Showing posts with label Media Perak. Show all posts
Showing posts with label Media Perak. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Tentu puak UMNO gembira sebab UBAT DAH TAK ADA PERCUMA DAH DI HOSPITAL....

Tiada lagi ubat percuma. Satu cara UMNO bunuh melayu miskin!
oleh: Yong

SYARIKAT INSURANCE NYAWA MINTA NYAWA?

Sejak seminggu dua ni HP Yong tak henti-henti dengan panggilan “unknown number.” Walaupun Yong dah tekan deny, dia telefon jugak. Yong agak panggilan ini mesti dari bank. Entah nak buat tawaran apa? Oleh kerana dah melampau Yong pun angkat. Sahih dari bank. Rupanya nak jual insuran hospital!
Bank-bank ni spam kita melalui snail mail, sms, email dan juga telefon. Yang kita takde akaun pun boleh dapat nombor HP kita dan spam kita dengan sms. Kalau gini, orang sihat pun boleh jadi naik darah tinggi sebab marah! Hello dunia ICT!
Alhamdulillah! Yong takde sakit darah tinggi.
Syarikat insuran yang merayap ke sana sini macam vampire ini ada kaitanya dengan polisi perubatan kerajaan maqasid syariah Malaysia. Ini kerana telah heboh diperkatakan, ubat tidak akan diberi percuma lagi.

Lim Guan Eng pernah menyebut perkara yang berkaitan masalah bekalan ubat di hospital pada 18 Julai 2012. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng (boleh baca di sini) beliau menyoal kewajaran polisi kerajaan mengenai proses yang harus dilalui oleh sesebuah syarikat yang ingin membekalkan ubat ke hospital di Malaysia. Kata Lim Guan Eng:

HANYA SYARIKAT TERPILIH BOLEH MEMBEKALKAN UBAT KE HOSPITAL
Yong menghargai usaha kerajaan mengawal pembekal ubat kerana ia serius dan melibatkan nyawa pesakit. Tetapi benarkah semua ini dilakukan kerana hendak menjaga kebajikan pesakit dan bukan untuk menghalang persaingan bagi syarikat milik kroni?Bukan meyambung nyawa kroni? 
Yong pernah menulis mengenai masalah hospital dalam N3 terdahulu pada 27 Jun 2012 (boleh baca di sini). Namum apa yang tidak Yong sebut ialah maklumat yang diberi oleh seorang pegawai kanan di bahagian farmasi yang menyatakan masalah ubat di hospital telah sampai ke tahap kritikal. Kata pemberi maklumat (ketika itu), tanpa tambahan belanjawan, bekalan ubat di hospital tidak akan bertahan sehingga bulan Disember! Ini kerana kos ubat sangat tinggi. Pemberi maklumat mendakwa pembekal yang dipilih kerajaan bukan pembekal yang menawarkan harga yang rendah.
Adakah ini bermakna dakwaan Lim Gun Eng tentang peranan orang tengah ini benar?
Kalau benar, amat malang sekali rakyat Malaysia mempunyai menteri kesihatan yang langsung tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat, tetapi mementingkan orang tengah sebagai pembekal ubat yang bertindak seperti along!
Lantas di sinilah syarikat insuran memainkan peranan. Kalau ubat untuk pesakit luar tidak lagi percuma, sudah tentu ubat untuk pesakit yang dimasukkan ke hospital juga tidak percuma.
Industri insuran di Malaysia bukanlah satu perniagaan yang memberansangkan. Kecuali insuran kenderaan, orang awan masih menjauhi insuran, lebih-lebih lagi insuran perubatan. Pastinya ia membimbangkan syarikat insuran. Lebih-lebih banyak bank yang telah terjun ke dalam industri ini.Rakyat Malaysia, miskin atau kaya akan terpaksa membeli insuran hospital!
 Bagi yang kaya, insuran adalah kebiasaan. Bagi yang miskin, insuran adalah satu tambahan beban.

Di atas Yong letakkan nama-nama syarikat insuran di Malaysia. Milik siapakah syarikat insuran tersebut?
Tiada apa yang menarik dalam konsep maqasid syariah amalan Najib. Semuanya janji palsu belaka.
SOKONG BN BERMAKNA TIADA LAGI UBAT PERCUMA.

Saturday, November 24, 2012

Awas PR - Jangan dok suka pengundi muda nak dengaq cakap hangpa..!!!

Inovasi politik (2)
Oleh: MSK

Setiap kali selesai PRU, masing-masing buat post-mortem. Diantara sebab-sebab yang paling popular ialah.
  • Umno dan BN menipu.
  • SPR berat sebelah.
  • Media disekat dan tidak memberi ruang kepada pembangkang.
  • Rakyat masih tak sedar. kerana maklumat tak sampai.
Sejak tahun 1999, itulah alasan-alasan yang diberikan dalam post-mortem. Akhirnya masing-masing membuat resolusi…”PRU akan datang kita akan ajar Umno dan Barisan Nasional!!!” “Kita akan tumbangkan BN!”

PRU 13 akan datang. apakah Umno dan BN akan bersikap gentleman dan tidak akan menipu dalam PRU kali ini? Apakah SPR akan bersikap seadil-adilnya dalam PRU 13 ini? Apakah Utusan dan TV3 akan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menyampaikan mesej mereka? Apakah Rakyat sudah menerima maklumat yang cukup?

Jangan harap la.

Habis…nak masuk pilihanraya lagi pasai apa? Apakah selepas PRU 13 nanti, kita akan buat post mortem yang sama dan berakhir dengan resolusi..”PRU 14 nanti kita tumbangkan Umno!!”?

Kalau tak ada sesuatu perancangan yang baru, jangan harap akan mendapat keputusan yang berbeza. Kalau pendekatan masih cara yang lama..jangan kata rakyat tak mau berubah. Sebab yang sebenarnya ialah..pemimpin sendiri tak mau berubah.

Politik lama

Setakat ini, politik negara masih lagi berkisar tentang cara-cara berpolitik lama. Politik negara masih lagi berkisar tentang bangsa dan ugama. Aku bukan nak kata jangan sentuh langsung pasal bangsa dan ugama, sebab ia masih relevan untuk pengundi tua. Tapi bagi pengundi muda, perlu ada pendekatan baru.

Aku cuba melihat mengapa kita gagal menumbangkan BN dari sudut generasi..bukan dari sudut parti atau ideologi. Aku juga tak suka untuk melihat trend mengundi mengikut bangsa atau ugama, tapi melihat mengikut budaya dan perwatakan sesuatu generasi itu.

Generasi GI dan Silent Generation yang lahir sebelum Perang Dunia Kedua merupakan benteng pertahanan Umno dan BN. Pengundi saluran 1 ini tidak akan berubah biar apapun idea baru yang disogokkan kepada mereka. Mereka hidup dialam peperangan dan penderitaan dan bila mendapat sedikit kebebasan, mereka dah puas.

Jangan kata nak suruh ubah parti yang mereka sokong…nak suruh mereka dengar lagu baru pun tak mau!
Satu lagi generasi yang tegar dibelakang Umno, walaupun tidak setegar GI ialah Boomers.

Boomers adalah generasi kemerdekaan. Tau syok saja. Kalau bagi mereka jadi pemimpin pun, yang depa ingat macam mana nak tambah bini. Generasi ini tak akan turun ke jalanraya kalau dia tak pasti tentang keselamatannya. Dan dia tak akan berubah kecuali kalau sudah dipastikan keselesaannya.

Itu sebabnya, ramai yang berubah dengan melompat parti. Tapi sebelum melompat…dia akan tanya apa habuan atau jawatannya dulu.

Generasi sebelum merdeka inilah yang menjadi penghalang kepada mengapa Umno dan BN gagal ditumbangkan.

Generasi X adalah generasi rebel. Reformasi 1999 digerakkan oleh Gen X.

Kita boleh mengharapkan Gen X untuk menjadi pemangkin kepada perubahan tapi…oleh kerana Gen X bersikap rebel, dia bukan saja boleh rebel kepada BN…dia juga boleh jadi rebel kepada pembangkang. Itu sebabnya mengapa Boomers dan Gen X selalu bertengkar.

Boomers kata, Gen X ni macam lalang. tak ada pegangan. Tak ada panduan. Tak ada prinsip.

Gen X pulak kata, Boomers adalah kayu mati. Walak tak bertempat. Jumud. tak pragmatik.

Pergeseran dan pertelingkan dalam parti selalunya disebabkan oleh sikap berbeza dua generasi ini. Ada yang memberikan macam-macam label. Ulama dan Erdogan la. Progresif dan konservatif la.

PRU 1999 adalah pertentangan diantara generasi pra-merdeka dan generasi selepas merdeka. Generasi GI dan Boomers menentang Gen X. Gen X tewas kerana jumlah mereka tidak mencukupi.

Dalam PRU 2004, BN mendapat undi terbanyak. Ini berlaku kerana Gen X yang menyokong BA dalam tahun 1999 beralih kepada BN. Kalau dalam tahun 1999, mereka rebel terhadap BN…tahun 2004, mereka rebel terhadap BA.

Tahun 2008, keadaan berubah kerana kemasukan Gen Y sebagai pengundi. Aku tak ada data keseluruhan untuk membuktikannya, jadi aku ambil negeri Perak sebagai contoh.

Sikap Gen Y lagi haru. Gen Y lebih bebas dari Gen X. Harapan mereka juga lebih tinggi dari Gen X…dan dengan penguasaan mereka terhadap teknologi internet, sapa-sapa saja boleh lingkup.

Tahun 2008, perubahan politik berlaku di Perak kerana komposisi generasi sudah jauh berubah. GI dan Boomers sudah tinggal 43% manakala kombinasi Gen X dan Y sudah sampai ketahap 46%. Kalau bukan kerana undi Orang Asli dan Undi Pos, BN kalah lebih teruk lagi.

Begitu juga dengan kemenangan PR di Selangor dan Pulau Pinang adalah disebabkan kombinasi Gen X dan Y yang sudah jauh meninggalkan GI dan Boomers. Ambil contoh Parlimen Selayang 2008.


Apakah dengan kedudukan kombinasi Gen X dan Y yang tinggi ini sudah dapat memastikan kemenangan PR dalam PRU 13 ini? Belum tentu.

BN masih boleh mengarapakan sekitar 30% pengundi tegar mereka dari generasi GI dan Boomers…tapi PR tak boleh mengharapkan Gen X dan gen Y sebagai pengundi tegar mereka.

Peluang memang ada bagi PR untuk menumbangkan BN di Perak dan mungkin juga di seluruh negara…tetapi ia banyak bergantung kepada bagaimana PR menangani kerenah Gen X dan Y ini. Dan tolong la..jangan la bagi mereka yang dari Gen Boomers untuk mengambil hati generasi muda.

Dalam hal ini, aku tengok DAP lebih advance dari Pas dan PKR. calon-calon muda DAP diletakkan dikawasan bandar manakala calon yang tua sikit diletakkan dikawasan separa bandar. Yang tua ambik hati orang tua. Orang muda ambik hati orang muda.

Tapi dalam Pas dan PKR agak slow sikit. Mungkin pasai orang tua masih ramai yang berebut nak jadi YB. Bagi chance la kat orang muda.

Kedudukan komposisi pengundi di Perak semakin bagus. Generasi tegar BN yang mengungguli Saluran 1 ramai yang dah mati atau hilang. Jumlah Gen Y pula meningkat dengan tinggi.Peluang terbuka luas bagi PR untuk menawan Perak…tapi strategi kena betul. Kalau tak betul strategi…lingkup lagi la.

Kalau susah nak faham dengan graf diatas…tengok data dibawah.

Gen Y akan menjadi ejen perubahan dalam PRU nanti. Masalah besar dengan Gen Y ialah depa bukan nak dengar apa yang kita cakap….tapi depa mahu kita mendengar apa yang depa cakap.
Sanggup?

Saturday, September 29, 2012

PTPTN & KWSP Lubuk Duit IPTS

Oleh Deth Mustaine

Tahukah anda mengapa sekarang ini universiti-universiti swasta makin bersepah macam cendawan tumbuh? Ada yang khusus dalam bidang perubatan, multimedia, sains, pertanian, seni dan ada yang menawarkan pelbagai bidang di bawah satu kolej atau universiti. Rumah kedai pula banyak yang convert jadi dewan kuliah.

Ini kerana adanya skim PTPTN dan pengeluaran wang KWSP untuk kegunaan pendidikan. PTPTN adalah lubuk duit bagi universiti dan kolej swasta dimana mereka boleh menjana sejumlah wang yang besar dalam masa singkat dari setiap pelajar walaupun mereka belum lagi menamatkan pengajian. Ini bermakna, semua yuran dan kos pengajian telahpun dibayar oleh PTPTN walaupun pelajar itu belum lagi menghabiskan tempoh pengajian. Setiap kali pengambilan pelajar baru bermakna memperoleh wang. Pelajar dipaksa berhutang berpuluh ribu ringgit demi segulung diploma atau ijazah.

