Isu PKNS: Kenapa Najib lebih sudu dari kuah
Dari maklumat yang saya dapat, peniaga di Kompleks PKNS sudah pun membayar sewa 70 peratus lebih rendah dari harga pasaran.
Dengan kata lain, walaupun sewa telah dinaikkan, peniaga masih membayar kadar jauh lebih rendah dari harga pasaran.
Kenaikan sewa itu pula akan digunakan untuk menaiktaraf Kompleks PKNS jauh lebih baik dari sekarang.
Juga, kenaikan sewa di Kompleks PKNSuntuk menampung kos penambahbaikkan dan penaiktarafan itu.
Kompleks PKNS beroperasi sejak 1970-an lagi dan ia memerlukan penaik tarafan dengan kadar segera sebelum ianya ditinggalkan oleh para pembeli sebagai destinasi beli belah.
Memandangkan Shah Alam ibu negeri Selangor, maka wajiblah Kompleks PKNS bertaraf antarabangsa dari segi prasarana. Kompleks PKNS yang ada sekarang menampakkan ianya sebuah premis yang layak untuk tahun 80-an sahaja.
Saya tidak faham mengapa Datuk Seri Najib Razak menjanjikan untuk kenaikan sewa dihalang. Adakah Najib akan mengeluarkan dana untuk menaiktaraf Kompleks PKNS? Sudah tentu tidak.
Saya tidak nampak kenaikan sewa PKNS ini akan membebankan peniaga memandangkan kenaikan taraf bakal menjamin lebih ramai pelanggan membeli belah di sana.
Malahan, mengikut kenyataan dari setiausaha politik menteri besar Selangor, 70 peratus peniaga sudah pun memberi persetujuan atas kenaikan kadar sewa tersebut.
Mengapa Najib bersikap lebih kuah dari sudu, saya tak tahu?

No comments:
Post a Comment