25 Mei 2012
PUTRAJAYA - Di sebalik spekulasi berterusan berkenaan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar percaya bahawa para pengundi juga menanti tarikh hari penentuan untuk memutuskan mandat mereka.
Katanya, para pengundi berada dalam keadaan "lebih daripada bersedia" untuk menghadapi PRU13.
"Rakyat memang menunggu pilihan raya, dia dah bosan, rakyat dah bosan apa yang dia lihat sekarang... yang tidak bersedia pilihan raya adalah parti politik," kata beliau dalam temu bual dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online di pejabatnya semalam.
Berkongsi pandangan peribadi berkenaan soalan ini, Wan Ahmad berkata, berdasarkan perbualan formal dan tidak formal di kalangan rakyat sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa pengundi sudah bersedia untuk menghadapi PRU13.
"Tetapi perasan saya, rakyat tanya soalan bila pilihan raya, (sama ada) di kedai kopi, perbincangan... dalam pemikiran tidak ada cerita lain, jadi saya rasa, rakyat (sudah) bersedia, lebih daripada bersedia.
"Cuma (persoalan sama ada) rakyat sudah buat keputusan siapa yang mereka akan pilih dalam pilihan raya, rakyat tahu," kata beliau apabila ditanya sama ada para pengundi sudah bersedia untuk berdepan dengan PRU13 ketika spekulasi menyebut ia kemungkinan besar akan diadakan akhir Jun atau awal Julai ini, dan jika tidak kemungkinan September.
Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir penghujung April 2013.
Lazimnya, Dewan-dewan Undangan Negeri, kecuali Sarawak, akan dibubarkan jika Perdana Menteri memutuskan untuk membubarkan Parlimen.
Pemerhati dan penganalisis politik berpandangan bahawa berbanding PRU yang lalu, pengundi-pengundi, yang jumlahnya lebih 12 juta orang sekarang, menanti kedatangan PRU13 dengan 'semangat'.
Beberapa pemerhati dan penganalisis melihat ia sebagai satu suasana yang berbeza berbanding Mac 2008 dan sudah bosan dengan terlalu banyak politiking.
Diminta mengulas hasil kajian terbaru mengatakan 40 peratus pengundi masih berada dalam kelompok 'pengundi atas pagar', Wan Ahmad berkata, "saya tidak kata setinggi itu."
"Secara peribadi... itu soal politik. Tetapi perasaan saya, rakyat Malaysia, majoriti adalah pengundi yang telah buat keputusan.
"Untuk kali ini mereka dah buat keputusan, kalau mereka anggota parti politik, bersama keluarga mereka, sekali gus mereka tahu siapa nak pilih," katanya lagi.
Beliau juga berkata, pengundi mempertimbangkan soal parti apabila membuat untuk mengundi dalam pilihan raya.
"Rakyat negara kita, kebelakangan ini sebenarnya memilih parti, calon bagi mereka adalah kalau dia dah pegang parti itu .. dia dah tidak kira calon, (calon dari) Kelantan bertanding di Johor, orang Kedah bertanding di Kelantan, tidak ada makna bagi dia. Logo parti dia nak conteng dan pangkah, itulah hakikat.
"Tetapi tidak dinafikan ada golongan yang buat keputusan semasa tempoh berkempen, tengok yang mana... golongan ini yang ini betul-betul atas pagar," kata beliau.
Oleh itu tambah Wan Ahmad, beliau tidak fikir golongan pengundi atas pagar "setinggi" yang dilaporkan menerusi hasil kajian baru-baru ini.
"Walaupun belia dan anak muda kita pertama kali mengundi pada pilihan raya ini melebihi dua juta orang, bukan semuanya belum membuat keputusan.
"Mereka ini mendaftar sebagai pengundi, mereka mendaftar melalui parti politik yang menghubungi dan berjumpa dengan mereka, dan yang mendaftarkan mereka.
"Sekali gus mereka akan ada sentimen mereka kepada parti berkenaan walaupun mereka ada pengundi baru. Generasi muda, umur 22, 23 tahun terpengaruh dengan parti itu, dia akan daftar parti itu," katanya lagi.
Sambil mengulangi pandangan bahawa kebanyakan pengundi sudah pun membuat keputusan parti yang hendak diundi, Wan Ahmad berkata, rakyat negara ini adalah masyarakat bermaklumat.
"Dia tahu, kempen pilihan raya setiap hari sekarang ini melalui pelbagai cara, tidak ada perkara lain yang dibincangkan media cetak dan elektronik atau aktiviti ahli parti politik melainkan menjurus kepada PRU13, (jadi) ramai dah buat keputusan," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment