FAM BANGSAT..!!
Oleh: MSK
Dari kecik aku tak minat bola. Mungkin sebab aku bersekolah sama dengan bintang-bintang hoki negara macam Poon Fook Loke, Foo Keat Seong, Abdul Rahim Hj. Ahmad..jadi semua orang lebih minat hoki dari bola. Malah, Perak lebih banyak menghasilkan bintang-bintang hoki berbanding bola.
Itu dulu. Sekarang mutu hoki kebangsaan sudah jauh merudum.
Walaubagaimanapun, belum ada reformasi dalam hoki. Dan aku tak rasa akan berlaku reform dalam hoki selagi kepala yang paling atas tak berubah. Kalau yang duduk dibawah saja berubah, tapi yang diatas masih lagi mengamalkan cara yang sama, sampai bila ia tak akan berubah.
Dalam bola pun macam tu jugak. Standard bola Malaysia makin lama makin jatuh. Dan aku tak nampak akan berlaku reform dalam bolasepak negara kalau kepala yang diatas masih orang yang sama.
Walaubagaimanapun, aku nampak akan berlaku perubahan dalam bolasepak. Dan perubahan itu bukan datang dari atas…tapi dari bawah.
Kalau dulu, tak ada sapa yang berani mengkritik kepimpinan FAM, sekarang bukan setakat mengkritik, malah sudah ada kumpulan yang berani menentang FAM secara yang lebih brutal. Brutal tu bukan la sampai nak berbunuh-bunuh, tapi kalau dilihat kepada luahan perasaan yang dihamburkan, ianya nampak radikal.
Cuba tengok video dibawah sekali.
Yang menjerit dan menyanyi “FAM bangsat’ itu bukan orang tua..tapi anak muda.
Aku tinggalkan bolasepak..sebab aku bukan kaki bola. Aku kaki politik.
Dalam politik juga, kalau nak mengharapkan perubahan itu datang dari orang tua..ia tak akan berubah. Orang tua hanya mahu mengekalkan kuasa. Yang berani berubah ialah anak muda.
Sejak dua hari lalu, aku sibuk dengan Bersih 3.0. Siang buat persediaan, malam buat promosi. Persediaan tak payah nak cerita kat sini..tapi boleh tengok kat Facebook Bersih 3.0 Perak.
Malam-malam kami round shopping complex sambil promosi Bersih. Yang ni seronok sikit melihat sikap manusia.
Apa yang menarik ialah kempen ini digerakkan oleh anak-anak muda. Yang tua tercengang-cengang malah ramai yang nampak lebih takut dari kami yang memakai baju Bersih.
Ada sorang tu datang mai jumpa aku dan bertanya..”tak salah ke pakai baju ni?”Peeerghh!! nak pakai baju pun takut?
Tengahari semalam, ada sidang media Bersih 3.0 Perak di Ipoh. Lepas PC, aku pi pekena nasi ganja dengan berbaju Bersih. Seronok jugak bila ramai yang datang bertanya.
“Bersih ni haram ke halal?” “Polis tak tangkap ka?” “Kalau kena tangkap, ada loyar datang jamin ka?”
Bila aku cuba buat promo kat satu couple yang muda sikit dari aku, lagi leceh. Banyak sangat soalannya. Dia mahukan macam-macam jaminan.
“You boleh jamin ka polis tak datang buat kacau?”
“You boleh jamin ka kita tak kena tangkap?”
“Kalau kita orang pergi, dapat T-Shirt tak?’
Boleh blah la.
Orang-orang macam ini bukan ejen perubahan. Ini jenis orang yang takut hilang keselesaan. Tolak ketepi dulu.
So, tinggal tiga hari lagi untuk kita menyatakan sesuatu. Bersih adalah salah satu expresi untuk menyatakan ketidakpuasan tentang sistem pilihanraya. Tanpa satu sistem yang telus dan adil, kita tidak akan mampu melakukan perubahan.
Tapi…sebelum kita mahu SPR melakukan perubahan, kita perlu berubah dulu.
Ramai dari kita yang terkongkong oleh ketakutan. Kita terlalu takut dengan benda-benda yang sepatutnya tidak wujud. Kita takut kepada ugutan. Kita takut kepada ancaman. Kita takut kepada amaran.
Mampuih pi semua tu. Hadir ke perhimpunan Bersih adalah satu kewajipan untuk melakukan perubahan. Pihak atasan perlu memahami kehendak dan perasaan rakyat dibawah.
Jangan sampai rakyat menyanyikan lagu “SPR bangsat”.
- http://mediaperak.com/2012/04/26/fam-bangsat/
No comments:
Post a Comment