ALOR SETAR - Sepanjang dua minggu perniagaan Pasar Nat Naka ditutup, Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) berjaya mengesan hanya 23 daripada 109 peniaga memiliki lesen sah.
Setiausahanya, Abdul Gafar Yahya berkata, peniaga yang belum memperbaharui atau tidak memiliki lesen perlu segera mendapatkannya sebelum MDPT serta pejabat kesihatan daerah melaksanakan penguatkuasaan mulai bulan depan.
“Kita juga akan mengadakan kursus pengurusan makanan untuk peniaga atau pengendali makanan pada hujung bulan ini. Adalah menjadi kesalahan bagi peniaga menjual makanan tanpa memiliki sijil kursus pengendalian makanan yang sah.
“Semasa penutupan operasi perniagaan, koperasi turut membuka kaunter pendaftaran selama tiga hari iaitu pada 10, 11 dan 12 Februari lalu untuk memudahkan peniaga membuat pendaftaran masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.
Gafar berkata, Jawatankuasa Tetap Kebersihan MDPT berpuashati dengan kerja-kerja pembersihan di tapak berkenaan dan bersetuju untuk membenarkan operasi perniagaan berjalan semula mulai 19 Februari ini.
“Kita amat berterima kasih kepada semua peniaga sama ada dari Padang Terap atau daerah lain yang memberi kerjasama baik sepanjang tempoh penutupan sementara pada 5 dan 12 Februari lalu.
“Koperasi Pekan Nat Naka turut memohon lesen menjadi operator Pasar Nat Naka dan masih dalam pertimbangan MDPT. Namun kita berharap mereka dapat kekalkan tahap pengurusan kebersihan, penempatan peniaga di tempat berkenaan serta aliran trafik Pekan Naka,” katanya.
Beliau berkata, Jawatankuasa Tetap Kebersihan MDPT akan terus membuat pemantauan secara berterusan dan memandang serius terhadap isu itu, tindakan tegas turut dikenakan sekiranya keadaan persekitaran tidak memuaskan.
“Kita juga memohon Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) membekalkan 20 tong sampah bersesuaian di kawasan Pekan Naka manakala semua peniaga perlu mengutamakan kebersihan," katanya.
Menurutnya, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) turut melihat semula pembangunan Pekan Naka, terutama melibatkan isu kedudukan tanah dan pembangunan berkaitan.
Beliau berkata, MDPT juga mengeluarkan tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat menjadi operator Pekan Nat Kuala Nerang dengan menghubungi Bahagian Persekitaran MDPT.
Friday, February 17, 2012
Disebalik Isu Demotrasi Pasar Nat Naka yang puak suka 'kotoq' tuu...
Hanya 23 peniaga ada lesen
Labels:
Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment