Monday, April 30, 2012

Bersih 3.0 Kelam Kabutkan Ibu Pejabat Umno

Himpunan raksasa Berish 3.0 memberi pukulan maut kepada penguasa dan petugas parti di Ibu Pejabat Umno Jalan Sutltan Ismail. Khabarnya semua orang di Ibu Pejabat Umno seakan hilang akal dan bersih membuat mereka kelam kabut macam kekaraman kapal di tengah samudra. Para penasihat politik Umno dan juga Perdana Menteri kehilangan punca dan menjadi 'selak' beberapa ketika untuk memikir bagaimana hendak counter Bersih 3.0.
Teaku Adnan Mansor
Orang paling sibuk dan 'bergelacar' katanya Teuku Adnan Mansor. Banjiran manusia berpakaian kuning dan hijau di ibu kota kelmarin dulu menyebabkan Adnan tidak lena tidur. Bagun tidak kena, tidur apa lagi. Berjalan pun tidak kena kesasan tubuh juga sirna. Kopi terasa amat pahit, milo dirasakan masam, nascafe pula menjadi terlalu lemai. Pendeknya deria rasa hilang apabila Bersih berjaya mengeruhkan air nsungai Klang dan sungai Gombak.
 
 Begitu juga pemimpin Umno lain juga jadi 'terkaba-kaba' dalam tidur. Hanya Udin anak Yassin sahaja tersenyum lebar melihat gelagat mereka dan juga kesan Bersih. Kenapa? Mudah sahaja untuk difahami matemetika politik ini, Udin anak Yassin suka kalau Najib tertekan dengan Bersih sebab dia boleh mengayung kaki ke kerusi presiden Umno?

Kini Ibu Pejabat Umno sedang memikirkan sesuatu untuk membendung impak dan aura himpunan berkenaan. Kesan himpunan itu kini sudah mulai merebak dan menyelinap ke dalam sudut hati banyak orang. Ia bukan saja meruap di Kuala lumpur di kalangan pegawai kerajaan, mahasiswa, pekerja, boroh atau pemandu teksi dan bas Rapid KL tetap jauh ke seantero dunia, termasuk ke pelusuk desa dan kampung, di kalangan petani, nelayan dan juga mat rempit.
Laksana apa yang berlaku kepada isu projek lembu gemuk (NFC) laki Sharizat, isu Bersih sudah diperkatakan di merata tempat. Ia menjadi butiran zikir dan juadah endak di keda-kedai kopi, kedai gunting rambut dan juga market. Semua memperkatakannya; mengenai kejayaan Bersih dan kekejaman polis kepada para himpunan. Membimbangkan juga mereka menanti pilihan raya untuk menterjemahkan kemarahan dan kegeraman mereka itu.

Rakyat mempertikikan himpunan itu dan juga perilaku pihak berkuasa ke atas peserta himpunan itu yang dianggap kasar dan keterlaluan. Apapun alasan rakyat tidak boleh menerima melihat aksi-aksi ganas polis yang dipaparkan dalam you-tube. Makcik dan pakcik di kampung juga melengung panjang bila anak-anak mereka menunjukkan you tube itu kepada mereka. Mereka mungkin tidak tahu menggunakan internet, tetapi mereka memiliki anak-anak yang mahir dalam bidang IT.

Mereka tidak peduli apakah video yang dipertontonkan kepada mereka itu benar atau tidak, yang penting mereka dapat tenguk sendiri bagaimana lebih 20 orang polis trafik memukul dan membelasah seorang peserta. Gelagak sadis semacam burung hereng hendak menelan bangkai itu sudah melekat di kepala mereka dan ia tidak mudah untuk ditanggalkan kandati dibayar RM500.

Saya percaya mereka juga menonton dan tengok video dirakam oleh Polis. Tetapi mereka akan jadi pesimis dan meraguinya kerana mereka sudah tahu yang kerja dan tugas polis kepada Umno. Polis akan membuat seuatu yang baik kepada Umno dan akan melakukan atau memberi gambaran jahat kepada pembangkang. Bukan tidak ada polis yang ikut dibelasah, tetapi mereka merasakan hukuman itu adil bagi polis kerana mereka (polis) dalam keadaan sedia dengan peralatan perang yang lengkap sedangkan peserta Bersih hanya ada sebotol air mineral.

Dalam konteks perjuangan yang diheret dan dibawa Anwar Ibrahim, selamanya para penyokongnya dan para simpati dengan perjuangannya tidak dapat menerima kebaikan polis. Bagi mereka polis selamanya jahat dan berniat huduh dengan Anwar. Mereka tetap mengingati peristiwa kejam bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor yang memukul Anwar sehingga mata kawan itu lebam. Kejadian itu sehingga memaksa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tidak akan terlupa sampai ke liang lahad.

Kejadian dan insiden itu telah terpahat dalam ingatan dan mereka menganggap polis-polis yang ada hari ini adalah peninggalan Rahim Noor. Budaya yang diterima pakai ini adalah budaya Rahim Noor. Ismail Omar gagal untuk mengikis budaya brutal polis itu. Mereka sudah termakan najis atau kencing Rahim Noor. Dengan apa yang berlaku di himpunan Bersih rakyat menganggap tranfosrmasi terhadap polis yang diharapkan masih belum berlaku.

Persepsi dan realiti itu semualah yang merisaukan orang ibu pejabat Umno. Dari sumber dalaman memberi tahu, petugas ibu pejabat dan Adnan Mansor sedang memikirkan sesuatu untuk bertindak. Mereka perlu menjawab dan menjelas segera apa yang berlaku kepada rakyat. Sekiranya lambat menyebabkan persepsi buruk kepada UBN makin menebal dan akhirnya mereka akan 'menjuah' dan  menolak Umno.
Bersih 3.0 didomonasi orang Cina?
Untuk tujuan itu, ibu pejabat Umno mahu memastikan perayaan hari ulang tahun Umno ke 66 pada 11 hingga 13 Mei ini perlu diadakan sebesar-besarnya. Perayaan dicadangkan di Bukit Jalil itu yang mula menganggarkan kehadiran 100,000 tetapi kini Umno meletakkan sasaran 500,000. Iya angka itu barulah sepadan dengan jumlah yang berhimpun di Bersih: Duduk dan Bantah itu yang mencapai jumlah 250,000.

Lantaran itu katanya semua petugas parti bermula di ibu pejabat sampai ke peringkat bahagian kena memastikan perayaan itu dihadiri 500,000. Untuk tujuan itu segala keperluan terutamanya wang ringgit di tambah. Mungkin kalau peserta Bersih dilaporkan oleh media Penjilat Bntut diupah RM150 seorang, maka mereka yang bakal hadir pada perayaan Umno akan mendapat durian runtuh sampai RM500.00 setiap orang.

Umno akan melakukan apa saja demi untuk membunuh semangat Bersih. Kalau angka itu tidak tercapai, ini bererti Umno akan malu besar. Umno sangat memerlukan khalayak seramai itu bagi membolehkan parti itu memendekkan penantian bagi mengadakan pilihan raya umum. Umno tidak sanggup untuk menanti lebih lama lagi, kerana lagi lama lagi buruk keadaannya. Ibarat penghidap barah, lagi lama menanti untuk pembedahan keadaan lagi parah. Umno kini berada dalam stage four.

"Tidak ada jalan lain untuk mengatasi Bersih dengan kita mengumpulkan orang seramai mungkin. Berapa banyak wang perlu dibelanjakan, belanjalah. Kita ini umpama pesalah yang sedang menanti hukuman gantung mandoteri. Sebelum dihukum kita dibenarkan meminta apa saja makanan yang kita mahu, nah kita belanjalah sebanyak mungkin kerana untuk menyelamatkan kita," begitulah ucap seorang pemikiran Umno yang sangat risau dengan nasib Umno kini.

Jadi bersiap sedialah seluruh ahli Umno yang didakwa ada lebih 3 juta nyawa itu untuk memenuhi stadium Bukit Jalil. Tunjukkan kekuatan anda sekalian kerana parti anda kini memerlukan life support yang terakhir untuk anda terus bernafas. Kalau perlu hunuskan keris, hunuslah. Mat ... Mat Maslan apa macam sekarang, sihat ke? [wm.kl.12:34 t/hari 01/05/12] 

Adakah Parlimen bubar selepas Aidilfitri...mungkin kerana Najib kehabisan talian hayat?

Najib kehabisan talian hayat?
Shaharul Shafie

Pasti ramai yang membaca tajuk artikel ini tertanya-tanya apakah penulis akan membawa arah penulisan beliau dengan meramalkan bahawa parti pemerintah Barisan Nasional (BN) akan melabuhkan tirainya selepas hampir 55 tahun berkuasa. Ada pembaca pasti mengandaikan penulis ini berkemungkinan seorang penyokong ataupun seorang yang bersimpati dengan pembangkang di Parlimen yang juga kerajaan yang dipilih di beberapa negeri termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ayuh, bacalah artikel saya untuk mengetahui kebenaran daripada tajuk saya di atas.

Semua tertanya-tanya selepas kejadian ‘pelbagai cerita’ di dalam perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara dua hari lepas, adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih berkeyakinan untuk meneruskan hasratnya membubarkan Parlimen pada tahun ini. Ramai penganalisa meramalkan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada hujung bulan Jun berdasarkan senario yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah sebelum penganjuran Bersih 3.0. Mungkin sekarang penganalisa-penganalisa ini akan meletakkan ruang waktu baru di dalam ramalan mereka. Tetapi bagi saya, meskipun sebelum berlakunya ‘tragedi’ Bersih 3.0, saya amat yakin bahawa PRU bakal diadakan sebaik sahaja musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tetapi sebelum banyak kapal terbang haji bertolak ke Tanah Suci.


Beberapa sebab menyokong andaian saya sedemikian. Pertama ialah Najib memerlukan lebih masa untuk berkempen menggunakan tiketnya sebagai PM meskipun banyak turun padang baru-baru ini dari Perlis sehinggalah ke Sabah dan mengurangkan kegemarannya yang suka melawat pemimpin negara asing selepas memegang jawatan PM. Malah, beliau akan mula bercuti selama dua minggu bermula pertengahan bulan Mei ini di Amerika Syarikat di samping menghadiri majlis konvokesyen puterinya di sana. Walaupun ramai berkata Najib boleh membubarkan Parlimen pada hujung Mei, 30 hari di dalam bulan Jun adalah tidak cukup bagi jentera BN tetapi tidak dinafikan tidak boleh dilakukan.

Bagi saya, Najib melihat dua faktor sebelum membubarkan Dewan Rakyat. Yang pertamanya ialah berjaya mengotakan janji-janji beliau untuk memastikan transformasi dilakukan walaupun sekadar proses-proses perundangan . Sekurang-kurangnya dengan membawa beberapa akta-akta baru menggantikan akta-akta kolonial lama seperti ISA, Akta Darurat dan AUKU agar diluluskan di Dewan Rakyat. Cakap-cakap mahu PRU13 kembali bergema sejak kebelakangan ini disebabkan BN nampak ‘gelojoh’ apabila membentangkan dan meluluskan banyak akta-akta baru dalam masa 48 jam di Dewan Rakyat. Namun begitu, bagi menguatkuasakan akta berkenaan, masa masih diperlukan untuk diluluskan di peringkat Dewan Negara (masih memerlukan siri-siri pembacaan dan sesi perbahasan) dan akhirnya perlu dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agong. Maka, untuk menjadikan semua ini selamat digazetkan, paling awal pun akan siap sebelum bulan puasa (Julai) tahun ini.

Faktor kedua yang penting buat Najib ialah keadaan ekonomi global dan Malaysia. Majoriti penganalisa ekonomi dunia menjangkakan ekonomi dunia akan mulai menunjukkan tanda-tanda perlahan bermulanya suku ketiga tahun ini iaitu seawal-awalnya bulan Julai tahun ini. Pada hari ini pun ekonomi dunia sedang berada pada tahap matang (maturity) dan dalam hukum ekonomi, fasa berikutnya mestilah penurunan (decline). Malaysia juga tidak akan terlepas daripada bahang kemerosotan ekonomi dan akan lambat launnya merasa kesannya apabila indeks-indeks pelbagai di Bursa Malaysia akan turut sama menurun. Oleh itu, untuk mengadakan PRU selepas September 2012 adalah mimpi buruk kepada Najib. Setakat ini, banyak kerajaan pemerintah jatuh di seluruh dunia apabila pilihanraya diadakan ketika ekonomi mulai meleset.Lebih-lebih lagi di Malaysia, BN sepatutnya lebih gusar jika ekonomi merosot, undi kaum Cina akan terus merundum bagi BN dan situasi sokongan rendah di bawah 20% kaum Cina pada BN hari ini pasti lebih memburukkan keadaan. Ini hanyalah andaian bijak berdasarkan pola-pola pilihanraya yang dianjurkan semasa ekonomi menurun tetapi parti pemerintah masih boleh menang sekiranya proses pengundian dimanipulasikan atau tidak telus. Wallahualam.

Oleh itu, Najib hanya ada masa bagi membubarkan Parlimen antara bulan Ogos dan September. Tetapi tidak mungkin Ogos kerana separuh bulan itu adalah bulan Ramadhan dan kurang separuhnya, orang Islam di Malaysia bakal merayakan Aidilfitri. Oleh itu, awal bulan September adalah bulan terbaik untuk Najib membubarkan Parlimen dan paling awal PRU boleh diadakan adalah pada minggu terakhir September dan paling lewat pun minggu pertama Oktober.

Parlimen bubar selepas Aidilfitri?

PRU tidak mungkin di adakan selepas minggu pertama Oktober. Ini adalah kerana pada waktu-waktu berkenaan para pengundi Melayu beragama Islam sudah ramai berangkat mengerjakan haji dan UMNO amat mengharapkan golongan Melayu bagi mengekalkan kuasa mereka sebagai pemerintah walaupun dijangkakan tidak mampu lagi menguasai majoriti 2/3 daripada kerusi Parlimen dan malah mampu menawan Kedah semula.

Kelebihan mengadakan PRU selepas Hari Raya Aidilfitri dan minggu pertama Syawal adalah kerana para pemimpin BN dan kerajaan boleh menggunakan kesempatan amalan-amalan semasa Ramadhan untuk turun bertemu rakyat terutamanya orang Melayu terutamanya majlis berbuka puasa . Bagi BN terutamanya UMNO, bulan Ramadhan boleh memberikan peluang bagi mereka ‘menabur wang secara halal’ kononnya sempena bulan baik di masjid-masjid dan surau-surau di atas kapasiti sebagai menteri dan timbalan menteri. Kemudiaan,di bulan Syawal juga, sudah menjadi kelaziman pemimpin-pemimpin membuat rumah terbuka di sana-sini. Oleh itu, program-program mendekati rakyat ini satu kelebihan kepada BN untuk meraih undi-undi Melayu semasa bulan Ramadhan dan Syawal.

Bukan itu sahaja, jika PRU diadakan pada penghujung Syawal (September), BN tidak perlu rasa bimbang mengenai anak-anak muda terutamanya mahasiswa-mahasiswa IPTA yang akan kembali ke kampus bagi meneruskan pengajian semester baru. Akta baru menggantikan perkara AUKU yang dijanjikan BN mampu menyukarkan peluang BN jika PRU diadakan pada bulan Jun atau awal Julai kerana siswa-siswi ini yang kebanyakannya pro-Pakatan sudah berada di kampong halaman untuk cuti panjang semester dan ini membolehkan mereka bertugas sebagai sukarelawanuntuk berkempen tanpa sekatan AUKU lagi bagi membantu parti. Oleh itu, dengan mengadakan PRU semasa siswa sudah kembali ke kampus mengurangkan risiko buat BN dari mimpi ngeri ini.

Saya ingin kembali semula kepada persoalan tajuk saya di atas. Saya sudah nyatakan ramalan saya bagi PRU untuk tahun ini tetapi bagaimana kita meramalkan nasib Najib sendiri. Selepas meneliti pengurusan Bersih 3.0 kali ini yang agak emosional di kedua-dua pihak (polis dan peserta), saya yakin Najib kini tidak senang duduk. Ini bukannya kerana Najib takut pada rakyat ataupun parti pembangkang tetapi Najib lebih bimbang kepada tekanan dalaman UMNO dan BN sendiri. Kegagalan polis bertugas dengan sepatutnya iaitu sewajarnya mempertahankan Dataran Merdeka daripada dicerobohi dan tidak terlalu pro-aktif sehingga mengejar para peserta Bersih sehingga beberapa kilometer adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal sekiranya pihak polis mendakwa mereka mesra rakyat.

Pengendalian pihak polis kali ini adalah yang terburuk dan penuh emosi jika dibandingkan dengan pengurusan semasa Bersih 1.0 dan 2.0. Malahan kali ini ramai wartawan juga menjadi mangsa dan tindakan merampas bahan rakaman bagi mengelakkan bukti ‘keganasan’ polis ditunjukkan kepada awam. Ini adalah satu langkah yang tidak mencermin langsung janji-janji transformasi oleh PM sebelum ini. Malah, tindakan itu dilihat agak menyamai tindakan ganas pihak berkuasa Libya dan kini Syria di dalam menghadapi kebangkitan rakyat.

