Thursday, April 26, 2012

MUSUH POLITIK..???

SESIAPA saja mahu masuk ke kerangka dunianya politik, maka harus sudah siap wajahnya setebal kulit badak dan sabar seperti aulia.

Bersiap sedialah untuk kena kutuk hina termasuk FITNAH yang tak henti-henti sampai mati dan inilah asam garam dunia politik.

Dalam politik ada bermacam musuh dan musuh yang sudah kita tahu ialah yang di luar parti dan itu mudah saja kita terka, tetapi yang di dalam parti cukup bahaya.

Yang di dalam parti ini ramai berpura berwajah manis tetapi tikam belakang apa lagi kala dalam parti yang ada berpuak2 dan masing-masing mahu menaikkan kuda masing2 untuk jadi juara dan ini kekadang sukar kita bayangkan bagaimana orangnya.

Apapun, tidak usaha hairan sebab politik itu ikut kamus maknanya muslihat dan siapa saja punya muslihat yang pelbagai maka dia akan jadi juara dan biasanya si lurus bendul akan kecundang dan kalah.

Tiada sungai dia bina jambatan dan demikianlah orang politik untuk memuaskan hati rakyat apa saja bisa dilakukan meski bertentangan dengan undang2 yang dia cipta sendiri.

apa kamu ingat orang politikus ini lurus?

ISMAILY BUNGSU
sabah

No comments:

Post a Comment