SHAH ALAM - Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal mematuhi syarat penggunaan kenderaan ketika menjalankan operasi.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, terdapat kenderaan jabatan berkenaan di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sarawak digunakan tanpa kelulusan pegawai kenderaan.
“Semakan audit mendapati buku log kenderaan dan buku rekod pergerakan kad inden minyak tidak diseleng-garakan dengan lengkap. Kad inden minyak dan kad Touch n Go tidak semuanya disimpan pegawai berkenaan.
“Salinan resit penyata pembelian minyak tidak disemak dan disahkan pembeliannya oleh pemegang kad inden tersebut,” katanya.
Menurutnya, walaupun prestasi pengurusan kewangan JPJ baik, masih ada kelemahan perlu penambahbaikan untuk dipertimbangkan.
“JPJ perlu melakukan penyeliaan rapi terhadap kerja pegawai bawahan yang terlibat secara langsung dengan urusan kewangan untuk memastikan peraturan kewa-ngan sentiasa dipatuhi.
“Pemeriksaan secara menyeluruh perlu dijalankan untuk menentukan setiap kelemahan dibangkitkan Jabatan Audit Negara dilakukan di bahagian lain memandangkan pengauditan dijalankan berdasarkan sampel dan skop tertentu sahaja,” katanya.[Sinar Harian]
No comments:
Post a Comment