Saturday, April 21, 2012

Piala FA - Kijang kena tambat dengan Kenari di Kota Bharu



di Stadium Sultan Muhammed IV, Kelantan gagal memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan Kedah seterusnya menghalang hasrat mereka untuk membawa bekalan selesa sebelum bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Star pada perlawanan separuh akhir kedua.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah berada di depan pada minit ke-21 apabila melakukan serangan yang dicaturkan kapten pasukan, Badri Radzi sebelum melakukan hantaran kepada Nor Shahrul Idlan Talaha yang berjaya menolak masuk bola ke dalam gawang.


Gol tersebut memberikan semangat kepada hampir 20,000 penyokong mereka yang sangat merindui aksi penyerang kesayangan mereka itu selepas terlepas beberapa perlawanan sebelum ini akibat kecederaan.

Kegembiraan tersebut bagaimanapun hanya bertahan selama sembilan minit apabila import baru Skuad Kenari, Vedran Gerc berjaya menjaringkan gol yang mungkin boleh dikategorikan sebagai gol terbaik musim ini pada minit ke 30.

Sebaik sahaja menerima hantaran kaptennya, Badrol Bakhtiar, dalam kawasan sendiri, Gerc yang dikawal rapat dua pertahanan Kelantan, Obinna dan S. Subramaniam nampaknya tidak menghadapi masalah menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan bermain 10 orang apabila Wan Mohd. Sukri dan Mohd. Daudsu Jamaluddin masing-masing dilayangkan kad merah pada minit ke 70 dan 72.

ADMIN - PESANAN UNTUK FAM..... Tolong la tengok sikit pengadil yg dok kat tengah padang tuuu..satgie kami kutuk hangpa gantung kami pulak....padahal pengadil malam tadi macam tak ada tauliah jaaaa....cam haremmmmmmm....

No comments:

Post a Comment