Saturday, March 17, 2012

Permohonan maaf Najib, ujian rakyat Kedah?

Oleh ALI BUKHARI AMIR

Rakhttp://hazrul7.files.wordpress.com/2009/03/dato-seri-najib-tun-abdul-razak.jpgyat Kedah perlu ingat bahawa, dalam permohonan maafnya, Najib Razak masih boleh menipu. Yang tidak menipu adalah pergolakan itu dan cara-cara menyelesaikan pergolakan di Kedah itu secara aman.

“DAN jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikan mereka antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawan puak yang zalim itu hingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikan antara keduanya dengan adil, serta berlaku adil kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”. – (Maksud Al-Hujurat: 9).

Di Baling, mewakili BN, Perdana Menteri Najib Razak sudah meminta maaf di atas setiap kesalahan yang dilakukan parti itu dalam pilihan raya yang lalu. sehingga menyebabkan banyak kehilangan kerusi di kebanyakan negeri termasuk di Kedah. Beliau berkata, BN akan memperbaiki kesilapan ini sekali gus berkhidmat kepada rakyat dengan cara yang terbaik.

“Saya percaya, kami tidak sepatutnya sombong. Dalam demokrasi berparlimen, kami sepatutnya mengembalikan kuasa kepada rakyat. Kami pernah buat kesilapan ke atas rakyat yang menolak kami. Kami meminta maaf ke atas kesilapan yang lalu,” kata beliau.

Itu yang beliau katakan ketika bertemu rakyat di Kuala Ketil sebelum ini. Najib mendakwa rancangan beliau di Kedah itu semakin jelas. Mereka ada juga agenda yang tersusun.

Kata Najib Razak lagi, BN mempunyai ‘roadmap’. Mereka ada fakta dan calon-calon yang dipercayai mampu menawarkan kemakmuran dan kebahagiaan. Dan negara bangsa ini, kata beliau, akan menuju ke arah negara yang memiliki pendapatan tinggi.

“Tawaran ini tidak seperti tawaran yang dikemukakan dalam Buku Jingga,” kata beliau. Perdana Menteri berkata, BN akan belajar daripada kesilapan lalu dan berharap kejadian gelap itu tidak akan berulang lagi.

“Lupakanlah segala yang berlalu. Kami berjanji bahawa transformasi bagi Malaysia dan rakyat Kedah. Perjalanan kita sedang bermula,” kata beliau lagi. Dan, seolah-olah seperti ‘Tuhan’, Najib Razak juga berkata, hanya BN yang mampu menawarkan masa depan yang baik kepada rakyat.

Beliau berkata, kerajaan mahu mengirim isyarat petanda dan memberi gambaran jelas bahawa transformasi yang beliau hadirkan bersama ini akan juga membawa faedah yang banyak kepada rakyat.

Sebenarnya, Najib boleh berkata apa sahaja yang berkaitan permohonan maaf beliau itu. Melihat suasana politik Kedah yang kian hangat bergolak, maka pada saat inilah Najib akan cuba menyuntik jarumnya sekali lagi, di celah-celah kancah gelora yang sedang bertempias di dada akhbar hari ini.

Barangkali, yang diperlukan oleh rakyat Kedah hari ini ialah sikap berhati-hati dengan Najib Razak (dengan menolak undi kepada BN), di samping usaha keras untuk memperbaiki salah faham yang timbul dalam pentadbirannya.

Selagi mana, agamawan, ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru pondok memegang kepada semangat pedoman yang dituang di dalam Surah Al-Hujurat, maka insya-Allah segalanya akan dapat diselesaikan dengan berkat pertolongan Tuhan juga.

Tidak perlu digentarkan dengan panahan kata-kata bak halilintar daripada Najib Razak. Musuh akan jatuh dengan sendirinya jika diizinkan Tuhan. Tetapi, kita sendiri perlu menyelesaikan kerungsingan dan salah faham yang berlaku sesama kita.

Firman Tuhan, “Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikan mereka antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawan puak yang zalim itu hingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikan antara keduanya dengan adil, serta berlaku adil kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”. – (Maksud Al-Hujurat: 9).

Pertama, apa yang penting adalah membentuk jawatankuasa untuk mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah.

Kedua, hendaklah jawatankuasa itu mengenal pasti siapakah antara kedua-dua belah pihak itu yang berlaku zalim dengan menindas satu pihak yang telah boleh menerima ketetapan dan rumusan yang dikeluarkan oleh pihak jawatankuasa perdamaian itu.

Ketiga, hendaklah rakyat Kedah seluruhnya bersatu membantu jawatankuasa perdamaian bagi melawan kekuatan puak yang bangkit menentang apa-apa rumusan yang terbit daripada jawatankuasa perdamaian itu.

Sayugia diingatkan bahawa pergolakan ini sebenarnya masih sihat jika dibanding sikap rakyat Kedah melayan permohonan maaf Najib Razak itu.

Rakyat Kedah perlu ingat bahawa, dalam permohonan maafnya, Najib Razak masih boleh menipu. Yang tidak menipu adalah pergolakan itu dan caracara menyelesaikan pergolakan di Kedah itu secara aman

http://www.wartautara.com

1 comment:

  1. Orang yang suka memohon maaf itu lebih mulia disisi Allah. Jangan berikap sombong dan bangga diri. Sedar-sedarlah diri.slo

    ReplyDelete