BALING - Seorang kanak-kanak terpaksa menderita setelah kedua-dua buah pinggangnya disahkan bocor dua tahun lalu.
Mohd Faiz Haikal Yusri, 3, dari Kampung Selorong turut menderita masalah mata lebam dan kemaluan membengkak kesan kebocoran buah pinggang itu.
Ayahnya, Yusri Sahak, 41, berkata, dia buntu kerana menghadapi masalah kewangan bagi menanggung kos rawatan anaknya itu.
“Seminggu lalu anak saya ditahan di Hospital Sungai Petani dan seminggu lagi di Hospital Baling.
“Kadang-kadang saya terpaksa berulang alik ke Hospital Sungai Petani sekiranya kesihatan Mohd Faiz terganggu,” katanya kepada Sinar Harian.
Yusri yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu juga menyara lima lagi anaknya yang masih kecil.Mohd Faiz Haikal Yusri, 3, dari Kampung Selorong turut menderita masalah mata lebam dan kemaluan membengkak kesan kebocoran buah pinggang itu.
Ayahnya, Yusri Sahak, 41, berkata, dia buntu kerana menghadapi masalah kewangan bagi menanggung kos rawatan anaknya itu.
“Seminggu lalu anak saya ditahan di Hospital Sungai Petani dan seminggu lagi di Hospital Baling.
“Kadang-kadang saya terpaksa berulang alik ke Hospital Sungai Petani sekiranya kesihatan Mohd Faiz terganggu,” katanya kepada Sinar Harian.
“Paling sulung berumur 12 tahun, yang bongsu pula berusia setahun. Isteri hanya seorang suri rumah.
“Pendapatan saya memang tidak mencukupi, tetapi saya akan pastikan makan minum anak terjaga disamping rawatan sempurna untuk Mohd Faiz.
“Biarlah saya berlapar, asalkan kebajikan anak-anak tidak terabai,” katanya.
Menurutnya, doktor mengesahkan masalah anaknya mungkin dapat dipulihkan tetapi dalam jangka masa yang lama.
“Kemungkinan mengambil masa lima sehingga enam tahun dengan mematuhi setiap temujanji mahupan pengambilan ubat dari hospital.
“Namun begitu, ia bukanlah jaminan kerana sebarang keberangkalian boleh berlaku bergantung kepada daya tahan Mohd Faiz,” katanya.
Katanya, dia amat berharap anaknya itu dapat bertahan seterusnya pulih walaupun mengambil masa yang lama.
“Saya tidak berhenti berdoa agar dikuatkan semangat saya untuk menempuh segala dugaan ini selain dipermudahkan kehidupan saya dan keluarga,” katanya.
Sesiapa yang ingin membantu Mohd Faiz Haikal boleh menghubungi Yusri di talian 013-4682287. [SinarHarian]
No comments:
Post a Comment