Showing posts with label Janji Najib. Show all posts
Showing posts with label Janji Najib. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Musim pimpinan BN berjanji "BULAN & BINTANG" sudah tiba..!!

Tanjung Agas belum buat, Najib janji Gebeng pula

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan tidak terlalu ghairah mengumumkan janji projek mega baru sedangkan projek yang diumumkan sebelum ini masih belum terlaksana.
Penganalisis politik negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Al-Habsyi (gambar) mengulas tindakan Najib yang melancarkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), berjumlah RM10.5 bilion di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini semalam.

Katanya, sedangkan projek mega Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion di parlimen Pekan yang dijanjikan Najib dahulu, terus gagal dilaksanakan.

“Dulu Najib bukan main gah mengumumkan projek mega di Tanjung Agas kerana janji awalnya bakal memberi nikmat besar kepada penduduk termasuk 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan.

“Harapan penduduk Pekan pada masa itu bukan main ghairah kerana daerah mereka diuar-uarkan bakal setanding dengan bandar-bandar besar seperti Kelang apabila siapnya projek raksasa di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) itu.



“Namun setelah hampir tiga tahun diumumkan Najib, projek yang kononnya menerima pelaburan dari Korea di atas tanah seluas 4,700 ekar itu yang siap hanyalah lebuh raya yang rosak teruk sepanjang 15 kilometer menghubungkan Jalan Pekan-Rompin ke tapak projek,” ujarnya.

Syed Ali berkata, sekarang Najib berjanji pula satu lagi projek mega hasil pelaburan dari China di Gebeng.

Najib dalam ucapan perasmiannya hari ini berkata, MCKIP berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM10.5 bilion yang akan mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Katanya, daripada jumlah pelaburan itu, lebih daripada RM4 bilion akan direalisasikan menjelang tahun 2015.

Syed Ali menjelaskan, kebimbangan orang ramai ialah projek yang dijanjikan Najib hari ini menerima nasib yang sama seperti di Tanjung Agas.

“Kalau nak tahu, sekarang ini orang-orang kampung tradisi di Tanjung Agas dan Orang Asli sekitarnya yang dulu kerja mereka mengutip kerang, ketam dan kepah kini terpaksa menyara hidup dengan mengutip sisa pepejal Alam Flora dekat di Permatang Keledang, dua kilometer dari situ.

“Mereka yang mencari rezeki melalui hasil laut itu dah tak boleh masuk dengan bebas ke Tanjung Agas kerana dipagar dan dikawal. Batu pemecah ombak yang dibina panjang pula menghalang nelayan. Akhirnya terpaksa mencari rezeki dengan memilih dan menjual sampah pula,” katanya.

Sementara itu Syed Ali tidak menolak andaian projek MCKIP bertujuan politik menjelang pilihan raya umum (PRU) iaitu untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina bahawa Lynas yang juga terletak di Gebeng tidak bahaya setelah mendapat bantahan keras.

“Kita kena sedar kawasan Gebeng terletak dalam Dewan Undangan Negeri Beserah dan dalam Parlimen Indera Mahkota yang mana kedua-dua kerusi berkenaan di kuasai Pakatan Rakyat. Sebab itu ada kemungkinan projek itu bersifat politik untuk kembalikan kepercayaan dan undi penduduk untuk BN.

“Sebab saya fikir dalam iklim kemuraman ekonomi seluruh dunia sekarang, tidak mungkin mana-mana negara berani melabur dengan begitu besar tanpa jaminan pulangan,” katanya.

Namun begitu, Syed Ali percaya orang-orang Cina tidak mengubah pendirian mereka kerana bagi masyarakat itu keselamatan daripada bahaya Lynas lebih diutamakan walaupun telah membudayakan ekonomi dalam kehidupan mereka.

Monday, February 4, 2013

Friday, December 21, 2012

Najib PM "KAKI HUTANG"...!!!

Hutang RM500b: 3 tahun Najib atasi 5 PM terdahulu



(Gambar: Mohamad menandatangani plak perasmian Pasti 
dan Surau As-Sakinah di Kampung Gong Tengah, Merang.)


SETIU: Kerajaan Pakatan Rakyat bakal menanggung bebanan hutang melebihi RM500 bilion jika Umno dan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan Pakatan Rakyat dapat Putrajaya pun tidak seronok sebab negara ini di ambang bankrap.

Ini kerana, katanya, hutang negara kini mencecah lebih RM500 bilion di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Menurutnya, sewaktu pemerintahan bekas PM terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi hutang negara berjumlah RM250 bilion.

“Ini bermakna, hutang negara tiga tahun di bawah Perdana Menteri Najib mengatasi jumlah hutang yang dibuat oleh lima PM terdahulu,” jelasnya ketika berucap pada majlis minum petang sempena perasmian Pasti dan Surau As-Sakinah di Kampung Gong Tengah, Merang, petang semalam.

Wednesday, December 12, 2012

Janji Najib bina rumah di Penang macam Mat Jenin jee..!!!

Oleh Mohd Sabri Said

Janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membina 20 ribu rumah mampu milik menerusi Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PRIMA) dan pembinaan Monorail diandaikan 'Janji Mat Jenin' pada era globalisasi ini.


Dulu Mat Jenin dikaitkan dengan cerita rakyat sedang berangan-angan di pelepah kepala yang akhirnya apabila terkena angin sepoi- sepoi bahasa, dia pun jatuh ke tanah dan mati.

Angan-angannya berakhir di situ tanpa dapat direalisasikan untuk membuktikan apa yang dihajatinya dikotakan.

Mengimbau kembali kisah pembinaan perumahan oleh PRIMA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), kononnya kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng membelakangkan kehendak penduduk Melayu khususnya yang amat mengharapkan perubahan masa depan dengan menduduki rumah sendiri.

Namun, Guan Eng dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) sekadar 'tanam tebu tepi bibir' tetapi manisnya tidak langsung terasa.

Perkara itu terbukti berdasarkan rekod silam. Pada tahun 1984,  Kerajaan Negeri pimpinan Gerakan-BN di Pulau Pinang berjanji membina rumah untuk kakitangan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di atas 330 ekar tanah yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan dengan harga RM5.1 juta.
Sampai kini, sudah 28 tahun janji tersebut belum ditepati sehinggakan kawasan berkenan telah menjadi ladang kelapa sawit.  Ladang itu dikendalikan oleh sebuah syarikat kroni BN dengan sewa hanya RM7 ribu sahaja.

Begitu juga perumahan di Teluk Kumbar yang diusahakan oleh Pelaburan Harta Tanah Bumiputa Berhad (PHBB) sebanyak 235 unit di lot 405, 2303, 638, 639, 640 dan 641 di Mukim 11 Daerah Barat Daya, Pulau Pinang masih tidak jadi kenyataan.

Kerajaan Persekutuan tidak langsung menunjukan minat untuk menyelesaikan masalah itu tiba-tiba datang pula bersama-sama janji baru yang besar kemungkinan hanya janji pilihan raya.

Jika tidak percaya, sila tanya Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang, Saudara Rahmad Isahak atau Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Negeri, Saudara Iszuree Ibrahim. Hal ini kerana merekalah yang memperjuangkan banyak isu tanah dan perumahan di Pulau Mutiara ini.

Selain itu, perkampungan Melayu yang bakal musnah ialah di Batu Uban di usahakan oleh Era Kemas Sdn Bhd, juga milik kroni Umno.  Jadi, di mana maruah Umno kerana para pemimpin atasan mahukan janji ditepati sedangkan kroni yang mementingkan projek terus rakus menghalau penduduk asal kerana mengejar keuntungan.

Menyentuh mengenai Monorel pula, perkara itu bukan sesuatu yang baru. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Barisan Alternatif (BA) semasa diterajui Presiden PAS, Dato' Fadhil Mohd Noor.

Perkara ini pernah disuarakan oleh Adun Permatang Pasir, Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman, Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang (1999-2004), Abdul Rahman Kader atau Ketua Pembangkang (2004-2008), dan Phee Boon Poh yang kini menjawat jawatan exco. Mereka tertanya-tanya kemapa BN pada ketika itu tidak berminat membina Monorel untuk mengatasi masalah kesesakan terutamanya di sebelah pulau.

Tetapi, ketika hasrat untuk melihat rumah mampu milik dan monorail masih tidak kesampaian, kini ditambah pula isu pembinaan Jambatan Pulau Pinang Ke dua yang menghubungkan Batu Kawan dan Batu Maung.

Kerajaan BN juga harus melihat kembali kes 103 keluarga di rumah pangsa Mak Mandin, Butteworth. Mereka dijanjikan rumah kos rendah sejak 1985, namun tidak pernah ditunaikan sehinggalah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyelesaikanya dengan memberikan 103 unit secara percuma bahkan mengembalikan balik pembayaran wang tunai yang dibayar kepada Kerajaan Negeri.

Dalam hal ini, rakyat wajar mengetahui setiap menjelangnya pilihan raya pasti ada janji baru akan diberikan dan apabila keputusan pilihan raya yang memihak kepada BN, janji tinggal janji dan ditinggalkan begitu sahaja.

Oleh itu, bagi mengajar sikap angkuh mengatakan hanya Umno dan BN sahaja yang boleh memberikan kemewahan adalah teriakan anak kecil yang kecewa.

'Perdana Menteri untuk semua' gagal ditonjolkan sebaliknya Perdana Menteri untuk Umno-Bn yang berlaku. Tiada sebab rakyat Pulau Pinang tidak boleh menolak Umno-BN sebagaimana penolakan dalam PRU12 yang lalu.

Tuesday, December 11, 2012

Dok Kata ANWAR janji bulan BINTANG.. mai NAJIB pun jenis U Help Me I Help U" jugak..!!!

Guan Eng: Janji 'kembar' Najib bukti 'BN gagal tepati janji'

sebelum baca mai kita dengaq video nie sat:

GEORGETOWN - Janji 'kembar' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berada di Pulau Pinang Sabtu lalu satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk membeli undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang mencerminkan perikatan itu gagal menepati janji-janji lama.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyifatkan janji berkembar yang diumumkan Najib itu sebagai mendedahkan kegagalan BN untuk menepati janji yang dibuat dahulu.

Beliau percaya pengundi Pulau Pinang tidak teruja dengan janji itu kerana ia adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk menyediakan perumahan dan pengangkutan awam hasil kutipan cukai yang diterima termasuk dari rakyat Pulau Pinang.

“Ini bukan janji baru kerana ia sudah dinyatakan dahulu, khususnya oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"BN gagal memenuhi janji untuk membina monorel apabila berkuasa di peringkat Pusat dan negeri pada 2007. Adakah ini jaminan mereka untuk menunaikan janji jika berjaya menawan semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum nanti,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya,Najib sepatutnya peka dengan kegagalan Kerajaan Pusat sebelum ini untuk membina perumahan mampu milik yang mencukupi di negeri ini.

“Kerajaan BN harus malu kerana gagal membina perumahan mampu milik yang mencukupi di Pulau Pinang. Hanya 70 Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah kos rendah akan dibina di Pulau Pinang oleh Kerajaan Pusat, iaitu jumlah yang paling kecil di antara semua negeri di Malaysia.

“Inilah perbezaan antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN. BN mengamalkan kaedah tidak demokratik dan bersyarat "you help me, I help you", manakala PR membantu rakyat tanpa syarat sebagai tanggungjawab kerajaan berjiwa rakyat,” katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Dalam ucapannya pada Program Jelajah Janji Ditepati, Najib berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika BN diberi mandat semula untuk memerintah negeri itu.

Beliau berkata, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit dibina oleh agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

Tuesday, November 13, 2012

PANAS - Najib Bakal Tersingkir Sebelum PRU13

Seperti yang telah dinyatakan dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini, timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin mendesak presiden Umno supaya membubarkan parlimen selewat-lewatnya 30 November ini, iaitu semasa perhimpunan agung parti itu atau berdepan dengan penentangan Umno besar-besaran di seluruh negara.

Telah jelas kebimbangan Najib Altantuya bahawa pilihanraya kali ini merupakan pertempuran paling getir Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak negara mencapai kemerdekaan dari tangan British pada 1957.

Perkembangan terkini yang semakin tidak memihak BN ekoran beberapa pendedahan siri skandal membabitkan pemimpin Umno sendiri, bermula daripada cincin RM24 juta milik Rosmah Mansor, penyelewengan wang menternak lembu oleh keluarga Shahrizat Jalil, skandal membabitkan kemewahan luar biasa artis Zahida Rafik dari Shafie Apdal, kontrak sistem kawalan penerbangan membabitkan anak Jamaluddin Jarjis dan terbaru pemberian kontrak pemasangan sistem penguatkuasaan trafik AES milik anak bekas pemimpin Umno Johor.

Setiap kali Najib Altantuya berkira-kira mahu membubarkan parlimen, ada sahaja isu yang terkena kepada batang hidung Umno menyebabkan 'perancangan' yang sudah dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa ditangguhkan.

Puak Muhyiddin yang seakan tidak sabar terus menekan Najib Altantuya tidak kira apa juga risikonya mengenai peluang BN sendiri mempertahankan Putrajaya asalkan cita-cita bos mereka menggantikan Najib Altantuya tercapai.
Penampilan jelek pemimpin Umno memperlihatkan kemewahan melampau menyebabkan rakyat tertanya-tanya dari manakah sumber yang diperolehi bagi membiayai belanja hingga mencecah jutaan ringgit.

Sebab itu apabila ketua menteri Melaka, Ali Rustam mengadakan majlis perkahwinan anaknya yang dianggar mencecah RM1.3 juta, rakyat terfikir dari mana datangnya wang bagi menampung kos tersebut sedangkan gaji dan elaunnya cuma kira-kira RM75 ribu sebulan?

Sehingga kini, laporan yang dibuat terhadap Ali Rustam oleh pemimpin Pakatan Rakyat terus dipeti sejukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Maklumat terbaru yang diperolehi dari sumber yang rapat dengan pemimpin Umno Cheras mengatakan bahawa satu gerakan melobi supaya Najib Altantuya berdepan undi tidak percaya perwakilan sedang bergiat aktif di seluruh negara.

Kumpulan yang sama juga didakwa menyebarkan poster menuntut supaya Muhyddin menjadi perdana menteri di beberapa kawasan sekitar selatan dan barat Johor beberapa bulan lalu.

Difahamkan, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad menggunakan Muhyiddin untuk menumbangkan Najib Altantuya yang semakin tertekan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang kini memasuki fasa akhir siasatan oleh dua hakim Perancis.

Kesempatan persidangan Umno yang dijadual berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember ini pasti akan diambil Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib Altantuya dan berjanji kepada perwakilan bahawa Umno akan diperkuatkan semula bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Kesannya terhadap Najib Altantuya sungguh besar, selain hilang jawatan sebagai perdana menteri, kekebalan (imuniti) terhadapnya sebagai ketua negara turut terlucut membolehkan tindakan pendakwaan terhadapnya diteruskan tanpa mengeluarkan waran tangkap berstatus merah melalui Interpol.

Saya tidak bercadang mendedahkan siapa dalang di sebalik gerakan ini buat masa sekarang tetapi cukuplah saya katakan kem Muhyiddin semakin agresif menggunakan jentera parti dan kerajaan bagi merealisasikan hasrat mereka.

Rata-rata di antara mereka merupakan bekas pengkagum Najib Altantuya yang kecewa dengan ketiadaan projek dan kontrak untuk mereka menyebabkan gerakan tersebut kini semakin besar dan mampu menggoncang seluruh tiang seri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jika didedahkan secara terpeinci.

Kini sama-samalah kita menunggu apa perkembangan selanjutnya seminggu dua lagi tetapi yang boleh saya simpulkan, Umno dan BN pasti akan menempuh zaman kegelapan (Dark Ages) seperti mana yang pernah dialami Eropah sebelum ketibaan era Reinassance awal abad ke-15.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/11/panas-presiden-umno-bakal-tumbang.html

Friday, November 9, 2012

17 tahun lepas BN dah janji.. nie mai semalam TPM janji sekali lagi...!!!

 17 tahun BN mungkiri janji SJKC Kay Sin, Muhyiddin janji lagi


Muhyiddin Yassin, Wee Ka Siong (kiri) dan Lee Kim Yew menunjukkan buku sejarah Republik China selepas melancarkan buku tersebut pada majlis perasmian Pameran Buku Cina Sedunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mines Resort, Seri Kembangan, semalam.
 
 Tan Sri Muhyiddin Yassin terus berdalih, sekolah-sekolah aliran Cina di negara ini akan terus dipertahankan di bawah pimpinan Barisan Nasional menggamit pelbagai tanda tanya.
 
Adakah janji yang dimungkiri oleh kerajaan pusat sejak 17 tahun lepas untuk untuk membina blok baru di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kay Sin dekan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk akan ditunaikan oleh Timbalan Perdana Menteri itu demi membeli kembali kepercayaan rakyat di Pulau Pinang?
 
Yang pasti, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sekali lagi berjanji bahawa sekolah-sekolah aliran lain seperti sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKC), sekolah agama rkyat (SAR) pula akan diperkukuh selaras dengan Sistem Pendidikan Nasional.
 
Muhyiddin berdalih, matlamat itu kononnya selari dengan sasaran kerajaan untuk memastikan tiada seorang pun kanak-kanak di negara ini, tanpa mengira bangsa dan agama tercicir daripada mendapat pendidikan berkualiti.
 
Malah dalihnya lagi, kerajaan juga akan terus menyalur membantu pembangunan sekolah-sekolah Cina berdasarkan keperluan sebenar komuniti tersebut.
 
"Sekolah Cina sudah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan negara, seperti mana jaminan pemimpin dahulu dan sekarang.
 
"Tiada negara lain di luar negara China dan negara lain yang bertutur dalam bahasa itu menerima sokongan kukuh seperti yang dilakukan oleh kerajaan sekarang. Ia hanya berlaku di Malaysia.
 
"Sebagai rakyat Malaysia, saya percaya kita mampu menghargai semangat, sefahaman, toleransi dan menghormatinya," dali beliau, dipertik dari Utusan Online pagi ini.
 
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir. Wee Ka Siong dan Pengasas Bandar Heights Holdings Bhd. yang juga pengerusi Pameran Buku Cina Sedunia kali keempat, Tan Sri Lee Kim Yew turut hadir pada majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur itu.
 
Menjelang musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang diramalkan awal tahun depan,  Muhyiddin turut menyeru komuniti Cina agar tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang menjadikan pendidikan sebagai agenda politik mereka.
 
"Pendidikan tidak sepatutnya dipolitikkan. Pendidikan penting untuk masa depan anak-anak kita dan janganlah kita memperjudikan nasib mereka demi kepentingan politik jangka pendek," dalih beliau.
 
Beliau turut mengingatkan masyarakat Malaysia supaya tidak lupa bahawa pendidikan telah memainkan peranan untuk menyatukan semua kaum di negara ini.
 
"Mari kita menjadikan semua sekolah di negara ini sebagai tempat penyatuan, yang mana kanak-kanak tanpa mengira kaum boleh bersama-sama, belajar menerima perbezaan dan menghormati antara satu sama lain.
 
"Malaysia telah membina teras memahami, toleransi serta menghormati pelbagai kaum dan tidak ada alasan bagi kita untuk tidak meneruskan teras ini untuk menjadi sebuah bangsa bersatu, membangun dan sejahtera pada masa depan," katanya.
 
Kontroversi SJKC Kay Sin dilayan dingin oleh kepemimpinan Umno pusat itu dibangkitkan oleh Chong Eng (kiri), Ahli Parlimen DAP dari Bukit Mertajam dalam satu Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Jun lepas.
 
Beliau mendakwa, kerajaan pusat turut memungkiri janji untuk memperbaiki dewan lama akibat dimakan anai-anai yang dihitung menelan belanja kira-kira RM200,000.
 
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sungguhpun baru perintah negeri ini dalam empat tahun, RM50,000 telahpun disumbangkan pada sekolah itu.
 
"Bajet untuk pendidikan sekolah di bawah (bidang kuasa) pusat. Pulau Pinang boleh sumbang, mengapa pusat tidak menepati janjinya (sejak) tahun 1995 dulu," soal beliau di Dewan Orang Ramai Machang Bubuk, Bukit Mertajam.
 
Berucap atas pentas yang sama di depan kira-kira 200 hadiri - termasuk waris pelajar sekolah berkenaan (kanan) - Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng turut mendakwa bahawa Ka Siong adalah dalang sebenar yang menghalang pentadbiran sekolah-sekolah tertentu untuk membantu Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan RM100 Program Pelajar Emas kepada pelajar Tahun satu dan Tahun Empat serta Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di negeri berkenaan sejak tahun lepas. 
 
Beliau turut menolak dakwaan pembangkang Pulau Pinang Pinang - Umno dan Barisan Nasional - kononnya Kerajaan Pulau Pinang gagal berbelanja peruntukan pembangunan demi keselesaan rakyat di negeri berkenaan.
 
Beliau berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang era pakatan Rakyat sejak tahun 2008 hingga tahun 2011 telahpun meningkat 54.45 peratus berjumlah RM2.142 bilion, manakala, RM1.387 bilion dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri era Barisan Nasional sejak tahun 2004 hingga tahun 2007. -END
 
http://penanginsight.com/artikel/17-tahun-bn-mungkiri-janji-sjkc-kay-sin-muhyiddin-janji-lagi

Sunday, November 4, 2012

Sudah la tu Najib oi.. Balik jaga kawasan hang lagi baguih..belambak lagi yang memerlukan bantuan hang...!!

"Janji DiTepati" Di Pekan Pahang - Gambar-gambar ini bukan "Super Impose".


Dalam tempoh Najib&Rosmah mengambil tampuk pemerintahan negara sejak tahun 2009 yang, bermacam slogan yang dah dikeluarkan,, bermula dari Rakyat Didahulukan, kalau tak silap, kemudian yang terkini ?Janji Di Tepati"...   
 
 Betul ke janji ditepati, Lihat sendiri...

 Gambar-gambar ni aku cilok dari Bernama.... Kalau sebelum ini Bernama menunjukkan beratus ribu yang datang ke rumah terbuka Najib di Pahang, walaupun cerita tu gambar superimpose... Apakah ini gambar superimpose juga..






Kalau di dalam Parlimen sendiri masih ada lagi yang tertingal dan terpinggir,,, apa cerita ni,,,,



Hangpa tolong baca ni...  

"Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.
"Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati," 

Eiii... hangpa tak rasa loya ka? He he he,, kalau tak ada rasa apa-apa dengan ucapan tu,,, patutnya hangpa dah kena sembelih korban dan,, lagi ada manafaatnya,,, daging boleh juga dibuat makan...muwaaahh....

 http://manjongmari.blogspot.com/2012/11/janji-ditepati-di-pekan-pahang-gambar.html

Wednesday, October 24, 2012

In dia punca NAJIB ponteng sidang dewan baru-baru ini

KANTOI! Punca Najib Altantuya Ponteng Sidang Parlimen Terbongkar! 


Dalam kesibukkan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya menteri dan timbalan menteri berhempas-pulas menjawab soalan bertulis dan lisan yang dikemukakan ahli parlimen Pakatan Rakyat, rupanya perdana menteri Najib Altantuya ponteng sidang semalam semata-mata mahu bertarung dengan pemain golf nombor dua dunia, Tiger Woods!

Kejohanan yang dianjurkan oleh CIMB milik adiknya, Nazir Razak memperlihatkan betapa Najib Altantuya hanya menghabiskan wang pembayar cukai tanpa memikirkan nasib jutaan rakyat yang bertungkus-lumus mencari sesuap nasi bagi diri dan keluarga.
Diadakan di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, dekat sini, Najib Altantuya sebelum ini pernah menyatakan hasrat sedemikian bagi meraikan kehadiran bintang golf terkemuka dunia itu yang kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia 13 tahun lalu, ketika itu untuk Piala Dunia.


Beraksi satu 'flight' dengan Woods serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dan adiknya, Nizam Razak, Najib Altantuya seakan tidak mempedulikan apa yang terjadi kepada menteri dan timbalan menterinya diasak bertubi-tubi oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir semalam.

Dengan penuh semangat, Najib Altantuya menghabiskan saingan kesemua 18 lubang di lapangan yang menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij menawarkan hadiah tunai keseluruhan USD6.1 juta (RM18.66 juta) itu.

Pergerakan Najib Altantuya dan Woods jelas paling mencuri tumpuan apabila langkah mereka diikuti dari mula sehingga ke lubang yang terakhir.

Kumpulan pemain Malaysia pertama mendapat penghormatan beraksi bersama legenda golf dunia itu ialah dua jaguh pro veteran negara, M. Ramayah dan P. Gunasegaran, apabila digandingkan satu 'flight' dengan Amerika Syarikat sewaktu Piala Dunia di lapangan yang sama pada 1999.

Selain berentap dengan Woods, Najib Altantuya turut meluangkan masa bertemu dengan beberapa pemain profesional lain yang menyertai kejohanan berkenaan.



Walaupun hadir bagi merasmikan kejohanan golf tersebut, Najib Altantuya seharusnya lebih prihatin dengan masalah negara berbanding menghabiskan masanya sehari suntuk bermain golf kununnya sudah lama mengidam mahu bertanding menentang Woods.


Tidak bolehkah Najib Altantuya singgah sebentar di parlimen melihat sendiri bagaimana pencacai-pencacainya terus ditekan dengan soalan demi soalan hingga satu ketika timbalan menteri kewangan, Awang Adik Hussin terpaksa berhenti dari menjawab soalan lisan atas alasan demam padahal tidak pula mendapatkan sijil sakit sebelum itu?





Inikah contoh dan sikap seorang pemimpin yang kununnya mendahulukan rakyat padahal apabila diasak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwara Ibrahim, membincangkan isu dan masalah rakyat, Najib Altantuya terus diam membisu seribu bahasa?





Ternyata apa yang diungkapkan Najib Altantuya cuma manis di bibirnya yang merah saja sedangkan kehidupan rakyat marhaen terus diabaikan kerajaannya.


JALAN PULANG
http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/10/kantoi-punca-najib-altantuya-ponteng.html

Sunday, September 23, 2012

Nak pilihanraya pun dah kecut dah nampaknya NAJIB nie.. 5X dok ulang benda yang sama jee..!!!

PRU13: Makna bayangan kelima Najib
G MANIMARAN & JAMILAH HAMZAH


ANALISIS – Teka-teki tarikh pilihan raya raya belum ada kesudahan. Spekulasi berterusan. Begitu juga bayangan demi bayangan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak – satu-satunya pemimpin yang ada kuasa dan yang tahu secara mutlak bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu dan akan dipanggil.

Nampaknya semua menarik nafas!

Sekali lagi penganalisis menjadi perhatian.

Beberapa penganalisis politik yang didampingi Sinar Harian Online berpendapat PRU13 akan diadakan Januari 2013 susulan bayangan terbaru – kali kelima dalam tempoh sebulan ini.

Ketika membuat bayangan keempat, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menasihatkan mereka yang menunaikan haji supaya tidak bimbang dengan tarikh PRU13.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Azizudin Mohd Sanim berkata, agak mustahil pilihan raya diadakan tahun ini kerana faktor masa dan belanjawan yang bakal dibentang hujung minggu ini.

Menurutnya, Bajet 2013 akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

“Saya tak fikir PRU akan dibuat tahun ini, kalau hujung tahun pun ia dilihat agak kelam kabut dan saya rasa paling awal PRU, dijangka Januari depan.

“Lagipun pembentangan bajet pada bulan ini banyak yang dirancang kerajaan dalam usaha menarik undi rakyat seperti pemberian bantuan, bonus kepada kakitangan kerajaan dan lain-lain, akan ditunaikan pada awal tahun hadapan dan Perhimpunan Agung Umno yang akan dibuat adalah satu langkah untuk mengatur strategi terakhir untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang besar," katanya.

Bajet 2013 akan diumumkan Jumaat ini.

Kelmarin, Najib menasihatkan jemaah haji, jumlahnya dalam sekitar 28,000 orang, agar menumpukan perhatian terhadap amal ibadat agar dapat melaksanakan segala rukun dan syarat haji serta umrah dengan sempurna.

Dua hari sebelum itu, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan mulai 27 November hingga 1 Disember dan ia akan ditunda sekiranya kerajaan memilih untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu yang sama.

“Mudah sahaja. Sekiranya pilihan raya diadakan, kita tangguhkan Perhimpunan Agung. Tarikh pilihan raya terpulang kepada kita untuk putuskan bila masa yang terbaik. Kita boleh adakan atau tidak adakan, tapi kita akan teruskan seperti biasa," katanya.

Bermakna Najib, yang juga Presiden Umno, masih boleh memanggil PRU13. AGM bukan satu halangan dalam menentukan tarikh PRU.

Pada Sabtu lalu, ketika berada di Johor, Najib memberi bayangan kelima - sokongan yang diperlihatkan oleh ahli-ahli Umno negeri itu memberikan beliau satu bentuk semangat untuk memanggil PRU13.

Nampak gaya, keliru lagi!

Ditanya sama ada penetapan tarikh Perhimpunan Agung Umno akan menyebabkan rakyat terus membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, Najib secara berseloroh berkata, biarlah rakyat membuat spekulasi mengenai perkara itu.

“Saya suka mereka buat spekulasi," katanya.

Ketika era pentadbirannya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering dikaitkan dengan istilah “ilham” apabila spekulasi tarikh PRU muncul.

Wartawan sering bertanya sama ada sudah ada ilham ataupun sebaliknya.

Sementara Najib bermain dengan kata-kata ‘bayangan’, Pas menjangkakan PRU13 akan ditangguh lagi. Kemungkinan sehingga akhir tahun ini atau tahun depan, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Hadi, Pas mengandaikan Pas sudah menetapkan tarikh untuk mengadakan Muktamar Agung Pas pada 24 November ini.

“Kita sudah tetapkan tarikh lebih awal untuk adakan muktamar. Bermakna kita lebih berani berbanding Barisan Nasional untuk pilih November sebagai persidangan,” katanya.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian turut meramalkan pilihan raya kali ini akan diadakan tahun hadapan, antara Januari atau Mac 2013.

Namun tidak mustahil bagi Najib untuk mengadakan PRU tahun ini selewatnya Disember 2012 kerana kuasa sepenuhnya terletak di tangan beliau.

“... kemungkinan besar tahun hadapan, setelah cukup sepenuhnya lima tahun mandat,” katanya.

Tambahnya, pengumuman bajet yang bakal memberi pengaruh besar kepada undi rakyat perlu ditunaikan terlebih dahulu seperti pemberian insentif-insentif berbentuk kewangan kepada rakyat dan Perhimpunan Agung Umno adalah platform terakhir BN untuk mengatur strategi bagi menghadapi PRU13.

Dalam pada itu, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, spekulasi tarikh sebenar PRU13 sering menjadi perbualan rakyat dan ada pihak menjangkakan berlaku musim haji.

Beliau berkata, PRU13 berkemungkinan diadakan November ini setelah jemaah haji pulang ke tanah air, cuma ketika itu negara berisiko menghadapi masalah banjir.

“Mac antara tempoh sesuai untuk PRU13 memandang masa itu adalah cuti sekolah,” katanya.

Ramai meramalkan sidang Parlimen Mac-April lalu sebagai yang terakhir.

Hari ini Parlimen bersidang semula. Mengikut aturan mesyuarat, persidangan akan memakan masa sekitar dua bulan. Paling lama dalam kalendar Parlimen. Ia juga dilabel sebagai ‘sidang bajet’.

Beberapa minggu lalu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub meminta Najib mengambil kira musim peperiksaan dan cuti sekolah jika mahu memanggil PRU13 November ini.

Katanya, musim peperiksaan melihatkan pelajar, guru, dan ibu bapa.

“Jumlah keseluruhan mereka itu besar dan mereka memberi tumpuan ke atas peperiksaan. Jadi, saya berharap Datuk Seri Najib tidak membubarkan Parlimen ketika musim peperiksaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sebelum Pas melahirkan pendirian agar Perdana Menteri melihat aspek musim haji.

Kini sudah jelas tiada PRU13 ketika musim haji. Tidak akan ada PRU13. Musim peperiksaan akan merentasi bulan November. Dan, ia akan disusuli Disember.

Beberapa sumber berkongsi maklumat dengan Sinar Harian Online bahawa semua pihak boleh 'rasa lega’ kerana PRU13 pasti tidak akan berlangusng Disember ini, melainkan keadaan mendesak.

PRU13 - 'ibu' segala pilihan raya umum akan muncul Februari-Mac? Jika begitu, suasana PRU 2004 dan 2008 akan disaksikan lagi kali? Atau Najib akan cuba mengelaknya lagi.

Saturday, August 4, 2012

Najib sedang menanam tebu di bibir dalam isu Royalty..!!!

""Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini."

Kalau dalam POLITIK, ini digelar PANCING UNDI.

Kenapa ia digelar demikian?

Sebab konon2nya Rakyat akan nampak USAHA ini usaha yang MURNI sedangkan dah berpuluh2 tahun Kerajaan Negeri menuntut ROYALTI.

Sebelum 6 bulan, PRU ke 13 akan berlaku. Kenapa tak buat dalam masa sebulan @ 2 bulan? Sebab KANTONG Kerajaan Pusat bakal digunakan untuk PRU ke 13. Maka alasan 6 bulan digunakan bagi mengaburi mata Rakyat.

Bagi mereka2 yang dah JEMU dengan STRATEGI ini, bagilah 6 bulan ker, setahun ker, 4 hari ker, itu semua adalah RETORIK untuk memancing UNDI.

Sedangkan BN bakal TERKUBUR pada PRU ke 13 nanti.

Najib hanya MAMPU BEERJANJI. Sedangkan JANJInya TIDAK DITEPATI bahkan DI KETEPI.

TUMBANGKAN REJIM BN!!!


Bayaran hasil petroleum dikaji semula
Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan negeri-negeri berkenaan.

"Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

"Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan," katanya sambil menambah bahawa semenjak enam bulan lepas, beberapa perbincangan dalaman dibuat berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas tersebut.

Najib berkata dengan penubuhan jawatankuasa khas itu, kerajaan persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Pantai Timur Semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil, telus dan saksama.

Beliau berkata berdasarkan perjanjian di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

"Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum," katanya.

Najib berkata kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.

Najib berkata walaupun peruntukan perundangan ini adalah jelas, namun pada November 2009, beliau mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai pemberian bayaran tunai kepada Kelantan meskipun pengeluaran petroleum buat masa ini terletak di luar perairan negeri tersebut.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan untuk terus membangunkan negeri Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

Peruntukan tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan," katanya.

Beliau berkata sebahagian besar peruntukan itu adalah untuk bantuan pelajar sekolah dan pelajar daripada Kelantan yang memasuki tahun pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

- Bernama

Tuesday, July 31, 2012

Pemerintah lakukan 3 benda bangang untuk kemerdekaa tahun ini..!!

oleh AnakKedah007

TENGKORAK CHEE HANG

Untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Buat julung-julung kalinya, parti pemerintah telah membuat kesilapan hatrick (setakat inilah) dalam menangani isu sambutan Hari Kebangsaan yang ke-55...

