Wednesday, April 25, 2012

Enakmen Fatwa : Tuanku dah setuju tapi kenapa masih ada yang pertikai ???

Exco: 'Tuanku sudah setuju, kenapa lapor polis?'


Kerajaan Kedah mempersoalkan tindakan seorang kerabat diraja negeri yang membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati terhadap penggubalan undang-undang di Dewan Undangan Negeri (DUIN) bagi menghalang fatwa dicabar di mahkamah.

Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri Kedah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, tindakan itu tidak wajar kerana sebelum pindaan terhadap Enakmen Mufti dan Fatwa Negeri Kedah 2008 dibentangkan, Sultan Kedah sudah memperkenankannya.

"Tuanku sudah bersetuju. Sebelum kita bentangkan, kita mengadap Tuanku dan dah dapat perkenan pun. Buat apa ada yang nak buat laporan polis semua?” kata Mohamad Taulan.
Pada 22 April lalu, Tunku Mansor Tunku Kassim membuat laporan di ibupejabat polis Alor Setar kerana mendakwa pindaan tersebut memberi kuasa penuh kepada mufti dan jawatankuasa fatwa.
Dalam laporan itu, Tunku Monsor - anak Tunku Kassim yang menyandang jawatan Tunku Laksamana Kedah sebelum mangkat - mendakwa, Seksyen 22A yang diluluskan seolah-olah merendahkan kewibawaan, kedaulatan dan kuasa Sultan kedah sebagai ketua agama Islam negeri.

Sementara itu, ketika ditanya tentang pandangan tokoh agama yang mempersoalkan tindakan Kedah itu, Mohamed Taulan berkata, kenyataan itu dikeluarkan disebabkan kurang faham dan kurang maklumat.

Mufti dan bekas mufti Perlis – Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin – sebelum ini menyambut dingin tindakan itu dengan menganggapnya sebagai menyalahi amalan ulama besar, tidak demokratik dan “mematikan intelektual”.

"Mereka ini tidak baca keseluruhan enakmen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

'Mufti Perlis, Asri kurang faham'

Jelasnya, pihak yang mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini sepatutnya berjumpa terlebih dahulu dengan kerajaan negeri sebelum memberi sebarang komen.

"Mereka patut datang dan jumpa dengan kita. Dia tak jumpa dah nak komen. Mereka ini kurang maklumat dan kurang faham tentang enakmen ini,” kata Mohamad Taulan.

Jelasnya, pindaan terhadap seksyen 22A itu harus dibaca bersama dengan Seksyen 23 yang menjelaskan fatwa boleh dikaji semula dan dirujuk kepada jawatankuasa fatwa.

“Kita akan rujuk orang bijak pandai dalam agama dan berbincang balik kalau ada yang tak puas hati tentang sesuatu fatwa," katanya lagi.

1 comment:

  1. Kurang faham dan berlagak nak jadi hero Islam...
    Sekarang kalau rakyat Kedah nak tahu kenapa kita tak boleh buat Parking Percuma kat Kedah inilah sebab2nya..kaum kerabat banyak sangat...harap fahamlah...

    ReplyDelete