Showing posts with label Royalty. Show all posts
Showing posts with label Royalty. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Insya'Allah kurang dari 100 hari lagi ROYALTY akan kembali kepada KELANTAN...!!!

Mendapatkan royalti minyak melalui pilihanraya lagi cepat hasilnya


Siang tadi PM Najib berada di Kota Baru untuk menabur janji lagi. Ada tujuh yang dijanjikan beliau kepada orang Kelantan. Di antaranya ialah membina lebuhraya Kota Baru Ke Kuala Kerai dan membina 3000 unit rumah mampu milik untuk rakyat Kelantan jika BN berjaya merampas negeri itu dari PAS (PR) dalam pilihanraya kali ini. Selain dari itu ialah untuk membekalkan air bersih, membina UiTM dengan kapasiti pelajar seramai 5000 dan memperbaiki keadaan sistem pengangkutan awam dan berbagai-bagai lagi janji yang telah kita dengar setiap kali pilihanraya tiba.

Janji yang paling seronok kita mendengarnya ialah masalah royalti minyak dan Najib telah berjanji penubuhan jawatankuasa tentang isu ini. Isu tuntutan royalti minyak sememangnya menjadi isu yang terhangat kerana kegagalan serta keengganan Petronas membayar royalti minyak seperti yang termaktub dalam perjanjian pada bulan Mei 1975 yang lalu. Berbillion ringgit wang royalti yang sepatutnya di terima oleh rakyat Kelantan melalui kerajaan pilihan mereka masih belum di bayar dan wang royalti ini di jadikan sebagai alat menekan rakyat Kelantan untuk memilih BN dalam pilihanraya ini.

Bagi saya rakyat Kelantan mesti jangan percaya dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan itu kerana ia belum boleh memastikan rakyat Kelantan akan berjaya mendapatkannya dan ia akan memakan masa yang lama untuk mengetahui kejayaannya. Jawatankuasa itu mungkin untuk menarik perhatian rakyat Kelantan untuk menyokong BN dan juga menggunakan jawatankuasa itu untuk tidak membayarnya setelah mereka (BN) mendapat kuasa nanti.

Rakyat Kelantan ada jalan untuk mendapatkan wang royalti itu dengan mudah dan lebih pasti. Jalannya ialah untuk memperkuatkan usaha menaikkan Pakatan Rakyat dan mempastikan Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya. Jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya untuk mendapatkan wang royalti itu akan bertambah mudah dengan melaksanakan perjanjian tahun 1975 itu dengan serta merta dan tidak payah bermula dengan perbincangan awal seolah-olah rakyat Kelantan belum pernah membuat perjanjian dengan Petronas.

Rakyat Kelantan wajar bersama-sama dengan rakyat di negeri-negeri lain untuk memenangi pilihanraya ini kerana kejayaan untuk mendapatkan kuasa itu sudah terlalu hampir jika di izinkan Tuhan. Tidak payah membuang masa untuk bermesyuarat bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan wang royalti itu yang belum pun tentu berjaya di perolehi melalui jawatankuasa itu.

Rakyat Kelantan perlu mendapatkannya secepat mungkin melalui kuasa yang di perolehi dalam pilihanraya nanti. Kalau sudah ada jalan yang singkat, kenapa perlu kita melalui jalan yang berliku-liku. Lagi pun sememangnya rakyat Kelantan sudah pun selesai menanda tangani perjanjian tiga puluh lapan tahun yang lalu dengan Petronas.

Setelah mendapat kuasa nanti laksanakan sahaja perjanjian itu. Habis cerita. Bagi mendapatkan jalan mudah dan pendek ialah dengan mengenepikan BN dalam pilihanraya nanti, kerana BN lah yang menjadi penghalang kepada wang royalti itu untuk di bayar kepada rakyat dan kerajaan negeri Kelantan.

Masanya hanya tinggal kurang dari tiga bulan sahaja lagi. Tidak perlu menunggu jawatankuasa yang di bentuk oleh Putrajaya itu untuk memutuskannya.Melalui usaha jawatankuasa tuntutan royalti itu lambat hasilnya.Jika kita dapatkan melalui pilihanraya ia akan memakan masa hanya lebih kurang tiga atau empat bulan sahaja lagi.

