JINGGA 13 DESAK SPR USAH 'MENEGAKKAN BENANG BASAH' DAN MEMPERLEKEHKAN SUARA RAKYAT TEHADAP KAJI SELIDIK MERDEKA CENTRE
Kajiselidik oleh Merdeka Centre yang dibuat baru-baru ini iaitu sehingga sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 telah menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang , di mana menurut Merdeka Centre, 92 % daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bersetuju agar kerajaan terutama SPR perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum ke 13.
Ini membuktikan rakyat begitu prihatin terhadap kegagalan dan penyelewengan serta kegagalan SPR sebagai badan yang diyakini dan dipercayai sebagai satu badan yang benar-benar telus , adil serta profesional dalam melaksanakan sistem pilihanraya dalam negera .
JINGGA 13 menyelar kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang seolah-olah rakyat Malaysia begitu dangkal dan bodoh dalam menjawab soalan kajiselidik oleh Merdeka Centre tersebut dengan menyatakan "mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan". SPR terutama Datuk Wan Ahmad Wan Omar usah ' menegak benang yang basah ' menafikan tinjauan tersebut serta menafikan suara hati rakyat yang majoriti mengetahui SPR gagal membersihkan daftar pemilih dan gagal mereformasikan sistem pilihanraya yang benar- benar bersih.
SPR seharus sedar bahawa rakyat bangkit turun ke jalanraya menyertai Perhimpunan BERSIH 1.0 hingga 3.0 adalah antaranya berpunca daripada kegagalan SPR membersihkan daftar pemilih . Masih hampir 42,000 pemilih ragu yang masih gagal dibersihkan oleh SPR. Terdapat 2,425,045 pemilih di seluruh negara dalam daftar pemilih tiada alamat langsung. 31,294 pemilih yang telah dipindahkan tanpa kebenaran pemilih tersebut dengan alasan oleh SPR iaitu membetulkan sempadan kawasan pilihanraya. Malah pelbagai fakta dan bukti yang diberikan namun SPR masih gagal dalam membersihkan daftar pemilih .
SPR terutama Datuk Wan Ahmad Wan Omar seharus mengambil sikap optimis terhadap usaha positif kajiselidik Merdeka Centre tersebut yang merupakan kehendak dan inspirasi rakyat bukannya memperlekeh kajiselidik tersebut . Malah tindakan mereformasikan sistem pilihan raya termasuk menunaikan 8 tuntutan BERSIH adalah untuk kebaikan rakyat dan negara .
Apa sebenarnya agenda SPR sehingga suara rakyat diperlekeh dan dianggap tidak penting?
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13
No comments:
Post a Comment