma' yang memalukan kaum hawa tersebut.

Saranan Zuraidah supaya Shahrizat meletak jawatan sebagai anggota kabinet sangat bertepatan dengan usaha untuk memertabatkan kaum wanita yang bakal menjadi pemimpin di masa depan.

Dalam kata lainnya, dengan pendedahan oleh Laporan Ketua Audit negara itu telah meletakkan Shahrizat sebagai antara wanita pertama yang telah mencemarkan nama baik kaum wanita di negara ini.

Sentimen ini sekali gus akan menghilangkan keyakinan rakyat kepada kemampuan wanita dalam mengendalikan urusan politik negara.

Shahrizat seharusnya lebih 'rendah diri' untuk meletak jawatan dan bukannya menyerang Zuraidah, Wan Azizah atau sesiapa sahaja. Beliau harus melihat sejarah dan sedar bahawa lantikannya sebagai menteri bukan berdasarkan prestasi sokongan rakyat.

Shahrizat kalah di parlimen Lembah pantai kepada anak Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar.

Lalu beliau 'dipungut' oleh Najib disebabkan ketiadaan calon wanita dalam kabinet. Justeru sebagai Ketua Wanita Umno, Shahrizat mendapat ihsan tersebut.

Keuntungan politik

Berdasarkan ritual politik, keengganan Shahrizat meletak jawatan sebagai menteri memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat. Ini membenarkan lagi betapa skandal kronisme dalam Umno dan kerajaan bukan sekadar polimik pembangkang tetapi sebuah kenyataan yang ada realitinya.

Lantaran itulah Zuraidah dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat tidak mendesak Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno. Ini disebabkan beliau telah menjadi 'ikon' kepada amalan kronisme dalam Umno yang berjaya didedahkan kepada umum walaupun banyak kes-kes sebegini masih tertutup rapat.

Dalam masa yang sama, kredibiliti Najib sebagai perdana menteri yang tidak mengambil sebarang tindakan juga dilihat sebagai kelemahan beliau sebagai pentadbir yang menerajui kepimpinan negara.

Ini membenarkan lagi tanggapan selama ini bagaimana pemimpin-pemimpin Umno cuba mempertahankan kroni-kroni mereka sehingga sanggup berpatang arang berkerat rotan.

Mungkin juga sekiranya tidak dipertahankan akan lebih terbongkar lebih banyak kes-kes kronisme yang gagal diselidik oleh Ketua Audit negara.

Sikap pasif sebegini sekali gus membuktikan retorik Dasar tranformasi yang cuba diketangahkan Najib sama nilainya dengan 'transfer-money' oleh NFC dari menternak lembu kepada membeli kondominium mewah, membeli tanah dan kereta mewah oleh syarikat yang diberikan kepada keluarga Shahrizat.

Desakan letak jawatan

Shahrizat tidak perlu 'kerasukan' apabila disaran untuk meletak jawatan. Bukan sahaja pembangkang menggesa beliau berbuat demikian malah dikalangan pemimpin Umno sendiri.

Persoalannya, mengapa beliau tidak meluahkan kerasukan tersebut kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar yang juga menggesa beliau meletak jawatan.

Bung Mokhtar mendakwa kes Shahrizat bukan sahaja mencemar imej parti malah menggadai maruah beliau sebagai pemimpin.

Bung yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berkata beliau akan melepaskan jawatan sekiranya berada di posisi Shahrizat.

Sementara Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabsee juga mempunyai pendirian yang sama agar beliau melepas jawatan sebelum menunggu isyarat dari pimpinan tertinggi memberikan lampu hujau.

Sebelum itu juga, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahman Ishak membuat kenyataan yang sama yang menyifatkan skandal tersebut sebagai sesuatu yang amat malang kepada negara sehingga menghilangkan keyakinan rakyat kepada pemimpin negara.

Apapun Shahrizat perlu melihat isu perletakan jawatan beliau sebagai menteri dan skandal NFC yang melibatkan suami beliau sebagai isu moral dan harga diri yang membabitkan kepentingan wang rakyat dan pembayar cukai.

Shahrizat juga harus sedar, sejarah negara tidak akan mencatatkan beliau sebagai 'wanita besi' yang sanggup mempertahankan jawatannya. Tetapi nama beliau akan dipahat sebagai 'replika' betapa'dahsyat' amalan kronisme dalam Umno yang tidak memilih sesiapa, hatta seorang wanita.

Saturday, November 26, 2011

Selangor : Kuil Yang Dirobohkan Dibina Atas Rezab Jalan


JOHOR BAHRU, 26 NOV : Kerajaan Negeri tidak mengiktiraf kuil Sri Muneswarar sebagai rumah ibadat rasmi kerana pembinaannya terletak diatas rezab jalan.

Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata Kerajaan Negeri telah melakukan beberapa sesi perbincangan dengan penganut hindu yang mengunakan rumah ibadat tersebut.

"Dua tahun kita sudah berbincang perkara ini dengan pengerusi kuil, mereka sedia maklum (status kuil) yang mana ia dibina diatas rezab tanah di jalan besar.

"Kita juga ada simpanan surat persetujuan daripada pengerusi kuil tersebut bahawa mereka bersetuju untuk beredar dari lokasi itu, sudah dua tahun kita bagi tempoh untuk mereka bertindak," kata beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Tempatan.

Xavier berkata demikian ketika ditemui TVSelangor selepas Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

Xavier berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan surat kepada pengerusi kuil tersebut untuk pindah dan mereka dilarang membuat pembinaan baru.

Semalam, laporan media mendakwa kerajaan negeri telah merobohkan sebahagian bangunan kuil tersebut yang penganutnya berkata berusia 25 tahun.

Ekoran dari kejadian itu, penganut di kawasan itu mengesa kerajaan negeri menjelaskan tindakan tersebut atau menghadapi protes.

Mereka juga meminta kerajaan negeri memberikan hak milik tanah di lokasi kuil Sri Muneswarar di Persiaran Kerjaya yang seluas satu ekar.

Xavier berkata beliau akan membuat laporan lanjut serta mengadakan perjumpaan dengan pentadbiran kuil itu beliau kembali ke Selangor.

Saturday, October 15, 2011

Selepas tembak KEDAH lanie depa tembak SELANGOR pulak isu jalan..!!

RM55 Juta Tidak Lesap

SHAH ALAM 14 OKT : Kerajaan Selangor menyangkal dakwaan bahawa wang RM55 juta untuk penyelengaraan infrastruktur negeri pada 2009 telah "lesap".

Sebaliknya, wang tersebut dimasukkan kembali ke dalam akaun penyelengaraan dan digunakan pada tahun 2010.

Dalam menjawab tuduhan Umno Selangor hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar parti Barisan Nasional itu membuktikan tuduhannya bahawa wang itu lesap.

"Kita boleh menunjukkan setiap sen yang kita belanja. Kalau mereka kata wang ini tiada, mereka kena buktikan kepada kita," Abdul Khalid berkata.

Akhbar hari Jumaat memaparkan laporan mendakwa wang RM55 juta itu merupakan baki daripada peruntukan kerajaan pusat kepada negeri bagi menyelengarakan kemudahan infrastruktur di Selangor.

Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed meminta penjelasan Menteri Besar berkenaan cara duit itu dibelanjakan.

Di dalam satu kenyataan, Pejabat Kewangan Negeri berkata pada tahun 2009 Selangor menerima sejumlah RM315.6 juta daripada kerajaan pusat bagi kerja-kerja penyelengaran jalan.

Manakala, penggunaan peruntukan ini pada tahun 2009 adalah berjumlah RM328.7 juta yang terdiri daripada pembayaran terus melalui Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri berjumlah RM78.7 juta dan juga pindahan kepada Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM250 juta.

Baki Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri pada 1 Januari 2009 dan 31 Disember 2009 adalah masing-masing berjumlah RM67.5 juta dan RM54.4 juta.

Jumlah RM54.4 juta yang merupakan baki Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 dibawa ke hadapan pada tahun 2010.

http://tvsnews.net/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkapdnbQ==

Monday, August 15, 2011

Najib tunggu masa saja nak kena 'libas' dengan rakyat..!!!

AMARAN KERAS Untuk Najib, Teruskan Tekan Rakyat Dan Anda Tersungkur Lebur!

Meskipun populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau berjaya meraih perhatian rakyat berdasarkan kajian Merdeka Centre, ia bagaimanapun bukanlah jaminan pergerakan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.



Hal ini kerana menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kegagalan Najib mengurus tadbir negara dengan cekap, sudah lama diperhatikan oleh rakyat yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengambil keputusan meranapkan impian Najib untuk terus berkuasa.



"Rakyat inginkan suatu petunjuk yang nyata ke mana sebenarnya arah negara ini yang ingin dibawa (oleh Najib) kerana rakyat sudah dalam keadaan tertekan, dalam situasi ekonomi yang semakin dahsyat dan ancamannya kepada masyarakat dengan harga barang yang berlambung-lambung, dengan harga rumah yang sudah tidak terkawal, dengan pengangkutan awam yang sangat-sangat tidak cekap dan tidak membantu.. dan ini memberi kegusaran kepada masyarakat.



"Maka semuanya ini memberi impak dan kita harus ingat kesan langsung ini kepada masyarakat," kata Abu ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.



Merdeka Centre dalam kajiannya merumuskan, tidak banyak perubahan yang dibawakan oleh Najib sejak mentadbir negara pada April 2009.



Walaupun mengakui kejayaan media arus perdana mempopularkan pemimpin itu, ia bukanlah jaminan sokongan itu akan diterjemahkan melalui undi.



Penganalisis-penganalisis pula mendakwa Najib sudah mula tidak begitu tegas dalam melaksanakan dasar-dasar sehingga menggambarkan beliau berperwatakan seperti penyandang jawatan itu sebelum ini.



Kelewatan dalam pembaharuan ekonomi, kurang penekanan ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) selain ketidakcekapan Najib mengendalikan perkara-perkara yang mendesak seperti Himpunan Bersih 2.0, dilihat antara faktor penyumbang kepada kebimbangan rakyat
.



Selain Najib, rakyat juga kata Abu merasakan barisan menteri Kabinet gagal berfungsi dengan sebaiknya dalam menguruskan pentadbiran negara.



"Kesan langsung daripada masalah-masalah yang dikaitkan dengan beliau dan orang-orang di sekeliling beliau (antara faktornya). Yang keduanya ialah kita dapati kemungkinan barisan kepimpinannya yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet yang sepatutnya menguruskan negara ini, mungkin dilihat tidak cekap sehingga tidak dapat merealisasikan semua slogan dan kempen serta semua projek yang dinyatakan.



"Jadi gambaran itu memperlihatkan gambaran kelemahan pentadbiran sekarang, jadi sudah pasti ia menyatakan kelemahan keseluruhannya,"jelasnya lagi.



Malah menurut Abu yang juga penganalisis politik dan pengasas Zentrum Future Studies, keseriusan bayangan politik Najib yang akan kecundang itu dibayangkan melalui dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan tidak memberi kesan kepada ekonomi rakyat.



Lantaran itu, kata beliau, rakyat sudah tidak peduli agenda politik mana-mana parti sebaliknya hanya akan membuat keputusan dengan melihat parti mana yang dapat memenuhi keperluan mereka dan bukannya menindas rakyat dari segenap aspek.



"Kita harus ingat seandainya semua projek berlangsung itu tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya hingga ke akhir tahun ini, barangkali rakyat akan menilai prestasi tersebut dan barangkali rakyat mungkin juga akan menilai (dengan) reaksi seperti marah atau memberikan reaksi dalam PRU akan datang, jadi itu yang kita lihat.



"(Oleh itu) kita menyakini jika transformasi ini tidak dibuat, tidak dijayakan dan jika parti pembangkang pandai memperjelaskan kegagalan ini, pastinya rakyat akan faham.. sebab rakyat mana yang mahu hidup dalam keadaan tertekan dan derita? Sebab kita mahu hidup dalam keadaan berkebajikan dan sejahtera.



"Kita inginkan pendidikan percuma, kesihatan percuma, kita ingin rumah yang murah dan jadi sudah pasti akhirnya rakyat membandingkan dengan negara-negara yang sangat sempurna seperti Switzerland, Finland, kenapa hidup mereka mudah dan selesa, jadi rakyat akan berfikir tentang ini,"
katanya lagi.



Sebelum ini, Pakatan Rakyat berulang kali mengingatkan ekonomi negara di bawah pentadbiran Najib Razak semakin nazak dan mencemaskan banyak termasuk pelabur

dalam dan luar negara.




Baru-baru ini Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat turut menegur cara urus tadbir kerajaan Najib Razak.



Beliau berkata pentadbiran negara di bawah Najib Razak bukan sahaja memperlihatkan banyak kepincangan malah kesan langsung ekonomi negara juga turut menjadi kayu pengukur kepada rakyat dalam menentukan nasib mereka sendiri pada pilihan raya umum akan datang.



Selain iu, katanya angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak minggu lalu.



Rafizi turut menyentuh Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011

menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Najib Razak seperti (Program Transformasi Ekonomi , Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.



Rafizi berkata, jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diuar-uarkan.



Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya.



Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, keadaannya mungkin lebih parah pada 2-3 tahun akan datang.



Malah tambah Rafizi lagi, prestasi tiga penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak. -tvsnews

Thursday, August 4, 2011

Bekas Kerani ATM Mengaku Diarah Pangkah 500 Undi Pos

AMPANG 4 OGOS : Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengaku menanda hampir 500 kertas undi pos di kem Sandakan pada pilihan raya umum 1986.

Mohd Nasir Ahmad yang berkhidmat selama 19 tahun dengan ATM menjelaskan pada ketika itu beliau bersama seorang rakan terpaksa akur kepada arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tentera walaupun menyedari kesalahan yang bakal dilakukan.

"Saya disuruh buka karung undi dan diarahkan untuk memangkah kertas undi sebanyak 900, dan dibahagi dua bersama rakan. Undi adalah mengikut citarasa saya dan saya sedar telah ambil hak orang lain," jelas beliau dalam sebuah forum anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini.