1- pemilihan tema Hari Kebangsaan iaitu "Janji Ditepati" yg mendapat tentangan

2- dilakar pula dengan pemilihan logo Hari Kebangsaan yang begitu hodoh, "lekeh" dan menjadi bahan sendaan rakyat jelata di internet.
3- pemilihan lagu tema Hari Kebangsaan yang selayaknya menjadi lagu tema kempen pilihanraya BN! Liriknya yang 'murah' dan tiada jati diri membuatkan rakyat kebanyakan sekali lagi tertanya-tanya,

Apa kaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan perjuangan Tunku Abdul Rahman memerdekakan negara?

Kesilapan-kesilapan hatrick ini tidak mampu untuk dibetulkan lagi. Menteri Penerangan yang sudah begitu veteran sudah tidak mampu memahami bahasa rakyat yang celik maklumat. Tidak keterlaluan jika dikatakan Perdana Menteri berjaya dimalukan dengan aksi tempang anak-anak buahnya. 

Benarlah kritikan Mat Sabu bahawa sambutan Hari Kebangsaan sudah dimonopoli oleh parti pemerintah semahu-mahunya. Lagu tema pun sudah menjadi lagu manifesto BN. 

Jika begini gaya Perdana Menteri ingin melangkah ke gelanggang pilihanraya umum ke-13, rasa-rasanya tidak salah jika kita katakan inilah sambutan Hari Kebangsaan terakhir yang dikendalikan oleh Umno dan BN.

Monday, July 30, 2012

Janji Sudah Tak Di tepati - Bekas isteri tuntut durian runtuh

Bekas isteri tuntut durian runtuh

Bekas isteri tuntut durian runtuh
Dari kiri, Aminah, Kamyah dan Rozita
 
BANDAR TUN RAZAK - Bekas isteri peneroka menuntut janji Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang sebelum ini menyatakan mereka layak menerima separuh daripada duit durian runtuh fasa kedua iaitu sebanyak RM2,500.

Aminah Zulkifly, 46, berkata, mereka berhak mendapat duit berkenaan memandangkan sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan wang durian runtuh itu adalah imbuhan daripada hasil titik peluh peneroka dan penerokawati ketika membangunkan tanah Felda dahulu.

“Satu negara jelas mendengar pengumuman Perdana Menteri yang menyatakan durian runtuh ini sebagai ganjaran menghargai jasa peneroka dan penerokawati yang bersusah-payah di awal kemasukan ke tanah rancangan dahulu.
“Dengan apa yang telah dinyatakan Perdana Menteri itu jelas membuktikan kami layak untuk menerima durian runtuh ini biarpun kami bukan lagi isteri peneroka dan sudah berkahwin lain,” katanya.

Aminah berkata, lebih 20 tahun dia menduduki tanah rancangan dan bekas suaminya adalah peneroka Felda Jengka 24.

Katanya,  adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya dia tidak menerima durian runtuh tersebut.

“Ketika masuk ke tanah rancangan dahulu, kami bekas isteri peneroka ini turut sama turun ke ladang dan merasai kepayahan hidup di tanah rancangan.

“Kami yang bersusah payah, tetapi isteri bekas suami yang baru berkahwin tiga atau empat tahun pula dengan senang-lenang dapat durian runtuh,” katanya.

Aminah berkata, sekiranya sebahagian durian runtuh seperti yang dijanjikan tidak diagihkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), mereka menganggap kerajaan tidak menepati janji.

Justeru katanya, mereka tidak teragak-agak untuk memilih kerajaan baru pada PRU akan datang.

Rungutan Aminah turut disokong seorang lagi bekas isteri peneroka Felda Lepas Utara 1, Rozita Jantan, 47.

Rozita berkata, dia telah mengajukan perkara itu kepada pihak pengurusan Felda di tanah rancangan yang penah didudukinya dari 1984 sehingga 2000.

“Apabila ditanya, saya dimaklumkan durian runtuh tersebut adalah duit imbuhan kerajaan kepada peneroka Felda. Persoalannya, jika ia adalah imbuhan kerajaan, mengapa masyarakat kampung tidak menerima duit tersebut?” katanya.

Bekas isteri peneroka Felda Lepar Utara 3, Kamyah Mat Kamis, 48, pula berkata, bukan hanya mereka bertiga sahaja yang tidak berpuas hati, malah ramai lagi bekas isteri peneroka menghadapi masalah sama.

“Ramai tidak berpuas hati lebih-lebih lagi bagi bekas isteri yang menetap di tanah rancangan kerana merasakan mereka ini lebih layak menerima durian runtuh tersebut, bukan mereka yang meninggalkan tanah rancangan dan menetap di luar.

“Tambahan pula, saya dapati masih ramai lagi bekas isteri yang tidak berkahwin lain, tidak menerima durian runtuh ini. Ini menimbulkan kekeliruan kami, justeru kami mohon diberikan penjelasan,” katanya.

Friday, July 27, 2012

Semalam Punya Kajian Najib mampu tersenyum.. Tapi Jika Hari ini punya kajian najib boleh 'stroke'

Lagi kajian MPN: Kedah akan kekal di tangan Pas
 
BANGI - Jika penemuan kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) membabitkan 10,800 responden mendapati majoriti pengundi Kedah memilih Barisan Nasional (BN) menerajuinya semula, seorang lagi anggota Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas boleh mengekalkan negeri utara Semenanjung itu.Prof Dr Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan penemuan kajiannya hari ini - Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan kekal di tangan PR.
Pun begitu katanya, Selangor, negeri paling kaya di Malaysia, akan jatuh ke tangan BN sebagaimana disebutkan dalam laporan kelmarin.Anggota panel forum mengenai PRU13 ini berkata, penemuan pihaknya  diperoleh menerusi kajian berkala yang dikendalikan beliau antara April dan Mei lalu."Kami menjalankan kajian dari bulan ke bulan, melibatkan kumpulan berfokus, kajian panel," kata beliau ketika ditemui selepas membentangkan hasil kajiannya di sini, hari ini.


Turut menjadi panel forum yang diadakan sempena Program Semarak Kasih MPN Bersama Anak Yatim di sini petang ini ialah Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dan Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Syed Idid.Mansor yang juga Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya akan kekal di bawah BN.Penemuannya juga menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan kekal dikuasai PR.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Sarawak tidak melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dalam laporannya kelmarin, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.“Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.“Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, “ katanya.Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran MPN yang bertajuk ‘PRU13: Malaysia Pilih Siapa?’.

Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk ‘Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?’.Rohana yang juga berkata, kajian ini dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri turut mendapati 59 peratus rakyat Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh mereka.
MPN mempunyai keanggotaan kira-kira 1,700 orang. 
Ketika ditanya mengapa hasil kajian beliau berbeza dengan yang dikendalikan oleh Rohana, Mansor menjelaskan, perbezaan seumpama itu bukan sesuatu yang luar biasa.Katanya, mengambil kira aspek permasalahan dan objektif kajian, perbezaan hasil kajian bukan sesuatu yang luar biasa."Kajian saya kendalikan kajian panel, melibatkan kumpulan fokus... ia berbeza daripada kajian Prof Syed, sebagai contoh, yang mana beliau menggunakan tujaun dan matlamat, dan juga method kajian yang berbeza," katanya.