Saya yakin Najib sedar segala kesilapan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyebabkan kedudukannya dalam bahaya. Sudah menjadi lumrah bahawa yang dilakukan polis mestilah sesuatu yang direstui oleh PM sendiri. Sejak menjadi PM, banyak talian hayat digunakan oleh Najib bagi mengawal sokongan rakyat kepada kerajaan BN. Najib dilihat sebelum ini agak berjaya merampas kembali undi-undi kritikal orang Melayu untuk kembali kepada BN. Kejayaan ini ditambah pula dengan propaganda-propaganda atau provokasi-provokasi bersifat bangsa dan agama yang dimainkan oleh rakan-rakan selindung UMNO seperti Perkasa. Meskipun, Najib pandai mengemukakan dirinya sebagai hero kepada semua rakyat melalui 1Malaysia tetapi ramai nampak Najib tidak konsisten di dalam perjuangan 1Malaysianya.

Semasa Bersih 2.0, ramai berpendapat Najib semakin kehilangan sokongan tetapi tidak dinafikan beliau berhempas-pulas mengawal impak Bersih 2.0 itu dengan mendatangi rakyat dengan janji-janji transformasi dan juga ‘gula-gula’ untuk rakyat melalui Bajet 2012. Namun begitu, Najib lupa untuk lebih berhati-hati di dalam menghadapi Bersih 3.0 supaya tidak perlu lagi bekerja kuat mencari idea-idea baru bagi meraih sokongan-sokongan yang hilang sepertimana Bersih 2.0 dahulunya. Mungkin Najib ada idea-idea baru termasuklah yang terbaru mengumumkan dasar gaji minimum swasta tetapi masa untuk Najib ‘memberi’ sudah tidak cukup bagi mengembalikan sokongan ke atas BN atau meredakan kemarahan rakyat di atas kegagalan menguruskan Bersih 3.0.

Kita sedia maklum disebabkan kegagalan mengawal momentum Bersih 1.0, BN telah kehilangan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, PM ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) terpaksa melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno dan sekaligus PM Malaysia.

Dengan apa yang dipaparkan dalam Bersih 3.0, nampaknya keadaannya lebih parah jika dibandingkan demo-demo bersirinya sebelum ini. Pastinya Najib tidak cukup masa lagi bagi memperbaiki kerosakan yang dilakukan pada imej beliau dan BN yang menurun sekelip mata sahaja akibat ‘jenayah’ polis dalam Bersih 3.0. Mahu tidak mahu, PRU kena diadakan juga tahun ini. Walaupun mempunyai mandat sehingga Mac tahun depan, ekonomi Malaysia dan global tidak cukup kuat ketika itu kerana kemelesetan ekonomi sedunia bukannya perkara sekejap tetapi akan mengambil masa beberapa tahun untuk pulih.

BN akan kekal berkuasa tetapi Najib...

Namun begitu, dengan persempadanan kawasan pilihanraya yang sekian lama memberi kelebihan jumlah kerusi kepada BN di Sabah dan Sarawak, BN secara keseluruhannya masih berpeluang untuk mengekalkan kuasa sebagai pemerintah selepas PRU13. Tetapi keadaan akan menjadi status-quo seperti yang kita ada hari ini iaitu BN akan gagal memperolehi majoriti 2/3 seperti dahulu tetapi sekadar cukup bagi membentuk kerajaan pusat. Malah, jika dilihat faktor Melayu, BN berpeluang merampas Kedah dengan majoriti mudah tetapi mampu kehilangan Negeri Sembilan dan Perak kepada Pakatan di samping kehilangan beberapa kerusi bandar di Melaka.

Pakatan memerlukan ‘Semangat Reformasi tahun 1999’ jika mahu menawan Putrajaya dalam PRU13. Namun begitu, amat mustahil dengan masa yang ada bagi merealisasikan impian itu tetapi boleh diusahakan. Buat masa ini, Pakatan tidak perlu gusar mengenai undi kaum Cina dan India tetapi harus menumpukan undi kaum Melayu. Saya pernah ingat lagi ketika 1999, jentera yang berkesan bagi mendapat sokongan orang Melayu ketika itu apabila setiap anak-anak muda dan warga bandaraya KL pulang berkempen pada sanak saudara sendiri dan di samping mengedarkan risalah-risalah bahan kempen yang dicetak melalui laman-laman web reformasi seperti Mahazalim, Reformasi Nasional (RN), Tranungkite dan banyak lagi. Saya yakin jika penyokong ataupun mereka yang bersimpati dengan Pakatan lakukan usaha sebegini dalam PRU13,Pakatan mampu berpeluang berkuasa di Putrajaya dengan majoriti mudah.

Walaubagaimanapun, berita amatlah buruk jika jentera BN dibawah Najib gagal menduduki majoriti 2/3 kerusi terutamanya kepada Najib sendiri. Penulis percaya nasib Najib akan sama seperti Tun Abdullah yang akan dipaksa turun melalui tekanan dalaman UMNO sendiri bagi memberikan peluang kepada Timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya juga percaya Tun Mahathir sendiri (sekiranya umur lebih panjang dari sekarang) akan memulakan siri konspirasi melemahkan Najib sepertimana beliau lakukan pada Tun Abdullah dahulu. Dalam politik macam-macam boleh berlaku, Tun Mahathir juga Melayu sebab menurut beliau Melayu mudah lupa dan Mahathir akan turut melupakan jasa Tun Abdul Razak yang pernah membawanya masuk semula dalam UMNO dan memberi peluang kepadanya. Maaflah saya, saya berkata demikian sebab Tun Mahathir pada hari ini dalam banyak perkara pun sudah lupa.

Pakatan boleh merancang untuk berkuasa selepas PRU14 dan memperbaiki rank sesama pemimpin Pakatan dan mencapai kesefahaman yang lebih baik lagi di negeri-negeri yang diperintah. Bagi penulis, jika Muhyiddin menjadi PM menggantikan Najib, itu adalah berita baik kepada Pakatan kerana ramai melihat Muhyiddin kurang berkaliber jika dibandingkan dengan Najib. Hanya bagi Najib, beliau hanya malang disebabkan banyak bercakap (berjanji) tetapi gagal mendidik jeneral-jeneral beliau sendiri mengenai apakah transformasi yang ingin dibawanya pada Malaysia. Apa yang berlaku hari ini adalah kegagalan Najib mendidik mereka yang menyebabkan mereka terus membuat kesilapan bagi pihak Najib.

Untuk Pakatan, struktur perjuangan mereka perlu diperbaiki termasuklah memperkenalkan kabinet bayangan jika mahu menjadi pembangkang yang kuat. Dan yang lebih penting ialah mengeluarkan kepompong Pakatan daripada dianggap oleh rakyat sebagai ‘alat’ Anwar Ibrahim. Pakatan bukan sahaja perlu bangga dengan Buku Jingganya tetapi untuk memenangi PRU14, mereka sudah sediakan pelan kecemasan iaitu pelan Pakatan Rakyat tanpa Anwar Ibrahim.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi. Beliau juga kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka tempatan. Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di beberapa laman web dan media cetak.Beliau juga merupakan pemimpin NGO antarabangsa, Armed for the Quill (AFTQ) yang berpusat di Oslo, Norway. Beliau adalah Ketua AFTQ bagi Asia Tenggara dan Timor Leste. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

BERIH 3.0 - "You Apa-Apa Jangan Cari Polis Ya!"

Video Polis Nak Terkencing Pun Tauke Kedai Tak Bagi Masuk..

Polis nak masuk dalam bangunan kononnya sebab nak guna tandas nak terkencing sangat dah. Orang dalam bangunan tak bagi masuk. Polis macam tak percaya yang orang dalam bangunan tak bagi mereka masuk. Dia ingat dia ada kuasa boleh suka-suka hati nak buat apa-apa saja. Lepas tak dapat masuk, dengan megahnya berkata "You Apa-Apa Jangan Cari Polis Ya!"


Ulasan GB

Zalim bukan? Nak tumpang kencing pun rakyat tak bagi? Tapi itulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. What goes around turns around. Anda menzalimi rakyat, maka anda perlu merasai bagaimana jika rakyat mengambil sikap tindakbalas sedemikian?

Polis tidak boleh dan tidak perlu mengugut "You Apa-Apa Jangan Cari Polis Ya!" kerana rakyat pada bila-bila masa boleh jawab, "Kamu jangan ambil gaji kerana gaji kamu pun rakyat yang bayar!"

Dan yang marah kepada polis sekarang adalah ramai. Majoriti rakyat menunjukkan jarinya ke arah polis terhadap punca keganasan perhimpunan Bersih 3.0 seperti poll yahoo di atas.

Semuga senario ini menjadi iktibar kepada pasukan polis dan mana-mana pihak yang bertindak untuk menyalahkan rakyat di atas kesalahan dan kelemahan mereka.

Penjelasan KPN kononnya polis bertindak hanya selepas benteng polis dirempuh adalah karut kerana yang merempuh itu, setelah pelbagai bukti dipaparkan adalah ternyata perbuatan provokasi anggota polis sendiri. Apakah KPN masih cuba untuk menafikan "hakikat" ini?


Kami akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Kita ingin mengingat keapda semua pihak yang terlibat di dalam "konspirasi" mewujudkan provasi ini bahawa Allah sudah berfirman:




Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

BERSIH 3.0: Cerita Apit Pi DEMO



Perjalanan takdir mentakdirkan BERSIH kali ini saya tak dapat turun.

Untuk kaki demo mcm saya ini, memang tak sedap duduk dan rasa ketaq kaki bila tak boleh turun. Demo ini sebenarnya satu ketagihan, sekali hangpa turun berdemo, sure hangpa nak turun lagi. Bom Asap dan Semburan Air Asid FRU bagaikan dadah buat kaki-kaki demo ini, sekali kena tahun ini, tahun depan sure teringin nak rasa lagi. Sebab itulah, jumlah yg turun demo BERSIH ini makin tahun makin bertambah. Tak reti nak tulis mcm mana perasaan nak habag, hanya depa yang kaki demo saja yang mengerti.

Malam tadi, bila sembang dengan Apit, yang berjaya pulang tanpa ditangkap bersama-sama dengan platoonnya, saya dok tersenyum sorang-sorang bila dengar Apit dok bercerita kisah perjalanan depa pi demo BERSIH 3.0 ini.

Apit, seorang petani sepenuh masa di kawasan bendang sekitar Teluk Binu, Paya Ketiau dan Permatang Tok Dik di Negeri Kedah. Depa bertolak pi 2 hari sebelum hari kejadian. Ikut bersama-sama Apit ialah Jan, asal dari Jeniang Sik, Kedah - kerja tebar roti canai kat gerai makan berhampiran, dan juga Basri, asal dari Memali, Baling Kedah – kerja kilang besi kat Perai serta beberapa orang sahabat yang lain yang kerja pasar malam, drebar van, kerja kampong dan sebagainya.
Ringkasnya – yg turun berdemo dengan Apit ini ialah Barisan Rakyat Biasa daripada perkumpulan rakyat marhain di peringkat yang paling bawah dalam hieraki politik negara. Jadi, cerita depa ini mungkin paling syiok kot untuk kita tumpang dengar cerita.

Apit cerita waktu on the way dari Kedah ke KL itu, dalam kereta depa pakat dok bergelak sakan bercerita kisah pengalaman kawan-kawan waktu demo BERSIH 1 dan 2. Yang depa tak boleh nak lupanya, tahun lepas waktu depa mai BERSIH 2.0, mai dengan Van Buruk dari Kedah, elok sampai GOMBAK, kereta peronda Polis mai sekat depa, escort depa balik Utara hingga ke RAWANG. Pasal apa? Sebab Van Buruk depa tu penuh dengan pelekat dan poster PALESTINE – Depa kata, Polis ingat kami ini Pengebom Berani Mati (Suicide Bomber) kot…kah, kah, kah. Tak kata kat Polis lah, kalau saya tengok IC Basri yang beralamat di Kg Memali, Kedah itu, saya pun mungkin dok ingat mcm tu jugak kot.


bohsia
Apit cerita, khamis malam jumaat tu dia bawa Basri, Jan dll jln-jln pi uptown Cheras. Basri dan Jan terkejut beruk tengok anak-anak gadis Melayu berseluar pendek ketat dan bersinglet menampakkan lurah dada dok ketawa mengilai hisap rokok dikelilingi org-org jantan di tengah2 mlm buta. Yg ini yang buatkan Basri dan Jan lagi semangat nak turun pi berdemo; depa kata kalau biar UMNO terus perintah lepas PRU13 ini, nanti budaya mcm ini akan sampai ke kg Basri di Memali dan Kg Jan di Jeniang, Kedah.

Esok jumaatnya, pagi itu Apit bawa platoon dia dari Kedah ini pi jalan-jalan di UKM Bangi; kata Apit, saja lah nak tunjuk kat anak-anak buah dia dari Kedah ini IPT yang mana budak-budak kat situ lebih suka berhutang daripada dapat pelajaran FREE. Apit habag kat depa, dia sendiri tak paham pasal apa org yang mengaji tinggi sampai IPT ini tak mau belajar secara free, lebih rela berhutang dengan PPTN sampai ke mati.

Semayang jumaatnya, Apit bawa depa pi solat di masjid Putrajaya. Lepas tu, dia bawa depa pusin putraja lalu kot pejabat Najib sambil berdoa ramai-ramai mintalah PAKATAN duduk kat situ pula selepas PRU13 ini.
 
Yang lawaknya, Apit habag ada juga antara platoon dia ini yang tak pernah sampai PUTRAJAYA sebelum ini, jadi PEGHAK BUIH bila sampai ke sana (dia x mau sebut nama). Apit kata, ada ka patut kawan ini tahan kencin sampai kat hotel di KL jam 6 ptg baru pi tandas. Sahabat ini habag dia tak sanggup kencing kat Putrajaya sebab tempat itu elok sangat, kalau dapat kat PAKATAN dia sanggup pakai pampers daripada pi kencing merata kat sana. Nak habag katanya, kerajaan UMNO/BN ini pembangunannya lebih tertumpu kpd kawasan-kawasan kota berbanding dengan kawasan-kawasan kampong macam tempat Apit dan kawan-kawannya ini.

Malam itu, Apit cerita, demo pun bermula. Apit cakap, dah 7 kali DEMO dah Apit turun, tapi inilah pertama kali dalam sejarah dia merasa pengalaman turun DEMO waktu malam. Dia dok tunggu FRU lepas bom asap nak tengok mcm mana rupa api bom itu waktu malam, tapi hingga ke pagi FRU tak mau lepas-lepas jugak. Besoknya 28 April 2012 – Hari BERSIH 3.0 – boleh tengok video2 merata internet; Apit berbangga sebab dia dan platoon kampong nya ini berjaya menempatkan diri mereka sebagai antara watak yang bakal diingat dalam Sejarah.

Malam tadi, bila saya sembang secara serius dengan Apit bab demo BERSIH 3.0 ini:

Apit cakap, DEMO kali ini ramai sungguh kaum CINA!! – hat ini yang jarang kami jumpa di musim-musim DEMO yang sebelum sebelum ini. Saya kata kat Apit & Platoonnya, hangpa jgn risau, PRU13 ini UMNO mungkin masih memerintah, tapi insyaallah penglibatan ramai kaum Cina dalam demo ini akan menyaksikan MCA dan GERAKAN dikuburkan dalam PRU nak mai ini.

Selepas itu saki baki MCA/GERAKAN akan join PAKATAN; di PRU14 nanti insyaallah PAKATAN akan perintah MALAYSIA – dan di waktu itu kita sama sama akan menyaksikan UMNO akan dikapan dan ditalkinkan. Bersemangat geng2 Apit dengar saya kata macam itu.

Bila saya tanya Apit lagi, betoi-betoi punya, apa sebenarnya motif depa turun demo BERSIH ini, daripada nada melawak, tiba-tiba ja Apit jadi serius. Apit jawab:

“Sebab KAMI ANTI-UMNO!!, UMNO %$#@&^^ UMNO@#$%^ UMNO *%$@*^@”

Mcm-mcm sumpah seranah Apit hamburkan – tak tau pasal apa, tapi memang marah sungguh Apit dengan UMNO ini.

Bila saya tanya pulak: Apit, depa kata AMBIGA tu geng LGBT, kalau org tanya pasal apa hangpa pi BERSIH yg diketuai oleh AMBIGA yang LGBT ni, hang nak jawab apa Apit?

Apit kata:

“BUKAN KATA AMBIGA, KALAU SAPA-SAPA PUN YANG NAK JATUHKAN UMNO KAMI SOKONG, TAK KIRA SAPA, KALAU MENATANG B*B* SEKALI PUN NAK LAWAN UMNO, KAMI SOKONG!!”

Tambah Apit lagi:

“LESBIAN tu JAHAT, GAY tu JAHAT, BISEXUAL tu JAHAT, tapi UMNO lagi JAHAT!! - Hang tau dak, Ambiga jadi LGBT tu bukan sebab dia nak jadi LGBT tapi sebab UMNO lah yang biarkan dan jadikan rakyat kita dok ikut LGBT ini. Bukan salah AMBIGA & Geng, tapi Salah UMNO – sebab itu kita semua rakyat jelata tak kira apa bangsa kena jatuhkan UMNO D*J** ini!!”

Marah sungguh Apit kat UMNO – no wonder tiap kali ada demo di KL, sanggup Apit tinggalkan bendang2 dia di Kedah ini, turun KL nak lawan UMNO!

Last sekali, soalah Cepumas, saya tanya Apit: Hang rasalah Apit, apa sebab utama depa tak bagi hangpa masuk DATARAN tu? – kalau dibenarkan masuk DATARAN habis cerita, tak daklah huru hara mcm tu.

Apit jawab:

“La, aku dok buat bendang aku tau la. Aku tengok rumput kat dataran itu bukan jenis macam rumput kat bendang aku yang lembu orang kampong Teluk Binu dok mai makan itu. Rumput kat dataran itu rumput special punya, rumput mahai – DEPA RESERVE RUMPUT TU NAK BAGI MAKAN LEMBU FIDLOT!!! – sebab itu depa tak bagi kami masuk!!”