Antara ahli panel terdiri daripada Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dan AJK Pas Johor, Mohd Mohzit Mohid yang berpengalaman menjadi agen parti pada waktu pilihan raya.

Forum yang berlangsung kira-kira dua jam itu antaranya mendedahkan kesalahan pilihan raya berkaitan undi pos yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu dan Bagan Pinang beserta bukti melibatkan komplot SPR dengan parti Barisan Nasional (BN).

Ini termasuk 62 peratus undi petugas SPR yang tidak dikembalikan dipercayai telah dijual ke pasaran gelap untuk tujuan manipulasi keputusan undi agar berpihak kepada parti BN di Sibu.

Tambah Suhaizan, PRK Sibu yang dimenangi Pakatan Rakyat dengan perbezaan 7.5 peratus mengalahkan BN mempunyai perbezaan amat ketara pada undi pos di mana PR hanya memperoleh 70 undi berbanding BN sebanyak 2,323 undi.

Menurut beliau SPR hanya mengambil sikap lepas tangan dari sudut jaminan kertas undi pos tidak disalah guna pihak tertentu memandangkan ianya diedarkan empat hari sebelum tarikh pilihan raya sebenar.

Beliau seterusnya menggesa SPR merombak sistem undi pos yang dianggap begitu teknikal.

"Bagaimana jaminan kertas undi tidak dijual di pasaran gelap," soal beliau.

Menurut Mohd Mohzit yang menjadi agen parti PAS pada PRK Sibu yang lalu, pihaknya menggesan unsur penipuan pada Borang 2 undi pos.

Katanya, borang yang dihantar kepada mempunyai empat tandatangan yang berlainan di bawah satu nama.

Beliau seterusnya mengemukakan perkara tersebut kepada agen SPR namun suruhanjaya itu bertindak mempertahankan kesalahan tersebut termasuk disokong oleh wakil BN.

Dalam pada itu, menyentuh isu cadangan perlaksanaan sistem biometrik untuk pengundi pada pilihan raya akan datang, Suhaizan tidak yakin ianya akan dilaksanakan pada masa yang singkat.

Ini berikutan katanya, data daftar pemilih SPR masih tidak dikemaskini sehingga kini berikutan penemuan nama pengundi yang bertindan termasuk dakwaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersekongkol memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing seperti yang dilaporkan media semalam.

" Soalnya bagaimana sistem biometrik boleh berperanan secara aktif kalau sistem SPR itu sendiri menerima dua data.

Sehubungan dengan itu Suhaizan berkata PAS akan terus mendedahkan kepada umum bukti-bukti dakwaan bahawa SPR tidak bersedia untuk menjadi suruhanjaya bebas dan adil melaksanakan pilihan raya di negara ini.


Thursday, July 21, 2011

Bersih : Polis Tutup Kezaliman Diri, Kata Mat Sabu

SHAH ALAM 21 JULAI : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menolak penafian polis menindas peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 dan menyifatkan rakaman video yang dikemukakan oleh badan itu sebagai cubaan terdesak untuk menutup kezalimannya.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sudah tentu polis (akan) menafikan (tindakan) polis. Perkara ini seharusnya dilaksanakan oleh jawatankuasa penyiasat(bebas), kalau tanya Polis memang mereka akan memberi kenyataan macam itu," kata beliau kepada TvSelangor.

Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman tampil hari ini untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.

Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.

Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.

Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.

Malah, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menuduh Mohamad Sabu mereka cipta dakwaan bahawa beliau dirempuh oleh sebuah Land Rover yang dipandu anggota polis sebelum dibawa ke hospital.

Salleh sebaliknya mendakwa pemimpin pembangkang itu jatuh daripada motorsikal selepas melanggar penghadang jalan.

Timbalan Presiden PAS itu membidas Salleh dan berkata beliau bersedia membuktikan keterangannya di mahkamah jika perlu.

Beliau berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar pihak berkuasa untuk menutup kesalahannya.

"Saya tak mahu buat apa-apa kenyataan (bersabit insiden itu) melainkan di mahkamah," kata beliau.

Mohamad Sabu berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar kerajaan untuk menutup kesalahan pihak berkuasa.

"Kita ada SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia), kalau kenyataan dari SUHAKAM atau mana-mana badan bebas lain, kita terima. Ini gunakan polis. Sudah tentu mereka berkata begitu," kata beliau.

"Bagaimana dengan mereka yang pecah kepala, nasib yang menimpa YB Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam) dan sesiapa sahaja yang tercedera? Siapa yang bertanggungjawab?. Oleh kerana itulah kita perlu laporan daripada SUHAKAM ataupun badan bebas dan bukannya polis," tegasnya.

