Friday, March 16, 2012

PAS tak pernah bunuh orang Cina, tiada siapa yang kata, tak macam Umno!

Amat sedih jika difikirkan kebanyakkan ahli yang tinggal didalam MCA berlagak seperti badut. Allan Liew adalah yang terbaru mengikut jejak langkah ahli yang lain dalam usaha menjatuhkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan membuat laporan polis terhadapnya.

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor dan Pulau Pinang, semua orang telah cuba untuk menjatuhkan Guan Eng, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MB Selangor Khalid Ibrahim. Pemimpin BN kelihatan begitu paranoid terhadap pembangkang dan tidak yakin pada diri mereka, begitu juga semua menteri-menteri, ahli politik hinggalah kepada orang biasa.

Baru-baru ini, NgYen Yen, Menteri Pelancongan seperti yang lain, membuat kekecohan besar dengan mempersoalkan keupayaan kerajaan Pulau Pinang untuk mentadbir berdasarkan masalah tempat letak kereta sahaja. Sementara itu, Jessie Ooi yang cuba menyerang telah memakan dirinya hanya kerana tempat letak kereta dan trak tunda. Begitu hebat kesan yang ditinggalkan akibat insiden itu yang masih terngiang-ngiang hingga ke hari ini.

Sangat merbahaya, namun PAS tidak pernah membunuh orang Cina

Bagi Allan Liew pula, tiada siapa yang tahu sehingga dia membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng yang telah berkata bahawa, "PAS tidak pernah membunuh orang Cina". Apa yang berlaku ialah semasa perdebatan yang diadakan awal bulan ini, Presiden MCA, Chua Soi Lek telah memberi amaran bahawa orang Cina patut takut kepada PAS kerana mereka sangat berbahaya dan mahu melaksanakan hukum hudud. Guan Eng menyangkal hujah dengan berkata bahawa "PAS tidak pernah membunuh seorang Cina".

Umno rasa bersalah kerana ahli-ahlinya pernah mencincang beberapa orang Cina semasa rusuhan 13 Mei, 1969, mungkin inilah sebabnya mereka cuba mempengaruhi ahli MCA seperti Allan Liew dengan membuat laporan polis terhadap sesuatu yang dikatakan bersifat perkauman! Sebaliknya, MCA kelihatan seperti menjadi keterlaluan dalam melindungi Umno. Tetapi seperti biasa, ia hanya memakan diri sendiri.

Dengan menunjukkan sikap tunduk dan pengecut kepada Umno, tuduhan terbaru terhadap MCA ialah ia berkemungkinan besar sanggup mengkhianati masyarakat Cina hanya untuk meraih kuasa politik. Lihatlah laporan polis terhadap Guan Eng - yang merupakan pemimpin Cina juga.

Mereka begitu hipokrit dan berpura-pura sensitif ke atas perkataan 'membunuh'. Jika dalam perjalanan ke tempat kerja, ekzos kereta saya tiba-tiba bocor, dan membuat bunyi yang bising di tempat letak kereta yang memaksa saya untuk ‘mematikan’ enjin, adakah pengendali tempat letak kereta akan mengatakan saya melakukan pembunuhan? Setiap pagi, saya bangun mendengar kokokan ayam jantan ‘membunuh’ kesunyian subuh. Perlukah saya membuat laporan terhadap ayam jantan itu kerana mengganggu tidur saya?

Bodoh tak sedar diri

Sejak kebelakangan ini, BN sering membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng seolah-olah kedua-dua mereka adalah penjenayah terbesar di negara ini. Kita tahu bahawa Anwar dan Guan Eng bukanlah malaikat, tetapi, oleh kerana terlalu banyak cubaan tidak masuk akal untuk menjatuhkan mereka, imej mereka bertambah baik dimata rakyat.

Entah kenapa, kedua-dua pemimpin ini seolah-olah sentiasa sahaja menjadi saingan politik mereka dengki, menjadikan mereka tidak terkawal, setiap masa dan bila ada saja peluang, akan bergegas ke balai untuk membuat laporan polis terhadap mereka. Adakah mereka berharap dalam banyak-banyak percubaan ini, satu akan menjadi kenyataan dimana polis akhirnya akan memenjarakan kedua-dua ‘malaikat’ ini. Ya, lebih banyak BN buat, lebih ramai yang mempertahankan mereka. Adakah, MCA tidak tahu pihak polis mempunyai banyak kerja yang penting untuk dilakukan daripada melayan orang bodoh seperti Allan Liew?