Tetapi saya seperti menyuluh di tempat yang terang. Rakyat Kelantan lebih faham dari saya.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2013/01/mendapatkan-royalti-minyak-melalui.html

Tuesday, January 15, 2013

Royalty 20% - Juak Umno mula merapu..Petronas Lumpuh dan Bangrap tapi yang pasti kantung mereka yang akan kering...


Rafizi yakin royalti 20% tidak lumpuh Petronas


NIZAM ZAIN 15 Januari 2013 SHAH ALAM –Dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussain bahawa operasi Petronas akan lumpuh jika membayar royalti minyak 20 peratus tidak berasas sama sekali kerana kenyataan itu tidak berpandukan kepada prestasi semasa syarikat tersebut, kata Pakatan Rakyat (PR).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pembayaran royalti 20 peratus sebenarnya satu kadar munasabah berbanding hasil diterima Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM30 bilion.

“Sejak 2008, Petronas menyumbangkan hampir RM70 billion setiap tahun iaitu RM30 bilion dalam bentuk dividen tetap dan selebihnya dalam bentuk cukai pendapatan, cukai petroluem, duti dan lain-lain kepada Kerajaan Persekutuan.

“Jumlah dividen tahunan yang diambil Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu RM30 bilion setahun adalah jauh lebih tinggi berbanding di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu iaitu hanya RM3 bilion setahun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Baru-baru ini, Awang Adek mengatakan tuntutan PR untuk menaikkan bayaran royalti dari lima peratus kepada 20 peratus akan menjejaskan operasi Petronas di luar negara dalam usaha mencari sumber baharu bahan bakar itu.

Beliau berkata, Petronas perlu mempunyai simpanan modal untuk mencari sumber dan pendapatan baru dan ia memerlukan jumlah modal yang sangat besar.

Awang Adek berkata, jika usaha itu dihalang ia tidak mungkin dapat menyumbang dividen yang tinggi kepada negara yang kini berjumlah RM30 bilion setahun tidak termasuk pelbagai cukai.

Mengulas lanjut tuduhan itu, Rafizi mendakwa hasil bumi pengeluar minyak di beberapa negeri terbabit dinafikan haknya untuk memacu pembangunan infrastruktur yang kini jauh ketinggalan berbanding negeri lain walhal pada masa yang sama dakwanya, rekod Barisan Nasional membuktikan wang Petronas digunakan sewenang-wenangnya.

“Pemberian royalti sebanyak 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak bukanlah menghabiskan wang Petronas begitu sahaja seperti yang cuba digambarkan pemimpin BN itu.

“Beliau (Awang Adek) perlu cermin diri sendiri sebelum buat tuduhan mengatakan PR cuba bankrapkan Petronas, walhal BN sendiri yang berbuat demikian dengan mengambil sehingga RM70 bilion setahun sedangkan untuk mengembalikan royalti kepada rakyat di Sabah, Sarawak, Kelantan & Terenganu hanyalah RM12 bilion setahun,” katanya.

Monday, December 17, 2012

Mat Said tuduh Najib menipu bab sempadan telaga minyak yang baru dijumpai baru-baru ini..

Kantoi!! MB Terengganu Dedah Tembelang Najib..

Soalan lisan saya pada persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya dijawab oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa:

"Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu...

"Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran."

Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru ditemui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu.

Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Ahmad Said juga mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan.

Namun pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi undang-undang dan kedaulatan sesebuah negeri yang bernaung di bawah sistem Persekutuan.

Yang paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengisytiharkan pada 30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Pengumuman ‘anugerah royalti minyak’ oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar.

Ia jelas menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang teguh kepada semangat Federalisme dan keluhuran perlembagaan negara.

Begitu juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petroleum yang ditandatangani pada tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan bersama Petronas.

Perjanjajian ini jelas menjamin hak royalti sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri masing-masing.

Persoalan besar adalah, apakah perjanjian asal di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi?

Dan apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri?

Isu royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 tahun 1999.

Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu.

Beliau menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU semata-mata."

Jadi di manakah maruah dan hak negeri Terengganu Darul Iman sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud?