Kalau dulu-dulu, lepas habis belajar, kemudian dapat kerja. Tiba akhir bulan bukan main seronok sebab pertama kali pegang duit ‘banyak’ dapat gaji pertama. Masa tu dah mula berangan-angan nak beli itu ini. Masa itu langsung tak fikir lagi masalah nak bayar hutang. Mana taknya, masa belajar semua guna duit sendiri (maksud aku duit mak bapak la). Tamat pengajian, semua settle. Tak ada apa hutang nak bayar (kecuali  hutang budi balas jasa mak bapak bila dah bekerja)


Hari ini, sebaik dapat gaji pertama, terpaksa fikir macam mana nak bayar hutang PTPTN. Bukan sedikit, berpuluh ribu tu! Bila masa nak beli kereta? Bila masa nak beli rumah? Sampai bila dapat kumpul duit nak kawin? Gaji baru bekerja bukannya banyak. Jangan fikir nak beli macam-macam, hutang tu kena settle dulu. Kalau tidak hidup susah. Kena senarai hitam, tak boleh keluar negara. Nak pergi haji pun tak boleh. Nak bayar balik hutang PTPTN bukan sekejap, makan masa bertahun-tahun.

Ini fesyen terbaru rakyat Malaysia generasi masa kini. Generasi dulu tak pening-pening macam ni.

Dulu, kalau dah bekerja, jarang dengar orang sambung belajar. Kalau yang nak sambung juga, kena berhenti kerja. Nak berhenti kerja kena fikir 10 kali. Kalau tak nak berhenti, kena ambil cuti tak bergaji. Sayang nak tinggalkan pekerjaan yang memberikan pendapatan setiap bulan semata-mata nak sambung pengajian. Hari ini tak ada masalah kalau nak belajar ambil bekerja. Dah banyak universiti dan kolej yang berkonsep terbuka – belajar sambil bekerja. Tiada had umur untuk sambung pengajian. Dah ada cucu pun masih boleh dapat ijazah. Dengan syarat ada duit. Kalau dari golongan tak berapa ada, guna duit KWSP. Tak ada masalah. Kalau KWSP dah habis diguna, boleh pinjam bank. Berapa lama nak bayar balik? Umur dah makin lanjut, kubur pun dah kata mari. Kalau tak sanggup nak berhutang lagi, sorry….jangan mimpi. Baik lupakan saja hasrat tu, jaga cucu kat rumah, ibadat sepanjang masa buat bekalan, lagi baik.

Diberikan jadual pengajian yang fleksibel, malah masa kuliah boleh diatur ikut keperluan individu agar tak mengganggu masa bekerja. Mereka ini digula-gulakan dengan pelbagai strategi pengiklanan kononnya boleh memperbaiki kehidupan, masa depan yang lebih cerah dan cemerlang. Contohnya, sambung pengajian untuk cipta peluang memajukan diri untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dengan gaji lumayan dan sebagainya. Akhirnya, wang simpanan KWSP mereka jadi sasaran. Golongan ini dibenar guna wang KWSP untuk tujuan pendidikan. Wang yang disimpan bertahun-tahun malah berpuluh tahun menyusut begitu pantas demi ‘mencari ilmu’ dan mencari kehidupan yang lebih baik dari sekarang.

Kolej dan universiti swasta yang untung. Mereka berjaya mendapatkan ‘hak’ mengeluarkan wang KWSP anda yang tersimpan lama tanpa dapat disentuh oleh anda selama ini walau sedikit (kecuali nak beli rumah)
Kos untuk pengajian diploma hari ini sekurang-kurangnya RM18,000 dan belum dikira pengajian Ijazah, Masters, PhD dan sebagainya yang memakan kos 20 hingga 50 ribu. Pendidikan swasta bermaksud perniagaan. Semua institusi yang mengenakan yuran pengajian itu sebenarnya menjalankan perniagaan. Mereka bukan badan welfare atau menjalankan kerja-kerja amal. TIADA PENIAGA YANG MAHU RUGI. Perkara utama yang mula-mula dipertimbangkan ialah tentang keuntungan. Jika tiada keuntungan, bagaimana mereka mahu beroperasi?

Beginilah cara negara ini mencapai kemajuan dengan tumbuhnya institusi pengajian tinggi yang kononnya menaikkan taraf pendidikan rakyat ke tahap yang lebih tinggi padahal menaikkan hutang dan memufliskan rakyat yang menabung sejak sekian lama. Tabung yang dikumpul sejak bertahun-tahun itu akhirnya direbut oleh orang lain.

Kewujudan institusi pengajian tinggi swasta yang semakin berleluasa adalah petanda buruk masa depan rakyat Malaysia. Perkara ini harus dikawal. Apa yang patut diberi perhatian ialah prestasi dan ke mana hala tuju pelajar selepas menamatkan pengajian. Adakah mereka ini mendapat pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang dipelajari atau makin ramai yang jadi penganggur terhormat.

Bajet 2013 yang dibentangkan Jumaat lepas menawarkan diskaun 20% kepada mereka yang nak bayar full-settlement. Aku nak tanya siapa yang mampu bayar hutang berpuluh ribu sekaligus? Sebenarnya motif di sebalik tawaran ini ialah menggalakkan pelajar meminjam wang dari bank untuk selesaikan hutang PTPTN, Ini kesempatan terbaik untuk pihak bank memperkenalkan skim atau produk terbaru.

Monday, September 10, 2012

Jika DAP Perak tak ambik tindakan segera maka "Say No To DAP & BN Say Yes To PKR & PAS"

Mula2 tergolek. Lepas tue boleh pergi mampos.

Ingat, bloggers dan wartawan tidak patut di ikat dengan propaganda murahan korang iaitu ;


Hanya tulis apa yang kamu mahukan. 

Hanya tulis apa yang editor suruh. 
Hanya tulis sesuatu asalkan ia selari dengan prinsip parti dan pemimpin.
Hanya sebarkan dan edarkan selagi ia tidak menjejaskan kepentingan parti.

Sesungguhnya etika karut marut macam tue tidak patut diamalkan sama sekali. Sebagai pelapor, etika yang harus dipegang oleh setiap mereka2 yang bertugas dan berperanan sebagai pelapor adalah hanya menyebarkan sesuatu yang benar2 berlaku, sesuatu yang benar2 terjadi. Bukan mengikut telunjuk orang sehingga menjejaskan prinsip perjuangan sendiri. Itu salah.


Cukuplah salah sekali. Tetapi mengambarkan kesalahan itu sebagai betul dan cuba menganiaya orang yang betul dengan mengatakan dia salah, itu tidak betul. Orang Perak diseru hanya undi PAS dan PKR tapi jangan undi DAP perak sehingga mereka benar2 bermuhasabah diri dan akui kesalahan diri mereka sendiri yang membela kemungkaran bila ia dilakukan oleh sedara mara dan geng2 sendiri.


Ingat, samseng dalam umno memang kita tolak. Dan samseng dalam dap, kita juga tak pernah terima.


Terima kasih. Saksikan video kat bawah neh dan cerita sepenuhnya disini.


 




Updated ; 

On what grounds and on what power did she held us in the car for almost two hours.Has she forgotten that she had held back to mediaperak editors and on top of that calling us names such as “Indian Pariah” reporter and “Malay Kui!” Imagine leaders treating the media like this!They even threatened to confiscate our video camera and also my hand phone. They were trying to open the car door to snatch away our things. It was a day where I saw mobs or “samsengs” ruling the street of Taman Kaya. I was really taken aback with such abusive and vulgar comments coming from both the former DAP leaders. What kind of a culture is this? Intimidating others with a racist comment. 

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/11/media-attacked-by-former-dap-wanita-secretary-ipoh-barat-and-branch-chairman/

Ini ialah siri artikel mengenai samseng taman kaya. Takde adab dan racist punya orang. 

http://mediaperak.com/2012/07/11/media-attacked-by-former-dap-wanita-secretary-ipoh-barat-and-branch-chairman/

http://mediaperak.com/2012/07/13/reform-you-leaders-practice-that-first/

http://mediaperak.com/2012/07/17/leaders-take-your-stand-for-what-is-right/

Kesilapan pemimpin DAP perak paling besar kat sini ialah dia lupa yang bloggers pakatan rakyat bukan pencacai. Untuk orang yang ada prinsip, kita tak give a damm mengenai parti. Ingat, we stand for what is right. YES, we are not stand for what a party think it's right. Remember that. 

cerita sebenar melalui Media Perak...

Satu lagi isu yang menjadi panas, terutamanya dalam akhbar berbahasa Cina dan The Star ialah mengenai isu Taman Kaya, Ipoh.

Mediaperak tidak pernah menulis atau membuat liputan tentang Taman Kaya kerana menganggapkan ianya hanyalah isu penduduk setempat. Tapi apabila kami diberitahu bahawa projek memagar Taman Kaya sudah menjadi isu perlanggaran hak asasi, maka kami cuba membantu apa yang kami boleh buat.

Sebelum itu,  kami hanya membaca tulisan-tulisan yang ditulis oleh rakan blogger, Simon Thong dalam blognya disini. Sehinggalah satu hari dimana kami membuat keputusan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang berlaku.

Kami menemui Simon dan juga Augustine Anthony, yang merupakan penduduk di Taman Kaya. Kami telah meminta Augustine membawa kami untuk melawat dan melihat sendiri apakah yang berlaku di Taman Kaya. Augustine bersetuju dan kami menaiki kereta Augustine sementara Simon menaiki keretanya sendiri.

Thursday, September 6, 2012

Hangpa Tau Kaa Sejarah Sang Saka Merah?


Artikel berikut di ambil dari surat pembaca yang disiarkan dalam majalah Kenchana bilangan 6, keluaran bulan Jun 1947.

Dizaman ini dimana kapal pergerakan bangsa kita sedang mengharongi lautan perjuangan, sudah tentu sekali kapal itu berhajat kepada suatu chogan yang akan mengenalkan kepada dunia, kapal siapakah yang sedang berlayar dilautan perjuangan? Selainnya Sang Saka Merah Puteh menjadi lambang sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa yang akan mempertahankan ketinggian saka-nya biar batang tuboh-nya rebah kebumi.

Dunia kapal pergerakan bangsa kita yang terbesar sekali ialah kapal Pertubohan Kebangsaan Melayu (UMNO) dan kapal Party Kebangsaan Melayu (MNP), sedang bertelagah atas so’al bendera. Pekemam tidak beranjak dari pegangannya bahwa bendera kebangsaan Melayu ialah Merah Puteh. Sebaleknya pula Pekembar memakai juga Merah Puteh, tetapi ditambah bulan dan keris.

Darimanakah timbulnya Sang Saka Merah Puteh dan sejak bilakah bendera ini zahir kedunia. Kerana disini tidak akan saya terangkan bendera mana yang dipakai bangsa kita, biarlah saya kembali ketajok karangan saya untok menerangkan sedikit riwayat Merah Puteh.

Sejak beberapa abad kebelakang iaitu diabad ke 17 sewaktu kerajaan Madjapahit memegang tampok pemerentahan seluroh kepulauan Indonesia, adalah lambang Madjapahit Sang Saka Merah Puteh.

Menekala kerajaan Madjapahit lenyap dari muka yang diganti dengan kerajaan Mataram turut sama menjadikan Merah Puteh chogan pemerentahannya sehingga hari rebah kerajaan Mataram ditahun 1735.


Didalam peperangan Djawa dibawah pimpinan Pangeran Diponegoro bendera Merah Puteh tetap menjadi semboyan bangsa Djawa yang menentang penjajahan Belanda.

Tanah Melayu pula Melaka lah menggunakan Merah Puteh sebagai saka bangsa. Apabila jatoh kerajaan Melaka pada tahun 1511 Merah Puteh lenyap riwayatnya dikepulauan Indonesia.

Riwayat Merah Puteh hidop semula dengan adanya Congress Indonesia Raya yang diadakan ditahun 1939 bertempat di-Djakarta. Persidangan itu memutuskan bahwa Merah Puteh adalah bendera kebangsaan Indonesia Raya.

Baharu2 ini Persidangan Partai Kebangsaan Melayu menegaskan bendera kebangsaan Melayu ialah, Sang Saka Merah Puteh.

Sesunggohnya Merah Puteh mengandong erti yang besar bagi kita. Merah berarti darah, Puteh berma’na suchi. Apa bila kesuchian mahu dipadam-kan, darah akan tertumpah sebagai pembelaan. Kini terpulanglah kepada kita semua menentukan bendera manakah yang patut dijadikan lambang perjuangan kita



Laaa Pandi Kutty nie yang jadi samseng di pejabat Keadilan tempohari.. orang GURUN mesti kenal..!!!

Pandi Kutty yang dikenali


Bila baca perkataan “Kutty” hangpa jangan ingat bahawa aku nak cerita pasal Mohamad Kutty@Syaitan yang dikenali.

 Sebelum sambung, aku nak bagitau kat hangpa. Bukan level aku lawan ikan bilis, level aku lawan ikan Jerung. Disebabkan aku kenal Si Pandi Kutty dalam gambar ditas, ada memorendum yang ditujukan kepada aku untuk tulis pasal Kalaivanar @ Pandi Kutty (Kepala Samseng  Barisan Bersatu Nambikkai).

Bukan nak kata baru, aku kenal si pandi kutty nie sejak dia sertai Keadilan dan Barisan Alternatif/Pakatan Rakyat. Aku nak mula dengan asal-usul dia dulu. Dia pernah bagitau bahawa dia nie orang Buntong,Perak. Masyarakat India Perak kebanyakkannya tahu bahawa Bentong,Perak nie lubok gengster India pada satu ketika dahulu (ada yang kata sehingga kini). Disebabkan aku tak pernah tengok sijil lahir Pandi Kutty nie, aku anggap apa yang dia cakap tu betul.

Apabila melihat perangai dia selepas keluar PKR, aku yakin 100% bahawa apa yang dia kata tentang asal usul itu memang betul. Mana tak yakin? perangai gengster. Di beberapa tempat dan kepada beberapa individu dia sendiri pernah hentam beberapa orang. Bukan setakat tangan dan kaki, malah pernah pembesar suara untuk hentam orang.

Selepas Arumugam mengosongkan jawatan ADUN Bukit Selambau, isu calon PKR mula meletop. Kalaivanar antara nama yang disebut-sebut. Pada ketika itu, aku singgah di Sungai Petani sebelum balik ke Ipoh dan buat persiapan untuk bantu PRK Bukit Gantang. Semasa di Sungai Petani, aku sempat berjumpa dengan salah seorang pemimpin india Cabang Sungai Petani.

Dalam duk bincang pasal PKR Bukit Gantang dan Bukit Selambau aku tanya kat kawan India itu, “bro siapa mau bertanding di Bukit Selambau? you kah?”. Sambil gelak kawan India itu jawab, “saya tadak isi borang. Keadilan tak bagi saya calon pun takpa. Jangan kasi itu Kalaivanar sudah. Dekat sini, orang memang cari dia pasai banyak kes. Itu Kalivanar ada hutang sama banyak orang,takda bayar. Dia lari dari Sungai Petani”. Aku rasa terkejut bila dengar dengar kata-kata itu. Bila calon PKR di PRK Bukit Selambau, aku rasa lega kerana Kalaivar yang sedang diburu oleh penduduk sekitar Taman Rusa,Sungai Petai tak jadi calon PR/PKR.

Kelegaan aku bertambah lagi apabila Kalivanar umum bahawa dia tinggalkan PKR sebab hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim. Aku tertanya-tanya, Apa yang dia percaya kat Anwar Ibrahim? harap nak jadi calon? kah kah kah! Sebelum Krisis Rampasan Kuasa di Perak mungkin kepercayaan Kalivanar itu releven lagi. Tapi, selepas PKR dipersalahkan bekali-kali, Anwar buka mata dalam isu calon. Kalivanar yang ada rekod jenayah yang banyak, memang tak dak harapan ketika itu, kalau ikutkan kaca mata Anwar.

Sejak dari keluar PKR, Kalaivanar nie memang kejar dia jadi anjing liar yang menyalak kat Anwar Inrahim, PKR dan Kerajaan Negeri Selangor serta Kerajaan Negeri Kedah. Senang cerita, Kalaivanar nie jadi Ibrahim Ali versi Kolloywood.

Sekarang aku masuk pulak bab NGO dia. Si Pandi Kutty nie pernah tubuh NGO yang dinamakan sebagai Alternative Action Team (AAT). Melaui NGO nie, Pandi Kutty tersebut telah meyakinkan ramai oarang India (sebelum kelau PKR) sehingga orang-orang India (luar Sungai Petai) menganggap Kalivana nie sebagai pejuang mereka. Kalaivanar ajak orang-orang India supaya sertai NGO AAT. Selepas, menerima wang keahlian, Kalivanar tak pandangkan mereka lagi. AAT nie tak pernah pun buat aktiviti. Sekarang nie, dia tubuhkan Barisan Bersatu Nambikei pulak. Apa yang NGO nie buat untuk kebaikan masyarakat India? Kalau Nambikei ditubuhkan, apa pulak dengan status AAT? Semua temberang Pandi Kutty nie.

Aku juga pernah dengar dan pernah dengar sendiri daripada masyarakat India bahawa Kalaivanar ini ambik upah untuk tolong orang-orang India untuk menyesaikan masalah mereka seperti masalah kad pengenalan. Jangan anggap dia ambik 50 atau 100. Ada yang cecah samapai 1,000 hingga 3,000. Tapi, janjinya untuk selesaikan masalah hanya dicapatikan. Aku mula-mula aku ingat si Pandi Kutty itu hanya buat perangai kat Sungai Petani sahaja. Lama-kelamaan aku dengar bahawa orang-orang India di Perak (terutamya Bagan Serai,Sungai Siput dan Taiping) , Selangor pun kena temberang Kalaivanar.

Satu je aku tak faham. Macam mana, orang-orang India nie boleh percaya kat Kalaivanar sedangkan penampilan Kalaivanar itu pun macam para penjahat film Sivaji The Boss?

Biaq pi kat dialah..

Tapi,
Aku tertanya-tanya. Macam mana anak muda Melayu boleh jadi ahli Nambikei dan sekaligus ishtihar diri mereka sebagai Barua Kalaivanar?
Ha, jawapanya di sini…Sempoii

Monday, August 6, 2012

Rupa-rupanya Masih Ada Lagi Pemimpin PR PERAK yang "BANGANG".. itupun Jangan Nak Tawan Perak semula..!!!

Rebel dalam DAP Perak
Oleh: MSK

Katakanlah aku ahli DAP dan jadi Pengerusi untuk satu cawangan. Macam mana kalau aku buat satu program majlis makan malam untuk mendapatkan dana untuk Pilihanraya? Lagi best, kawasan Parlimen aku bukan kawasan DAP tapi kawasan PKR. Dan DUN didalam Parlimen tu pun tak ada satu pun yang ditandingi oleh DAP.

Kalau susah nak bayangkan..ambik contoh Parlimen Lumut. Parlimen …PKR bertanding. DUN Pangkor juga ditandingi oleh PKR manakala DUN Pasir Panjang diwakili oleh PAS. DAP langsung tak bertanding tapi aku sebagai Pengerusi DAP cawangan cuba menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana untuk pilihanraya. Sudah pasti PKR tak ada masalah. Sebab aku buat untuk depa. PAS juga dah tentu seronok sebab aku tolong depa.

Tapi masalahnya, aku Pengerusi DAP cawangan dan nak buat program untuk kutip duit macam ni kena minta kebenaran dari DAP negeri. Patutkah DAP negeri luluskan program aku?

Kalau DAP negeri mempunyai semangat Pakatan Rakyat, aku tak nampak ada masalah. Lagi pun DAP negeri bukan payah keluar duit satu sen pun. Sebaliknya, DAP negeri akan dapat kredit dan boleh dijaja kesana sini bahawa DAP bersedia membantu parti-parti dalam PR walau kat mana saja!!


Atas semangat itu, aku pun terus buat persediaan sementara kawan-kawan lain uruskan formaliti mendapatkan kebenaran dari DAP negeri. Tempat lain buat majlis makan malam..tak payah tunggu kebenaran. Buat saja dulu kemudian baru bagi tau.

Tiba-tiba..bila semua persiapan dibuat. Tiket dah dijual. Makanan pun dah ditempah..DAP negeri tak bagi kebenaran!! Apa citer?

Pasai apa tak bagi buat? Apakah kerana DAP Perak tak mau bagi ahlinya buat program untuk parti lain?
Tak mengapa… Oleh kerana DAP Perak tak mahu memberikan kebenaran.tak apa la.Kita jangan pakai nama DAP sebaliknya kita pakai nama lain. Kita namakan program tersebut “Majlis Makan Malam anjuran Komiti Gerakkerja Pilihanraya DUN Pasir Panjang.”

Dan oleh kerana yang akan bertanding dalam PRU nanti ialah PKR untuk Parlimen Lumut dan PAS diPasir Panjang, kita buat dengan PAS dan PKR. Ahli-ahi DAP yang nak membantu, kita buat atas nama Pakatan Rakyat, bukan atas nama DAP.

Tapi bila guna nama Pakatan Rakyat, kena la bubuh bendera DAP sekali. Tak kan Pakatan Rakyat ni diantara PAS dengan PKR saja. Yang ni pun tak boleh ka? Apa nak jadi dengan DAP Perak ni? Mampuih pi kat depa la. Bukan takat arahan dari negeri..malah DAP Kebangsaan pun digunakan untuk menggagalkan program ini.
 
Majlis pun dijalankan seperti yang dirancangkan. Tapi ada pulak orang Ngeh yang pi tampal notis kat pintu masuk dewan bahawa program ini diharamkan oleh DAP. Bukan setakat notis,keluar kenyataan akhbar supaya majlis itu dihentikan dan penganjur diminta memulangkan balik duit yang sudah dikutip. Tak cukup dengan notis dan kenyataan akhbar, beribu sms dihantar kepada orang Lumut jangan hadir ke majlis ini!!

Yang menariknya, orang yang bagi duit pun tak mau duit depa balik. Depa tetap mahu majlis itu diteruskan! DAP Perak kata program tersebut haram, tapi DAP Lumut kata..mampuih pi.

So, malam tu kita pakat ramai-ramai supaya jangan ada sapa-sapa yang pakai baju DAP. Ahli DAP pun tak boleh pakai baju DAP. Sebaliknya, pakai baju lain. Malam tu semua orang boleh pakai baju PKR, jeket PAS atau apa saja..kecuali lambang DAP sebab DAP negeri kata itu program haram.

Tak boleh jugak!!

Untuk menggagalkan program tersebut, DAP negeri telah memberitahu semua kepimpinan PKR dan PAS Perak supaya jangan hadir dalam majlis tersebut. Itu program haram.

DAP negeri juga memberitahu ahli-ahlinya supaya jangan hadir ke program tersebut.

Tapi bukan ahli-ahli DAP saja, Speaker DUN Selangor dari DAP dan ADUN Sekincan dari DAP buat tak tau saja arahan DAP Perak. Rafizi juga datang malam tu. Kepimpinan PR Lumut semua hadir malam tu. Malah sekitar dua ribu orang hadir malam itu untuk membantah arahan DAP Perak.

Sayang..program yang cukup meriah itu dibuat untuk membantu PAS di Pasir Panjang. Tapi tak ada seorang pun pemimpin tinggi PAS yang hadir. DAP Perak mengharamkan majlis tersebut, tetapi pemimpin DAP Selangor pun buat tak tau sebab depa tau, pengundi lebih berharga dari Ngeh dan Nga.

Rafizi jadi Superstar malam tu. PKR tak payah buat apa-apa..tapi seluruh tumpuan dapat kat PKR. Yang teruk buat kerja ialah orang DAP dan PAS.

Aku tak mau la nak kata pemimpin bangang. Tapi kalau Ngeh dan Nga itu lebih penting dari pengundi sendiri..yang tu aku kata bangang.

Sunday, June 17, 2012

Aduhai dok kat program TPM pun nak kena suruh "tepok'' tangan jugak kaa...!!!


17 June 2012- Bukit Gantang Perak  ~Ibarat dilempang kiri kanan setelah jatuh dari tangga…begitulah nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertandang ke Parlimen  Bukit Gantang hari ini.

Lempang kiri :  Pada lawatan sebelah pagi  di program minum teh di pasar minggu Changkat Jering,  Muhyiddin  telah menerima  memorundum bantahan  projek berkaitan  projek lebuhraya Banting Selangor /Lebuhraya pesisiran pantai. Disini dapat dilihat  dah ada orang UMNO yang bantah projek UMNO secara terbuka. Memorendum itu juga berserta usul  yang mahukan semua bakal calon UMNO yang akan bertanding dikehendaki membuat sumpah laknat atau akuan bersumpah bahawa  tidak akan melakukan rasuah atau salahguna kuasa….( Boleh percaye ke…??? Hehehe…) Cerita di bawah:

 Usul Sumpah Laknat UMNO Bukit Gantang yang kini dimakan sumpah

Demi mencari kepercayaan yang amat pudar terhadap UMNO sekarang ini maka UMNO terpaksa bermain dengan sumpah…mereka kononya akan bersumpah tidak rasuah,tidak tipu,tidak kelentong…tapi itulah amalan wajib bagi pemimpin UMNO dulu kini selamanya..

Lihatlah contoh termakan sumpah terkini ialah UMNO Bukit Gantang yang apabila bangunan UMNO  yang  melambangkan maruahnya telah disita oleh mahkamah pada hari ini berikutan pihak UMNO Bukit Gantang dikatakan gagal dalam perjanjian sebuah projek jutaan ringgit beberapa tahun yang lalu.
UMNO memang pandai berjanji,kononya kini dijaja seluruh negara program janji ditepati…janji kelentong ditepai itulah maksud sebenarnya.

Lempang kanan : Pada jam  1100pg TPM sampai ke padang ADTEC untuk  program “Janji Ditepati”. TPM diarak dengan konvoi anak muda upahan yang diberi RM30 seorang menurut seorang anak muda yang aku tanya disini. Dengan kehadiran yang disahkan sendiri oleh Zambry semasa berucap dipentas hanya 70ribu saja.  Apa barang 70ribu..?? Siap disediakan  beratus bas sewa disediakan hanya 70ribu saja ka..? Khabarnya ahli UMNO yang datang ke program ini dibekalkan duit poket dan diberi sehelai baju percuma.  Perkara yang amat mengelikan hati ialah semasa Muhyiddin berucap dipentas sambutan dari hadirin amatlah hampar sekali,” TEPUKLAH TANGAN SIKIT……” - kata Muhyiddin yang terpaksa minta orang ramai tepuk tangan…bukan sekali tapi 3 kali Muhyiddin minta hadirin tepuk tangan..hahaha….  Mahuyiddin juga berjanji kerajaan meluluskan RM 3juta untuk pembangunan pasar minggu Changkat Jering yang berusia 100tahun.. disambut dengan tepukan tangan  yang tak seberapa juga… Berat dah program UMNO ni,kalau ikutkan publisiti meluas  di TV dan sebagainya  program tidak masuk akal hanya 70ribu  saja hadir..dah tu wajah-wajah yang datang pun macam tak minat saja datang…macam terpaksa dan dipaksa  je…..sebab tu nak tepuk tangan pun malas…hahaha…




Thursday, April 26, 2012

Ramai blogger dan Facebooker bakal ditangkap

Oleh: MSK
Iklan Sebentar
Aku bukan nak melawak atau saja-saja nak buat cerita sensasi. Aku pun mula-mula susah nak percaya, tapi bila seorang peguam yang menulis, dan selepas dibaca berulangkali..memang betul.

Evidence (Amendment) Bill 2012 adalah diantara beberapa Rang undang-undang yang diluluskan secara tergesa-gesa bersama-sama dengan Pindaan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Semua orang bertumpu kepada undang-undang pilihanraya, tapi tak ramai yang memerhatikan undang-undang Evidence Bill 2012.

Aku nak terjemah depenuhnya dalam BM pun susah sikit sebab aku bukan loyar. Jadi, mana-mana yang aku rasa susah nak terjemah, hangpa terjemah la sendiri.

Oleh kerana Bn kaki temberang, maka undang-undang pun dipinda dengan penuh temberang. Akta Perhimpunan Aman sepatutnya dipanggil Akta Perhimpunan Haram. Tapi oleh kerana nak sedap didengar dan boleh mengelirukan orang ramai, maka ianya dipanggil Akta Perhimpunan Aman.


Begitu juga dalam Evidence (Amendment) Bill 2012. Kalau sekali dengar, seolah-olah untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan internet, tapi bila dilihat secara lebih terperinci, ia juga boleh digunakan untuk memerangkap sesiapa saja.

Seksyen 114A diperkenalkan dalam Evidence Act 1950 untuk membuktikan mereka yang menyiarkan sesuatu dengan menggunakan nama samaran atau tanpa nama (anonymous).

Selalunya kita menggunakan nama samaran dalam internet ini. Tak kira sama ada blog atau facebook. Bukan setakat nama, malah gambar pun kita bubuh mana yang kita suka.

Dalam Seksyen 114A(1) yang baru diperkenalkan, ia menyebut, ” Seseorang itu yang menggunakan nama, gambar atau anma samaran dalam mana-mana penerbitan menggambarkan dirinya sebagai pemilik, pentadbir, editor atau sub-editor atau terlibat dalam mana-mana penerbitan dianggap telah menerbitkan sesuatu kandungan itu kecuali ianya dapat dibuktikan sebaliknya.” (Ayat asasl dalam Bahasa Inggeris dibawah).

(A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host , administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved”.)

Dalam lain perkataan, kalau nama, gambar atau nama samaran kita digunakan dalam mana-mana penerbitan yang menggambarkan kita adalah orang yang dimaksudkan, maka kita dianggap telah menyiarkan kandungan tersebut. Sebagai contoh, kalau seseorang membuat sesuatu blog menggunakan nama kita, maka kita lah yang bertanggungjawab keculai kita boleh membuktikan sebaliknya. Kalau kita ada blog dan orang lain membuat komen, maka kita akan dianggap sebagai pemilik komen tersebut. Kalau ada orang lain komen dalam Facebook, maka kita juga kena bertanggungjawab terhadap komen tersebut.

Subseksyen (2) lagi teruk. Kalau sesuatu posting itu berasal dari akaun kita dengan mana-mana pembekal perkhidmatan macam Maxis, Celcom atau Digi, yang tu juga akan dianggap milik kita dan kita perlu dipertanggungjawabkan.

Contoh-contoh lain:

1. Kita pakai WiFi kat rumah sewa yang diduduki oleh ramai lagi kawan kita. Tapi kalau akaun WiFi tu milik kita. Maka kita akan dianggap pemilik sesuatu posting itu walaupun kawan kita yang tulis.
2. Kita pasang Wifi kat rumah, tapi ada jiran sebelah yang “curi” line kita…maka kita juga perlu bertanggungjawab terhadap apa yang jiran kita tulis, walaupun kita tak tau sebab IP kita punya.
3. Kalau la ada kawan kita datang kerumah dan tumpang broadband kita..yang tu juga kita kena bertanggungjawab.

Memang la..pindaan ini memudahkan kerja penguatkuasa sebab bukan mudah nak menjejak siapa yang menyalahgunakan internet walaupun bukan mustahil. Ramai yang dah kena cekup.

Secara keseluruhannya, pindaan ini bukan saja untuk memudahkan kerja penguatkuasa, tapi ia juga membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa. Pindaan baru ini memaksa mereka yang tidak bersalah membuktikan mereka bukan penyiar sesuatu posting itu. Kalau akaun kita kena hack dan orang lain menggunakannya..yang ni lagi teruk untuk kita membuktikan kita tak bersalah.