Yang pasti ini bukanlah laporan polis yang terakhir terhadap Guan Eng dan Anwar. Sehingga BN memperoleh majoriti dua pertiga, pasangan itu akan terus menjadi sasaran. Percubaan untuk membunuh karier politik mereka sudah dilakukan! Oops! Tersilap cakap pula! Ia sepatutnya "membungkus" atau menamatkan karier politik mereka.

Modus operandi BN adalah membunuh dua ekor burung dengan satu batu ... Alamak, silap lagi! ... sudah terbiasa sehinggakan kita terfikir adakah BN sudah kehabisan idea. BN telah kehabisan idea yang bagus dan tidak mampu berfikir lagi!

Pusat urut dan ang-pow putih

Tidak hairanlah, yang dikasihi, bekas PM Mahathir Mohamad yang sudah berusia 86 tahun masih mempunyai kelebihan berbanding mereka. Sebagai penaung Perkasa dan mempunyai hubungan yang baik dengan Jati dan Mufti Perak, kebenaran untuk menggunakan 'Unsur Kristian' untuk menggagalkan pilihanraya yang akan datang adalah sekurang-kurangnya idea yang lebih segar. Tetapi ia sama sahaja, tetap keji!

Sementara itu, hujah-hujah bodoh Chua Soi Lek, dalam perdebatan baru-baru ini antara DAP-MCA begitu kelakar, manakala anaknya Tee Yong seolah-olah berfikir bahawa perkembangan pusat urut dan industri seks lain yang berkaitan adalah disebabkan oleh sikap yang acuh tak acuh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Seseorang perlu memberitahu Tee Yong untuk bertanya kepada ayahnya - benarkah jika manusia mahu menjadi ‘kelakar’, mereka akan lakukan apa sahaja untuk memenuhi naluri mereka dan tiada siapa pun boleh menghalang mereka, tidak juga satu atau dua kamera DVD tersembunyi!

Kemudian, ada pengerusi cawangan MCA Collin Tiew, yang meletak jawatan dengan tiba-tiba selepas dia telah dipersalahkan kerana membantu Ibrahim Ali untuk mengedarkan ang-pow putih.

Anehnya si angkuh Ibrahim, yang telah mempergunakan 13 Mei semasa perhimpunan Bersih pada 9 Julai,

tidak merasa keperluan untuk meletak jawatan atau meminta maaf, tapi, MCA pula yang beriya-iya memaksa Collin meletak jawatan.

Mempergunakan kelemahan komunit- benarkah?

Bagi Chew Mei Fun pula - masih ingat padanya? - Baru-baru ini, dia telah memberi amaran kepada pengundi Cina, "jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam Barisan Nasional, ia adalah merbahaya, masyarakat Cina tidak mampu untuk menanggung lagi satu peristiwa 13 Mei" bukankah ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab?

Ini menunjukkan Mei Fun sebenarnya menyokong ancaman 13 Mei yang begitu kerap dibuat oleh orang-orang seperti Perkasa dan Umno. Jika MCA kalah dalam pilihan raya akan datang, orang Melayu akan membawa parang mereka dan keluar membunuh ... oops! ... orang Cina memang pelik. Terlalu terdesakkah mereka sehingga sanggup berkata sesuatu seperti itu?

Ada diantara kita telah mendengar bahawa strategi 13 Mei ini sebenarnya telah disyorkan oleh MCA kerana mereka tahu kelemahan masyarakat mereka sendiri. Sebelum ini kita tidak percaya MCA boleh mengkhianat sebegitu rupa - sekarang, kita tidak pasti lagi bukan?

Apa pun, dengan begitu ramai orang politik yang gila sekarang, MCA telah membunuh diri sendiri. Tiada 'oops' sekarang kerana ia memang padanlah dengan pihak yang suka menggunakan muslihat itu. MCA perlu sedar majoriti orang Cina enggan memandang mereka dengan serius kerana terlalu banyak badut yang tidak berprinsip menjadi ahlinya.

MCA adalah seperti sarkas yang besar, semua sedang berusaha mencuri perhatian dengan berpura-pura menjadi ahli politik yang waras. Ia telah mencapai tahap di mana rata-rata orang Cina mengelakkan diri dari MCA bagaikan wabak dan tidak peduli untuk memberikan apa-apa sebab sekali pun.

Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment