ALOR SETAR – ‘Tourism Blueprint For Langkawi’ adalah cadangan perancangan untuk menjadikan Langkawi sebagai satu dari sepuluh destinasi terkemuka di dunia. Melalui beberapa pendekatan yang diambil, dalam jangka masa panjang, langkawi akan dapat dilihat dalam peta dunia sebagai destinasi pelancongan yang mesti dilawati. Menjawab soalan bertulis dari YB Mohd Rawi Abdul Hamid (BN- Ayer Hangat), Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB Dato’ Manikumar Subramanian menjelaskan, sekiranya perancangan berkenaan dapat dilaksanakan, ianya akan membawa kesan yang amat positif kepada penduduk Langkawi khasnya, negeri dan negara amnya.
“Cadangan perancangan tersebut merangkumi beberapa pendekatan, antaranya, memberi fokus kepada aset pelancongan semulajadi di Langkawi, penekanan kepada dua nilai utama iaitu pulau, pantai dan Eco-advanture, memberi kesan hasil yang seimbang antara pelancong dan penduduk tempatan di samping meningkatkan kecenderungan pelancong untuk berbelanja di Langkawi,” jelas beliau.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri memberi fokus kepada pelancongan di Langkawi kerana ingin jadikan Langkawi sebagai destinasi terbaik di dunia, permata ekologi, bersih dan sentiasa baru (pristine) di samping kecantikan semulajadi dan asli.
Soalan bertulis yang dikemukakan sempena Sidang Dewan Negeri bagi Mesyuarat Ke tiga Penggal Ke empat Dewan Undangan Negeri ke dua belas yang berlangsung di Wisma Darul Aman inginkan penjelasan berkenaan ‘Blue Print’ menaik taraf program pelancongan di Langkawi menjelang 2015 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Disember 2011 yang lalu. Dalam soalan berkenaan memohon penjelasan mengenai konsep, kesan jangka panjang serta kesan sosial terhadap program tersebut.“Cadangan perancangan tersebut merangkumi beberapa pendekatan, antaranya, memberi fokus kepada aset pelancongan semulajadi di Langkawi, penekanan kepada dua nilai utama iaitu pulau, pantai dan Eco-advanture, memberi kesan hasil yang seimbang antara pelancong dan penduduk tempatan di samping meningkatkan kecenderungan pelancong untuk berbelanja di Langkawi,” jelas beliau.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri memberi fokus kepada pelancongan di Langkawi kerana ingin jadikan Langkawi sebagai destinasi terbaik di dunia, permata ekologi, bersih dan sentiasa baru (pristine) di samping kecantikan semulajadi dan asli.
No comments:
Post a Comment