Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Nak pilihanraya pun dah kecut dah nampaknya NAJIB nie.. 5X dok ulang benda yang sama jee..!!!

PRU13: Makna bayangan kelima Najib
G MANIMARAN & JAMILAH HAMZAH


ANALISIS – Teka-teki tarikh pilihan raya raya belum ada kesudahan. Spekulasi berterusan. Begitu juga bayangan demi bayangan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak – satu-satunya pemimpin yang ada kuasa dan yang tahu secara mutlak bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu dan akan dipanggil.

Nampaknya semua menarik nafas!

Sekali lagi penganalisis menjadi perhatian.

Beberapa penganalisis politik yang didampingi Sinar Harian Online berpendapat PRU13 akan diadakan Januari 2013 susulan bayangan terbaru – kali kelima dalam tempoh sebulan ini.

Ketika membuat bayangan keempat, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menasihatkan mereka yang menunaikan haji supaya tidak bimbang dengan tarikh PRU13.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Azizudin Mohd Sanim berkata, agak mustahil pilihan raya diadakan tahun ini kerana faktor masa dan belanjawan yang bakal dibentang hujung minggu ini.

Menurutnya, Bajet 2013 akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

“Saya tak fikir PRU akan dibuat tahun ini, kalau hujung tahun pun ia dilihat agak kelam kabut dan saya rasa paling awal PRU, dijangka Januari depan.

“Lagipun pembentangan bajet pada bulan ini banyak yang dirancang kerajaan dalam usaha menarik undi rakyat seperti pemberian bantuan, bonus kepada kakitangan kerajaan dan lain-lain, akan ditunaikan pada awal tahun hadapan dan Perhimpunan Agung Umno yang akan dibuat adalah satu langkah untuk mengatur strategi terakhir untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang besar," katanya.

Bajet 2013 akan diumumkan Jumaat ini.

Kelmarin, Najib menasihatkan jemaah haji, jumlahnya dalam sekitar 28,000 orang, agar menumpukan perhatian terhadap amal ibadat agar dapat melaksanakan segala rukun dan syarat haji serta umrah dengan sempurna.

Dua hari sebelum itu, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan mulai 27 November hingga 1 Disember dan ia akan ditunda sekiranya kerajaan memilih untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu yang sama.

“Mudah sahaja. Sekiranya pilihan raya diadakan, kita tangguhkan Perhimpunan Agung. Tarikh pilihan raya terpulang kepada kita untuk putuskan bila masa yang terbaik. Kita boleh adakan atau tidak adakan, tapi kita akan teruskan seperti biasa," katanya.

Bermakna Najib, yang juga Presiden Umno, masih boleh memanggil PRU13. AGM bukan satu halangan dalam menentukan tarikh PRU.

Pada Sabtu lalu, ketika berada di Johor, Najib memberi bayangan kelima - sokongan yang diperlihatkan oleh ahli-ahli Umno negeri itu memberikan beliau satu bentuk semangat untuk memanggil PRU13.

Nampak gaya, keliru lagi!

Ditanya sama ada penetapan tarikh Perhimpunan Agung Umno akan menyebabkan rakyat terus membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, Najib secara berseloroh berkata, biarlah rakyat membuat spekulasi mengenai perkara itu.

“Saya suka mereka buat spekulasi," katanya.

Ketika era pentadbirannya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering dikaitkan dengan istilah “ilham” apabila spekulasi tarikh PRU muncul.

Wartawan sering bertanya sama ada sudah ada ilham ataupun sebaliknya.

Sementara Najib bermain dengan kata-kata ‘bayangan’, Pas menjangkakan PRU13 akan ditangguh lagi. Kemungkinan sehingga akhir tahun ini atau tahun depan, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Hadi, Pas mengandaikan Pas sudah menetapkan tarikh untuk mengadakan Muktamar Agung Pas pada 24 November ini.

“Kita sudah tetapkan tarikh lebih awal untuk adakan muktamar. Bermakna kita lebih berani berbanding Barisan Nasional untuk pilih November sebagai persidangan,” katanya.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian turut meramalkan pilihan raya kali ini akan diadakan tahun hadapan, antara Januari atau Mac 2013.

Namun tidak mustahil bagi Najib untuk mengadakan PRU tahun ini selewatnya Disember 2012 kerana kuasa sepenuhnya terletak di tangan beliau.

“... kemungkinan besar tahun hadapan, setelah cukup sepenuhnya lima tahun mandat,” katanya.

Tambahnya, pengumuman bajet yang bakal memberi pengaruh besar kepada undi rakyat perlu ditunaikan terlebih dahulu seperti pemberian insentif-insentif berbentuk kewangan kepada rakyat dan Perhimpunan Agung Umno adalah platform terakhir BN untuk mengatur strategi bagi menghadapi PRU13.

Dalam pada itu, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, spekulasi tarikh sebenar PRU13 sering menjadi perbualan rakyat dan ada pihak menjangkakan berlaku musim haji.

Beliau berkata, PRU13 berkemungkinan diadakan November ini setelah jemaah haji pulang ke tanah air, cuma ketika itu negara berisiko menghadapi masalah banjir.

“Mac antara tempoh sesuai untuk PRU13 memandang masa itu adalah cuti sekolah,” katanya.

Ramai meramalkan sidang Parlimen Mac-April lalu sebagai yang terakhir.

Hari ini Parlimen bersidang semula. Mengikut aturan mesyuarat, persidangan akan memakan masa sekitar dua bulan. Paling lama dalam kalendar Parlimen. Ia juga dilabel sebagai ‘sidang bajet’.

Beberapa minggu lalu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub meminta Najib mengambil kira musim peperiksaan dan cuti sekolah jika mahu memanggil PRU13 November ini.

Katanya, musim peperiksaan melihatkan pelajar, guru, dan ibu bapa.

“Jumlah keseluruhan mereka itu besar dan mereka memberi tumpuan ke atas peperiksaan. Jadi, saya berharap Datuk Seri Najib tidak membubarkan Parlimen ketika musim peperiksaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sebelum Pas melahirkan pendirian agar Perdana Menteri melihat aspek musim haji.

Kini sudah jelas tiada PRU13 ketika musim haji. Tidak akan ada PRU13. Musim peperiksaan akan merentasi bulan November. Dan, ia akan disusuli Disember.

Beberapa sumber berkongsi maklumat dengan Sinar Harian Online bahawa semua pihak boleh 'rasa lega’ kerana PRU13 pasti tidak akan berlangusng Disember ini, melainkan keadaan mendesak.

PRU13 - 'ibu' segala pilihan raya umum akan muncul Februari-Mac? Jika begitu, suasana PRU 2004 dan 2008 akan disaksikan lagi kali? Atau Najib akan cuba mengelaknya lagi.

Thursday, July 12, 2012

Kalau dah jadi PM, janganlah jadi kontraktor pula

Oleh Aspan Alias

Isu kontrak LRT Ampang sekarang menjadi isu besar terakhir apabila Najib sekali lagi dikaitkan dengan George Kent Lion Pacific JV yang mendapatkan kontrak itu walaupun pada asalnya syarikat sahabat golf Najib ini tidak layak untuk mendapatkannya.

Syarikat Bealfour Beaty – Invesys Consortium yang sepatutnya mendapatkan kerja ini dengan harga RM1.1 billion telah dinafikan peluang untuk melaksanakan projek itu walaupun pada Januari lepas syarikat ini dikatakan telah memenangi tender untuk perlaksanaan projek infrastruktor raksaksa ini.
 
Tetapi pada 1hb Jun yang lepas syarikat George Kent telah diberikan kerja untuk projek ini dan harganya telah melambung menjadi RM1.8 billion setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengubah keputusan pihak berwajib dan memberikan kontrak itu kepada George Kent, syarikat yang katanya dipunyai oleh rakan golf Perdana Menteri.

Dimana kah letaknya apa yang dikatakan oleh PM untuk mentadbir secara transperan seperti yang dikatakan beliau untuk melakukan transformasi dalam semua bidang kenegaraan?

Jika ini caranya Perdana Menteri membuat keputusan, ini adalah sangat menjijikkan dan mengaibkan nama negara diperingkat antarabangsa kerana isu ini menjadi perhatian khusus dari masyarakat antarabangsa.
Kita hairan kenapalah PM bersifat begini kerana kalau kita dengar retorik ucapan beliau, Najib sedang cuba menunjukkan kepada rakyat yang beliau adalah Perdana Menteri yang bersih dan cekap dan mempunyai nilai kepimpinan yang begitu tinggi.

Pendedahan yang dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, itu amat mengejutkan banyak pihak dan lapuran polis telah dilakukan terhadap Najib. Tetapi nampaknya pihak polis mengambil tindakan untuk menyiasat bagaimana perkara yang ‘classified’ itu boleh terbongkar dan tidak pula berani menyiasat tindakan Najib masuk campur dalam keputusan pemberian tender itu.

Ini merupakan salah satu dari ratusan isu besar dalam pemberian konrak terhadap kroni-kroni pemimpin BN khususnya UMNO dan nampaknya penyakit rasuah dan menyalahgunakan kuasa ini memang sudah tidak boleh diperbaiki lagi kerana ia sudah menjadi budaya dalam kepimpinan negara kita.

Saya juga ingin tahu, agaknya berapa orang Perdana Menteri didunia ini yang selain menjadi Perdana Menteri, mereka juga adalah kontraktor-kontraktor besar seperti PM Najib ini.

Bagaimana hendak memperbaiki pimpinan jika dalam isu pemberian kontrak besar ini melibatkan kehendak ahli politik dan dalam isu ini adalah pemimpin politik tertinggi negara yang juga seorang Perdana Menteri.

Bagi saya Najib sepatutnya hanya menjadi Perdana Menteri dan tidak merangkapkan diri beliau sebagai seorang kontraktor besar. Jika PM sendiri mempunyai kepentingan peribadi dalam pemberian kerja kontrak seperti ini, bagaimanalah kerajaan hendak membina masyarakat perniagaan yang mantap untuk negara.

Najib, saya ulangi, sepatutnya hanya menjadi PM dan cuba elak dari menjadi kontraktor. Jika beliau lebih berminat menjadi kontraktor, beliau patut bersara sebagai Perdana Menteri dan tubuhkan sebuah syarikat pembinaan kelas A dan mempunyai lesen PKK yang sah.

Tidak boleh begini. Perdana Menteri buat tugas Perdana Menteri kerana terlalu banyak isu terhadap pimpinan hari ini. Jangan pula hendak menjadi kontraktor sekali.

Tuesday, June 5, 2012

Malang sungguh PM kita.. buat apa serba tak kena...!!!

Syamila Najman, 05 Jun 2012

KOMENTAR Nampaknya kerajaan BN diterajui Umno terperangkap lagi. Himpunan Jutaan Belia jauh sekali mahu menandingi Bersih 3.0 atau Himpunan Hijau di Alor Setar.

Malang sungguh bukan keberkatan dicari, sebaliknya bala diundang. Bayangkan kos sehingga USD300,000 (RM900,000) semata-mata membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) membuat persembahan pada program tersebut.

Jumlah berkenaan didedah Ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed. Itu belum lagi cerita soal maruah agama yang digadai.

Bagi menutup malu menteri berkaitan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf, seperti dilapor media massa.

Sebelum itu beliau memberitahu kos bagi membayar kumpulan Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss - akan ditanggung penaja, Stadium First Sdn Bhd.

Hari ini semua pihak kecoh. Lagi kecoh di laman Facebook. Walaupun ada yang melatah dengan pembatalan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya sehingga memaksa penganjur memindahkan ceramahnya ke sebuah masjid di Puchong.

Di halaman depan Mingguan Malaysia terpampang dengan gahnya sekeping gambar “jutaan” belia sedang mendengar ungkapan keramat Datuk Seri Najib Razak.

Mereka dilihat membawa bendera negeri masing-masing. Belia dibekal t-shirt bertulis “Saya sayang PM”. Mereka bertanding banner untuk menentukan siapa yang lebih sayang PM.

PM pula memuji sakan. Katanya, inilah belia yang boleh menjadi contoh untuk menjamin masa depan negara.

“Yang sopan, yang berperaturan, dan boleh digantung harap. Belia yang menendang polis bukanlah yang boleh menjamin masa depan negara,” ujar Najib di majlis itu.

Pada awal mungkin ada yang teruja dengan kehadiran belia di himpunan jutaan terbabit apabila media tradisional cuba memberi gambaran kehadirannya seumpama Bersih 3.0.

Sebaliknya tiba-tiba semua orang terkejut besar. Sekeping gambar muncul di Facebook (FB). Kemudian muncul lagi beberapa lagi gambar artis-artis kecil dan mulus dengan pakaian lucah naik ke pentas. Mereka menari ala erotik di hadapan PM kita.

Tarian penuh aksi. Tidak tahulah wasotiyyah mana yang digunapakai Najib di saat itu. Astaghfirullahal azhim. Inilah yang disajikan kerajaan BN kepada belia kita di atas nama IMalaysia.

Satu Malaysia terbeliak mata. Gara-gara FB kerajaan BN jadi kaget. Menteri pun jadi gelabah. Banyak suara termasuk mufti bangkit menyatakan rasa kesal dan jijik.

Jijik kerana kerajaan sanggup menghidangkan menu lucah untuk belia. Tidak cukup dengan sukan lasak, persembahan tarian, artis, drag race, teater Menora, drift, pemilihan pelakon secara terbuka, artis-artis genit dari Korea diundang khas bagi menjamu mata.

Rupa-rupanya kata PM Najib, ia semata-mata demi orang muda. Kalau begitu, benarlah laungan PM, "Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini."

Nampaknya strategi memancing orang muda tidak mengena, bahkan jadi senjata makan tuan. Malang sungguh PM kita semua yang dibuat tidak menjadi.

**(Penulis seorang pelajar sarjana di sebuah institusi pengajian tinggi awam)
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10765-malang-sungguh-pm-kita

Monday, May 28, 2012

Bila PM dan Menteri pun kaki goyang....macamana imam muda tak pening kepala..!!!

menteri pun gecok cam org gila
pm pun selamba rock dok layan dgn big mama






Imam muda kita kecewa dengan perhimpunan jutaan belia 2012..


Saturday, May 26, 2012

Yang Pelakon Porno nak jadi PM nanti ada hangpa kesah..??

Dok Kalut Karpal DAP nak bagi PM Bukan Melayu.. Yang Pelakon Porno nak jadi PM nanti ada hangpa kesah..??



Jawatan Perdana Menteri & Jemaah Menteri diperuntukkan di dlm Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan... Tidak dinyatakan seseorang Perdana Menteri mesti Melayu dan beragana Islam.... Paling utama, utk jd Perdana Menteri, mesti dilantik oleh YDP Agong yg dipercayai dipersetujui oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat!! Tapi jawatan Timbalan Perdana Menteri bkn diperuntukkan oleh Perlembagaan, jd x ada TPM pon x ada masalah...

Perkara 43. Jemaah Menteri.

 (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

(3) Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.

(6) Sebelum seseoraag Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.

(7) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.

(8) (Dimansuhkan).

(9) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota Jemaah Menteri.

[Sumbangan Zul Hazmi]

Monday, April 30, 2012

Akuilah Kita Bukan Maksum

Najib Razak: Jarang tenguk berwajah muram.
Dengan kuasa yang ada kepadanya Ha Najib Razak telah mengarahkan Polis dan semua unit yang diberi tangugngjawab menghalang, memobilisasikan atau membuat provaktif himpunan raksasa terbesar negara Bersih 3.0 buat laporan (post mortem) mengenai apa yang berlaku. Mereka terlibat termasuk KPN, Ismail Omar juga sudah bersiap sedia mengarahkan anak buahnya.
Sebaik selesai himpunan semua unit menjalankan tugas menyiapkan segala macam laporan dan analisa. Asas penting dalam laporan dan analisa dari semua unit-unit itu dan semua jabatan ialah berikan gambaran bahawa kerajaan (Najib) di pihak yang benar. Gambarkan sebanyak-banyaknya bahawa Berih 3.0 - merujuk kepada peserta, penganjur dan parti politik yang mengambil kesempatan darinya adalah salah, salah dan salah tanpa ada sekuman hati anak kuman kurus pun kebenarannya.
Pusingkan perasaan dan jiwa (reverse psikologi) rakyat agar rakyat benci kepada Bersih paling utamanya benci kepada oposisi - bencikan kepada Anwar Ibrahim, benci Nik Abdul Aziz Nik Mat, benci Lim Guan Eng dan lain-lain. Kerja membuat fitnah dan memusingkan fikiran dan hati rakyat (reverse psikologi) sudah pun dimulakan oleh media massa PB, sejak semalam dan beberapa minggu sebelumnya media massa PB telah menjalankan kerjanya provokasi dan propogandanya. Semalam adalah kemuncak kerja mereka yang akan berterusan sehingga ke nafas terakhir.
Seperti yang telah saya catatkan dan andaikan bahawa ada kerjasama jahat (kolobrasi) di antara media dengan unit-unit kerajaan khasnya Polis DiUmno Malaysia. Yang jelas kejadian membalikkan kereta polis, dirakam kemudian diberikan gambaran yang peserta Bersih lakukan, sedang siapa yang melakukan belum dipastikan. Laporan dan analisa mengenai itu masih berbaur benar dan tidak dan sangat mengelirukan. Kereta itu akan dijadikan replika kejatan Bersih 3.0.
Kenap pasti siapa pun angkara kejadian ini?
Mengenai kejadian itu pihak Bersih mengatakan polis yang melakukannya untuk provok himpunan dan memberi gambaran peserta Bersih jahat, rakus dan khianat. Apa yang mereka harapkan kejadian itu dirakam oleh media kemudian diulas dan dianalisa sebaik mungkin sepanjang masa menjelang pilihan raya. Dan itu berhasil namun impaknya belum tentu, rakyat sedang membaca dan sudah pun menghafal segala tektik dan kejahatan Umno.

Bukan itu saja banyak keraguan atas beberapa insiden lain yang berlaku, misalnya insiden motorkar polis kena tendang dan juga acara mengunting gelong dakwai secara profesional kata Mat Sabu, yang bagi saya pasti ia bukan kerja para peserta kerana mereka ke situ dengan satu hajat saja untuk duduh dan bantah. Adapun kenapa mereka 'berbenyei' bertaburan lari lintang pukang apabila polis melepaskan gas pemedih mata, sembur air kemudian mengejar dan membelasah mereka macam membelasah anak kucing kesejukan.

Apakah ketika itu polis sudah berada di tahap psikologinya tertekan seperti kata Najib. Najib berkata peserta Bersih memberi tekanan psikoligi kepada polis.  Rasnaya tidak ada sebiji batu dilontar dan terkena di atas kepala polis, saya lihat ada beberapa yang sudah luruh rambut, licin dan berminyak saja tanpa ada apa-apa gurisan dan benjolan.

Kalau belum ada batu jatuh atas kepala polis, atau kasut melayang ke muka polis, tetapi polis sudah bertindak ganas mengikut SOP kata menterinya, ertinya rendahnya tahap psikologi polis Malaysia? Kalau kerana acahan dengan nyanyian dan syarahan suhu badan polis sudah menggelegak lemah sangatlah mental polis kita. Pondan sangatlah mental dan fizikal polis Malaysia.

Barang kali Hishamuddin perlu meminta peruntukan tambahan bagi memberi kursus pembentukan minda sihat dan fizikal kental anggota polis kita agar mereka tidak mudah menjadi anjing kemabukan yang menyondor apa saja yang ada di hadapan, hatta pembahagi jalan apabila diejek oleh rakyat!
 
Saya percaya laporan dari semua unit yang dibawah kawalan dan pengawasan polis sedang disiapkan. Semua orang bertungkus lumus menyiapkan secepat mungkin kecuali satu dua yang cedera akibat terpukul sesama sendiri selepas tanda di tangan terlucut kerana kegaduhan mengejar para himpunan. Pun begitu kesakitan mereka tidak ada masalah kerana Najib sudah pun melawat mereka di hospital dan mungkin menjanjikan imbuhan atas kerjas baik tetapi kesan sebaliknya yang mereka lakukan.

Laporan yang dikehendaki Najib sudah pun diberi mesejnya, iaitu polis kononnya diasak oleh himpunan. Polis diberikan tekanan saikologi oleh himpunan. Mesej ini untuk menggambarkan polis baik, polis bagus, polis bertimbang rasa dan polis orang, bukan binatang. Itu yang Najib inginkan.
Kejadian ini tidak boleh dimaafkan sebab itu saya adakan kempen CIS.
Cara Najib itu satu helah untuk menghadapi tekanan rakyat ketika itu. Tetapi Najib harus berfikir apakah cara itu menguntungkan atau menambahkan kemarahan rakyat? Tindakan itu tidak profesional dan mencerminkan Najib bukan seorang PM yang mengdahulukan rakyat. Tidak baik bagi Najib mereka-reka cerita untuk mengekalkan kekuasaanya. Kejahatan bagaimana dibungkus dan dibaluti akhirnya ia akan berbau juga. DNA tidak akan berbohong apakah anak yang lahir dari rahim isteri kita anak kita atau anak siapa?

Dalam situasi ini lebih baik Najib mengaku bersalah sahaja. Misalnya tindakan beliau melawat wartawan yang dibelasah polis dan meminta maaf bagi pihak polis baik tidak adil dan bersifat pilih kasih. Langkah Najib itu juga membelakngkan rakyat yang mempunyai kuasa unti sama nilai dengan wartawan itu. Najib tidak sepatutnya melawat hanya wartawan dan polis tetapi mangsa lain juga. Kenapa dia memisahkan status rakyatnya dalam keadaan begitu.

Rakyat lain tentu akan berkecil hati dengan Najib. Mungkin golongan wartawan akan gembira. Tetapi bagaimana dengan rakyat. Wartawan hanya boleh menulis mengikut kehendak Najib - itu belum tentu tertunai. Tetapi rakyat adalah penentu termasuk yang sakit dan terlantar di katil hospital kerana dibelasah polis.

Najib juga memberi tahu pihak polis akan mendedahkan banyak lagi rakaman di sekitar himpunan itu. Iya memang polis ada ribuan rakaman menunjukkan kesadisan rakyat, termasuk mungkin membelasah polis aampai tercabut hidung. Rakaman yang lebih dahsyat dari itu persis meletusnya kota Heroshima dan Nagasaki pun boleh direka cipta. Tetapi seperkara saya nak tanya Najib apakah rakyat yakin dengan segala rakaman itu. Rakyat sudah memahami akan hal rakaman ini. Iya boleh direka dengan seribu daya, otat rakyat bukan sekemetot otak sesetengah menteri.

Itu rakaman mengenai video Anwar Ibrahim kononnya sedang menyundal pelacur, sepatutnya sudah cukup untuk menghancurkan kerjayaan Anwar dan partinya. Video itu ditayang siang malam macam tayangan perdana di tv. Tidak cukup itu semua golongan masyarakat dan pemimpin termasuk imam dan mufti dihantar video berkenaan.

Gara-gara video songsang itu rakyat seluruh Malaysia seharusnya sudah meninggalkan perjuangan Anwar. Ceramah Anwar sepatutnya tidak ramai, seperti ceramah Perkasa(m) dan Ngo beras kampit. Sepatutnya begitu? Tetapi apa hakikatnya semua ceramah Anwar didatangi ribuan manusia malahan ada mencecah puluhan ribu. Natijahnya juga kenapa, sebab terlalu banyak dan terlalu besar kepalsuan yang dibuat Umno. Cis...

Orang tidak percaya kepada rakaman video begitu. Rakyat sudah lali dan mangli dengan penipuan UBN. UBN meniupu sejak dari dalam kandungan sampai ke liang lahad? Aduh. Cis lagi sekali.
Mereka duduk dan bantah dengan laung bersih...bersih..
Saya mengira tektik hendak mengabui dan mempengaruhi otak rakyat dengan bentuk-bentuk rakaman aksi provokasi begitu tidak akan menguntungkan UBN. Rakyat tidak akan berubah dan berganjak dari rasa marah dan bencinya. Iya apabila kebencian sudah tertam kemas di hati maka yang akan tumbuh membesar dan melebar pokok pemberontakan. Bersih 3.0 itu adalah tunas pemberontakan! Kalau Najib gagal membendung dan membantutkannya api pemberontakan akan menyala dan menyelar hangus UBN.

Kalau saya jadi Najib (harap tidak jadi seperti Najib hari ini), saya bukan memohon maaf kepada wartawan, tetapi memohon kepada semua mangsa akibat Bersih itu. Najib haus gentlemen di dalam hal ini. Beliau harus mengeluarkan kenyataan di tv memohon maaf kepada semua terlibat dan mendapat kelukaan dan kecederaan. Beliau boleh opologitik, bahawa kejadian itu bukan atas kehendak kerajaan tetapi pilihan rakyat sendiri. Justeru dalam soal ini kerajaan tidak boleh diperslaahkan. Kalau itu bahasa dan tatabudi luhur Najib dia akan dihormati setinggi penghormatan masyarakat India kepada Mathama Ghandi.

Dengan menuduh orang itu perlu bertangungjawab orang ini perlu mengambil risiko sedangkan kita sebagai ketua dan kepala kerajaan rasa tidak bersalah dan maksum adalah sangat 'domba' dan 'gumba' sekali. (Bahasa apeh ni) Najib tidak boleh anggap selamanya dan semua tindakan dan aksinya berada dalam keadaan betul dan benar, kerana fitrah manusia itu sendiri comot dan kotor. Manusia lahir dari segumpal darah yang hanyir dan busuk, (lebih busuk dari jubah ulamak janggut serabut) ditiupkan roh (Muhamamd) kemudian keluar untuk menjadi khalifah. Najib kena faham ini dan kena belajar ini. Islam itu bukan setakat syariat, tariqat dan hakikat saja tetapi kena makrifat.

Saya berkeyakinan jikalau Najib bersikap gentlemen turut sama mengambil risiko dan mengaku kesalahaan rakyat akan bersimpati kepadanya. Mungkin kalau tidak separuh yang berhimpun eeramai 250,000 itu menyokong UBN, tetapi sesuku (80,000) akan menyokong UBN. Jib... tidak akan hilang bisa ular kalau pun menyusur seribu akar. Tidak menjadi masin ikan di laut walaupun berkurum bertapa di samudra. [wm.kl.12;07 t/hari 30/04/12]

Monday, March 19, 2012

PM cuba mesra mahasiswa, Ahmad Said ?

Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat terkilan dengan tindakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menarik balik membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) ke atas 6 pelajar lelaki setelah didapati terlibat dalam demostrasi BERSIH 2.0 di Mesir.

Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan yang bercanggah dengan pendekatan yang dibuat oleh Dato' Seri Najib yang cuba mesra mahasiswa dengan merombak semula Akta Universiti dan Kolej Universiti. Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat pembatalan bantuan ke atas mahasiswa terbabit adalah hasil daripada semangat AUKU di dalam diri Menteri Besar Terengganu yang cuba mengawal mahasiswa agar menjadi "pak turut" beliau sahaja.

Sekiranya indikator pembatalan bantuan oleh Menteri Besar Terengganu itu ke atas 6 pelajar tadi hanya kerana mereka memakai pakaian kuning dan memegang bendera Terengganu, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan ianya sebagai satu agenda politik daripada Menteri Besar Terengganu untuk mencantas mahasiswa luar negara daripada memiliki pemikiran yang berkembang maju.

Ternyata sebagai seorang Menteri Besar, beliau tidak mampu untuk berfikir sebagai seorang pentadbir dan pemerintah. Beliau mendakwa himpunan pelajar tersebut adalah bermotifkan politik sedangkan pelajar-pelajar terbabit berkumpul hanya demi untuk memastikan negara yang bakal mereka curahkan bakti dan suci dan bersih dari segala kekotoran rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan kepada Datuk Seri Ahmad Said supaya jangan hanya pandai menjadi kerajaan yang hanya tahu meminta itu dan ini daripada mahasiswa tetapi tidak pula pandai menjadi pendengar kepada nasihat dan cadangan mereka. Jangan hanya tahu menyuruh mereka pulang berkhidmat tetapi apabila mereka lontarkan pandangan, pandangan tersebut dibakul sampahkan tanpa dinilai baik dan buruknya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah tindakan Datuk Seri Ahmad Said ke atas 6 mahasiswa ini. Tindakan kuno yang bersifat autokrasi yang menggunakan kuasa supaya mereka patuh dan buat apa sahaja yang diinginkan ini perlu dibanteras. Cara-cara seperti ini tidak lagi akan menghalang kebangkitan anak muda untuk membubar kerajaan korup UMNO-BN.

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia DPPM sedia menawarkan khidmat guaman kepada 6 mahasiswa yang dianiyai oleh Menteri Besar mereka. Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan, inilah salah satu bukti yang menyatakan bahawa kerajaan UMNO-BN gentar dan takut menghadapi suara kebenaran anak muda. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sekalian anak muda agar terus bangkit dan mendesak sehingga kerajaan korup UMNO-BN ini dapat ditumbangkan dalam PRU 13.


Disediakan oleh ;
Dr Raja Ahmad al-Hiss
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Thursday, March 15, 2012

PM perabih wang... nak bertunang pun dah buang RM408K... Kahwin nanti lagu mana pun tak tau..???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgm33z2qBfYcomIJpjmGfqS3WpkCsjdA0yBe50zkX836wTXgVQ-5KPGem_js-HBYDYyqAqfGLK0LbkMr_lzEKui4_R61DfQBKMrtiodW65RR4wBHtxCv7rsRfjsv1_FVcIPsNhp584R-yA/s1600/1.jpg
Itulah perkara pertama yang terlintas dalam pemikiran Tulang Besi. Apabila angka RM408k dilayangkan kepada umum berkaitan dengan majlis pertunangan anak PM itu, Tulang Besi seperti tidak boleh percaya.

Dalam keadaan majoriti rakyat hidup dalam kesempitan, berebut2 pembayaran RM500 BRIM serta terpaksa mencatu makanan, PM sendiri boleh bermewah-mewah di dalam menyambut majlis pertungangan anak beliau.

Juga, sehingga hari ini tiada satu pun bukti dokumentasi yang membuktikan majlis tersebut TIDAK DIBAYAR oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO). Yang ada hanyalah kenyataan2 umum menafikan majlis tersebut tidak dibayar oleh PMO namun tiada satu bukti yang dibawa keluar.

Sepatutnya dalam keadaan majoriti rakyat hidup dalam kesempitan, PM mesti mengorak langkah proaktif untuk hidup sederhana bersama-sama dengan rakyat. Itu tandanya PM adalah seorang yang berjiwa rakyat.

Tulang Besi merasakan khabar kos majlis PM ini sangat2 menyebak hati. Bayangkan ramai anak2 muda tidak boleh membeli rumah kerana pendapatan mereka terlampau rendah. Pihak bank pula menolak semua permohonan mereka kerana walaupun ada pinjaman 100% namun pendapatan rakyat terlampau rendah untuk layak mendapat pinjaman 100% itu.

Tak taulah kalau Najib menang besar kelak, apa lagi yang akan berlaku kepada rakyat Malaysia

Tulang Besi

Thursday, November 10, 2011

Kisah tiga Perdana Menteri: Tak hairanlah Malaysia akan bankrap!

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang berwawasan yang telah berusaha membangunkan Malaysia berdasarkan 'nasionalisme korporat' dengan cara bertentangan dan paksaan demi mencapai status negara perindustrian yang berkeinginan untuk masuk dalam senarai negara-negara maju OECD menjelang tahun 2020.

Sekarang diusia 85 tahun, Mahathir telah memperolehi pencapaian yang besar dan telah menetapkan tanda aras yang tinggi. Walaubagaimanapun, beliau juga gagalan dalam beberapa aspek. Secara keseluruhannya, sewaktu beliau bersara, keadaan masih baik walaupun pelan sosial yang beliau bina melalui Dasar Ekonomi Baru adalah telah berjaya mengasingkan orang Melayu hampir sepenuhnya daripada kaum-kaum lain.

Kisah kejayaan Mahathir berhenti pada tahun 2003 apabila beliau secara tiba-tiba menyerahkan tampuk kepimpinan kepada timbalannya Abdullah Badawi. Ia kemudiannya membawa kepada permulaan masalah.

Badawi menyelit masuk dan keluar, tiada pencapaian konkrit

Badawi tidak dapat masuk ke dalam acuan yang ditinggalkan oleh Mahathir dan dia juga telah mengabaikan semua amaran awal. Badawi telah hilang dalam dunianya sendiri tanpa memahami apa sebenarnya yang berlaku dalam negara ini sama ada dari segi ekonomi, kewangan, sosial atau politik. Beliau menyerah semuanya kepada "orang-orang bodoh di tingkat empat" yang diketuai oleh menantunya Khairy Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai Perdana Menteri de-facto termuda di negara ini.

Badawi hanyalah alat bersuara dan apabila ditinggalkan sendirian, beliau akan meraba-raba dan tergagap-gagap menjawab soalan mudah yang diajukan kepadanya oleh wartawan. Satu contoh klasik adalah jawapan beliau mengenai hutang RM150 juta Ketua Menteri Sabah Osu Sukam di sebuah kasino di UK. Walaupun berkemungkinan jumlah itu adalah tidak logik, Abdullah Badawi terus bergegas mengutuk Osu tanpa memeriksa fakta sebenar. Beliau mengatakan bahawa jika akhbar berkata demikian, maka ia pasti benar.

Walaupun sebagai seorang pemimpin veteran, Abdullah Badawi bukanlah seorang ahli politik dalam erti kata sebenar dan tidak mampu memimpin negara melalui zaman kegelapan. Pengkritik beliau yang ramai yang membenci beliau disebabkan Khairy, mendakwa bahawa Badawi bukan seorang pentadbir yang baik - dia hanyalah seorang penjaga yang teruk!

Mahathir marah apabila Badawi memansuhkan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura, menyebabkan kerajaan BN terpaksa membayar kira-kira RM115 juta pampasan kepada pemegang konsesi. Ini merupakan episod terakhir pemerintahan beliau yang teruk itu. Mahathir membuat kesimpulan bahawa Abdullah bukan sahaja tidak layak untuk jawatan itu tetapi menjadikan misinya untuk menendang keluar Abdullah Badawi.

Najib juga tidak melakukan apa-apa yang konkrit-dibawa masuk dan menunggu masa untuk dibuang

Dalam masa yang sama, tiada peningkatan dalam ekonomi, namun kos untuk segala-galanya meningkat dan kerajaan tidak dapat memenuhi keperluan itu. Apabila Najib Tun Razak mengambil alih daripada Abdullah Badawi pada tahun 2009, beliau tidak mempunyai pilihan tetapi untuk terus meminjam. Kerajaan telah meminjam sebelum ini tetapi kini, ia benar-benar dalam keadaan terdesak. Oleh itu, hutang negara telah meningkat kepada RM407 bilion (angka 2010).

Masalah dengan Najib adalah beliau sudah pun banyak bebanan. Beliau mempunyai skandal peribadi, pembaziran dan gaya hidup mewah, isu-isu yang melibatkan saudara-mara beliau dan yang paling dasyhat adalah isteri beliau yang dikatakan campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.

Cara Rosmah yang berlebih-lebihan telah menarik perhatian dan memberikan tanggapan buruk orang awam dan akhir-akhir ini anak beliau sendiri (bersama isteri pertamanya), Mohd Nazifuddin, juga menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan syarikat pembalakan.

Setakat ini, segala-galanya yang Najib telah cadangkan dan cuba laksanakan tidak berhasil seperti yang dirancangkan. Mungkin kerana kekangan kewangan. Apapun, beliau hendaklah fokus dan cuba memikirkan cara terbaik untuk mengeluarkan Malaysia daripada belenggu ini. Tetapi Najib tidak melakukannya. Beliau memilih untuk melarikan diri melalui perjalanan luar negara yang mahal yang telah menambahkan lagi beban kewangan negara.

Pentadbiran beliau telah diburukkan lagi oleh skandal Khir Toyo, Liwat II, BERSIH 2.0, kematian SPRM, kekejaman dan ketidakcekapan pihak polis, kemerosotan UMNO, kejatuhan Gerakan, MIC dan MCA. Hutang RM407 billion negara dan laporan Ketua Audit Negara ke atas perbelanjaan kerajaan yang tidak bertanggungjawab pada tahun 2010 telah membuka Peti Pandora BN dan Malaysia sepeti sudah tidak bermaya lagi untuk menghadapinya.

Pendek kata, Najib tidak mampu untuk memberi tumpuan kepada pengurusan, pembangunan, ekonomi dan kewangan negara. Berita mengenai pinjaman besar-besaran RM6 bilion yang diberikan oleh KWSP kepada FELDA telah tersebar, walaupun FELDA sering dihebahkan sebagai sebuah entity penjana wang dan kaya tunai. Mengapa harus meminjam dengan begitu banyak apabila tidak ada pelan pelaburan yang setimpal direncanakan?

Malah syarikat minyak nasional Petronas terpaksa menerbitkan bon untuk pembangunan modal. Ia kelihatan seperti mengalami kegelinciran disebabkan Umno dan BN tidak dapat melepaskan diri daripada peminjaman yang berterusan dan perbelanjaan melampau.

Kelihatan seakan-akan Umno-BN akhirnya akan terpaksa mengemis untuk memenuhi keperluan kewangan. Ia telah meminjam dan "mencuri" dari Petronas. Seterusnya ia akan merompak KWSP. Sesungguhnya, Malaysia adalah ibarat sebuah badan korporat yang berada diambang kebankrapan!

Malaysia Chronicle

Saturday, August 20, 2011

Najib atau Muhyiddin, siapa arah siapa?

PM menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.



Suatu ketika, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak apabila dengan tidak semena-mena beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).

Tujuan dibentuk PSC ialah bagi mendapatkan persetujuan semua pihak, kerajaan dan pembangkang, ke atas reformasi dalam pilihan raya sebagai mengambil jalan tengah berikutan tuntutan lapan perkara yang diterajui oleh Bersih 2.0.

Tetapi pada ketika yang lain, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau mengendurkan pandangannya dengan menyatakan tidak ada cacat celanya dengan sistem pilihan raya dewasa ini. Beliau hanya mencadangkan ditubuhkan PSC memandangkan beberapa pihak menuntut dibuat perubahan dalam sistem itu.

Sikap berdolak dalih yang sering berlaku daripada Najib, tidak sepatutnya menimbulkan kehairanan. Najib tidak akan berkata demikian jika timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengannya dengan menyatakan pilihan raya di Malaysia sentiasa berjalan dengan baik.

Cadangan PSC oleh Perdana Menteri itu kata Muhyiddin, hanyalah untuk memperbaiki proses pilihan raya. Kenyataan terbuka Muhyiddin pada 16 Ogos lalu, datang sehari sebelumnya, merupakan suatu tamparan yang hebat kepada Najib.

Langkah berani reformasi pilihan raya



Beliau nampak ikhlas apabila mengumumkan cadangan PSC itu pada 15 Ogos, apabila beliau berkata:

“Jawatankuasa itu akan berbincang mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya yang perlu dilaksanakan bagi mencapai persetujuan yang tidak berat sebelah tanpa apa-apa keraguan bahwa wujudnya manipulasi daripada pihak kerajaan.”

Najib juga menekankan bahawa pentadbirannya tidak akan dibentuk kecuali benar-benar dipilih oleh rakyat.

Kenyataan-kenyataan ini bermakna beliau mengakui terdapatnya kelemahan dalam struktur pilihan raya dan kepincangan ini sudah cukup untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Dan keazaman Najib untuk mendapatkan persetujuan dan memerintah hanya jika “benar-benar dipilih oleh rakyat” merupakan manifestasi dari keinginan untuk memperbetulkan kesilapan yang sudah sekian lama menunggu untuk diperbaiki.

Dalam menghadapi keberanian usaha untuk memberi sedikit nafas lega kepada sistem demokrasi di negara ini yang dapat diterima oleh seluruh rakyat, kenyataan Muhyiddin yang bercanggah dengan bosnya memeranjatkan banyak pihak.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila Najib membuat pusingan U supaya selari dengan pandangan timbalannya apabila beliau mengulangi kenyataan Muhyiddin bahawa sistem pilihan raya kita adalah telus dan boleh dipercayai.

Bercakap pada satu majlis berbuka puasa pada 17 Ogos lalu, Najib menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.

Seterusnya beliau berkata, “kita akan memperbaiki proses pilihan raya, jika ianya dipertikaikan. Kita tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan hati setengah-tengah pihak, kita akan laksanakan beberapa perubahan dalam sistem itu.”

Kenyataan yang tidak bertenaga ini tidak layak buat seorang Perdana Menteri. Jika tidak ada kesilapan, mengapa perlu diubah?

Membuat perubahan hanya kerana ada orang membuat aduan? Tidakkah Perdana Menteri mempunyai pendirian dan pegangannya sendiri?

Membentuk sebuah PSC adalah perkara serius yang berlaku apabila timbul perkara-perkara yang tersangat penting yang perlu di bahas secara terperinci di Parlimen.

Adalah suatu tindakan yang dangkal apabila Perdana Menteri mencadangkan jalan penyelesaian seperti itu dibuat terhadap aduan-aduan berkenaan dengan sistem pilihan raya, yang menurut pendapatnya adalah baik.

Sudah pasti seorang Perdana Menteri tidak bermaksud seperti apa yang beliau katakan – membentuk PSC semata-mata untuk menutup mulut para pengkritik.

Terpaksa membuat pusingan U

Dalam hal ini, tidakkah jelas bahawa Perdana Menteri tunduk kepada pendirian Timbalan Perdana Menteri yang bersikap tegas?

Mengimbas kembali pentadbiran selama dua tahun Najib, tidak dapat tidak kita melihat permulaannya agak gah tetapi sedikit demi sedikit berakhir dengan lemah dan pendiriannya yang teragak-agak, sama seperti perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh Najib kelihatan betul, reformasi politik di bawah panji-panji 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat dan transformasi ekonomi melalui menggugurkan perlindungan dan bantuan yang berasaskan bangsa bagi memulihkan ekonomi.

Tetapi beberapa siri kenyataan yang bersifat sombong dan degil daripada kalangan anggota partinya (Umno) sendiri telah membawa kepada transformasi hanya berbentuk slogan semata-mata.

Ditengah-tengah kekecewaan ini, sikap Najib yang secara tiba-tiba mahu membuat perubahan dalam pilihan raya dilihat sebagai langkah strategik untuk meraih kembali keyakinan dari golongan masyarakat menengah.

Beliau bimbang kehilangan sokongan dari golongan masyarakat ini memandangkan beliau telah memberi amaran keras terhadap gerakan Bersih 2.0 terutamanya, dan kekejaman dan ketidakadilan semasa menangani isu perhimpunan Bersih.

Namun masih belum terlambat, jika Najib dapat menggunakan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri bagi membawa perubahan yang bermakna dalam sistem pilhan raya yang telah kehilangan kredibilitinya.

Kuasa PM

Tambalan pula, seorang Perdana Menteri diberi kuasa penuh oleh Perlembagaan untuk melantik atau menggugurkan anggota kabinetnya.

Sebarang usaha ke arah memulihkan perlembagaan sudah pasti akan disokong dan mendapat sokongan daripada bukan sahaja mereka yang berfikiran waras dalam partinya tetapi juga sokongan dari golongan lain termasuk ahli-ahli pembangkang.

Memperbetulkan kesalahan-kesalahan dalam sistem pilihan raya tidak semestinya menjejaskan partinya, tetapi kesan penerimaan baik dan penghormatan yang terhasil dari tindakan ini (yang tentunya berupa undi), lebih dari cukup untuk menggantikan undi yang hilang.

Di samping itu, menang atau kalah, Najib akan menerima kedudukan yang mulia dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Perdana

Menteri yang telah berjasa kerana memulihkan demokrasi dan sistem pilihan raya bagi rakyatnya.

Beliau masih mempunyai masa dua tahun sebelum pilihan raya mencapai tarikh luput pada pertengahan 2013.

Kenapa Najib harus menolak peluang untuk berkhidmat secara saksama dengan menganjurkan pilihan raya yang tergesa-gesa, tidak adil dan manipulasi serta akan menanggung risiko kehilangan segala-galanya; dirinya, partinya dan rakyatnya?

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/20/najib-atau-muhyiddin-siapa-arah-siapa/

Sunday, July 10, 2011

Majority senyap Masyarakat Siber Minta Najib Berundur...

Ramai pemerhati berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sedang beradaan di dalam keadaan tertekan dengan kejayaan penganjur BERSIH mengadakan perhimpunan aman di tengah bandar Kuala Lumpur.

Najib semalam menggesa "majoriti senyap" di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber.

Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.

Tiba-tiba gesaan beliau disambut dengan satu laman facebook bertajuk "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 orang meminta Najib Tun Razak Letak Jawatan).



Didalam masa tidak sampai 10 jam, angka 100,000 itu dicapai dan lawatan pagi ke laman facebook tersebut mendapati angkanya sudah melepas 100K, iaitu 101,093

Gesaan Najib menjadi kenyataan tetapi malangnya kini ia bertentangan dengan apa yang dihajatkan.

Tindakan Najib mengumpul hampir 6,000 orang ahli Umno dan NGO di PWTC pagi semalam di PWTC dilihat adalah semata-mata untuk "memulihkan semangatnya" kembali apabila polis dilihat GAGAL menghalang perhimpunan BERSIH daripada berlaku.

Walaupun penganjur BERSIH telah ditipu oleh Najib dengan menyatakaan kesediaan kerajaan untuk menyediakan stadium jika penganjur BERSIH ingin meneruskan perhimpunan, tetapi kemudian apabila penganjur BERSIH bersetuju setelah menerima nasih Agong, Najib kemudiannya gagal menyempurnakan janjikan, menyebabkan peserta-peserta tiada pilihan lain kecuali ke stadium juga.

Pun mereka dihalang, dengan polis menutup sekalian laluan masuk ke ibu kota. Keadaan ibu kota di pagi 9 Julai lengang selengang-lengangnya seolah-olah KL di ambang perang, KL seperti dalam keadaan darurat. Seolah-olah perhimpunan aman BERSIH tidak lansung akan berlaku di ibu kota.

Tiba-tiba selepas sahaja waktu zohor, muncul peserta BERSIH ini entah dari mana datangnya dan di mana mereka menyorok sebelumnya. Polis tiba-tiba tersentak. Akhbar BERITA HARIAN di dalam satu tulisan utamanya menyatakan semalam:

Penyokong perhimpunan haram BERSIH 2.0 muncul dari pelbagai arah sekitar ibu negara semalam tanpa diketahui lokasi sebenar mereka bersembunyi, sekali gus menyebabkan keadaan sekitar kawasan utama menjadi tegang.

Demikianlah episod BERSIH bermula.

Rakyat walau dikekang bagaimanapun, mereka akan tetap bersatu di dalam satu arus akhirnya.

Perhimpunan rakyat yang pada mulanya senyap-senyap dan berjalan dengan tenang dan aman, tiba-tiba dihuru-harakan oleh polis FRU yang megejar, membelasah, menembak, mengganas, menangkap peserta perhimpunan aman. Maka hancur semua ketenangan dan keamanan, yang timbul ialah kekecohan dan kekacauan.

Yang paling menghodohkan keadaan ialah tembakan gas pemedih mata, apa tah lagi di kawasan perkarangan sebuah hospital swasta.

Dan tangkapan ke atas beberapa pemimpin BERSIH dan Pakatan Rakyat, sekaligus menconteng arang kepada nama baik Malaysia di mata antarabangsa.

Seperti yang GB tuliskan sebelum ini, siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat.

Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

http://greenboc.blogspot.com

Monday, July 4, 2011

Najib & BERSIH 2.0 : Di sebalik titah TUANKU...

Najib: Abdullah kedua atau Mahathir kedua?

Perkembangan terkini senario politik tanahair jika ditafsir dengan istilah positif, akan berbunyi "ketegangan diredakan"; dan mungkin untuk mereka yang sudah bertekad untuk turun ke perhimpunan BERSIH 2.0 pada hujung minggu ini, akan mengeluh "anti-klimaks".

Antara perkembangan yang penting adalah titah khas Yang di-Pertuan Agong yang dikeluarkan Istana Negara semalam, diikuti dengan cadangan yang diulangi Perdana Menteri Najib Razak pada pagi ini, yang menawarkan stadium sebagai pengganti jalan raya untuk perhimpunan. Terkini, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan memohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, dan bersedia membatalkan perhimpunan pada 9 Julai, seandainya dinasihat untuk berbuat demikian.

Apa yang tersirat di sebalik Titah Khas

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, sesungguhnya akan ditafsir dengan pelbagai perspektif, dari perhitungan kepentingan masing-masing. Namun demikian, seandainya teks penuh Titah Khas (dilampirkan di bawah) diteliti, akan didapati bahawa YDPA tidak menggunakan istilah HARAM, sama ada ketika menggelar BERSIH, mahupun perhimpunan tersebut. Sebaliknya, YDPA menggunakan istilah "Kumpulan Bersih", dan "perarakan dan perhimpunan beramai-ramai". Lebih penting, dalam perenggan ketiga terakhir, baginda bertitah, "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik."

Ini penting dalam konteks di mana Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein telah mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram mulai 1 Julai 2011, malah polis sejak awal lagi telah mengumumkan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 adalah perhimpunan haram.

Lebih-lebih lagi, YDPA langsung tidak menyentuh tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap BERSIH sepanjang dua minggu ini, termasuk resapan komunisme dalam gerakan itu, niat untuk memerangi YDPA, wujud anasir asing, muslihat pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan sebagainya.

Sebaliknya, ketika menyeru kepada pihak BERSIH, YDPA bertitah, "...keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara."

Sementara itu, Baginda menyeru kepada "pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun."

Istilah "adil" digunakan, yang mana jika diteliti dalam konteks tuntutan "pilihan raya yang bersih dan adil", amat memberi makna.

Dilema Najib

Apakah perkembangan ini melembutkan sikap Najib Razak, yang masih berkeras dengan kenyataan "Ambiga jangan fikir kuat" pada 2 Julai, kepada cadangan "Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul", pagi tadi?

Untuk Najib Razak (gambar kiri), perhimpunan BERSIH 2.0 wajib dipatahkan untuk mengelakkan "tsunami politik" pada 8 Mac 2008 berulang. Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 dikatakan sebagai punca utama yang menyebabkan kekalahan UMNO-BN dalam PRU-12 - hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen, di samping empat kerajaan negeri bertukar tangan, dan Kelantan kekal dalam genggaman PAS.

Namun demikian, tindakan terlalu keras yang digunakan untuk menekan gerakan BERSIH mencungkil lebih ketidakpuasan, daripada ketakutan. Ia semestinya mencalar imej kerajaan Najib Razak, apabila orang awam ditangkap sewenang-wenangnya hanya kerana berpakaian "kuning". Kezaliman itu seolah-olah sampai ke tahap "langsung tidak masuk akal".

Dan Najib tersepit di antara dilema ini. Seandainya perhimpunan BERSIH 2.0 gagal disekat, beliau akan dilihat sebagai "Abdullah Ahmad Badawi kedua" dalam UMNO, yang akhirnya berundur. Sekiranya kerajaan BN memberi reaksi yang dilihat mencapai tahap "kegilaan" di persimpangan "transformasi" ini, beliau akan dilihat sebagai "Mahathir Mohamad kedua", yang terkenal dengan simbol "zalim" dan "kuku besi".

Langkah seterus BERSIH...

Untuk BERSIH 2.0 pula, pimpinannya terpaksa membuat keputusan di bawah tekanan-tekanan tertentu. Kesediaan untuk mengadap YDPA mungkin sebagai langkah BERSIH untuk menyanggah tuduhan "memerangi YDPA". Seandainya YDPA bersetuju untuk membuka pintu istana, maka UMNO-BN, bersama polis yang menurut perintahnya, bakal menerima tamparan kerana dengan angkuh menutup pintu rundingan bersama BERSIH sebelum ini. Bagaimanapun, seandainya BERSIH dinasihatkan untuk membatalkan perhimpunan ini, dan pimpinannya akur, maka mereka mungkin berdepan dengan suara berbeza yang bakal timbul dalam gerakan ini.

Senario kedua adalah seandainya YDPA menyerah kepada kerajaan Najib untuk menyelesaikan isu ini, maka Najib yang telah menutup pintu rundingan sebelum ini, terpaksa menjilat ludah sendiri. Dan jika ini berlaku, ia mungkin ditafsirkan sebagai YDPA tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Najib menangani isu tersebut sebelum ini.

Senario ketiga, seandainya Najib enggan membuka pintu rundingan - bukankah BERSIH mempunyai alasan yang kukuh untuk meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai 2011?

Teks penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (pada malam 3 Julai 2011)

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

*Lim Hong Siang ialah Editor Merdekareview, edisi bahasa Malaysia.

PM kata nak buat BERSIH 2.0 di stadium dia sedia benarkan.. Amacam geng BERSIH 2.0..???

Najib: Kami sedia benarkan Himpunan Bersih di stadium

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersedia untuk membenarkan Himpunan Bersih 2.0 jika ia diadakan di stadium.

“Ini satu peringatan sebelum terlambat. Jika mereka mahu menyerahkan memorandum dan sebagainya, mereka boleh menunjukkan dengan cara demokrasi dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Kami bersedia menyediakan mereka satu stadium bagi mereka untuk berhimpun tetapi mereka pilih jalan untuk protes. Kerajaan tidak menentang mereka berhimpun di stadium dari pagi sehingga malam. Jangan buat protes jalan kerana ia berisiko kepada negara,” kata beliau.

“Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan... mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan.

“Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia boleh mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara,” katanya dipetik Bernama Online.

Najib (gambar) berkata jika matlamat perhimpunan haram itu adalah untuk memperbetulkan sistem pilihan raya di negara ini, kenapa Barisan Nasional (BN) tewas di lima buah negeri pada pilihan raya umum 2008.

Perdana Menteri menjelaskan keadaan itu menunjukkan bahawa sistem pilihan raya yang diadakan di negara ini adalah bebas dan adil.

Malah, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sanggup mengkaji dengan melakukan penambahbaikan, termasuk akan memperkenalkan sistem biometrik bagi memastikan sistem pilihan raya di negara ini, berjalan dengan adil.

“Tetapi yang anehnya bila dah menang... sunyi sepi, tiada cerita pengundi hantu. Tiba-tiba bila rasa dah dekat, timbul balik. Ini jenis hantu, ada masa timbul, ada masa dia hilang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Najib mengingatkan rakyat supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh merosakkan atau menghancurkan apa yang dibina dan dibangunkan selama ini.

Perdana Menteri berkata rancangan mengadakan perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan oleh pihak berkepentingan pada 9 Julai ini, bukannya cara yang baik dalam mencari penyelesaian.

“Ini semua (perhimpunan haram) sebenarnya bukan tujuannya untuk memperbetulkan sangat sistem yang ada tetapi bermotifkan politik untuk mendapatkan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.

“Melalui demonstrasi jalanan... dan jika berlaku, banyak orang akan tumpang semangkuk. Tidak ada jaminan bahawa segala-galanya boleh berlaku dengan aman.

“Kalau ada orang suka kepada rusuhan dan kekacauan, dia akan tumpang sekaki dan akan berlaku keadaan yang kita hendak elakkan,” katanya

Najib berkata sebenarnya ada pendekatan lain untuk menangani sesuatu isu itu dan jangan melakukannya kerana dipengaruhi oleh emosi.

Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat supaya mendengar nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang bimbang bahawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan dengan mengadakan perhimpunan haram itu.

“Saya harap, kita beringat dan sedar bahawa tanggungjawab kita menjaga masa depan negara... jaga masa depan anak-anak dan kelangsungan Malaysia, negara kita yang tercinta,” katanya.

Najib berkata sejak merdeka, Malaysia telah membangun menjadi sebuah negara berjaya berasaskan kepada lima sendi atau prinsip iaitu keharmonian hubungan kaum, kestabilan politik, mengamalkan sistem pasaran terbuka, meletakkan perlembagaan dan undang-undang negara di tempat yang tertinggi serta memperkenalkan dasar-dasar yang pasti dilaksanakan.

Friday, July 1, 2011

Najib dan isteri gempur Kelantan hari ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kelantan dalam lawatan kerja sehari ke negeri itu.

Najib dan isteri yang menaiki pesawat khas tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu pada 9.40 pagi dengan disambut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Awang Adek Hussin, beberapa pemimpin komponen BN dan ketua-ketua jabatan persekutuan.

rosmah and najib bakti event 070709 05Lawatan Perdana Menteri kali ini untuk menghadiri beberapa program bersama rakyat membabitkan daerah Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.

Beliau akan memulakan program pertamanya dengan mengadakan perjumpaan bersama jawatankuasa penyelaras BN Kelantan di Pejabat Umno Bahagian Pasir Puteh sebelum membuat 'tinjauan mesra' di Stesen Kereta Sewa dan Pasar Besar Pasir Puteh.

Perdana Menteri akan merasmikan majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Puteh sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Pulau Lima di Pasir Puteh.

Perdana Menteri kemudian ke daerah Machang bagi menghadiri Program Jiwa Murni disusuli majlis Perjumpaan Bersama Rakyat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang.

Najib juga dijadualkan menghadiri majlis perjumpaan dengan rakan-rakan Facebook di Hotel Renaissance di sini selepas itu.

Rosmah pula mempunyai acara berasingan dengan menghadiri program 'Apa Khabar Anak Permata' di Pusat Anak Permata Negara Parlimen Bachok dan program minum petang bersama pertubuhan-pertubuhan wanita di Hotel Grand Riverview di Kota Bharu.

Pada sebelah malam, Najib dan Rosmah akan menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Wisma Persekutuan di Kota Bharu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur yang dijadual pada 10.55 malam.

- Bernama