Monday, October 31, 2011

Pendedahan "PENEBANGAN BALAK" macam nie yang kita nak... jika betul salah kita balon sama-sama TAPI JIKA TAK..!!!

oleh AnakKedah007

Syabas UMNO Kedah..sepanjang gua dok jadi blogger nie...rasanya ini isu kedua selepas isu KARAOKE yg belambak naik kat ALOQ SETAQ dahulu... so far Isu tu Kerajaan Negeri dah jawab...sekarang mai isu yg kedua nie...rasanya kerajaan negeri patut jawab jugak... sebab cara blog tersebut keluarkan artikal nie ianya seperti menjeje kerajaan negeri dimana patutlaaa hasil balak banyak...punca dia tebang tanpa kawalan....

dari apa yg gua tahu kawasan balak yg dibenarkan oleh Jabatan Hutan ialah dalam lebih kurang 2400 hektar sahaja..kwsn nie kira sama laa dgn apa yg K'jaan BN dok tebang dulu.... dan setiap kawasan yang nak ditebang tu ianya kena dapat kelulusan JABATAN HUTAN dahulu..KERAJAAN NEGERI tak boleh nak buat apa kalau JABATAN HUTAN tak luluskan... sebab pihak jabatan laa yg akan pie tengok dulu kwsn balak tersebut... jadi dengan apa yg blog tersebut keluarkan nie rasanya Kerajaan Negeri Kedah kena jawablah pasai apa penebangan tersebut berlaku dikawasan yang dikatakan tuuu.. kita tunggu K'jaan Zizan nak jawab apa..???


syarikat yang diberi tender..

Signboard hutan simpan kekal

balak yang dikumpul

rakyat datang membuat bantahan

semakin ramai..
demo penduduk kampung..tak puas hati..

wartawan temubual Abdullah b. Shari

Wartawan media perdana pun ada..

Ni Ketua Pemuda UMNO Kedah..

Hari ini 31 oktober 2011 HAMPIR 100 orang penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh regim Pas Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada sebuah syarikat Ng N Beh Trading,no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan HUTAN SIMPAN KEKAL BUKIT PERAK sejak lebih sebulan yang lalu.

Tindakan kerajaan negeri Kedah itu telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk-penduduk di 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas,Kg Sg Pisang,Kg Sungai Siput,Kg Mahawangsa,Kg Lasau,Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh2 buah kampung terbabit.

Menurut Abdullah b. Shaari S/U JKKKP Kg Mahawangsa dan juga S/U bg Jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak,kerajaan pas Kedah telah bertindak zalim terhadap penduduk2 di 7 buah kampung terbabit kerana meluluskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air yg menjadi sumber air mereka sejak dari dulu lagi. Malah,kerajaan negeri langsung tidak pernah memaklumkan langsung kepada penduduk2 kampung serta kepada jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak.

Akibat daripada aktiviti pembalakan tersebut,air yang disalurkan ke rumah mereka menjadi keruh berwarna merah hingga menyukarkan kehidupan seharian mereka. Lebih mendukacitakan lagi,apabila ada kematian di kampung mereka kerana urusan memandikan jenazah terpaksa menggunakan air yang kotor. Sebagai mewakili penduduk2 kampung,Abdullah Shaari menegaskan yang demonstrasi yang diadakan tadi adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan negeri agar prihatin dan mendengar keluhan mereka agar membatalkan kembali lesen balak yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

Tinjauan kami di lokasi Pusat Pengumpulan Balak Bukit Merah yang menjadi tempat demonstrasi tadi,kami mendapati banyak kayu kayu balak yang dikumpulkan di situ sebelum di hantar ke kilang memproses kayu balak. Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran Pas meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya,sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz,sama kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan.

Rata-rata penduduk yang ditemui,melahirkan rasa kecewa dan tertipu dengan janji-janji Pas sebelum ini yang kononnya akan mentadbir Kedah dengan lebih baik lagi daripada BN. Hakikatnya kini,kerajaan pas dilihat lebih zalim dan rakus berbanding BN dulu kerana meluluskan lesen pembalakan dengan sewenang-wenangnya walaupun di Hutan Simpan Kekal.

Ketua Pemuda UMNO Kedah Hj Badrol Hisham yang ditemubual oleh para wartawan semasa demonstrasi tadi menjelaskan yang kerajaan Pas kedah dilihat terlalu bergantung kepada hasil balak semata-mata untuk menjana pendapatan negeri hingga sanggup meluluskan lesen balak di kawasan tadahan air Hutan Simpan Kekal.

Berbeza dengan polisi kerajaan BN ketika mentadbir Kedah dulu yang tidak terlalu fokus dengan hasil pendapatan daripada sumber balak sebaliknya lebih menumpukan kepada pendapatan daripada Pelaburan Asing (FDI),pelancongan dan lain-lain lagi. Pentadbiran pas dilihat tidak kreatif untuk menjana pendapatan negeri.

Terbukti pas Kedah GAGAL mentadbir negeri Kedah dengan berkesan. Negeri Kedah yang kaya dengan kawasan hutan,yang boleh dieksploitasikan untuk pelancongan kini semakin terhakis akibat kerakusan regim pas Kedah meluluskan lesen aktiviti pembalakan,hatta di kawasan yang telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal. Rakyat Kedah WAJIB bangkit menjatuhkan Pas Kedah pada PRU13 nanti kerana Pas Kedah bertindak zalim terhadap alam sekitar dan rakyat. Menjadi kewajipan kita untuk sama-sama mempertahankan bumi Kedah Darul Peace daripada kezaliman regim Pas Kedah.


1 comment:

  1. AnakKedah007,
    aku tertarik sangat dengan ayat hang tulih ni "Syabas UMNO Kedah..sepanjang gua dok jadi blogger nie...rasanya ini isu kedua selepas isu KARAOKE yg belambak naik kat ALOQ SETAQ dahulu... so far Isu tu Kerajaan Negeri dah jawab..."

    JAWAB KEMENDE NYE ?

    Ni tumbuh pulak satu lagi pusat hiburan, baghuuuu aja bukak nya ... 7/10/11 aritu aja ... PUB pulak tu ! Memetik kata-kata (kononnya jawapan Ir.Phahrolrazi dulu, dia sebut ni : "Dasar kita mengenai arak dan judi adalah jelas, kita tak membenarkan sama sekali kewujudan premis baru untuk jualan arak dan judi ... bla-bla-bla" ...

    Ni apa cerita pulak PUB ni wujud?

    Adakah Ir Phahrolrazi pasti bahawa PUB ni akan menjual ayaq sarbat, ayaq nyoq , ayaq nira nipah jerai , ayaq kolah dan ayaq mata ayaq dan bukannya AYAQ KENCING SETAN !???

    Aku pelik bin ajaib bin takjub betuila dengan cara buat keja hangpa semua ... bila ada isu, aku tengok cepat2 aja hangpa jawab. tapi adakah sebarang tindakan susulan diambil setelah jawapan tersebut dikeluarkan ?

    AloQStaQBlog sejak awai tahun 2009 dulu lagi dah siarkan pelbagai jenis pusat KARAOKE tumbuh BARU di Alor Setar ... apa jawapan Ir.Phahrolrazi (hanya) pada tahun ini (2011 bulan Jun aritu?) ; "Ia diwujudkan mengikut keperluan, jika terlalu banyak pusat karaoke pun mereka tak boleh hidup jika tiada permintaan - ujarnya" (SILA RUJUK WARTA DARUL AMAN - Akhbar Rasmi Kerajaan Kedah a.k.a PAS!)

    ITU JAWAPAN YANG HANGPA SEMUA BOLEH TERIMA BULAT2 SEBULAT LAMBANG PAS HANGPA ??? SEDIH BETOI.

    Terasa macam kena pemain kena kencing beradap dengan puak-puak kepimpinan PAS Kedah aja bila baca ayat tu !

    Siri pendedahan Pusat Hiburan di AloQStaQBlog.blogspot.com LAGI-LAGI PUB & HIBURAN DI ALOQ SETAQ BANDARAYA PAS ! WUYIOOO !!!

    Aku harap sahabat aku AnakKedah007 sudilah follow up isu Pusat Hiburan di AloQStaQBlog supaya pembaca (rakyat Kedah) dan Kerajaan Negeri dapat maklum pasai masalah sosial ni ... politik letak sebelah dulu , maruah Islam dan anak bangsa kita utamakan dulu ... Cuba dedah bersama-sama aku isu ni . kita tengok apa PAS Kedah nak jawab ...

    OK bro?

    TQ atas penyiaran komen aku ni ...
    Salam.


    Aku:
    AlOQStaQ
    AloQStaQBlog
    KLIK SINI UNTUK BACA ARTIKEL TERBARU PASAI PUB BARU DI ALOQ STAQ. >>> Sila KLIK : AloQStaQBlog.blogspot.com LAGI PUB DI ALOQ SETAQ BANDARAYA PAS ! WUYIOOO !!!

    ReplyDelete