ALOR SETAR – “Saya sudah insaf kerana bagi saya, kasih sayang ibu dan keluarga yang paling bernilai dan saya sanggup kehilangan wang ringgit jika diminta pilih keluarga.”
Demikian pengakuan seorang banduan yang pernah menjadi pembunuh upahan dan menyebabkan kematian seorang lelaki di Pahang empat tahun lalu dengan diberi upah lebih RM200,000.
Dia yang mahu dikenali sebagai Suresh memberitahu, kehidupan di penjara banyak memberi pengajaran kepadanya dan apa yang dimahukannya sekarang adalah kemaafan daripada ahli keluarga.
“Di penjara, saya rindukan kasih sayang keluarga dan saya harap mereka memaafkan perbuatan saya kerana setiap manusia ada buat kesilapan,” ujarnya yang memiliki ijazah pereka gaya rambut dari sebuah kolej swasta.
Suresh ditemui pada majlis pertemuan antara 13 banduan beragama Hindu dengan keluarga masing-masing sempena Deepavali di Penjara Pokok Sena di sini semalam.
Dia terpaksa meringkuk di penjara selama 10 tahun atas kesalahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian seorang lelaki di Pahang empat tahun lalu.
No comments:
Post a Comment