Mohamad Sabu berkata, kelewatan polis sendiri untuk tampil dengan rakaman video menimbulkan pelbagai kecurigaan.

"Dua minggu baru keluar video siapa boleh terima, jadi penafian polis tidak boleh diterima. Kita perlu badan lain, Polis memang suka berbohong." tambahnya. -tvnews

Monday, June 27, 2011

bagi REFREE BERSIH dulu..nanti baru kita sembang bab JANTAN @ BETINA..!!!

Laksana Dahulu Tuntutan Bersih, Baru "Anak Jantan"

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak perlu ada keberanian terlebih dahulu untuk menunaikan segala tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0, jika mahu mencabar Pakatan Rakyat bersaing di arena itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang juga bekas tahanan Bersih 1 pada 2007, Najib sepatutnya hanya mencabar Pakatan Rakyat bertanding selepas beliau melaksanakan gesaan rakyat di bawah gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan di negara ini yang mahukan pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.

" Kalau kita lihat semua tuntutan Bersih, ia adalah tuntutan yang memang semua orang mahukan untuk dapatkan pilihan raya yang adil.


" Kalau ini dapat kita laksanakan, lepas itu kita boleh berlawan (secara adil). Sekarang ini kalau pilihan raya memang berat sebelah. Cuba kita lihat tuntutan Bersih itu, boleh mereka kata tidak mahu.. Kalau mereka tak mahu, maknanya mereka tak mahu pilihan raya yang bersih," kata Dr Nasir merujuk kepada pendirian Najib dan rakan-rakannya dalam Umno-Barisan Nasional(BN).

Semalam Najib mencabar Pakatan Rakyat untuk berdepan dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 sebagai "anak jantan" dan bukan turun di jalanan untuk mengadakan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Dakwa Najib, himpunan Bersih 2.0 bukan bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi bertujuan mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

“Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan
berdepan dengan undang-undang,” Najib dipetik sebagai berkata ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di Kuala Lumpur, semalam.

Najib juga turut memberi amaran bahawa beliau akan mempertanggungjawabkan segala insiden pada hari berkenaan kepada Pakatan Rakyat dan mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan akan menerima "akibat" dari perbuatan itu.

Melihat kepada pendirian Najib dan tindakan polis mutakhir ini menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning terutamanya yang mempunyai logo Bersih jelas mencerminkan ketakutan yang begitu memuncak dalam jiwa pemimpin negara itu.

" Najib sekarang ini memang paranoid, takut pada bayang-bayang sendiri. Nampak orang baju kuning pun tak boleh.

" Oleh kerana 2008, rakyat sudah berubah. Ramai orang yang mengundi kita... tetapi oleh kerana penyelewengan, kemenangan kita itu nampak kecil kita menang (majoriti undi)," katanya.

Oleh itu katanya, segala bentuk perundangan hatta nama Yang di-Pertuan Agong akan digunakan bagi mengekang kemaraan rakyat kerana mereka tahu tuntutan yang dibawakan oleh Bersih 2.0 akan meranapkan impian mereka mempertahankan Putrajaya.

" Sekarang ini kalau kita berentap, memang berat sebelah kepada dia (Umno-BN). Sebab itu mereka tak mahu ikut Bersih, mereka akan bermasalah, mungkin mereka akan jatuh.

" (Trend pengundian) ini yang mereka takutkan sebab kalau tidak ada penyelewengan, mereka tidak akan lepas (menang pilihan raya). Sebab itu tuntutan Bersih yang sememangnya adil, tidak ada satu pun yang boleh dipertikaikan kepada sesiapa yang mahukan pilihan raya adil, inilah yang harus diikuti.. tetapi mereka tak mahu itu. Jadi kalau kata nak bertanding secara saksama, tapi tak mahu ikut cara yang betul macam mana?," kata Dr Nasir. -

Sumber - TVS

Saturday, May 28, 2011

Tarif Elektrik : Kroni Terus Kaut Untung, Rakyat Kekal Menderita


SHAH ALAM 27 MEI : Kenaikan tarif elektrik yang hanya akan diperincikan butirannya Isnin ini mungkin menyaksikan kenaikannya dilakukan secara berperingkat-peringkat demi mengelakkan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah terus merudum menjelang Pilihan Raya Umum.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, strategi Umno-BN ini tidak memberikan sebarang makna kepada rakyat memandangkan ketirisan subsidi kepada kroni masih diteruskan kerajaan pemerintah.

“Kalau ia (tarif elektrik) tak naik, juga bermaksud pilihanraya sudah dekat (tetapi ) kerajaan akan naikkannya selepas pilihanraya, jadi isu tarif ini tidak selesai.

“Mereka hanya buat sedikit perubahan untuk menahan sekejap (kenaikan) sahaja tetapi mereka tidak selesaikan masalah ketirisan subsidi kepada kroni-kroni yang kaya,” kata Tian kepada TV Selangor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menuntut kerajaan menyemak semula perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Anwar, perjanjian tersebut hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat terpaksa menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.

Jelas beliau, perjanjian itu sebelum ini direka untuk memastikan 26 syarikat IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seperti gas, disel dan arang batu menyebabkan TNB terpaksa menanggung akibat jika berlaku kenaikan harga.

Walau bagaimanapun berikutan perjanjian itu, Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya semula pada kadar harga subsidi tetap.

“Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22 billion setahun jika dikira menurut kadar harga semasa minyak mentah serta gas asli,” kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar.

Justeru itu katanya, ekoran perjanjian yang rumit dan berat sebelah itulah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi.

Majlis Ekonomi Negara (NEC) yang bermesyuarat hari ini meluluskan kenaikan tarif elektrik dan butirannya akan diumumkan Isnin depan.

Thursday, May 26, 2011

Tak Perlu Layan Kokokan Saki Baki Umno,Kata MP PAS

SHAH ALAM 25 MEI : Pemimpin Pusat PAS menganggap sebarang cubaan mengapi-apikan ahli PAS menjelang pemilihan dengan isu kerajaan pusat langsung tidak perlu dilayan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan isu itu ditimbulkan oleh pihak 'luar' dan bukan Pakatan serta hanya bertujuan memecah-belah perpaduan antara ahli PAS sendiri.

"Saya rasa itu lontaran yang jahat dan tak perlu kita layan. Kalau kita tak layan, ia mati sendiri. Tapi kalau kita layan...Jadi 'mubarak' sungguh dia. Apa faedahnya, akhirnya, kita sama kita berperang, " kata beliau kepada TV Selangor.

Semalam, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN menyatakan bahawa keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara jelas dan terang menolak kerjasama ini.

Isu ini kerap dimainkan oleh media arus perdana terutamanya menjelas Pemilihan dan Muktamar PAS bulan hadapan.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PAS, Khalid Samad menyatakan betapa Mubarak hanya ingin melaga-lagakan ahli PAS sedangkan parti berkenaan sedari awal lagi menolak perkara tersebut.

"Saya pun tak faham dan tak tau kenapa mereka beri komen seperti itu. Dalam Pas ini apa-apa tindakan bukan dibuat oleh satu atau dua orang ianya bergantung kepada keseluruhan ahlinya dalam muktamar.

Menurut Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam, ahli PAS katanya matang dan yakin dengan kepimpinan mereka dan telahpun membuktikan Pakatan Rakyat merupakan platform terbaik dalam membantu rakyat Malaysia.

"Ahli PAS kenal siapa itu Mubarak, bekas wakil rakyat Umno, kita tahu niat mereka tak pernah baik terhadap PAS, dan kalau kenyataan begitu mereka memang nak laga-lagakan PAS. Saya rasa Ahli PAS tahu membuat pemilihan sendiri, dan pemilihan dilakukan berdasarkan kemampuan dan prestasi seseorang. Saya rasa itu tiada kesan kerana isu Kerajaan Perpaduan dah lama kita tinggalkan," kata beliau lagi.

Monday, May 16, 2011

Kes Anwar- Hakim/Pendakwaraya Bersekongkol, Kata Aziz Bari

SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.

"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.

"Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau.

Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata hakim gagal menyaring keterangan saksi dengan cermat. Pertubuhan Peguam Untuk Kebebasan pula menyifatkan perbicaraan Anwar sebagai "memalukan."

Aziz berkata keputusan Zabidin sekali lagi menunjukkkan badan kehakiman negara ini masih belum belum adil dan bebas terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.

"Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu,"katanya.

Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.

"Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipecat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau.

Perbicaraan kes liwat fitnah itu akan bersambung 6 Jun. Jika disabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara hingga 20 tahun.

Anwar : Polis Ugut Saksi Pembela Kes Liwat Fitnah



KUALA LUMPUR 16 MEI : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tindakan polis “menakut-nakutkan’ saksi pembelaan yang dijadualkan memberi keterangan apabila perbicangan bersambung bulan depan.

"Saya dengar ada kes saksi-saksi kami telah ditakut-takutkan oleh polis. Kita mahu hentikan ini dan kita mahu lihat hakim membuat keputusan dengan mengutamakan kebenaran tentang kedudukan saya sebagai dituduh," kata Anwar.

Hakim Zabidin Mohamad Diah menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 sebagai perbicaraan pembelaan dengan tiga puluh saksi disenarai pendekkan bagi memberi keterangan.

Ini termasuk pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr Osman Hamid iaitu individu pertama memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008.

Pemeriksaan itu mendapati dubur Saiful tidak menunjukkan sebarang tanda atau kecederaan untuk menyokong dakwaan liwat yang dibuat oleh beliau.

