Meskipun debat "Perdana Menteri - Ketua Pembangkang Parlimen" semakin dinanti-nantikan, tatkala langkah PRU 13 yang menghampiri, namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim hari ini menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju untuk mengadakan debat politik antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Kalau kita berdebat 50 jam pun, kita tidak dapat apa-apa. Tetapi kalau kita sumbang kepada rakyat, rumahnya, jambatannya, jalannya, ini lebih baik daripada lain," kata Rais Yatim (gambar kiri). Malah, beliau menyifatkan debat antara Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam isu PTPTN yang diadakan sebelum ini sebagai "mainan politik".

Beliau berkata sedemikian ketika ditanya wartawan MerdekaReview, yang mengajukan soalan apakah debat Rafizi Ramli dan Khairy Jamaludin tidak memberi makna? Untuk Rais Yatim, debat tersebut hanya "mainan politik, dua-dua pun mainan politik."
"Saya mengatakan mainan politik yang mungkin disalahtafsir oleh pihak-pihak tertentu. Bagi BN, mereka akan mengatakan kita menang. Bagi pihak pembangkang, juaranya hebat." ulas selanjutnya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan dalam program "1Malaysia Prihatin: Sentuhan Mengubah Kehidupan di Indian Settlement di Ladang Kam Seng, Batu 8, Gombak Utara", hari ini.
Minggu lalu, penonton menyahut cadangan moderator debat antara Rafizi dengan Khairy dalam isu PTPTN, iaitu Dr. Maszlee Malik yang mahu melihat perdebatan antara PM Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim. Malah Timbalan Menteri Pelajaran Saifuddin Abdullah juga bersetuju dengan cadangan tersebut, pada masa yang sama berpendapat debat antara Najib dengan Anwar akan mencipta sejarah tanah air.
*Lu Wei Hoong ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks asal.
No comments:
Post a Comment