Oleh Maclean Patrick
Bila tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan masih menjadi teka-teki semua orang. Namun, ketidaktentuan dan dolak-dalik pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak membuatkan masa berlalu begitu pantas. PRU-13 mesti diadakan sebelum April 2013, tetapi oleh kerana akan ada pilihanraya parti tahun hadapan, pilihanraya umum tergempar akan diadakan dalam tempoh enam bulan terdekat. Samada suka atau tidak, Najib dan timbalannya mula mendekati pengundi dengan cara mereka sendiri.
Walaubagaimanapun, lain situasinya buat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Timbalan yang sasa tubuhnya itu sibuk membaiki sampan yang bocor, dan beliau dilihat lebih runsing memikirkan soal hidup-mati UMNO dan BN. Sebagai Timbalan Penegrusi BN, Muhyiddin berkata yang beliau telah bermesyuarat dengan parti-parti gabungan tentang persediaan menghadapi pilihanraya umum. Setakat ini, beliau telah bertemu dengan enam parti gabungan. “Saya takut jika mereka masih berlengah-lengah dalam menyelesaikan masalah, ia akan menjadi satu masalah pula untuk kita,” beliau berucap pada satu persidangan media.
Dalam keadaan yang tunggang-langgang
Di tahun 2008, oleh kerana ada persengketaan di dalam parti UMNO, makanya BN kalah di lima buah negeri. Dan masalah ini mungkin akan berterusan menghantui UMNO dan BN di dalam persediaan untuk PRU-13, yang diramalkan berlaku dalam masa terdekat ini.
MCA dan Gerakan terus menjunam jatuh dan memberikan imej buruk kepada diri sendiri dengan ketiadaan haluan, dengan sikap membatu MIC yang jelas terlihat. Dan sebagai kepala gabungan, UMNO telah menyerang penganut Kristian dan adalah satu yang pelik bilamana tiada satupun rakan di dalam BN yang menentang, terutama apabila memikirkan yang penganut Kristian berjumlah sekitar 10% penduduk seluruh negara.
BN sekarang dalam keadaan tunggang-langgang dan mereka arif tentang itu. Mereka juga tahu yang rakyat jelata mengatahuinya. Dengan laporan Audit Negara yang baru dikeluarkan, banyak maklumbalas sudah dilontarkan dari golongan celik IT yang telah mengambil inisiatif sendiri memuat-turun salinan laporan dari laman web, membaca sendiri akan kepincangan seluruh badan-badan dan kementerian kerajaan di bawah Najib.
Legasi Najib
Penderaan kuasa amat berleluasa dan dalam beberapa perkara, ia seperti tangan kanan tidak mengetahui apa yang dilakukan tangan kiri. Dan inilah kerajaan yang akan diwarisi Muhyiddin sekiranya Rakyat Malaysia mengundi BN sekali lagi dalam PRU-13 nanti.
Inilah dia legasi Najib. Sebuah kerajaan yang diwar-warkan hebat tetapi sebenarnya tidak efisien dan porak-peranda menunggu masa untuk tenggelam. Nampak jelas tiada hubungan yang akrab di antara pihak Eksekutif dengan situasi di lapangan. Dari satu bahagian, pihak Eksekutif menyatakan yang rakyat Malaysia akan menikmati barang makanan pada harga rendah – sebagai contoh sepinggan makanan berharga RM3, namun yang sebenarnya ia hampir mencecah harga RM6.
Pihak Eksekutif juga bercakap tentang masyarakat berpendapatan tinggi tetapi bagaimana ianya boleh dicapai jika soal penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah sahaja tidak boleh diselesaikan. Di tambah pula banyak sekolah seperti laporan Audit Negara tidak memdapat air minuman yang bersih kerana tiada belakan elektrik untuk menjana pam air di sekolah.
Bayangkan, institusi-institusi pengajian kita kekurangan benda asas seperti air dan elektrik dan ini masih di Semenanjung. Ini belum lagi kita melihat keadaan sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak!
Masa untuk BN berlayar
Dengan Muhyiddin yang sentiasa sibuk bermesyuarat dengan parti-parti gabungan dan cuba menyelesaikan masalah mereka untuk BN terus berkuasa, Najib sibuk mencari sokongan dari golongan rakyat Malaysia kelas pertengahan. Apa yang diterapkan oleh kedua-duanya sebagai 'harus menang dan harus menang besar' nampaknya hanya sorakan lantang sahaja. Tiada apa yang sedang dilakukan.
Muhyiddin berkata banyak lagi benda yang harus diselesaikan dalam memastikan rakyat benar-benar faham kesungguhan dan keikhlasan BN dalam membantu mereka. Ini adalah satu kenyataan gila dari Muhyiddin. BN telah diberikan waktu selama 50 tahun membuktikan diri sendiri, dan masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan yang lebih dipercayai. Mungkin, masa untuk rakyat Malaysia berikan BN masa untuk bertafakur dan peluang kepada yang lain untuk memerintah.
- Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment