Presidennya, Zawahir Abdullah berkata, pihaknya menyalurkan bantuan kelengkapan asas seperti selimut, bantal, tilam dan makanan kepada 10 pelajar yang terlibat bagi meringankan beban mereka.
"Misi bantuan ini membuktikan keprihatinan kami terhadap keperluan masyarakat tempatan tanpa mengira di mana mereka berada. Kami akan berusaha membantu mereka mengurangkan kesengsaraan yang dihadapi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, selain menghulurkan bantuan tersebut, IAM turut meneruskan program Charity Chef yang menampilkan seorang tukang masak terkenal iaitu Chef Yang Jamil.
"Melalui program ini, Yang Jamil telah dibawa khas oleh IAM dari ibu negara untuk menyediakan hidangan dan bersama-sama menceriakan mangsa kebakaran serta semua pelajar di sekolah tersebut.
"Beliau mengetuai program memasak secara gotong-royong itu bersama kira-kira 30 warga emas dari Pondok Pak Man bagi menyediakan hidangan nasi tomato diraja, ayam masak merah, dalca serta acar," katanya.
Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Adnan Osman berkata, tiada pelajar yang berada di asrama ketika kejadian itu memandangkan mereka sedang bercuti.
"Saya sangat berterima kasih kepada IAM kerana sudi menghulurkan bantuan kepada pelajar yang terlibat dan bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.
No comments:
Post a Comment