ALOR SETAR – Rancangan membina pasar awam baru di Jalan Teluk Wanjah telah diluluskan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan bagi menggantikan pasar lama sudah berusia lebih 40 tahun, namun sehingga kini kerajaan negeri masih belum menerima peruntukan yang diluluskan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Kementerian Kerajaan Tempatan telah bersetuju memperuntukan RM6 juta untuk bina pasar baru di kawasan tersebut bagi menggantikan pasar lama yang dikenali sebagai pasar koboi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan YB Lee Guan Aik (DAP – Kota Darul Aman) pada Sidang Dewan Negeri bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas.
Selain itu, peniaga juga telah bersetuju dengan pembinaan pasar baru itu, dan mereka bersetuju untuk pindah ke tapak sementara, iaitu berdekatan dengan pasar lama.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Kementerian Kerajaan Tempatan telah bersetuju memperuntukan RM6 juta untuk bina pasar baru di kawasan tersebut bagi menggantikan pasar lama yang dikenali sebagai pasar koboi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan YB Lee Guan Aik (DAP – Kota Darul Aman) pada Sidang Dewan Negeri bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas.
“Pada dasarnya, kerajaan persekutuan telah bersetuju beri peruntukan untuk cadangan pembangunan semula pasar awam Teluk Wanjah.
“Walaubagaimanapun peruntukan rasmi untuk pembiayaan cadangan tersebut belum diterima.
“Para penjaja juga telah diberi taklimat mengenai rancangan tersebut, dan mereka bersetuju untuk pindah sementara di kawasan berdekatan, iaitu di tanah kerajaan negeri,” jelas beliau.
No comments:
Post a Comment