Muarghahahaha….

Sekian cerita Apit pi demo.

Akuilah Kita Bukan Maksum

Najib Razak: Jarang tenguk berwajah muram.
Dengan kuasa yang ada kepadanya Ha Najib Razak telah mengarahkan Polis dan semua unit yang diberi tangugngjawab menghalang, memobilisasikan atau membuat provaktif himpunan raksasa terbesar negara Bersih 3.0 buat laporan (post mortem) mengenai apa yang berlaku. Mereka terlibat termasuk KPN, Ismail Omar juga sudah bersiap sedia mengarahkan anak buahnya.
Sebaik selesai himpunan semua unit menjalankan tugas menyiapkan segala macam laporan dan analisa. Asas penting dalam laporan dan analisa dari semua unit-unit itu dan semua jabatan ialah berikan gambaran bahawa kerajaan (Najib) di pihak yang benar. Gambarkan sebanyak-banyaknya bahawa Berih 3.0 - merujuk kepada peserta, penganjur dan parti politik yang mengambil kesempatan darinya adalah salah, salah dan salah tanpa ada sekuman hati anak kuman kurus pun kebenarannya.
Pusingkan perasaan dan jiwa (reverse psikologi) rakyat agar rakyat benci kepada Bersih paling utamanya benci kepada oposisi - bencikan kepada Anwar Ibrahim, benci Nik Abdul Aziz Nik Mat, benci Lim Guan Eng dan lain-lain. Kerja membuat fitnah dan memusingkan fikiran dan hati rakyat (reverse psikologi) sudah pun dimulakan oleh media massa PB, sejak semalam dan beberapa minggu sebelumnya media massa PB telah menjalankan kerjanya provokasi dan propogandanya. Semalam adalah kemuncak kerja mereka yang akan berterusan sehingga ke nafas terakhir.
Seperti yang telah saya catatkan dan andaikan bahawa ada kerjasama jahat (kolobrasi) di antara media dengan unit-unit kerajaan khasnya Polis DiUmno Malaysia. Yang jelas kejadian membalikkan kereta polis, dirakam kemudian diberikan gambaran yang peserta Bersih lakukan, sedang siapa yang melakukan belum dipastikan. Laporan dan analisa mengenai itu masih berbaur benar dan tidak dan sangat mengelirukan. Kereta itu akan dijadikan replika kejatan Bersih 3.0.
Kenap pasti siapa pun angkara kejadian ini?
Mengenai kejadian itu pihak Bersih mengatakan polis yang melakukannya untuk provok himpunan dan memberi gambaran peserta Bersih jahat, rakus dan khianat. Apa yang mereka harapkan kejadian itu dirakam oleh media kemudian diulas dan dianalisa sebaik mungkin sepanjang masa menjelang pilihan raya. Dan itu berhasil namun impaknya belum tentu, rakyat sedang membaca dan sudah pun menghafal segala tektik dan kejahatan Umno.

Bukan itu saja banyak keraguan atas beberapa insiden lain yang berlaku, misalnya insiden motorkar polis kena tendang dan juga acara mengunting gelong dakwai secara profesional kata Mat Sabu, yang bagi saya pasti ia bukan kerja para peserta kerana mereka ke situ dengan satu hajat saja untuk duduh dan bantah. Adapun kenapa mereka 'berbenyei' bertaburan lari lintang pukang apabila polis melepaskan gas pemedih mata, sembur air kemudian mengejar dan membelasah mereka macam membelasah anak kucing kesejukan.

Apakah ketika itu polis sudah berada di tahap psikologinya tertekan seperti kata Najib. Najib berkata peserta Bersih memberi tekanan psikoligi kepada polis.  Rasnaya tidak ada sebiji batu dilontar dan terkena di atas kepala polis, saya lihat ada beberapa yang sudah luruh rambut, licin dan berminyak saja tanpa ada apa-apa gurisan dan benjolan.

Kalau belum ada batu jatuh atas kepala polis, atau kasut melayang ke muka polis, tetapi polis sudah bertindak ganas mengikut SOP kata menterinya, ertinya rendahnya tahap psikologi polis Malaysia? Kalau kerana acahan dengan nyanyian dan syarahan suhu badan polis sudah menggelegak lemah sangatlah mental polis kita. Pondan sangatlah mental dan fizikal polis Malaysia.

Barang kali Hishamuddin perlu meminta peruntukan tambahan bagi memberi kursus pembentukan minda sihat dan fizikal kental anggota polis kita agar mereka tidak mudah menjadi anjing kemabukan yang menyondor apa saja yang ada di hadapan, hatta pembahagi jalan apabila diejek oleh rakyat!
 
Saya percaya laporan dari semua unit yang dibawah kawalan dan pengawasan polis sedang disiapkan. Semua orang bertungkus lumus menyiapkan secepat mungkin kecuali satu dua yang cedera akibat terpukul sesama sendiri selepas tanda di tangan terlucut kerana kegaduhan mengejar para himpunan. Pun begitu kesakitan mereka tidak ada masalah kerana Najib sudah pun melawat mereka di hospital dan mungkin menjanjikan imbuhan atas kerjas baik tetapi kesan sebaliknya yang mereka lakukan.

Laporan yang dikehendaki Najib sudah pun diberi mesejnya, iaitu polis kononnya diasak oleh himpunan. Polis diberikan tekanan saikologi oleh himpunan. Mesej ini untuk menggambarkan polis baik, polis bagus, polis bertimbang rasa dan polis orang, bukan binatang. Itu yang Najib inginkan.
Kejadian ini tidak boleh dimaafkan sebab itu saya adakan kempen CIS.
Cara Najib itu satu helah untuk menghadapi tekanan rakyat ketika itu. Tetapi Najib harus berfikir apakah cara itu menguntungkan atau menambahkan kemarahan rakyat? Tindakan itu tidak profesional dan mencerminkan Najib bukan seorang PM yang mengdahulukan rakyat. Tidak baik bagi Najib mereka-reka cerita untuk mengekalkan kekuasaanya. Kejahatan bagaimana dibungkus dan dibaluti akhirnya ia akan berbau juga. DNA tidak akan berbohong apakah anak yang lahir dari rahim isteri kita anak kita atau anak siapa?

Dalam situasi ini lebih baik Najib mengaku bersalah sahaja. Misalnya tindakan beliau melawat wartawan yang dibelasah polis dan meminta maaf bagi pihak polis baik tidak adil dan bersifat pilih kasih. Langkah Najib itu juga membelakngkan rakyat yang mempunyai kuasa unti sama nilai dengan wartawan itu. Najib tidak sepatutnya melawat hanya wartawan dan polis tetapi mangsa lain juga. Kenapa dia memisahkan status rakyatnya dalam keadaan begitu.

Rakyat lain tentu akan berkecil hati dengan Najib. Mungkin golongan wartawan akan gembira. Tetapi bagaimana dengan rakyat. Wartawan hanya boleh menulis mengikut kehendak Najib - itu belum tentu tertunai. Tetapi rakyat adalah penentu termasuk yang sakit dan terlantar di katil hospital kerana dibelasah polis.

Najib juga memberi tahu pihak polis akan mendedahkan banyak lagi rakaman di sekitar himpunan itu. Iya memang polis ada ribuan rakaman menunjukkan kesadisan rakyat, termasuk mungkin membelasah polis aampai tercabut hidung. Rakaman yang lebih dahsyat dari itu persis meletusnya kota Heroshima dan Nagasaki pun boleh direka cipta. Tetapi seperkara saya nak tanya Najib apakah rakyat yakin dengan segala rakaman itu. Rakyat sudah memahami akan hal rakaman ini. Iya boleh direka dengan seribu daya, otat rakyat bukan sekemetot otak sesetengah menteri.

Itu rakaman mengenai video Anwar Ibrahim kononnya sedang menyundal pelacur, sepatutnya sudah cukup untuk menghancurkan kerjayaan Anwar dan partinya. Video itu ditayang siang malam macam tayangan perdana di tv. Tidak cukup itu semua golongan masyarakat dan pemimpin termasuk imam dan mufti dihantar video berkenaan.

Gara-gara video songsang itu rakyat seluruh Malaysia seharusnya sudah meninggalkan perjuangan Anwar. Ceramah Anwar sepatutnya tidak ramai, seperti ceramah Perkasa(m) dan Ngo beras kampit. Sepatutnya begitu? Tetapi apa hakikatnya semua ceramah Anwar didatangi ribuan manusia malahan ada mencecah puluhan ribu. Natijahnya juga kenapa, sebab terlalu banyak dan terlalu besar kepalsuan yang dibuat Umno. Cis...

Orang tidak percaya kepada rakaman video begitu. Rakyat sudah lali dan mangli dengan penipuan UBN. UBN meniupu sejak dari dalam kandungan sampai ke liang lahad? Aduh. Cis lagi sekali.
Mereka duduk dan bantah dengan laung bersih...bersih..
Saya mengira tektik hendak mengabui dan mempengaruhi otak rakyat dengan bentuk-bentuk rakaman aksi provokasi begitu tidak akan menguntungkan UBN. Rakyat tidak akan berubah dan berganjak dari rasa marah dan bencinya. Iya apabila kebencian sudah tertam kemas di hati maka yang akan tumbuh membesar dan melebar pokok pemberontakan. Bersih 3.0 itu adalah tunas pemberontakan! Kalau Najib gagal membendung dan membantutkannya api pemberontakan akan menyala dan menyelar hangus UBN.

Kalau saya jadi Najib (harap tidak jadi seperti Najib hari ini), saya bukan memohon maaf kepada wartawan, tetapi memohon kepada semua mangsa akibat Bersih itu. Najib haus gentlemen di dalam hal ini. Beliau harus mengeluarkan kenyataan di tv memohon maaf kepada semua terlibat dan mendapat kelukaan dan kecederaan. Beliau boleh opologitik, bahawa kejadian itu bukan atas kehendak kerajaan tetapi pilihan rakyat sendiri. Justeru dalam soal ini kerajaan tidak boleh diperslaahkan. Kalau itu bahasa dan tatabudi luhur Najib dia akan dihormati setinggi penghormatan masyarakat India kepada Mathama Ghandi.

Dengan menuduh orang itu perlu bertangungjawab orang ini perlu mengambil risiko sedangkan kita sebagai ketua dan kepala kerajaan rasa tidak bersalah dan maksum adalah sangat 'domba' dan 'gumba' sekali. (Bahasa apeh ni) Najib tidak boleh anggap selamanya dan semua tindakan dan aksinya berada dalam keadaan betul dan benar, kerana fitrah manusia itu sendiri comot dan kotor. Manusia lahir dari segumpal darah yang hanyir dan busuk, (lebih busuk dari jubah ulamak janggut serabut) ditiupkan roh (Muhamamd) kemudian keluar untuk menjadi khalifah. Najib kena faham ini dan kena belajar ini. Islam itu bukan setakat syariat, tariqat dan hakikat saja tetapi kena makrifat.

Saya berkeyakinan jikalau Najib bersikap gentlemen turut sama mengambil risiko dan mengaku kesalahaan rakyat akan bersimpati kepadanya. Mungkin kalau tidak separuh yang berhimpun eeramai 250,000 itu menyokong UBN, tetapi sesuku (80,000) akan menyokong UBN. Jib... tidak akan hilang bisa ular kalau pun menyusur seribu akar. Tidak menjadi masin ikan di laut walaupun berkurum bertapa di samudra. [wm.kl.12;07 t/hari 30/04/12]

Menilai Siapa Yang Kejam

Oleh Mohd Sayuti Omar

Bersih 3.0 ini tidak memberi peluang banyak untuk saya menyaksi dan merakam aksi sadis kedua-dua pihak kerana keuzuran tidak dapat bergerak lincah. Di sini saya cuplik beberapa foto menarik menunjukkan keganasan dan kekejaman polis terhadap para himpunan. Gambar-gambar ini dapat menjadi bukti dan saksi kejadian sebenarnya. Mungkin caption saya tidak tepat tetapi inilah tafsiran saya.  Terima kasih kepada blog Pinkturtle.

Polis memulakan serangan dengan kelengkapan penuh.
Serangan dimulakan, bedil kemudian serang...
Rakyat merempuh hanya menggunakan tangan.
Yang mampu dilakukan tenguk dan lari.
Polis menembak para himpunan macam tembak gagak.
Kabur dan pening dalam tembakan polis. Hanya jiwa berani saja bisa menghadapinya.
Ditangkap dan dibelasah.
Digereng ke lokap....
Kesadisan yang kontroversi, siapa yang memula dan melakukannya/
Jadikan gambar ini sebagai bukti perjuangan ayah...
Cara pengamanan yang kolot....
Bertemperian melarikan diri dari tembakan gas.
Inilah jagoh Berih 3.0 peluru yang dihala kepadanya ditangkap dan dilontar kembali kepada polis.

[Bersih 3.0] Bukti Utusan menipu di dedahkan dengan fakta..

 

Utusan kata 4,000 je yg mai ke BERSIH 3.0? Gambar x menipu. Gambar di atas diambil semasa Solat Zuhur di Masjid Negara. FAKTA: Dewan Solat Masjid Negara hanya boleh memuatkan 3,000 jamaah pada satu-satu masa. Ni yang melimpah keluar ni? Fikir2 kan lah! Persis Solat Jumaat dah ni! Puluhan ribu rakyat datang bermunajat pada Allah pada hari tersebut. Sikit masa lagi regim Najib Razak CONFIRM tumbang! Doa orang2 yang dizalimi itu amat mustajab! ALLAHU AKBAR! [facebook]

Punca Line HandPhone Tak Dak Masa Bersih 3.0


Sesiapa yang berada di lokasi perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April kemarin pasti mengalami kesukaran untuk menggunakan talian telefon bimbit termasuk broadband selama beberapa jam iaitu dari pukul 1 tengahari hingga 5 petang.Kemungkinan talian sesak akibat terlalu ramai pengguna memang tidak dapat dinafikan tetapi adakah selekeh itu sistem telekomunikasi di ibukota? Lagi pula ibukota memang mempunyai berpuluh-puluh rbs (radio base station) dari berbagai syarikat telekomunikasi.

Biru,hijau,kuning,merah semuanya ada.Mana mungkin berlaku kesesakan? Satu lagi kemungkinan yang tidak boleh diperlekehkan ialah penggunaan alat frequency jammer bagi menghalang isyarat selular.Tujuannya ialah untuk menghalang komunikasi antara orang ramai.
Untuk pengetahuan anda, jammers telefon bimbit adalah satu alat yang digunakan untuk mencegah telefon bimbit daripada menerima isyarat daripada stesen pangkalan(base stations.Jammers telefon bimbit menyekat penggunaan telefon bimbit dengan menghantar gelombang radio yang berfrekuensi sama dengan yang digunakan oleh telefon selular. 
Apabila digunakan,jammers berkesan melumpuhkan telefon bimbit.Alat ini diharamkan untuk penggunaan biasa oleh beberapa negara di dunia.Biaqpila kat depa kalau betul nak buat naya kat orang,terimalah balasan nanti.
Jika benar apa yang disangkakan ini memang terdesak sangatlah kerajaan UMNO BN yang memperkudakan semua kuda-kudanya mengawal Dataran Merdeka dari dimasuki peserta BERSIH 3.0.Hinggakan talian telefon bimbit pun nak disekat.Apa kejadahnya?
Dataran sanggup dibiarkan kosong ketika rakyat bermandi darah,bersabun gas pemedih mata dan berubat gigikan garam.-biaqpila.blogspot.com
Sila lihat pada gambar-gambar di bawah,kenderaan ini kelihatan berada di beberapa lokasi kawasan perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.Jika hendak dikatakan syarikat telekomunikasi ingin menambah kapasiti talian memang tak masuk akal kerana talian memang tidak dapat digunakan ketika perhimpunan,malah tiada lambang syarikat pada kenderaan tersebut.Lagipun mana logiknya syarikat telekomunikasi menyokong perhimpunan ini?





~biaqpila

Sunday, April 29, 2012

Jika Lelaki Sudah Jadi Menteri Wanita, Berilah Pula Wanita Jadi Menteri KDN

Oleh Shahbudin Husin

Himpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu menyerlah satu perkara yang sangat memalukan iaitu bagaimana Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein melalui tindakan yang dilakukan pihak polis telah gagal untuk melihat ke hadapan berkenaan perhimpunan itu. Sebagaimana perhimpunan Bersih sebelum ini yang dicemari tindakan tidak sewajarnya oleh pihak polis, kali ini ia berulang kembali.

Di sebalik Hishammuddin sering mempamer wajah 'serius yang dibuat-buat' dan mengatakan himpunan Bersih kali ini tiada kaitan dengan isu keselamatan, yang nyatanya beberapa insiden yang memalukan pihak polis dapat ditatap dengan jelas melalui rakaman-rakaman video yang tersebar meluas melalui internet.

Ia bukan saja memaparkan tindakan polis menyembur air dan gas pemedih mata malahan terdapat juga insiden bagaimana 6 orang polis membelasah seorang rakyat yang menyertai tunjuk perasaan itu. Kalau ia pun terlalu marah dan ingin membeasah, janganlah sampai 6 lawan 1, gajah pun tumbang.
Insiden kereta polis yang seakan-akan hilang kawalan dan cuba merempuh orang awam pula, didapati pemandunya siap memakai topi keledar. Apakah tujuannya? Apakah polis memang bersiap sedia dan sengaja berbuat demikian seperti kata pepatah moden "siapkan helmet sebelum rempuh orang".

