Thursday, January 24, 2013
Anak muda penentu PR ke Putrajaya- Dr Abu Hassan
Tuesday, December 13, 2011
Generasi muda perlu memelihara tanah air
SHAH ALAM- Sudah tiba masanyagenerasi muda berubah agar tanah air akan terus terpelihara.
Pensyarah Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia (UM) Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata perubahan perlu dilakukan oleh generasi muda untuk kebaikan negara.
“Parti politik bukan milik semua orang, tetapi tanah air ialah milik seluruh rakyat. Jika tanah air musnah, kita hendak pergi ke mana? Penentu pilihan raya ialah pada golongan muda agar tidak taksub pada baka politikyang diwarisi nenek moyang mereka.
Sebagai anak mudaperlu fikir adakah tanah air kita kini lebih baik dari negara lain?” katanya dalam Wacana Sinar Harian yang bertajuk PRU 13, undi siapa jadi penentudi sini hari ini.
Katanya, perubahan yang berlaku di Mesir dan Romania diatas kebangkitan anak muda wajar dicontohi.
“Bagaimana anak muda di Mesir merealisasikan bahawa golongan tua yang taksub pada politik lama gagal diselamatkan?Bagaimana berbillion ringgit setiap tahun dengan sekelip mata hilang? Mesir sepatutnya menjadi negara yang bagus.
Oleh itu, anak-anak muda yang bangkit dan membebaskan Mesir harus dijadikan model dan bukan survival politik,” katanya.
Selain itu, katanya, dengan perubahan yang dilakukan juga mampu mengubah indeks demokrasi dan rasuah negara.
“Kenapa kita harus sayang pada parti yang tidak mampu melakukan janji yang mereka katakan. Jika mereka tak dapat lakukan janji itu, kita harus tukar dan beri pada yang lain,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dalam proses sebuah tamadun, tidak perlu ada perasaan bimbang jika mana-mana parti akan jatuh dan diganti parti lain.
Jelasnya, apa yang penting ialah kepercayaan.
“Jika Pakatan Rakyat (PR) diberi kepercayaan untuk mentadbir dan mereka berjaya, maka kita harus beri kepercayaan. Penentu sekarang ialah demografi golongan muda berumur 21 hingga 40 tahun disamping kaum Cina dan kaum wanita. Saya menyeru kita semua lakukan perubahan demi kebaikan negara,” ujarnya. [Sinar Harian]
Monday, August 15, 2011
Najib tunggu masa saja nak kena 'libas' dengan rakyat..!!!
Meskipun populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau berjaya meraih perhatian rakyat berdasarkan kajian Merdeka Centre, ia bagaimanapun bukanlah jaminan pergerakan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak. Hal ini kerana menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kegagalan Najib mengurus tadbir negara dengan cekap, sudah lama diperhatikan oleh rakyat yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengambil keputusan meranapkan impian Najib untuk terus berkuasa.
"Rakyat inginkan suatu petunjuk yang nyata ke mana sebenarnya arah negara ini yang ingin dibawa (oleh Najib) kerana rakyat sudah dalam keadaan tertekan, dalam situasi ekonomi yang semakin dahsyat dan ancamannya kepada masyarakat dengan harga barang yang berlambung-lambung, dengan harga rumah yang sudah tidak terkawal, dengan pengangkutan awam yang sangat-sangat tidak cekap dan tidak membantu.. dan ini memberi kegusaran kepada masyarakat.
"Maka semuanya ini memberi impak dan kita harus ingat kesan langsung ini kepada masyarakat," kata Abu ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.
Merdeka Centre dalam kajiannya merumuskan, tidak banyak perubahan yang dibawakan oleh Najib sejak mentadbir negara pada April 2009.
Walaupun mengakui kejayaan media arus perdana mempopularkan pemimpin itu, ia bukanlah jaminan sokongan itu akan diterjemahkan melalui undi.
Penganalisis-penganalisis pula mendakwa Najib sudah mula tidak begitu tegas dalam melaksanakan dasar-dasar sehingga menggambarkan beliau berperwatakan seperti penyandang jawatan itu sebelum ini.
Kelewatan dalam pembaharuan ekonomi, kurang penekanan ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) selain ketidakcekapan Najib mengendalikan perkara-perkara yang mendesak seperti Himpunan Bersih 2.0, dilihat antara faktor penyumbang kepada kebimbangan rakyat.
Selain Najib, rakyat juga kata Abu merasakan barisan menteri Kabinet gagal berfungsi dengan sebaiknya dalam menguruskan pentadbiran negara.
"Kesan langsung daripada masalah-masalah yang dikaitkan dengan beliau dan orang-orang di sekeliling beliau (antara faktornya). Yang keduanya ialah kita dapati kemungkinan barisan kepimpinannya yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet yang sepatutnya menguruskan negara ini, mungkin dilihat tidak cekap sehingga tidak dapat merealisasikan semua slogan dan kempen serta semua projek yang dinyatakan.
"Jadi gambaran itu memperlihatkan gambaran kelemahan pentadbiran sekarang, jadi sudah pasti ia menyatakan kelemahan keseluruhannya,"jelasnya lagi.
Malah menurut Abu yang juga penganalisis politik dan pengasas Zentrum Future Studies, keseriusan bayangan politik Najib yang akan kecundang itu dibayangkan melalui dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan tidak memberi kesan kepada ekonomi rakyat.
Lantaran itu, kata beliau, rakyat sudah tidak peduli agenda politik mana-mana parti sebaliknya hanya akan membuat keputusan dengan melihat parti mana yang dapat memenuhi keperluan mereka dan bukannya menindas rakyat dari segenap aspek.
"Kita harus ingat seandainya semua projek berlangsung itu tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya hingga ke akhir tahun ini, barangkali rakyat akan menilai prestasi tersebut dan barangkali rakyat mungkin juga akan menilai (dengan) reaksi seperti marah atau memberikan reaksi dalam PRU akan datang, jadi itu yang kita lihat.
"(Oleh itu) kita menyakini jika transformasi ini tidak dibuat, tidak dijayakan dan jika parti pembangkang pandai memperjelaskan kegagalan ini, pastinya rakyat akan faham.. sebab rakyat mana yang mahu hidup dalam keadaan tertekan dan derita? Sebab kita mahu hidup dalam keadaan berkebajikan dan sejahtera.
"Kita inginkan pendidikan percuma, kesihatan percuma, kita ingin rumah yang murah dan jadi sudah pasti akhirnya rakyat membandingkan dengan negara-negara yang sangat sempurna seperti Switzerland, Finland, kenapa hidup mereka mudah dan selesa, jadi rakyat akan berfikir tentang ini," katanya lagi.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat berulang kali mengingatkan ekonomi negara di bawah pentadbiran Najib Razak semakin nazak dan mencemaskan banyak termasuk pelabur
dalam dan luar negara.
Baru-baru ini Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat turut menegur cara urus tadbir kerajaan Najib Razak.
Beliau berkata pentadbiran negara di bawah Najib Razak bukan sahaja memperlihatkan banyak kepincangan malah kesan langsung ekonomi negara juga turut menjadi kayu pengukur kepada rakyat dalam menentukan nasib mereka sendiri pada pilihan raya umum akan datang.
Selain iu, katanya angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak minggu lalu.
Rafizi turut menyentuh Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011
menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Najib Razak seperti (Program Transformasi Ekonomi , Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.
Rafizi berkata, jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diuar-uarkan.
Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya.
Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, keadaannya mungkin lebih parah pada 2-3 tahun akan datang.
Malah tambah Rafizi lagi, prestasi tiga penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak. -tvsnews
Sunday, April 17, 2011
Peratusan undi Pakatan Rakyat meningkat banyak – penganalisis
KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan raya Negeri Sarawak ke-10 menyaksikan jurang sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) berbanding Pakatan Rakyat, semakin mengecil, kata penganalisis politik terkenal, Dr Abu Hassan Hasbullah.
Pengerusi Zentrum Future Studies Malaysia (Zentrum) itu berkata, ia juga bermakna perubahan besar mula merebak ke Bumi Kenyalang berikutan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) semakin besar.
“Peratusan yang menyokong BN adalah 372,379 pengundi manakala Pakatan Rakyat mendapat 261,666 undi. Ini bermakna peratusan yang mengundi PR semakin meningkat. Jika diukur, beza peratusan hanya 32peratus,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
Beliau berpendapat, kemenangan Pakatan Rakyat di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kali ini bakal membentuk masa depan baru bagi proses perubahan jangka panjang negeri itu.
“Jelas, Sarawak akan membentuk masa depan baru dalam tempoh panjang dengan kejayaan PR yang mengungguli kepercayaan politik di bandar dan masyarakat urban,” katanya.
Abu Hassan berkata, Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan berasa selesa sekalipun mencatatkan kemenangan dengan dua pertiga majoriti pada pilihan raya itu.
“Walaupun BN menang 55 kerusi, kemenangan itu masih tidak selesa memandangkan kawasan majoriti Cina dan lokasi bandar, mahukan perubahan politik di Sarawak.
“Ini petunjuk jelas berlakunya revolusi masyarakat media baru secara keseluruhannya yang mahukan pembentukan strategi dan perubahan,” katanya.
Beliau menganggap Pakatan Rakyat lebih berjaya dalam pilihan raya itu berikutan kemampuannya menumbang dua pemimpin utama BN, sekali gus menandakan kebangkitan kaum majoriti di negeri itu.
“Kecuali Melayu Melanau, lihat saja kebangkitan Orang Ulu, Dayak dan Iban. Mereka mula sedar proses pembentukan dan perkembangan arus politik di Sarawak,” kata Pensyarah Kanan Jabatan Media Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya itu.
Beliau percaya kemenangan BN tidak memberi refleksi kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kerana situasi politik di Sarawak yang berbeza dengan senario di Semenanjung.
“Perubahan ini untuk masa depan Sarawak, tidak memberikan gambaran kepada PRU ke-13 kerana keadaan politik yang berbeza dengan Semenanjung,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11648
Sunday, April 3, 2011
dari HANG TUAH sampai ke MAHSURI kini mai kat ANWAR... tak ada tektik lain kah wahai umat yang berbangsa MELAYU...
PETALING JAYA: Masyarakat Melayu moden di negara ini dianggap gagal keluar dari kemelut krisis peradaban apabila masih lagi sanggup melakukan perkara sama yang telah dilalui oleh Hang Tuah, anak gadis Sang Rajuna Tapa dan juga Mahsuri pada zaman masing-masing.
Demikian hujah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu wawancara hari ini.
Menuruh Prof Dr Abu Hassan, sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim itu.
“Isu video seks bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.
“Isu video seks bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama,” kata beliau.
Memfitnah zina untuk menjatuhkan musuh?
Menurutnya, isu video sekd yang melibatkan individu-individu terkenal Melayu mempunyai signifikan dengan perangai lama orang Melayu yang beberapa kali menjatuhkan musuh mereka dengan mengaibkan atau mengenakan fitnah zina sesama mereka.
“Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.
“Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.
“Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.
“Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri,” jelas beliau.
Prof Dr Abu Hassan turut menyatakan, masyarakat hari ini yang mulai rasa bimbang dengan permainan politik fitnah yang akhirnya mampu untuk menjatuhkan kuasa politik Melayu di negara ini.
“Masyarakat mula bimbang apakah politik yang semacam ini akan berterusan dan akhirnya menyebabkan kejatuhan politik Melayu di masa depan.
“Lalu tentulah masyarakat begitu ingin menghentikan politik yang sebegini,” jelas beliau lagi.
Beliau turut menyatakan amalan politik lucah bukan sahaja bertentangan dengan akhlak politik Islam serta tidak memberi manfaat kepada peradaban bangsa Melayu malah ia turut menggambarkan keadaan bangsa itu yang sedang sakit dan dihina oleh bangsanya sendiri.
“Setiap individu dalam masyarakat mempunyai akal rasa dan akal fikir mereka sendiri, tentulah buat yang beriman dan berpercaya pada Tuhan menyedari bahawa politik lucah tidak pernah memberi apa-apa manfaat bagi peradaban bangsa selain menggambarkan bangsa itu sendiri sedang sakit dan dihina oleh bangsa mereka sendiri.
“Tidak kira siapa yang dituduh dan difitnah, atau dicela, maka seluruh bangsa itu dalam mayatilik bangsa lain juga tertuduh dan tercela sama.
“Sebab itulah secara filsafatnya, politik lucah yang sedang berkembang di saat ini dalam amalan politik tanah air telah bukan sedikit mengheret masyarakat terbanyak untuk bersama dalam suatu cara menguruskan politik yang bertentangan dengan akhlak politik Islam,” ujarnya lagi.
Beliau turut menjelaskan peranan media dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat agar menolak politik lucah dari terus berkembang dalam masyarakat negara ini.
“Tentulah isu Video Lucah yang terkait dengan Anwar sedikit sebanyak memberi kesan kepercayaan politik terhadap beliau dan Parti Pakatan Rakyat (PR).
“Bagaimanapun di waktu yang sama sekira media-media terus-terusan menyebarkan kehodohan-kehodohan politik sebegini akan mencetuskan pemikiran semula di kalangan masyarakat,” tegas beliau.
Anwar dianggap simbol
Beliau turut menyifatkan taktik politik lucah yang digunakan untuk menjatuhkan Anwar sebagai gagal apabila keadaan ini hanya menyebabkan Anwar diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.
“Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.
“Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan,” kata Prof Dr Abu Hassan.
Prof Dr Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya beragama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.
“Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud – Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.
“Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang”.