Dr Osman, seorang warga Myanmar, turut memberi perakuan bersumpah bahawa beliau diugut oleh polis untuk bekerjsama dengan pihak berkuasa jika tidak mahu menghadapi pendakwaan di mahkamah.

Peguambela juga dijangka memanggil Hassanuddin Abdul Hamid iaitu pemiilik unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, di mana jenayah liwat itu di dakwa berlaku.

Hassanuddin dilaporkan berada bersama Anwar dan beberapa orang lain sepanjang petang 26 Jun 2008.

Hassanuddin dan isterinya tidak dipanggil sebagai saksi oleh pendakwaraya.

Dalam satu ceramah, baru-baru ini, Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendedahkan kenapa pendakwaraya tidak memanggil Hassanuddin.

Berikut petikan penuh ceramah Saifuddin :

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Bila Saiful buat aduan, polis serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini.”

“Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada".

“Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama."

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". Sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat Saiful. Masa bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar," kata Saifuddin.

Saturday, May 14, 2011

Negara ini adalah 2Malaysia dan bukannya 1Malaysia

Rakyat Hidup Dalam Dua Malaysia Bukan Satu, Kata Anwar

AYER KEROH 14 MEI : Negara ini adalah 2Malaysia dan bukannya 1Malaysia - Satu zalim dan satu (lagi) rakyat tertindas," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengupas pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Melaka malam tadi.

Ucapan Anwar lebih satu jam di ceramah itu diganggu oleh sekumpulan remaja yang melontarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang itu namun puluhan anggota polis yang hadir tidak mengambil tindakan.

Anwar kemudian menggambarkan golongan itu sebagai 'keldai' Umno-BN yang cetek pengetahuan terhadap penindasan ke atas rakyat selain sanggup menjadi pencacai parti itu semata-mata mendapat upah RM50.

Justeru beliau menyeru kepada hadirin yang hadir supaya berfikiran matang membantu Pakatan Rakyat mengembalikan maruah negara yang semakin terhakis.

"Kita lihat polis tidak boleh diharap untuk halang mereka. Cuba kalau Najib punya majlis, habis kita ditangkap," kata Anwar kepada dua ribu hadirin Kampong Bukit Katil Ayer Keroh.

"Sebab itu negara ini dua (2) Malaysia dan bukan 1Malaysia. Satu zalim, satu rakyat tertindas. Boleh pencacai Umno itu jawab mana perginya RM52 bilion?" soal beliau sambil disahut sorakan gemuruh pengunjung yang hadir.

Beliau menjelaskan kronisme menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion yang diperuntukan kepada Bumiputera lesap kerana akibat diagihkan kepada individu yang berselindung di belakang nama Bumiputra.

"RM54 bilion saham bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion. RM52 bilion lagi, hilang. Sebab itu Mahathir beriya-riya mempertahankan Umno sebab anak dia orang Melayu terkaya di Malaysia. Syarikat Kencana Petroleum (dimiliki) oleh Mokhzani(anak Mahathir)," jelas Anwar.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut merujuk kepada ketirisan dana rakyat yang berpunca daripada pemberian kontrak-kontrak lumayan dan berat sebelah kepada individu-individu berkepentingan sehingga mewujudkan klas elit Melayu dan memiskinkan majoriti kaum itu.

Anwar turut merungkai kembali kegagalan kerajaan Umno-BN mencapai ekuiti Bumiputra ke tahap 30 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 1990.

Jelas Anwar, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak ghairah mendabik dada tentang kejayaan meningkatkan ekuiti itu kepada 22 peratus tahun ini, walhal hakikat adalah ia tetap kurang 8 peratus daripada sasaran yang ditetapkan lebih 10 tahun lalu.

Anwar berkata sungguhpun segelintir pemimpin Umno-BN tidak bersetuju dengan cara urus tadbir negara, namun mereka mendiamkan diri akibat khuatir kehilangan pangkat dan "periuk nasi".

Ini menyebabkan regim Umno-BN dikawal oleh jutawan-jutawan negara yang diberi perlindungan untuk mengaut keuntungan peribadi asalkan mereka menjaga kepentingan sempit pemerintah, tambah beliau.

"Pemimpin Umno tidak mampu berbuat apa-apa walaupun tidak bersetuju demi menjaga kepentingan diri. Mereka ini dalam poket taukeh besar," ujar beliau.

Dalam ceramahnya, Anwar sekali lagi berterus terang mengenai tuduhan liwat fitnah dan video seks yang menjadi modal Umno-BN menyerang peribadi, keluarga dan Pakatan Rakyat mutakhir ini.

Selain menjelaskan tahap kefahaman agama Islam yang dangkal dalam kepimpinan tertinggi Umno, Anwar menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada cubaan juak-juak Umno mempermainkan prinsip Islam dan hukum Syarak.

Ujar beliau, perbuatan sumpah laknat tidak akan menyelesaikan kes jenayah sambil merujuk kepada nasihat Profesor Dr. Wahbah Zuhaili, ulama dari Syria.

"Prosedur adalah perlu ada siasatan dan pendakwaan. Itu baru ada kes. Sumpah tidak selesaikan kes. Saya menasihati rakyat supaya jangan keliru dengan tindakan Umno," jelasnya.

Justeru beliau menyarankan agar masyarakat mengangkat prinsip Maqassid Syariah yang mempertahankan soal akidah dan kebebasan.

Anwar berkata ancaman yang diperhebat saban hari terhadap Pakatan Rakyat tidak melemahkan matlamat gagasan pembangkang itu menubuhkan sebuah "kerajaan rakyat Malaysia" jika beri mandat untuk mengambil alih Putrajaya.

Ketua Pembangkang itu turut berikrar akan meneruskan perjuangan untuk membawa pembaharuan politik yang didahagakan oleh rakyat serta membebaskan Malaysia daripada agenda sempit yang diikat kepada kepentingan keluarga dan kroni pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional.

"Saya sudah langkah dalam perjuangan, Insyallah saya akan teruskan. Ini bukan soal Anwar dan keluarga saya. Kami dalam PR ada program untuk membuat perubahan," kata beliau.

Dalam misi jelajah tawan negeri Melaka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 malam tadi, Anwar bersama-sama kepimpinan Pakatan Rakyat bernekad membawa nafas baru kepada rakyat negeri itu.

Anwar mengulangi cabarannya untuk berbahas dengan Perdana Menteri Malaysia itu tentang polisi dan dasar pentadbiran negara selain merungkai kesangsian Buku Jingga dan janji 100 hari Pakatan Rakyat.

Katanya, Najib masih berdolak-dalik mengenai perbahasan itu walaupun Anwar menyatakan kesediaannya sejak tahun lalu.

"Lepas dia (Najib) tanya saya semua isu video dan liwat. Giliran saya tanya tentang siasatan polis Altantuya, isu negara Perancis buka kertas siasatan terhadap Razak Baginda dan Perdana Menteri kita di atas isu kapal selam. Ketiga jawab pasal (kes khalwat) di Port Dickson," kata beliau.

"Kalau PRU dibuat sekarang, kekuatan kita lebih kuat daripada Umno dan mereka tahu perkara itu," kata beliau.

"Kalau Berani, Beri Satu Jam PR Muncul Dikaca TV"

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghn-bLUsRpz9XHIyMbC07Shs9wOvNipPTFD6cL0hQcA9QLKeQsGqeQwgpxg1ztM8fx1711tEUtffzRr2RTZ0bQwsoyRnWiaXetXMKLZTcTWv31ingSeFywJ7cfDz5FoANzwkJakPik_9vN/s640/google-tv.png
SHAH ALAM 14 MEI : Pakatan Rakyat Selangor tiada sebarang masalah jika UMNO BN menggunakan segala 'senjata' untuk merampas kembali Selangor dengan syarat gagasan itu diberikan masa satu jam untuk muncul dikaca tv bagi menzahirkan agenda politik mereka.

EXCO Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata Pakatan Rakyat hanya memerlukan 60 minit di kaca tv bukan untuk membalas balik segala serangan bertali arus terhadap gagasan itu, tetapi tempoh itu akan diguna sebaik mungkin untuk menjelaskan tawaran terbaik yang ditawarkan kepada rakyat.

"Saya mencabar Najib Razak dan BN, kalau mereka ini benar-benar berani mahu rampas Selangor dan yakin akan menang pilihanraya akan datang dengan kenyataan menang 2/3 undi kononya, beranikah mereka beri kita ruang satu jam sehari didalam Tv (media arus perdana) untuk kita manfaatkan sebar maklumat kepada rakyat, satu jam sahaja untuk sehari," kata Xavier.

Minggu lalu, Najib Razak dilaporkan mengarah keseluruhan jentera UMNO Selangor agar menggunakan segala 'senjata' yang ada bagi merampas kembali negeri terkaya ini pada pilihan raya akan datang.

Xavier berkata, kelonggaran untuk Pakatan Rakyat muncul dikaca tv akan membuktikan kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak juga mengamalkan semangat demokrasi dalam pemerintahannya.

"Kalau mereka mahu berikan kami sedia, dan bukannya percuma, kalau diperlukan kita (Pakatan Rakyat) kami sedia beli masa siaran, itupun kalau mereka berani berikan ruang untuk kita dalam media elektronik yang ada sekarang," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TvSelangor selepas Ceramah Perdana Jelajah Selangor Tawan Malaysia di Dewan MBSA Jalan Kebun malam semalam.