Ini ditambah dengan tindakan ‘mengihsankan’ royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam.

Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperoleh itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri.

Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun.

Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Amat wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen.

Beliau berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain.

Beliau dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan kepada perjanjian asal pada tahun 1975.

Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat.

Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini.

Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain.


Dr Syed Azman Ahmad Nawawi,
Adun Batu Burok, Terengganu
Penolong Setiausaha Agong Pas

~sinar

Sunday, December 2, 2012

Woi BANK awat hang tahan duit GAJI aku... KO BANK..!!!

oleh AnakKedah007.blogspot



Apa perasaan anda apa bila anda bekerja sebulan dan Majikan anda masukan duit gaji kedalam akaun anda di BANK tetapi BANK pulak menahan duit anda daripada dikeluarkan tanpa memberi sebarang alasan.... patutkan BANK itu di katakan ZALIM...

Begitu jugalah dengan WANG ROYALTY KELANTAN... Petronas sudah bayar kepada KERAJAAN PUSAT... tetapi masalah sekarang pengkhianatan KERAJAAN PUSAT tidak memberikannya kepada KERAJAAN NEGERI...

Tidakkah ini juga kita patut panggilkan ZALIM.... Jika tak patut kenapa mai tang GAJI hangpa boleh kata ZALIM... mai tang ROYALTY semua pakat buat telinga badak...

Monday, November 12, 2012

Pahang royalti; Kelantan dan Terengganu apa?

12 Nov 2012


Pengumuman Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak bahawa Pahang dijangka menerima ‘royalti minyak’ sekitar RM100 juta setahun apabila adanya penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 adalah amat menarik perhatian.

Ini adalah kerana kawasan baru ini berada 100% dalam perairan Terengganu dan ia dijangka akan membawa pulangan berbilion-bilion ringgit kepada Petronas dan kerajaan Malaysia.

Dalam kegembiraan kepada negeri Pahang, timbul persoalan besar, apakah tindakan Perdana Menteri ini tidak akan menjejaskan hak royalti yang berada dalam perairan Terengganu? Begitu juga dengan hak royalti Kelantan yaang terus dinafikan hak mereka untuk mendapatkan hasil minyak dari kerajaan Persekutuan.

Kedua-dua negeri ini telah menfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menuntut tunggakan pembayaran royalti dan bayaran masa hadapan bagi hasil petroleum diperoleh di luar pantai negeri berkenaan yang tidak dibayar. Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.


Namun pada awal tahun 2011, setelah Terengganu bertukar kerajaan dari PAS kepada Umno/BN, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Sri Ahmad Said, telah bersetuju untuk menarik balik saman terhadap Petronas. Mereka beranggapan bahawa isu ini telah selesai kerana kerajaan Terengganu telah mendapat ‘Wang Ensan’ dan Dana Khas’ secara terus dari Kerajaan Persekutuan.

Isu royalti minyak ini mula timbul apabila sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada pilihanraya umum ke 11. Pada 5 September 2000, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu tanpa menyalurkan terus kepada kerajaan negeri lima peratus royalti petroleum yang dibayar sebelum ini.

Tun Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri pada waktu itu telah membuat penegasan bahawa kerajaan PAS Terengganu tidak berhak mendapat ‘royalti minyak’ dan “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan”.

Lebih parah lagi apabila Dr. Mahathir mendakwa bahawa perjanjian di antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas hanyalah merupakan suatu MOU sahaja.

Perlu ditegaskan bahawa Pada 12 November 1975, Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan di Parlimen bahawa semua negeri di Malaysia, telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Mengikut perjanjian itu; “Tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di dalam negeri masing-masing, sama ada yang diperolehi itu dalam perairan ataupun di luar perairan negeri tersebut yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya.”

Maka sejak dari tarikh tersebut Kerajaan Negeri Terengganu dan Sarawak telah menerima ‘Wang royalti minyak’ secara langsung dengan tunai tanpa sebarang gangguan dan sekatan sepertimana yang terkandung dalam perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan Kerajaan Negeri tersebut.

Malah kerajaan negeri Terengganu telah memperolehi wang royalti minyak bernilai hampir RM15 bilion selama 25 tahun.

Namun dengan pengumuman ‘anugerah wang ehsan’ oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar. Apakah perjanjian asal diantara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi?

Apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri? Dan apakah kesudahan kepada tuntutan royalti minyak kepada negeri Terengganu dan juga Kelantan?

Namun apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan pimpinan Umno/BN terhadap kerajaan negeri Kelantan adalah suatu bentuk kezaliman kepada rakyat. Kenapa mesti mendiskriminasi sebuah negeri yang lebih 95% rakyatnya beragama Islam dan berbangsa Melayu?

Tindakan ini adalah jelas berniat meyiksa rakyat Kelantan yang telah memberi mandat kepada kerajaan PAS sepertimana yang telah berlaku kepada negeri Terengganu pada tahun 2001. Bagi Terengganu, dimanakah pula maruah kepimpinan Menteri Besar Ahmad said apabila hasil minyak yang berada di perairan negeri boleh ‘diserah’ kepada negeri jirannya, Pahang?



* Dr. Syed Azman Syed Ahmad adalah Penolong Setiausaha Agong PAS dan Adun Batu Burok, Terengganu. Email: syedazmans@yahoo.co.uk, Twitter; @syedazman

Sunday, October 21, 2012

Ada orang panas bontot bila rakyat Kelantan bawa R masuk stadium

 Takut imej negatif.

Tapi time halang hak rakyat kelantan tak takut pula kena dipersoalkan Allah swt? Naib Presiden kafa aka umno bersuara ;
"Jika kumpulan ROYALTI masih aktif pada perlawanan itu, ia tentu memalukan rakyat kelantan, sekali gus juga mencemar imej KAFA serta bola sepak negara."
Bangang la lue. Mana ada memalukan rakyat kelantan. Tetapi memalukan bn dan umno jek. Sebab lue la geng2 pencuri hak milik rakyat kelantan. Kenapa pula rakyat kelantan nak rasa malu terhadap hak mereka sendiri? Kenapa pula rakyat kelantan nak rasa malu terhadap tuntutan yang memang mereka layak? Kenapa pula rakyat kelantan nak rasa malu terhadap duit mereka sendiri?


Sudah semestinya yang malu kat sini bien dan umno. Sebab tue korang tegur. Korang takut rakyat luar tahu yang korang pencuri. Menafikan hak milik rakyat kelantan. Untuk kelantan tak boleh. Untuk thailand boleh. Kata pejuang melayu pro islam tapi duit orang melayu dan orang islam itulah yang korang curi dan sanggup beri pada thailand yang membunuh dan menindas orang islam.

Macam tue boleh?

Takut rasa cuak.

Takut rasa geram.

Orang yang dirampas duitnya tak boleh rasa bengang? Tak boleh rasa marah ble kena tindas? Tak boleh rasa sedih bila media pongpang2 kutuk kelantan ? Tak boleh rasa sakit ahti bila tv seme taknak bagi liputan pada R? Tak boleh rasa apa2.. korang jek yang boleh rasa, boleh bersuara, boleh bercakap apa2..?

Inila semangat kesukanan kelantan. Di mana2 mereka pergi, walaupun apa jua yang mereka buat, hak mereka, duit mereka, mereka takan lupa untuk tuntut sampai dapat. Memang bodoh la nak denda KAFA sampai 40k.

Orang yang melaksanakan denda itu memang bangang nak mampos. BANGANG nak mampos. Aku tak peduli apa title ko apa pangkat ko apa kuasa ko yang aku tahu hanya pencuri sokong pencuri dan bila pencuri sokong pencuri sudah semestinya dia pun pencuri juga. Dunia atau akhirat pencuri2 ini pasti kena. Makan duit anak yatim berdosa. Makan duit orang pun tak kurang dosanya. Ingat tue.

Wednesday, October 17, 2012

Ust Firdaus lepaskan Konvoi R Tuntut Royalti: Jelajah Malaysia Utara

 Konvoi tuntut royalti jelajah Perlis-Kedah
ROSLINDA HASHIM
17 Oktober 2012
Konvoi tuntut royalti jelajah Perlis-Kedah
Sebahagian peserta konvoi tiba di Alor Setar.
 
ALOR SETAR - Gelombang merah membanjiri jalan raya sekitar bandar raya ini apabila lebih 500 peserta dari kalangan mahasiswa dan anak Kelantan perantauan berkonvoi menaiki 300 motosikal dan kereta, dalam usaha berkempen tuntutan Royalti Kelantan.

Setiausaha Konvoi R Tuntut Royalti: Jelajah Malaysia Utara, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, konvoi anjuran Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) atau lebih dikenali ‘R’ serta Sekretariat Mahasiswa Kelantan Utara R (SAKU-R), berkonvoi ke Kedah-Perlis untuk memperjelaskan isu berkaitan tuntutan royalti Kelantan.

“Kempen R memfokus kepada penerangan isu tuntutan yang kini berjumlah lebih RM10.4 bilion, termasuk serahan 160,000 tandatangan dan memorandum kepada Perdana Menteri pada 3 Oktober lalu di Putrajaya dan Parlimen,” katanya.
Menurutnya, Perdana Menteri perlu patuh kepada amanat arwah ayahandanya, iaitu Tun Razak yang menyatakan dengan jelas bahawa mana-mana minyak dan gas yang dijumpai dalam perairan atau luar perairan adalah hak negeri, selaras dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

“Kita turut edarkan Buletin Royalti R sebanyak 5,000 keping dan pelekat R bagi tujuan kempen kesedaran itu,” katanya.

Pelepasan konvoi disempurnakan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Dataran Darulaman, Jitra, dan turut singgah di kediaman rasmi Menteri Besar, Sri Mentaloon.

Pada majlis itu, wakil konvoi menyerahkan Plak Royalti ditandatangani oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pada 5 Jun lalu yang menggesa gas Kelantan didaratkan ke Bachok.

“Kami memilih Kedah dan Perlis kerana gas Kelantan yang dikeluarkan di Blok JDA Malaysia-Thailand dari Pelantar Cakerawala didaratkan di Songkhla, Thailand disalurkan dari sana melalui Bukit Kayu Hitam hingga ke Gurun,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mempertikai keperluan mendaratkan gas Kelantan ke Songkhla yang jaraknya 270km, berbanding ke Bachok sejauh 140km.

“Kami turut anjurkan ceramah Royalti Amanah Rakyat di Kelantan, melibatkan Tengku Razaleigh Hamzah selaku penceramah utama. Turut dilancarkan kempen ‘Laungan Royalti’ di Stadium Shah Alam, baru-baru ini,” katanya.

Tuesday, August 14, 2012

Mengapa rakyat Sarawak miskin sedangkan ia adalah pengeksport LNG ke-2 terbesar dunia selepas Qatar?

 'Janji dicapati' rakyat Sarawak lebih mengerti..


Perdana Menteri kata, negara akan bankrap jika rakyat bersedia melakukan perubahan dengan menyokong 'Tawang Jingga' yang dikemukan oleh Pakatan Rakyat.

"Segala-galanya (janji pembangkang) kalau kita hitung negara akan bankrap dalam satu malam, dia pun tahu tidak boleh buat sebab itu dia takut apabila kita gunakan tema Janji Ditepati," kata Najib Razak di Utusex.

Lihat berita di atas. Belumpun pembangkang mengambil alih Putrajaya, adakah rakyat Sarawak kaya raya? Rakyat Sabah paling miskin?

Mengapa rakyat miskin sedangkan Sarawak adalah pengeksport LNG ke-2 terbesar dunia selepas Qatar?



Mengapa rakyat miskini sedangkan pendapatan per kapita Sarawak adalah jauh lebih tinggi dari Brunei Darussalaman yang kaya raya itu?

Siapa yang merampas harta rakyat sarawak?

Adakah Hindu atau Buddha yang jajah ekonomi Sarawak atau pemimpin Barisan Nasional?

Ya...Najib terpaksa bohong semua rakyat Malaysia kerana dia takut rakyat akan tumbangkan Umno BN semasa pilihan raya umum ke-13 nanti! - Faqar

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/08/janji-dicapati-rakyat-sarawak-lebih.html

Saturday, August 4, 2012

Royalti: Jangan rasa terhutang budi pada perompak

Harakahdaily, 04 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta wakil kerajaan Kelantan bagi membincang soal royalti minyak.

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

“Langkah ini dilihat satu usaha Najib mengendur dan membendung kemarahan rakyat kelantan khususnya sehingga langkah ini terpaksa diambil.

"PAS melihat usaha ini terpaksa dilakukan terutama melihat sokongan terhadap royalti kini telah menjadi fenomena umum melampaui negeri Kelantan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berpendapat Najib sedang mencari populariti di saat semakin ramai pegawai kerajaan dan ahli politik yang dahulunya pro-Umno kini secara terang-terangan memberikan sokongan kepada PAS.


Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Pahang itu menasihatkan agar rakyat Kelantan tidak perlu bergembira kerana “sepucuk surat untuk berunding bukanlah jaminan mereka akan dibayar royalti.”

Tuan Ibrahim berkata tuntutan dan program yang telah diatur mesti diteruskan sehingga hak rakyat Kelantan benar-benar dipulangkan.

“Namun, jangan pula ada yang merasa terhutang budi dengan perompak yang memulangkan kembali harta yang dirompak sehingga sanggup memuja perompak pula selepas itu,” kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dipetik Sinar Harian sebagai berkata PAS tidak masalah untuk berbincang mengenai soal royalti minyak kerana selama ini itulah hasrat untuk membincang secara rasmi.

“Kami sedia dan menerima apabila Perdana Menteri sendiri sudah bersetuju untuk memulakan rundingan, tetapi kalau boleh tiada orang tengah atau sekadar menghantar wakil untuk melakukan perbincangan,” kata beliau.

Salahuddin berkata seharusnya rundingan diadakan di antara Nik Aziz sendiri bersama Perdana Menteri sahaja.

“Saya juga berharap agar persetujuan Najib untuk mengadakan perbincangan ini, bukan bermotifkan politik semata-mata,” ulas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Najib sedang menanam tebu di bibir dalam isu Royalty..!!!

""Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini."

Kalau dalam POLITIK, ini digelar PANCING UNDI.

Kenapa ia digelar demikian?

Sebab konon2nya Rakyat akan nampak USAHA ini usaha yang MURNI sedangkan dah berpuluh2 tahun Kerajaan Negeri menuntut ROYALTI.

Sebelum 6 bulan, PRU ke 13 akan berlaku. Kenapa tak buat dalam masa sebulan @ 2 bulan? Sebab KANTONG Kerajaan Pusat bakal digunakan untuk PRU ke 13. Maka alasan 6 bulan digunakan bagi mengaburi mata Rakyat.

Bagi mereka2 yang dah JEMU dengan STRATEGI ini, bagilah 6 bulan ker, setahun ker, 4 hari ker, itu semua adalah RETORIK untuk memancing UNDI.

Sedangkan BN bakal TERKUBUR pada PRU ke 13 nanti.

Najib hanya MAMPU BEERJANJI. Sedangkan JANJInya TIDAK DITEPATI bahkan DI KETEPI.

TUMBANGKAN REJIM BN!!!


Bayaran hasil petroleum dikaji semula
Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan negeri-negeri berkenaan.

"Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

"Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan," katanya sambil menambah bahawa semenjak enam bulan lepas, beberapa perbincangan dalaman dibuat berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas tersebut.

Najib berkata dengan penubuhan jawatankuasa khas itu, kerajaan persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Pantai Timur Semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil, telus dan saksama.

Beliau berkata berdasarkan perjanjian di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

"Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum," katanya.

Najib berkata kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.

Najib berkata walaupun peruntukan perundangan ini adalah jelas, namun pada November 2009, beliau mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai pemberian bayaran tunai kepada Kelantan meskipun pengeluaran petroleum buat masa ini terletak di luar perairan negeri tersebut.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan untuk terus membangunkan negeri Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

Peruntukan tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan," katanya.

Beliau berkata sebahagian besar peruntukan itu adalah untuk bantuan pelajar sekolah dan pelajar daripada Kelantan yang memasuki tahun pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

- Bernama