Friday, April 20, 2012

3 Sebab Kenapa Orang Umno Tolak Pendidikan Percuma


Orang yang menolak idea pendidikan percuma boleh saya ibaratkan seperti seorang yang otaknya disaluti tahi lembu. Otak adalah satu organ badan manusia, untuk berfikir dan jika disaluti dengan tahi yang keluar dari dubur lembu, tentulah ia otak itu lebih rendah martabatnya daripada otak lembu.

Isu hari ini, kenapa UMNO tolak pendidikan percuma? Mari gunakan akal logik:-
UMNO-BN Telah Kekurangan Dana

1   Semua orang tahu sikap pemimpin UMNO yang mementingkan diri sendiri. Ramai pemimpin BN yang masuk politik hanya untuk mengkayakan diri-sendiri dan kroni (taukeh-taukeh) serta keluarga. Duit yang mereka gunakan itu ialah duit rakyat. Sebab itu wang yang cukup, menjadi tak cukup.

UMNO-BN Tak Mahu Manusia Cerdik

2   Melantik manusia cerdik untuk mengepalai sesebuah organisasi merupakan perkara yang sangat ditakuti oleh pemimpin UMNO yang berIQ rendah. Sikap takut ini bukan sahaja ada dalam parti itu, malah juga di dalam kebanyakan syarikat di Malaysia. Pendidikan percuma akan hanya memperbanyakkan individu yang berfikiran kreatif (original/baru) dan kritis (mampu menilai). Manakala individu seperti Muhamad Razali samseng yang tak pandai Bahasa Inggeris yang juga dicucuk hidung oleh tukang hulur wang, akan pupus ditelan zaman. Samada anda sedar atau pun tidak, hari ini golongan cerdik pandai lebih ramai berada di sebelah Pakatan Rakyat.

UMNO-BN Diugut Taukeh

3   Dalam menjamin tampuk pemerintahan mereka untuk tahun-tahun seterusnya, UMNO memerlukan dana untuk berkuasa. Setiap parti di dunia memiliki taukeh yang memberi mereka dana (duit). Umum tahu bahawa taukeh juga boleh datang dari taukeh universiti swasta. Pemimpin UMNO tidak kelihatan seperti individu yang menjuarai rakyat. Mereka lebih suka menidakkan hasrat rakyat dan mengiyakan taukeh.

Dipetik dari - http://hanief.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment