Saturday, May 26, 2012

Siapa nak sokong UMNO.. Angkat Tangan..??

Menyokong UMNO : ibarat menanam pohon yang condong


Perdana Menteri tetap seorang Melayu, walau parti mana pun yang memerintah dan di beri mandat oleh rakyat. DAP telah menyatakan dengan terang dan jelas yang orang bangsa lain dari Melayu tidak pernah berbincang untuk mengambil alih orang Melayu untuk menjadi PM.

Cerita momokan dari UMNO sahaja yang gila-gila menggunakan isu yang jika PR memerintah dan jika PR di domonasi oleh DAP maka ditakuti jawatan PM itu akan menjadi milik orang cina DAP. Momokan ini telah menjadi kempen orang-orang UMNO sekarang ini di bawah-bawah dengan tujuan menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong DAP.

MCA pun telah membuat kenyataan yang MCA tidak pernah terniat untuk meletakan wakilnya di Parlimen untuk menjadi PM negara ini. Kedua-dua MCA yang seratus peratus dari orang cina dan DAP sebuah parti berbilang kaum yang kini masih di dominasi oleh kaum cina telah menyatakan dengan jelas dan terang yang apa yang di cadangkan oleh setengah pihak supaya perlembagaan kita dipinda untuk memberi kepastian yang jawatan PM itu di pegang oleh orang Melayu itu di berikan kepastian mengikut perlembagaan.

Saya telah menulis tentang hal ini, tetapi tidak pernah mendapat ulasan yang baik selain dari membabikan dan menyumpah seranah saya dan sesiapa juga yang menulis tentang isu ini. Apa yang diperlukan oleh orang cina ialah untuk mempunyai sebuah kerajaan yang ‘descent’ dan kerajaan yang mengikut ‘rule of law’ serta tidak rasuah dan rasis serta melakukan penyalahan gunaan kuasa seperti yang dilakukan oleh BN terutamanya UMNO dan MCA.

Itulah sebabnya kita nampak jelas yang orang cina sudah mengambil keputusan untuk menarik balik sokongan terhadap MCA dan memberikan keyakinan kepada DAP sekarang ini.Oleh kerana kefahaman tentang isu ini sudah mulai ada di kalangan orang Melayu, maka sudah wujud kecenderungan orang Melayu memberikan sokongan terhadap DAP sebagai jalan keluar untuk memberitahu pimpinan UMNO yang UMNO sudah terlalu jauh tersasar dari perjuangan kebangsaannya.

Orang Melayu sudah hilang kesabaran melihatkan partinya UMNO itu telah menggunakan kesempatan di atas sokongan secara otomatik selama ini untuk menyalah gunaan wang rakyat dan telah membantutkan perjuangan parti itu sebagai parti untuk semua rakyat tanpa mengira kaum.

Akhir-akhir ini UMNO sudah jelas menunjukan yang parti itu sudah hilang ‘magnanimitynya’ kerana dalam keadaan terdesak penyokong-penyokongnya beserta dengan pemimpinnya telah meniupkan sentimen perkauman untuk mengekalkan sokongan orang Melayu. UMNO telah memainkan sentimen perkauman ini dengan menakut-nakutkan orang Melayu bahawa jika UMNO hilang kuasa, ianya bermakna orang Melayu akan tidak mempunyai harga diri dalam negaranya sendiri lagi.

Masih ada yang termakan dengan isu yang dimainkan oleh UMNO itu tetapi ianya terdiri dari penyokong-penyokong membuta tuli yang tidak berfikir secara serius dalam usaha membenteras kemungkaran politik dan ekonmi negara yang telah di lakukan oleh UMNO sejak 3 dekad yang lalu.

Orang UMNO di mana-mana berfikir yang sokongan mereka terhadap UMNO itu ibarat menanam pokok yang condong; pohonnya tumbuh di halaman sendiri tetapi buahnya jatuh di laman orang. Yang untung hanyalah kroni-kroni yang mengambil kesempatan di atas hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin yang didukong orang Melayu itu.

Orang Melayu telah memberikan sokongan secara total selama ini tetapi apabila rakyat sudah mulai celek mereka tetah membuat keputusan untuk berjuang bersama dengan secara aktif melakukan pembaharuan minda dan telah mula menolak UMNO secara beransur-ansur sejak tiga pilihan raya yang lalu (tidak termasuk pru 2004) dan mula memberikan tumpuan kepada parti-parti alternatif.

Apabila UMNO sudah mula terhakis sokongan orang Melayu maka secara direct ianya telah menjejaskan sokongan orang cina terhadap MCA yang juga mempunyai kelemahan yang sama seperti UMNO; iaitu menyalah gunakan kuasa sewenang-wenangnya. Kalau tidak takkanlah isu rasuah yang melibatkan RM12 billion PKFZ telah melibatkan Menteri-Menteri MCA dengan sokongan pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor.

Masalahnya pemimpin UMNO dan BN tidak boleh nampak tanah atau harta rakyat. Air lior mereka akan meleleh seperti anjing nampak tulang. Harta dan wang ringgit rakyat di rompak dan di belanjakan seperti harta dan wang ringgit datok nenek mereka sendiri…tidak ada segan dan silu dan masih bersahaja seperti tidak ada apa kesalahan yang mereka lakukan.

Dengan masalah-masalah ini maka rakyat sedang melakukan ‘soul searching’ yang serius dan mencari jalan untuk menukar parti-parti alternatif, dan itu adalah hak rakyat yang merupakan tuan punya kepada negara ini. Rakyat berhak menolak sesiapa yang mereka rasakan telah menyelewengkan perjuangan rakyat.

Apabila terbukti yang rakyat begitu serius untuk melakukan perubahan dan berhijrah dari sikap mahu diperbodohkan kepada mahu mengambil tahu dan bertanggung jawab kepada negara mereka. Mereka tidak ada lagi negara yang mereka hendak pergi. Tidak seperti banyak pemimpin politik kerajaan hari ini; mereka boleh pergi ke negara lain dengan harta yang mereka longgokan semasa berkuasa.

Dalam pada itu orang Melayu tidak mahu juga untuk melepaskan keistimewaan yang Perdana Menteri itu mesti lah dari orang Melayu. Saya amat bersetuju dengan kenyataan MCA dan DAP yang menyatakan tidak pernah lagi ada usaha atau pun terfikir yang seorang PM itu boleh dipegang oleh bangsa lain selain dari Melayu.

Inilah yang mahu di lihat oleh orang Melayu dan jika ini merupakan kenyataan maka orang Melayu mempunyai alternatif yang luas untuk terus tersepit dengan momokan UMNO, kononnya UMNO itu adalah ibarat tuhan; orang Melayu dan Islam hanya boleh hidup aman dan sentosa di bawah pimpinan UMNO. Cerita hanya UMNO boleh melakukan segala-galanya sekarang hanya tinggal sebagai mitos semata-mata.

Lagu ‘UMNOlah segalanya’ ini sudah tidak lagi menjadi lagu kegemaran ramai lagi. Lagi pun UMNO tidak menunjukan sikap bersatu padu di kalangan pemimpin di setiap peringkat. Mereka berperang sesama sendiri, lebih lagi dalam menghadapi pilihanraya yang akan tiba ini. Semuanya mengaku sebagai calon ‘winnable’.

Di mana-mana saya mendengar “kalau den calon buleh monang, kalau dio tu ontahlah! Payah sikit agak eh” Di mana-mana kedengaran kata-kata ini. Ahli-ahli UMNO hanya bersatu semasa menyanyi lagu UMNO sahaja. Nanti kita boleh dengar semasa perhimpunan agong UMNO hujung minggu ini. Semasa menyanyikan lagu UMNO itu, mereka bersatu. Habis sahaja menyanyikan lagu UMNO itu, mereka akan menikam sesama sendiri pula.

Tetapi yang penting kita orang Melayu mesti faham ialah apa pun parti alternatif yang diberi mandat Perdana Menterinya tetap orang Melayu. Itulah sebabnya beberapa lama dahulu saya pernah menyebut yang negara memerlukan politik dan negara yang baru.

Saya selalu menyebutkan, ‘let’s restart this nation anew”. Mesti ada pemimpin di kalangan UMNO sendiri yang tidak pernah dipedulikan mampu untuk menyelesaikan masalah yang negara hadapi dan politiknya.

Semasa mereka yang tidak jujur mendapat kuasa mereka terlonjak-lonjak keriangan tetapi tidak tahu untuk menjaga kuasa yang di mandatkan oleh rakyat itu.

Bak kata perbilangan orang Negeri Sembilan, ‘posok ketayap dek lonjak’ masing-masing.

Aspan Alias

1 comment:

  1. Ape2 pun yang korang cakap, gua tetap tidak akan sokong pemimpin yang :
    Kaki penipu, kaki pembohong, kaki kencing, kaki putar belit, kaki putar alam, kaki porno, kaki cina doll, kaki siam doll, kaki jantan, kaki betina, kaki urut, kaki pelacur, kaki rembat bini orang, kaki muka tebal, kaki muka tak malu, kaki muka selamba, kaki muka kering, kaki rasuah, kaki songlap, kaki himpun, kaki merusuh, kaki sara hidup dari dana Yahudi, kaki sokong keselamatan Israel, kaki wahhabi, kaki pluralisme, kaki LGBT, kaki gila kuasa, kaki fitnah, kaki kafir mengkafir, kaki kauseling kul 3 pagi, kaki jamban blowjob, kaki durhaka pada ibu, kaki munafik, kaki ampu, kaki bangga diri, kaki ujub, kaki khawarij, kaki maki, kaki hamun, dan entah ape-ape lagi kaki yang akan muncul selepas ini. Hang pikir lah sendiri.

    ReplyDelete