Apa yang jelas, prinsip “innocent until proven guilty” itu tak dipakai lagi. Sebaliknya seseorang itu akan didakwa bersalah kecuali dia dapat membuktikan dia tidak bersalah. Undang-undang di Malaysia dah terbalik.

Aku rasa orang yang pertama kena dakwa ialah Matsamankati. Cuba buka blog http://matsamankati.blogspot.com.


Aku mula menggunakan blog matsamankati.blogspot.com tahun 2007, Menjelang jun 2008, blog aku kena suspend dan sejak dari itu tak boleh diakses. Lepas itu aku tak pernah pakai blogspot, sebaliknya menggunakan perakexpress.com, ureka.asia, dan malaysiatimes.my.

Tiba-tiba, blog lama aku hidup balik dan kandungannya semua pro-umno dan anti-PR. Ada orang lain hijack  URL blog tersebut dan menggunakannya seolah-olah blog tersebut aku yang punya.

Ini satu contoh macam mana kalau Umno nak pekena kita.Macam mana kalau depa hijack blog Cenangau, lepas seminggu depa buat posting yang maki hamun Sultan. Buta-buta saja Cenangau jadi orang kedua selepas Matsamankati kena cekup.

Naya la.

Walaubagaimanapun, pindaan ini belum berkuatkuasa lagi. Mintak-mintak Ahli Parlimen Pakatan tolong bawa benda ni dalam Parlimen.

Kalau Parlimen bubar, kita humban saja Umno…tak payah nak berdebat-debat lagi. Kemudian, hapuskan pindaan ini.

Terima kasih Loyarburok.

Wednesday, April 25, 2012

Antara FAM Bangsat, BERSIH Bangsat, SPR Bangsat atau ANDA Sendiri yang BANGSAT..!!!

FAM BANGSAT..!!
Oleh: MSK

Dari kecik aku tak minat bola. Mungkin sebab aku bersekolah sama dengan bintang-bintang hoki negara macam Poon Fook Loke, Foo Keat Seong, Abdul Rahim Hj. Ahmad..jadi semua orang lebih minat hoki dari bola. Malah, Perak lebih banyak menghasilkan bintang-bintang hoki berbanding bola.

Itu dulu. Sekarang mutu hoki kebangsaan sudah jauh merudum.

Walaubagaimanapun, belum ada reformasi dalam hoki. Dan aku tak rasa akan berlaku reform dalam hoki selagi kepala yang paling atas tak berubah. Kalau yang duduk dibawah saja berubah, tapi yang diatas masih lagi mengamalkan cara yang sama, sampai bila ia tak akan berubah.

Dalam bola pun macam tu jugak. Standard bola Malaysia makin lama makin jatuh. Dan aku tak nampak akan berlaku reform dalam bolasepak negara kalau kepala yang diatas masih orang yang sama.

Walaubagaimanapun, aku nampak akan berlaku perubahan dalam bolasepak. Dan perubahan itu bukan datang dari atas…tapi dari bawah.

Kalau dulu, tak ada sapa yang berani mengkritik kepimpinan FAM, sekarang bukan setakat mengkritik, malah sudah ada kumpulan yang berani menentang FAM secara yang lebih brutal. Brutal tu bukan la sampai nak berbunuh-bunuh, tapi kalau dilihat kepada luahan perasaan yang dihamburkan, ianya nampak radikal.

Cuba tengok video dibawah sekali.

Yang menjerit dan menyanyi “FAM bangsat’ itu bukan orang tua..tapi anak muda.

Aku tinggalkan bolasepak..sebab aku bukan kaki bola. Aku kaki politik.

Dalam politik juga, kalau nak mengharapkan perubahan itu datang dari orang tua..ia tak akan berubah. Orang tua hanya mahu mengekalkan kuasa. Yang berani berubah ialah anak muda.

Sejak dua hari lalu, aku sibuk dengan Bersih 3.0. Siang buat persediaan, malam buat promosi. Persediaan tak payah nak cerita kat sini..tapi boleh tengok kat Facebook Bersih 3.0 Perak.

Malam-malam kami round shopping complex sambil promosi Bersih. Yang ni seronok sikit melihat sikap manusia.

Apa yang menarik ialah kempen ini digerakkan oleh anak-anak muda. Yang tua tercengang-cengang malah ramai yang nampak lebih takut dari kami yang memakai baju Bersih.

Ada sorang tu datang mai jumpa aku dan bertanya..”tak salah ke pakai baju ni?”Peeerghh!! nak pakai baju pun takut?

Tengahari semalam, ada sidang media Bersih 3.0 Perak di Ipoh. Lepas PC, aku pi pekena nasi ganja dengan berbaju Bersih. Seronok jugak bila ramai yang datang bertanya.

“Bersih ni haram ke halal?” “Polis tak tangkap ka?” “Kalau kena tangkap, ada loyar datang jamin ka?”
Bila aku cuba buat promo kat satu couple yang muda sikit dari aku, lagi leceh. Banyak sangat soalannya. Dia mahukan macam-macam jaminan.

“You boleh jamin ka polis tak datang buat kacau?”
“You boleh jamin ka kita tak kena tangkap?”
“Kalau kita orang pergi, dapat T-Shirt tak?’
Boleh blah la.

Orang-orang macam ini bukan ejen perubahan. Ini jenis orang yang takut hilang keselesaan. Tolak ketepi dulu.

So, tinggal tiga hari lagi untuk kita menyatakan sesuatu. Bersih adalah salah satu expresi untuk menyatakan ketidakpuasan tentang sistem pilihanraya. Tanpa satu sistem yang telus dan adil, kita tidak akan mampu melakukan perubahan.

Tapi…sebelum kita mahu SPR melakukan perubahan, kita perlu berubah dulu.

Ramai dari kita yang terkongkong oleh ketakutan. Kita terlalu takut dengan benda-benda yang sepatutnya tidak wujud. Kita takut kepada ugutan. Kita takut kepada ancaman. Kita takut kepada amaran.

Mampuih pi semua tu. Hadir ke perhimpunan Bersih adalah satu kewajipan untuk melakukan perubahan. Pihak atasan perlu memahami kehendak dan perasaan rakyat dibawah.

Jangan sampai rakyat menyanyikan lagu “SPR bangsat”.
  • http://mediaperak.com/2012/04/26/fam-bangsat/