Jelas beliau, sebagaimana diketahui kajian Rohana dikendalikan ada Oktober dan November lalu manakala "hasil kajian saya ini pada April dan Mei lalu.""Malah, hasil kajian saya juga pernah menunjukkan Johor akan jatuh... hasil kajian tahun lalu. Tetapi pada hari ini keadaan berbeza, pengundia menunjukkan pendirian berbeza," kata beliau sambil menambah, sama ada pengundi sudah membuat keputusan muktamad, sukar untuk ditentukan."Tempoh kempen lima hari semasa kempen adalah masa yang penting bagi pengundi membuat keputusan. Jadi, kajian pada lima hari semasa akan memberi gambaran siapa seseorang pengundi akan menyokong," katanya lagi.~sh

Wednesday, July 18, 2012

Janji Ditepati - dari 8/3/2008 hingga 19/7/2012.. dimana janjimu BN..???

Sendiri Janji Sendiri Mungkiri....
Aduhai Nasib Nasib.....

Jika PR perintah..Tarikh nak pilihanraya akan di beritahu awal...bukan main teka-teki macam sekarang..!!!

KUALA LUMPUR: PKR dan DAP turut menyokong kenyataan Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Pakatan Rakyat akan menetapkan terus tarikh pilihan raya umum ke-14 jika menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, mengumumkan tarikh PRU awal tanpa ada teka-teki menunjukkan kerajaan benar-benar bersedia dalam apa jua keadaan menghadapi pilihan raya yang adil dan telus.

Katanya, mengumumkan tarikh pilihan raya awal merupakan perkara biasa yang diamalkan sebuah negara demokrasi, mantap, telus dan terbuka.

Tegasnya,  Malaysia mesti menuju ke arah politik yang matang dengan mengumumkan tarikh PRU lebih awal tanpa perlu menjadi teka teki seperti yang menjadi amalan kerajaan Umno BN mana hari ini.

"Negara-negara yang mengamalkan demokrasi sudah lama melakukan perkara ini, selalunya pemerintah memberi hak kepada rakyat secara terbuka untuk menentukan tarikh pilihan raya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Iaitu, katanya tarikh pilihan raya tidak menjadi teka-teki pemerintah semata-mata untuk menjadi strategi kerajaan bagi mendapatkan kelebihan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw menyifatkan tempoh mandat genap lima tahun sebagaimana diperuntukan dalam perlembagaan adalah satu cara untuk selesaikan masalah menentukan tarikh PRU.

Namun yang terpenting, katanya proses dan prosedur PRU mesti adil dan saksama sama ada Pakatan Rakyat mengumumkan tarikh cepat atau lewat.

"Umum tarikh PRU, lain kira. Apa yang kita buat PRU nanti mesti adil dan saksama. Tidak kira bila, semua mesti berjalan dengan betul," katanya dihubungi.

Bagaimanapun beliau tidak membantah sebaliknya menyerahkan kepada rakyat sekiranya mereka mahukan tarikh pilihan raya diumumkan lebih awal.

Terdahulu,  Takiyuddin Hassan berkata, jika PR mengambil alih kerajaan pusat antara perkara yang diberi perhatian utama ialah menetapkan tarikh pilihan raya umum selepas itu.

“Jika PR menang sebagai sebuah kerajaan di peringkat persekutuan dan peringkat negeri, insya Allah PR akan mengisytiharkan segera tarikh pilihan raya umum berikutnya," katanya.

Takiyuddin berkata, Pakatan Rakyat boleh memberi tempoh sama ada sekurang-kurangnya akhir lima tahun atau empat tahun setengah.

Misalnya, PRU mesti diadakan dalam tempoh enam bulan sebelum berakhir penggal atau sebagainya.



BERITA BERKAITAN

Jika menang, Pakatan umum segera tarikh PRU14

Friday, July 6, 2012

RM500juta di tabur sebelum pilihanraya.... tabur jangan tak tabur....!!!

Teraju agih RM500 juta untuk syarikat Bumiputera terpilih
Oleh Mohd Farhan Darwis
July 06, 2012


PETALING JAYA, 6 Julai — Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) hari ini mengumumkan akan memberikan kemudahan pembiayaan kewangan Islam bagi syarikat-syarikat dalam kumpulan Teras dengan nilai berjumlah RM500 juta.

Melalui program ini, syarikat yang tergolong dalam kumpulan Teras akan beroleh pinjaman bernilai sehingga RM30 juta dana dengan pembiayaan daripada SME Bank bagi keperluan pembiayaan untuk modal kerja dan pembelian aset dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.

"Pembiayaan ini diperkenalkan untuk memudahkan pengembangan perniagaan syarikat berprestasi tinggi dalam program Teras.

"SME Bank telah membuat penilaian dan setakat ini 130 syarikat telah dipilih berdasarkan skor antara tiga hingga lima bintang dan penilaian kredit yang tinggi," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada pemberita di pejabat Teraju di sini.

Program pembiayaan yang menggunakan kaedah kewangan Islam itu adalah hasil kerjasama antara Teraju dan agensi pembiaya daripada SME Bank.

Kadar keuntungan yang ditawarkan untuk pinjaman modal kerja adalah lima peratus manakala bagi pinjaman aset berdasarkan kadar pinjaman.

Selain itu, mana-mana syarikat yang mempunyai rekod pembayaran yang konsisten akan diberi rebat satu peratus bagi pinjaman modal kerja.

"Pinjaman ini hanya layak dipohon oleh syarikat yang tergolong dalam kumpulan Teras," kata CEO Teraju, Husni Salleh.

Menurutnya, pinjaman itu diwujudkan kerana memahami masalah sesetengah syarikat yang sukar untuk membuat pinjaman kerana syarat ketat yang dikenakan ke atas mereka oleh agensi kewangan.

Teraju menyediakan RM50 juta kepada SME Bank untuk membantu dalam modal risiko yang mana diambil daripada peruntukan pembangunan Teraju.

Sehingga kini, dianggarkan terdapat 130 syarikat Teras dalam Teraju dan mereka berharap ianya dapat ditingkatkan kepada 1,100 syarikat dalam tempoh tiga tahun.

Syarikat-syarikat Teras ini dipilih berdasarkan keupayaan mereka dan kedudukan kewangan yang kukuh, disamping potensi perkembangan yang berterusan.

Teraju turut mengumumkan program baru bagi membantu akauntan Bumiputera dengan mensasarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 untuk menyertai firma perakaunan bagi memberikan mereka pendedahan dan seterusnya ditawarkan pekerjaan.

Thursday, June 28, 2012

Tema Merdeka 2012 memang sesuai dan serasi dengan Kjaan najib..!!

 
Tema Hari Kemerdekaan Negara Malaysia mulai 1970-2011 :


1970 : Muhibah dan Perpaduan
1971 : Masyarakat Progresif
1972 : Masyarakat Adil
1973 : Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 : Masyarakat Berdikari
1976 : Ketahanan Rakyat
1977 : Bersatu Maju

1978 : Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 : Bersatu Berdisiplin
1980 : Berdisiplin Berbakti
1981 : Berdisiplin Berharmoni
1982 : Berdisiplin Giat Maju
1983 : Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 : Amanah Asas Kejayaan
1985 : Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 : Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 : Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 : Bersatu
1989 : Bersatu
1990 : Berjaya
1991 : Wawasan 2020
1992 : Wawasan Asas Kemajuan
1993 : Bersatu Menuju Wawasan
1994 : Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 : Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 : Budaya Penentu Kecapaian
1997 : Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 : Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 : Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 : Keranamu Malaysia
2007 : Malaysiaku Gemilang
2008 : Perpaduan Teras Kejayaan
2009 : 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 : 1Malaysia Menjana Transformasi
2011 : 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


Tahukah anda apakah Tema Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2012?


2012 : 1Malaysia Janji Ditepati

Saturday, June 16, 2012

Sabah yang di katakan kaya tu pun buat loan dengan Najib kaa..???

Najib announces RM235 mil loan for Sabah

KENINGAU (June 16, 2012): Datuk Seri Najib Abdul Razak today announced the approval of a RM235 million loan to the Sabah government to build a new water treatment plant for the 200,000 people in Keningau.

The prime minister said the loan documents were being prepared and the project would be implemented soon after the paper work had been completed.

Najib said the project encompassed, among others, the construction of five storage tanks and a 42.8-km long transmission main, with construction work to take up to 35 months.

Speaking at the launch of the Sabah Handicraft Centre here, the prime minister said: "I have come not empty-handed. I have come because several months back Sabah leaders asked me to do something for Keningau. (Deputy Chief Minister) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan made the proposal and was supported by Datuk Seri Musa Aman as the chief minister of Sabah.

"Each time I get into the helicopter with Pairin and Musa, they only convey this (to me). I told them to wait for my visit to Keningau, that I will make an announcement."

Najib said the project, which focused on a large target group, was a fine example of the close cooperation between the federal and Sabah governments which could translate decisions despite the magnitude of the projects.

He said the allocation also proved the capability of the government led by the Barisan Nasional (BN) in continuing to helm the country for the future of the nation and well-being of the people.

What the BN government did differed from what the opposition did because, while the government implemented the 1Malaysia People's Aid (BR1M) and there was a proposal for a second BR1M payment, the opposition was preoccupied with organising Bersih 2.0 and Bersih 3.0, he said.

When the opposition was causing destruction through street demonstrations, the BN government was undertaking charity work, he said, adding that he hoped that the people would be able to see the difference and make the right decision in picking a government at the next general election.

Najib said he was convinced that Sabah remained a fixed deposit of the BN and advised the people to continue to support the ruling government.

On the Sabah Handicraft Centre in Keningau, Najib said it was developed by the Sabah government through the Sabah Foundation at a cost of RM30 million while the federal government contributed the equipment and training facilities at a cost of RM20 million.

The project was also an example of the close cooperation between the federal and state governments in undertaking mutual exchange to provide adequate training and education to promote the creativity and arts of the Sabah people to the international arena, he said.

Najib said the government did not wish to see the high quality of Sabah's arts and creativity to stay put at the village or state level.

He said the government helmed by him had a major agenda and a clear and precise plan for Sabah in the government transformation programme aimed at bringing about a balance in urban and rural development as well as social justice for the people. – Bernama

Saturday, April 7, 2012

Lagi Duit di tabur oleh PUSAT.. RM300 ribu di Kedah RM9juta di Johor

Kerajaan pusat sumbang RM300,000 untuk bina tempat bakar mayat Siam
7 April 2012
JITRA - Masyarakat keturunan Siam dalam Parlimen Kubang Pasu gembira kerana hasrat mereka mendapatkan tempat pembakaran mayat yang moden tercapai hasil bantuan kerajaan pusat melalui peruntukan sebanyak RM300,000.

Peruntukan itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pengurusan mayat dapat dikendalikan lebih baik berbanding cara tradisional yang digunakan lebih 100 tahun.

Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharum menyampaikan cek peruntukan itu, yang diberi atas nama Jawatankuasa Kubur Siam, supaya mereka dapat terus membina tempat pembakaran mayat.

"Saya menyampaikan permintaan mereka yang meminta peruntukan sebanyak RM500,000 terus kepada Perdana Menteri dan Perdana Menteri meluluskan RM300,000 tunai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek itu di tapak perkuburan Siam Kampung Sungai Baru/Kota Giam di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Huma, Cham Nat Iprat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kubur Siam menerima cek berkenaan, disaksikan lebih 1,000 anggota masyarakat Siam.
Pada 10 Februari lepas, lebih 1,000 orang masyarakat keturunan Siam dari Kampung Sungai Baru, Kampung Huma dan Kota Giam menyampaikan hasrat mereka mendapatkan bantuan kerajaan bagi membina tempat pembakaran mayat yang moden kepada Mohd Johari.

Mohd Johari, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata keputusan Perdana Menteri meluluskan peruntukan itu menunjukkan beliau prihatin dengan masalah rakyat berbilang bangsa di negara ini.

Beliau turut memberi sumbangan sebanyak RM5,000 bagi menurap tempat parkir supaya pengunjung ke kubur merasa lebih selesa.

Cham Nat berkata pembinaan tempat pembakaran mayat di tapak perkuburan Kampung Baru/Kota Giam akan dilaksanakan secepat mungkin sebaik bahannya dibawa dari Thailand.

Beliau berkata tempat pembakaran mayat moden mengurangkan pelepasan asap sehingga 80 peratus berbanding cara tradisional.

Katanya masyarakat Siam amat menghargai sumbangan Kerajaan Persekutuan kerana usaha mereka selama 10 tahun untuk tujuan itu hanya mampu mengumpul wang sebanyak RM32,000 sahaja. - Bernama


PM peruntuk RM9 juta ganti pasar awam, borong
Wartawan Sinar Harian

PM peruntuk RM9 juta ganti pasar awam, borong
BATU PAHAT – Penduduk Batu Pahat bertuah kerana kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa sinar baru kepada mereka.

Sambil mengumumkan peruntukan RM9 juta, Najib berkata, dua premis tumpuan utama di bandar ini iaitu pasar awam dan pasar borong bakal dibina yang baru tidak lama lagi.

Menurutnya, disebabkan Batu Pahat adalah tempat di mana asalnya kerajaan dan negara, peruntukan berkenaan diberikan sebagai penghargaan kepada daerah ini dan juga warganya.

“Saya menghargai sokongan kuat penduduk Batu Pahat dan sebagai menghargainya, saya memperuntukkan RM3 juta untuk pasar borong dan RM6 juta untuk Pasar Awam Batu Pahat.

“Selain itu, saya juga bersetuju memperuntukkan jumlah khas yang akan saya bincangkan dengan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman untuk membaiki serta menyelenggarakan sistem perparitan di Batu Pahat.

“Saya percaya rakyat di Batu Pahat ini sudah lama menantikan pasar baru dan pembinaannya akan dilakukan dalam masa terdekat ini,” katanya ketika majlis Karnival Jelajah Janji Ditepati (KJJD), semalam.

Karnival yang berjaya menghimpunkan 50,000 penduduk ini turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek; Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad.