Friday, February 3, 2012

Dua Menteri Besar berceramah di Langkawi

http://www.wartakedah.net/images/2mb.jpg

ALOR SETAR – Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah akan menganjurkan Program Ceramah 2 Menteri Besar Peringkat Negeri Kedah.

Program yang julung kali itu akan diadakan pada 5 Februari 2012 bertempat di Padang Awam (hadapan Maktab Mahmud) Ulu Melaka, Langkawi.

Pihak penganjur menampilkan dua tokoh tersohor iaitu Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ceramah akan dimulakan pada pukul 9.00 malam didahului dengan tayangan multimedia perkembangan kerajaan negeri Kedah disusuli dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB Abd Ghani Ahmad.

Acara kemuncaknya adalah ceramah oleh kedua-dua Menteri Besar tersebut. Orang ramai dijemput hadir bagi mendengar sendiri maklumat yang bakal disampaikan oleh tokoh-tokoh besar tersebut.

No comments:

Post a Comment