Sunday, April 17, 2011

Peratusan undi Pakatan Rakyat meningkat banyak – penganalisis

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan raya Negeri Sarawak ke-10 menyaksikan jurang sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) berbanding Pakatan Rakyat, semakin mengecil, kata penganalisis politik terkenal, Dr Abu Hassan Hasbullah.

Pengerusi Zentrum Future Studies Malaysia (Zentrum) itu berkata, ia juga bermakna perubahan besar mula merebak ke Bumi Kenyalang berikutan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) semakin besar.

“Peratusan yang menyokong BN adalah 372,379 pengundi manakala Pakatan Rakyat mendapat 261,666 undi. Ini bermakna peratusan yang mengundi PR semakin meningkat. Jika diukur, beza peratusan hanya 32peratus,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.


Beliau berpendapat, kemenangan Pakatan Rakyat di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kali ini bakal membentuk masa depan baru bagi proses perubahan jangka panjang negeri itu.

“Jelas, Sarawak akan membentuk masa depan baru dalam tempoh panjang dengan kejayaan PR yang mengungguli kepercayaan politik di bandar dan masyarakat urban,” katanya.

Abu Hassan berkata, Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan berasa selesa sekalipun mencatatkan kemenangan dengan dua pertiga majoriti pada pilihan raya itu.

“Walaupun BN menang 55 kerusi, kemenangan itu masih tidak selesa memandangkan kawasan majoriti Cina dan lokasi bandar, mahukan perubahan politik di Sarawak.

“Ini petunjuk jelas berlakunya revolusi masyarakat media baru secara keseluruhannya yang mahukan pembentukan strategi dan perubahan,” katanya.

Beliau menganggap Pakatan Rakyat lebih berjaya dalam pilihan raya itu berikutan kemampuannya menumbang dua pemimpin utama BN, sekali gus menandakan kebangkitan kaum majoriti di negeri itu.

“Kecuali Melayu Melanau, lihat saja kebangkitan Orang Ulu, Dayak dan Iban. Mereka mula sedar proses pembentukan dan perkembangan arus politik di Sarawak,” kata Pensyarah Kanan Jabatan Media Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya itu.

Beliau percaya kemenangan BN tidak memberi refleksi kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kerana situasi politik di Sarawak yang berbeza dengan senario di Semenanjung.

“Perubahan ini untuk masa depan Sarawak, tidak memberikan gambaran kepada PRU ke-13 kerana keadaan politik yang berbeza dengan Semenanjung,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11648

2 comments:

  1. Dr bodoh ni nak memperbodohkan hangpa lagi.
    Dah start spin. Dok cakap pasai pertambahan undi kat pakatan pulak.
    Hari tu dia kata, Sarawak akan jatuh ke tangan PR.
    Tengok ni, apa yang dia kata (aku petik daripada harakahdaily)

    "Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

    Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu."

    Hari tu di Hulu Selangor dia ramal calon PKR menang, tapi kantoi. Dah nampak sangat tak layak pun jadi peramal dan pengalisa politik...tp jangan, dok teringin dok situ la.

    Kesian....

    ReplyDelete
  2. "“Kecuali Melayu Melanau, lihat saja kebangkitan Orang Ulu, Dayak dan Iban. Mereka mula sedar proses pembentukan dan perkembangan arus politik di Sarawak,” kata Pensyarah Kanan Jabatan Media Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya itu"

    Orang Melayu rata2 yang menyokong BN otak masih beku...semuanya muka makan free...dapat habuan sedikit terus lupa dosa BN pada rakyat...
    Bodohnya kita apabila dikala PRK/PRU pemimpin kita hanya bercakap soal menjatuhkan maruah orang lain..tidak bercakap mengenai apa yang kerajaan akan lakukan demi kebajikan rakyat umpamanya:-
    1.kerajaan akan cuba mengekang kenaikan harga barang walaupaun mengalami masalah ekonomi dunia.
    2.Mengatasi masalah pengangguran dikalangan penduduk Malaysia.
    3.Harga petrol akan cuba dikekalkan hingga tahap yang termampu.
    4.Menetapkan gaji minimum kepada pekerja2 di Malaysia.
    5.Saman ekor yang membebankan rakyat akan ditukarkan kepada sistem lain yang mampu mendidik masyarakat.
    Banyak lagilah kalau aku nak senaraikan.....
    Inilah yang patut rakyat dengar dari pemimpin..bukannya cerita2 liwat,vidoe lucah atau sebagainya...
    Bodoh atau tidak anda penyokong UMNO..fikirlah sendiri...
    Daripada aku belum boleh mengundi sampai sekarang kaedah memancing undi adalah sama iaitu cuba menjatuhkan maruah pihak lawan semampu yang boleh antaranya PRU2 yang lepas
    1. PAS dilabelkan sebagai parti yang menyelewengkan Islam.TGHA mengkafirkan orang Islam lain.
    2.Imej tengkolok yang dipakai oleh Tengku Razali.
    3.DAP parti racist dan ancaman untuk Islam.Malaysia Malaysian..
    4.Menghina hasrat PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud dengan menyebut ini Hudud PAS..
    Inilah antara siri2 yang akan diulang2kan didalam media kerajaan hingga kehari ini...Aku sungguh hairan generasi UMNO sekarang yang sudahpun beranak cucu masih lagi berpegang pada hujah2 tersebut diatas....sampai bila..????

    ReplyDelete