Sebagai anggota polis yang menjaga keselamatan rakyat dan siap dengan senjata, mereka separutnya lebih berhemah, dapat mengawal perasaan dan profesional. Mereka yang menyertai himpunan memang biasa bersikap provokasi kerana semangat yang membara tetapi pihak polis seharusnya dapat mengawal perasaan. Rakyat yang mungkin membuat provokasi tidak membawa apa-apa senjata, jika polis yang bersenjata menjadi tidak profesional dan mudah hilang kawalan, tentulah sesuatu yang buruk akan berlaku.

Di sinilah kelemahan nyata telah dilakukan oleh polis dan Menteri KDN. Sudah tiga kali himpunan Bersih diadakan, baik polis mahukan Hishammuddin nampaknya tidak belajar apa-apa daripadanya. Hishammuddin sudah hilang wibawanya sama-sekali. Tidak tahu apa difikirkannya sebagai Menteri KDN. Kalau diimbas ucapan-ucapan beliau sepanjang dua tiga minggu lalu berkenaan Bersih 3.0 yang seolah-olah menunjukkan tolerasi dan ingin menyahut transformasi Najib, tentulah bukan tindakan ganas polis ini yang kita harapkan.

Sementara beliau menyatakan himpunan Bersih tiada kaitan dengan keselamatan tetapi dalam masa yang sama pihak polis dipersiapkan seolah-olah hendak pergi berperang. Jika polis bertindak profesional dan hanya memantau keadaan, huru-hara dan tindakan ganas tidak mungkin berlaku. Lihat saja himpunan Bersih di Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru dan beberapa negara luar seperti Australia, New Zealand, Dublin dan lain-lainnya yang diadakan serentak, semuanya berjalan dengan aman dan tiada kacau-bilau. Ini polis di semua tempat itu hanya memantau keadaan dan bersikap seprofesional yang boleh.

Yang jelasnya, jika polis dan Menteri KDN betul-betul memahami suara rakyat dan kehendak mereka hanyalah duduk dengan jumlah seramai mungkin untuk menyatakan bantahan terhadap SPR dan perjalanan pilihanraya dan jauh sekali untuk melakukan kekacauan, perhimpunan ini dapat dijalankan dengan aman.

Selain pihak polis yang perlu profesional, menteri yang menjaga polis juga perlu jauh lebih profesional. Pihak polis bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat tetapi yang terpamer melalui Bersih 3.0 seolah-olah polis hanya ingin mempertahankan kuasa UMNO dan BN sahaja. Rakyat sesuka hati dipukul, disembur air dan dirempuh tanpa hati dan perasaan.

Kesan besar daripada kehadiran rakyat yang melebihi 300 ribu dan dipercayai hampir 500 ribu di seluruh KL yang menyatakan bantahan dan mahukan sistem pilihanraya yang adil dan bersih, ditambah pula dengan berlakunya beberapa insiden keganasan polis, imej Najib ternyata sudah calar-balar di mata rakyat dan juga di peringkat antarabangsa.

Najib tidak lagi dilihat bersih, malah dilihat sebagai pemimpin yang tidak tiada kompromi dan tidak mahu mendengar denyut nadi rakyat serta hanya ghairah untuk memenangi pilihanraya. Najib hanya memikirkan dalam keadaan rakyat kesusahan dan dibebani dengan pelbagai kos yang meningkat, mereka perlu diberikan wang tunai RM500,RM200 dan RM100 saja sedangkan kehendak rakyat bukan wang semata-mata. Bagi Najib semua masalah rakyat boleh selesai dengan wang.

Rakyat juga mahukan pemimpin yang baik, negara yang aman, ekonomi yang berkembang, anak-anak mereka dapat bekerja dengan mudah dan sebagainya. Lagi pula, tidak semua orang walaupun susah, sanggup menerima wang daripada perompak atau pun duit daripada hasil judi. Pendek kata, wang saja bukan segala-galanya.

Harapan Najib untuk memenangi pilihanraya melalui pelbagai program transformasi kini sudah hancur berkecai. Jika pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat, UMNO dan BN hampir pasti akan tumbang. Kemarahan rakyat yang sedang memuncak akan diterjemahkan melalui peti undi. Sebahagiannya dihempas oleh sepupunya sendiri, Hishammuddin yang bertanggungjawab terhadap polis. Melalui pelbagai insiden dalam Bersih 3.0, terbukti hak rakyat dan kebebasan bersuara tidak dihormati. Akta Perhimpunan Aman yang baru digubal juga bagai tiada ertinya lagi. Zaman menteri tidak cerdik dan hanya tahu beretorik sudah berakhir.

Lagi lama beliau mengemudi Kementerian Dalam Neteri, lagi banyak kelemahan yang akan terserlah yang bukan saja memalukan Najib tetapi juga memalukan Malaysia di persada dunia. Jika Hishammuddin enggan meletakkan jawatan sebagaimana yang didesak oleh banyak pihak, ada baiknya Najib mulai memikir untuk menukarkan beliau ke kementerian lain.

Kiranya salah satu transformasi dan pembaharuan yang dilakukan Najib sebelum ini membenarkan seorang lelaki memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ada baiknya jika transformasi dipanjangkan lagi dengan memberi peluang seorang wanita pula menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Jika Najib agak terbeban dengan banyakna tugas sekarang, serah saja jawatan Menteri Wanita itu kepada Hishammuddin.

Meskipun wanita sifat semulajadinya lemah tetapi jika dilihat watak sebahagian besar wanita dan ibu-ibu, mereka cukup matang dalam mengendalikan pelbagai urusan rumahtangga, mendidik anak dan setengahnya mencapai tahap kerjaya yang tinggi serta dikaguni. Kematangan wanita seperti menjadikan rumahtangga dan kerjaya seimbang. Najib, carilah wanita yang cerdik, berwibawa, dapat memandang lebih jauh ke hadapan dan "macho" untuk menjadi Menteri KDN pula

http://shahbudindotcom.blogspot.com

Walaupun POLIS SEPAK TERAJANG beliau... namun jatuhkan UMNO BN tetap matlamat anak muda ini...!!!



Hangpa Ingat ASTRO UMNO saja-saja nak bagi tengok FREE kaa..!!!


Hah, Amacam?, adil betulkan media kat negara ni, rakyat dibodohkan lagi.

Ada babak awal dimana seorang pemuda menceritakan kejadiaan sebenar kepada wartawan BBC telah dipadamkan, kenapa babak yg dianggap penting dalam penyiaran berita itu dipadamkan, jawapannya mudah, supaya rakyat yang tidak faham dan tidak pergi tidak tahu cerita sebenar, melainkan dapat informasi yang dikawal pemerintah.

Kemudian babak dimana seorang tua memberi penerangan mengapa beliau datang turut serta dalam himpunan tersebut juga dipadamkan, mengapa penjelasan mengapa himpunan tersebut telah diadakan dipadamkan?, kerana jika ia disiarkan, mungkin sebelum pilihanraya najib dan kuncu-kuncunya akan kalah dulu sebelum bertanding.

Dalam babak ketiga yang dipadamkan, ditayangkan bagaimana peserta himpunan menjadi marah dan membaling kenderaan FRU dengan "botol mineral water" tetapi babk dimana FRU menyembur peserta dengan air kimia telah disembunyikan, ia cubaan menyembunyikan kekejaman FRU yang mengikut arahan "orang atasan"

Jadi anda sudah saksikan 2 versi video yang berbeza dari versi rakaman yang sama, dan ketahuilah semua media yang dipunyai oleh UMNO tidak akan menyiarkan berita yang boleh membuat rakyat yang tidak tahu apa-apa faham mengapa rakyat turun ke Himpunan BERSIH 3.0,

Jangan marahi mereka, taPi kasihani lah mereka, sila sebar link artikel ini untuk beri sedikit kefahaman buat mereka bahawa MEDIA NEGARA INI TIDAK BEBAS, MINDA RAKYAT YANG TIDAK FAHAM TUNTUTAN BERSIH INI MASIH DIJAJAH.  -by TL
 

Orang UMNO Bocorkan Rahsia Polis... Sapa Yang Bocorkan??

Sila Pastikan SIAPAKAH MANUSIA-MANUSIA yang mengalihkan kon dan pagar tersebut.. jika mereka bersalah sila dakwa mereka

Gambar yang disiarkan oleh Jeebond dari Blogpolitik mempersoalkan sipakah lelaki-lelaki yang tidak memakai ‘T’ Shirt BERSIH tetapi mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah didirikan oleh pihak DBKL di sekitar Dataran Merdeka.

Tindakan mereka yang mengalihkan atau membuka halangan tersebut telah menyebabkan para Peserta BERSIH 3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Akibatnya tindakan dari Pihak Polis bermula maka berbagai berita yang buruk tentang Himpunan BERSIH 3.0 disiarkan oleh Media yang dikawal pihak UMNO/BN.
Antaranya adalah berita seperti di bawah..

KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.

Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

Tindakan ganas kumpulan itu bermula apabila mereka merempuh benteng pasukan polis yang berbaris di depan pusat beli-belah KLCC kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan – Lidah Rasmi UMNO

Dalam ramai dari kita yang tertanya-tanya.. tiba-tiba muncul Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak membuka cerita..

Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya ini…


Dalam mengatakan orang lain bodoh.. dia sendiri mempamirkan kebodohannya kerana terlalu bangga untuk menceritakan rahsia yang sepatutnya dirahsiakan beliau mendedahkannya kepada umum..

Patutlah Mahathir kata hanya orang bodoh kini bersama UMNO... benar rupanya..ASD
 

Kenapa POLIS masih ada yang "CENGEI" dengan PAS..??


PAS masih gagal dekati polis
oleh Subky Latif

PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat berjaya menyokong kempen NGO menganjurkan Bersih 3.0 – Duduk Bantah.

Bersih 3.0 pada petang 28 April 2012 itu lebih berjaya dari rancangan asalnya iaitu berhimpun duduk di Dataran Merdeka saja dan jalan raya sekeliling dibiarkan lancar.

Tetapi secara tidak langsung ia mendapat bantuan awal dari DBKL dan polis memagar berduri Dataran Merdeka dan menutup semua jalan masuk ke situ kepada kesemua kenderaan empat roda. Ia memberi peluang kepada Bersih 3.0 mengelilingi Dataran Merdeka.

Apabila kenderaan tidak boleh masuk maka semua ruang jalanraya di luar pagar duri Dataran Merdeka itu kosong dan boleh dipenuhi untuk duduk. Berapa puluh ribu saja yang dapat ditampungi oleh Dataran Merkeda yang dipagar itu?


Ruang kosong di setiap jalan berbatu-batu menuju Dataran Merdeka telah menjadi ruang yang lebih lapang boleh diduduki oleh lebih ramai – ratus ribu manusia - dibandingkan dengan Dataran Merdeka. Hajat di hati hendak  memenuhi Dataran Merdeka, rupanya  dapat mengelilinginya pula. Ia lebih megah dari rancangan asal.

Sembutan semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain duduk bertemu lutut laki-laki, perempuan, tua dan muda luar biasa menjadi Bersih 3.0 itu amat berjaya. Ramai mana? Tidak keterlaluan sampai yang tidak dapat sampai itu boleh dikatakan menjangkau dekat setengah juta.

Seribu kali Perkasa dan suku sakat UMNO mengadakan tunjuk perasaan terhadap kerajaan negeri Pakatan di sana sini sejak 2008, tidak sampai sepuluh peratus orang yang menyertai Bersih 3.0.

Semuanya berjalan aman sehinggalah menjelang waktu sepatutnya bersurai sebelum Asar. Justeru semua jalan padat yang di sekeliling Dataran Merdeka tidak dapat bergerak selagi yang diekor setiap jalan tidak bersurai. Dari ekor untuk  sampai ke pangkal Dataran Merdeka mengambil masa tidak kurang sejam bagi mengosongkan jalanan. Yang lambat kerana semua berjalan kaki. Teksi dan kenderaan tidak boleh masuk kerana jalan  ditutup.

Kelambatan beredar itu mengundang kecelakaan. Wujud keadaan  entah mengapa polis melepaskan apa yang dapat dilepas. Baik ia berpunca dari polis atau ahli demonstran polis melepaskan peluru air. Ramai yang jadi mangsa segala jenis cecair pancutan polis. Mata-mata berkejar-kejar  memburu penunjuk perasaan.

Nampak gambar berbagai stesyen TV dunia tindakan polis bagai menghadapi rusuhan terhadap orang-orang yang tidak bersenjata. Ada gambar demonstran yang muka berdarah diheret polis.

Malam selepas itu saya menonton klip video amatur di satu jalan kosong, beberapa motosikal trafik meluru ke situ, berhenti turun dari motorsikal menyertai beberapa orang polis memukul, menumbuk, menyepak dan menendang seorang demonstran yang mereka pegang. Berbelas-belas polis membalun hamba Allah yang malang itu.


Dari bahasa gambar itu setiap yang melihatnya merasakan polis hilang pertimbangan terhadap mangsa. Mana polis boleh buat begitu. Tiada siapa yang  tidak geram atas penjagaan keamaman begitu. Benarlah pertanyaan malaikat terhadap Allah ketika mencipta Adam, betapa manusia itu  suka menumpah darah dan berbunuh-bunuhan.

200 lebih demonstran ditahan polis. Menteri Hishamuddin berkata, polis bertindak profesional. Berbelas polis menyepak terajang seorang yang lemah itu profesionalkah. Tahukah menteri apa itu profesional?

Siapa salah perlu dijawab oleh suruhanjaya penyiasat. Tetapi kerajaan amat fobia dengan suruhanjaya siasatan. Profesional BN ialah tiada  suruhanjaya penyiasat. Lalu jawapan tidak akan ada. Itulah kerajaan UMNO/BN.

Apa pun ia adalah bukti polis amat anti pada tunjuk rasa. Antara yang menyertai Bersih 3.0 dan Bersih 1.0 dan 2.0 sebelumnya dipenuhi PAS.


PAS sudah berjaya mendekati orang bukan Islam. Orang bukan Islam bertambah ramai tidak membantah perjuangan PAS. Walaupun bukan Islam masih bukan Islam tetapi rata-rata tidak anti Islam bagai Quraisy dan salibiyah dulu. Mereka mahu bersama PAS dalam semua kehidupan  dunia.

Itulah kejayaan PAS. Bila PAS menyokong Bersih 3.0 itu Cina dan India yang turun amat selesa bersama-sama dengan orang PAS antaranya ramai yang berpurdah. Semua nyonya tua tahu mereka orang PAS, tetapi berkat pendekatan PAS kepada orang bukan Islam mereka tidak  anti PAS lagi.

PAS berjaya mengendurkan sikap dan pandangan orang bukan Islam terhadap semua kerja politiknya  tetapi PAS gagal untuk mendekati polis. Tidaklah polis itu dikatakan anti PAS, tetapi polis belum dapat menerima kerja-kerja politik PAS seperti demonstrasi menuntut keadilan dan kebebasan.

Selagi Putrajaya tidak diambil begitulah persepsi polis yang sedang berkhidmat terhadap politik PAS.  PAS mengambil masa 50 tahun mendekati  dan memahamkan bukan Islam terhadap politiknya, tetapi PAS mungkin memerlukan masa 50 tahun lagi bagi menukar persepsi polis terhadapnya. Pendekatan PAS terhadap polis belum berjaya. [harakah]

Baling - Derita buah pinggang bocor

Derita buah pinggang bocor
Bersama anak-anak dan isteri. Yusri memangku Mohd Faiz mengharapkan anaknya itu pulih walaupun dalam jangka masa yang lama.
BALING - Seorang kanak-kanak terpaksa menderita setelah kedua-dua buah pinggangnya disahkan bocor dua tahun lalu.

Mohd Faiz Haikal Yusri, 3, dari Kampung Selorong turut menderita masalah mata lebam dan kemaluan membengkak kesan kebocoran buah pinggang itu.

Ayahnya, Yusri Sahak, 41, berkata, dia buntu kerana menghadapi masalah kewangan bagi menanggung kos rawatan anaknya itu.

“Seminggu lalu anak saya ditahan di Hospital Sungai Petani dan seminggu lagi di Hospital Baling.

“Kadang-kadang saya terpaksa berulang alik ke Hospital Sungai Petani sekiranya kesihatan Mohd Faiz terganggu,” katanya kepada Sinar Harian.
Yusri yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu juga menyara lima lagi anaknya yang masih kecil.

“Paling sulung berumur 12 tahun, yang bongsu pula berusia setahun. Isteri hanya seorang suri rumah.

“Pendapatan saya memang tidak mencukupi, tetapi saya akan pastikan makan minum anak terjaga disamping rawatan sempurna untuk Mohd Faiz.

“Biarlah saya berlapar, asalkan kebajikan anak-anak tidak terabai,” katanya.

Menurutnya, doktor mengesahkan masalah anaknya mungkin dapat dipulihkan tetapi dalam jangka masa yang lama.

“Kemungkinan mengambil masa lima sehingga enam tahun dengan mematuhi setiap temujanji mahupan pengambilan ubat dari hospital.

“Namun begitu, ia bukanlah jaminan kerana sebarang keberangkalian boleh berlaku bergantung kepada daya tahan Mohd Faiz,” katanya.

Katanya, dia amat berharap anaknya itu dapat bertahan seterusnya pulih walaupun mengambil masa yang lama.

“Saya tidak berhenti berdoa agar dikuatkan semangat saya untuk menempuh segala dugaan ini selain dipermudahkan kehidupan saya dan keluarga,” katanya.

Sesiapa yang ingin membantu Mohd Faiz Haikal boleh menghubungi Yusri di talian 013-4682287. [SinarHarian]