Ceramah politik; saya kira, walaupun dengan kepesatan teknologi maklumat, hinggakan setiap perkara dan maklumat yang baru sahaja berlaku tidak kurang lima minit pun sudah diketahui dan disebar luas melalui media-media baru; ia (ceramah politik) masih lagi menjadi medium pilihan utama penyebaran maklumat terutama sekali maklumat yang tidak dapat disebarkan melalui media arus perdana.
Hinggakan pada satu tahap, pihak kerajaan sendiri misalnya; walaupun mempunyai kekuatan dan akses penuh terhadap media cetak, televisyen, radio, dan pelbagai jenis media lain, terpaksa juga akhirnya turun ke kawasan-kawasan penduduk untuk turut berceramah. Begitulah hebatnya penangan ceramah politik. Pada hemat saya, ceramah politik hari ini sudah sepatutnya ditabalkan oleh Kementerian Kebudayaan sebagai satu lagi aktiviti kebudayaan rakyat di Negara ini.
Saya sendiri, setiap hari akan bangun dari tidur dengan begitu banyak panggilan-panggilan telefon yang tidak berjawab, ditambah pula dengan pesanan-pesanan ringkas yang tidak berbalas. Kebanyakannya adalah panggilan dan pesanan dari ramai pihak-pihak yang ingin menjemput saya untuk berceramah di tempat masing-masing. Saya punya masalah dalam membahagikan sebaik mungkin masa saya untuk memenuhi jemputan-jemputan tersebut.
Kadangkala, saya terpaksa menolak jemputan-jemputan yang bertembung pula dengan program-program berkaitan dengan kerja-kerja gerakan pelajar. Itulah yang menjadi dilema saya hampir setiap hari. Kerja dan tanggungjawab bersama gerakan banyak, namun jemputan-jemputan ini pula tidak sampai hati untuk ditolak kerana kebanyakan yang menjemput ini datang dari ceruk-ceruk kampung dan kadangkala, sampai merajuk apabila tidak dapat dipenuhi.
Namun akhir-akhir ini, saya kerap pula menerima panggilan dan pesanan yang bukan untuk menjemput ke ceramah, sebaliknya memaklumkan apa yang berlaku dalam ceramah-ceramah yang tidak dihadiri saya. Selepas memeriksa pesanan-pesanan ini, saya akan segera mencapai papan kekunci dan melayari portal-portal berita internet. Benar, sejak akhir-akhir ini, sudah menjadi berita wajib yang mengisi ruang-ruang utama iaitu kekacauan, kekecohan, dan pelbagai insiden-insiden buruk yang berlaku di kawasan-kawasan yang berlangsungnya ceramah-ceramah politik.Hinggakan pada satu tahap, pihak kerajaan sendiri misalnya; walaupun mempunyai kekuatan dan akses penuh terhadap media cetak, televisyen, radio, dan pelbagai jenis media lain, terpaksa juga akhirnya turun ke kawasan-kawasan penduduk untuk turut berceramah. Begitulah hebatnya penangan ceramah politik. Pada hemat saya, ceramah politik hari ini sudah sepatutnya ditabalkan oleh Kementerian Kebudayaan sebagai satu lagi aktiviti kebudayaan rakyat di Negara ini.
Saya sendiri, setiap hari akan bangun dari tidur dengan begitu banyak panggilan-panggilan telefon yang tidak berjawab, ditambah pula dengan pesanan-pesanan ringkas yang tidak berbalas. Kebanyakannya adalah panggilan dan pesanan dari ramai pihak-pihak yang ingin menjemput saya untuk berceramah di tempat masing-masing. Saya punya masalah dalam membahagikan sebaik mungkin masa saya untuk memenuhi jemputan-jemputan tersebut.
Kadangkala, saya terpaksa menolak jemputan-jemputan yang bertembung pula dengan program-program berkaitan dengan kerja-kerja gerakan pelajar. Itulah yang menjadi dilema saya hampir setiap hari. Kerja dan tanggungjawab bersama gerakan banyak, namun jemputan-jemputan ini pula tidak sampai hati untuk ditolak kerana kebanyakan yang menjemput ini datang dari ceruk-ceruk kampung dan kadangkala, sampai merajuk apabila tidak dapat dipenuhi.
Saban hari, saya membaca berita-berita yang melaporkan politisi A dipukul, politisi B dipecahkan keretanya, parti C menghantar samseng untuk membuat kacau, penyokong D cedera ketika ceramah berlangsung, dan sebagainya. Ini satu kerisauan buat saya.
Saya sendiri juga pernah mengalami beberapa situasi pertembungan dan kekecohan ketika memenuhi jemputan ceramah di beberapa kawasan panas termasuklah kampung halaman sendiri. Dibaling cat, dikepung sekumpulan samseng, dimaki oleh individu-individu yang menyelinap ke dalam orang ramai, dikuatkan pembesar suara dari tempat lain, dibakar poster dan kain rentang, serta banyak lagi. Pernah rakan-rakan mahasiswa yang lain seperti Khalid dan Ekhsan diserang oleh segerombolan manusia ketika mereka sedang berceramah, contohnya di Klang beberapa bulan lalu. Pernah juga pentas mahasiswa ini dirobohkan! Insiden-insiden sebeginilah yang saban hari menjadi tajuk-tajuk berita yang terpaksa kita baca hari ini. Pentas ceramah tidak lagi seronok dan menghiburkan seperti dahulu.
Akhirnya, bila melihat kegilaan yang sedang menjadi-jadi ini, saya hanya mampu teringat kembali bait-bait Ronggowarsito; jaman edan!
*Adam Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan kini Bendahari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
No comments:
Post a Comment