Friday, March 2, 2012

Pas Kedah Perlu 'Membulankan' Diri


Malam tadi Jawatakuasa Kerja Pas Pusat telah mengadakan mesyuarat rutin bulanan yang saya kira antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai perkembangan Pas Kedah yang sedikit riuh randah beberapa hari ini.

Mesyuarat malam tadi tanpa kehadiran presiden kerana Abdul Hadi Awang berada di luar negara. Khabarnya beliau berada di Vienna Australia kerana menghadiri forum dunia. Saya tidak faham sepenting mana forum itu perlu dihadiri Abdul Hadi berbanding pulang untuk melihat kemelut Pas Kedah yang agak mencemaskan.

Apakah beliau mempunyai ilmu makrifah yang bleh memantau perkembangan parti dari luar negara? Menyelesaikan masalah parti secara spritual, misalnya berdoa di kejauhan?

Bagaimana pun timbalan presiden Muhammad Sabu hadir dan mempengerusikan mesyuarat malam tadi. Seperti mana diumumkan Muhammad Sabu, satu pertemuan para pemimpin Pas akan di Kedah Sabtu ini. Perteman itu dinamakan pertemuan mahabbah di antara semua pemimpin termasuk wakil-wakil rakyat di Kedah. Perusuhjaya-pesuruhjaya negeri juga turut dikerah ke negeri Jelapang Padi itu.

Diharap pertemuan mahabbah itu jangan seperti pertemuan mahabbah di antara Hasan Akidah dengan Mustapa Ali di Kota Bharu 'ritu' cukuplah. Selepas diadakan pertemuan mahabbah itulah menyebabkan Hasan Akidah terus rebah dan demam sampai tidak kebah-kebah sampai ke hari ini.

Pertemuan di Kedah itu bagi melendikkan keadaan di Kedah. Walaupun masalah angkat sumpah Exco sudah selesai tetapi masih ada perkara-perkara yang perlu di strikerkan lagi.

Katanya antara tujuan pertemuan mahhabah itu untuk memsemukakan Azizan Razak dengan timbalannya Phahrolrazi Zawawi yang bertegas tidak mahu menyambung khidmatnya sebagai Exco kerana akur dan patuh kehendak Pas kawasannya. Katanya Pas kawasan Kuala Kedah yang dipimpin oleh Phahrolrazi telah mengambil ketetapan semua Adun dalam parlimen Kuala Kedah agar jangan menerima tawaran Exco sebagai protes kepada Azizan Razak.

Ketetapan itu juga terkena ke atas batang tubuh Amiruddin Hamzah kerana beliau salah seorang Adun dalam Kuala Kedah. Tetapi mengelirukan sedikit bila mana Amiruddin tidak sedia akur dengan keputusan itu, menerima tawaran Exco atas alasan beliau tidak menghadiri mesyurat yang membuat ketetapan itu?

Kekeliruan inilah menyebabkan Amiruddin dilihat sebagai belot menyebabkan Pas Kuala Kedah memberi kata dua sama ada beliau kekal untuk bertanding di Dun yang diwakili sekarang ataupun melepas jawatan Exco. Keadaan ini merupakan tekanan kepada Amiruddin dan meletakkan Exco ini dalam keadaan terjempit.

Seperti dikatakan tadi, kerajaan Kedah telah dibentuk pada Isnin lalu. Tetapi tanpa penyertaan Pahkharolrazi dan Dr Ismail Salleh ia nampak tidak sempurna. Pas Kedah kelihatan masih berkemelut, apa lagi Phahrolrazi adalah timbalan Pesrujhaya 1, manakala Dr Ismail Salleh timbalan Pesuruhjaya 2, kedua-dua mereka adalah orang penting dalam Pas Kedah.

Sejauh manakah usaha Pas Pusat dengan membawa semua pemimpin tertinggi merka berhimpun di Kedah esok berjaya menghuraikan kekemelutan yang timbul ia menjadi perhatian umum. Semua pihak akan terbeliak mata melihat pertemuan esok. Dipihak Pas mengharap ia boleh menyelesaikan masalah. Pertemuan esok akan memberi berbagai tafsiran baik dan tidak baik.

Apa yang perlu berlaku esok, pertemuan itu hendaklah berjaya. Harapnya pertemuan di kediamaan MB di Mantaloon itu akan dihadiri oleh Phahrolrazi, Dr Salleh dan pihak-pihak yang bersamanya khasnya Dewan Ulamak Pas Kedah. Jangan ada yang absen atas apa jua alasan. Kalau satu pihak saja tidak hadir ia akan disuluh sebagai kegagalan pertemuan itu dan ertinya kemelut Pas Kedah masih bagaikan api yang nyala dalam sekan.

Koordinator pertemuan ini Naib Presiden Pas Salehuddin Ayub. Beliau hendaklah memainkan peranan penting dan memastikan ia berjalan lancar. Kegagalan pertemuan esok ia akan memalitkan aib kepada Sallehuddin. Orang akan membuat andaian Salehuddin belum berdaya menyelesaikan krisis. Walaupun kemelut itu tanggungjawab semua pemimpin Pas, tetapi orang sudah 'membagarkan' Salehuddin berada di depan bila presiden dan timbalan tidak ke depan.

Apa cara sekalipun kemelut Pas Kedah perlu diselesaikan. Pas Kedah perlu mengelakkan sengketa atau perbalahan yang boleh diambil kesempatan oleh musuh. Kestabilan Pas Kedah sangat-sangat penting bagi Pakatan Rakyat kerana ia memberi lambang dan 'jiho' kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang. Kalau Kedah juga bercelaru ia boleh menjejaskan kepecayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat umumnya dan Pas khasnya. Kecelaruan itu akan dijadikan modal tak berbanyar oleh UBN.

Nasib yang menerima kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sudah memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat kandati apa yang berlak itu adalah pengkhianatan kawan sendiri dan UBN. Manakala sejarah kejatuhan kerajaan Pas Terengganu setelah memerintah empat tahun (sepenggal) juga satu bayangan menakutkan. Nasib diterima Pas Terengganu harus diingat sepanjang masa oleh Pas Kedah. Jangan pula dalam pilihan raya akan datang kerajaan Kedah tumbang mengulangi apa yang berlaku di negeri penyu menangis itu.

Dalam pertemuan esok, Azizan dan Phahrolrazi hendaklah kembali kepada matlamat asal. Ketepi dan nyahkan perasaan diri sendiri atau pun ego masing-masing. Matlamat asal ialah untuk mengekalkan Kedah di bawah Pas. Jangan kecewa dan hampakan harapan rakyat yang baru merasai nikmat pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah. Sekira mereka menyedari perbalahan itu bakal memberi laba kepada musuh, nah berhenti dan ahlan wassallanlah segera.

Baik Azizan atau Phahrolrazi kena terbuka, telus dan ikhlas dalam usaha mencapai niat itu. Mereka jangan berjabatan tangan dan berpelukan di depan kawan-kawan pimpinan tetapi hati masing-masing menjadi magnet yang bertentangan kutub. Bersalam dan berpelulah dengan ikhlas dan biarlah hati berkata bicara yang suci lagi benar.

Lainlah kalau mereka yakin dan percaya pertelagahan mereka tidak menjejaskan kerajaan Kedah, mereka boleh terus, bergasaklah sampai ke Subuh. Tetapi barang diingat ..
kalau kerajaan Pas kedah tumpas, rakyat akan meletakkan kesalahan itu kepada mereka. Rakyat terutamanya orang Pas akan melaknat mereka sampai akhirat.

Makanya sebelum pilihan raya tiba kedua mereka hendaklah membersihkan diri masing-masing. Berwuduklah dari air satu tempan dan dirikan solat di satu surau dan berdirilah di satu saf dan sama-samalah baca ayat Al A'rs.

Manakala pihak-pihak ketiga yang menjadi penyokong dan penyocok kepada kedua tokoh ini juga harus damaikan perasaan dan insaf. Mereka juga kena kembali seperti dulu. Jangan hanya ada wajah Phahrolrari atau Azizan dalam kepala masing-masing, sebaliknya kedua wajah mereka perlu disemadikan dalam benak.

Jauh dari itu semoga juga Abdul Hadi membawa balik apple hijau dari Vienna untuk Azizan dan Phahrolrazi nanti. Mudah-mudahan selepas mereka memakan apple hijau sakit mereka akan sembuh. [wm.kl.12:18 t/hari 02/03/12]

Mohd Sayuti Omar,

1 comment:

  1. Baru dapat memerintah Kedah sepenggal sudah nampak hati perut orang PAS. Berebut harta, kuasa dan wanita. Dimana maruah orang Islam hampa? Selama ini seuanya hanya pura-pura. Jual nama agama ISLAM, menipu rakyat, tipu ALLAH, hampa semua nak jadi apa? Malulah sikit. Dah la tak pandai mentadbir negeri, kerja nak perabih harta rakyat saja. Pikiaglah sendiri!

    ReplyDelete