Thursday, May 31, 2012

SPR dah jadi KATON demi menyelamatkan 'bapak penguasa'

Lagi peraturan BANGANG dari SPR 'si anjing Umno'

Penat aku google "Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994" nak tengok macamana rupa seksyen tu tapi sampai ke sudah tak jumpa. Heran jugak aku, macam tu punya besar database www takkan takdak sorang pun yang terfikir nak upload akta tu.

Semalam aku jumpa artikel dalam Harakahdaily:
Beberapa laporan akhbar pada 31 Mei (hari ini) menyiarkan berita bahawa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa gambar karikatur tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen PRU 13 nanti. Dalam respon segera oleh kartunis terkenal, Zunar beliau mengatakan bahawa beliau akan terus berkempen menggunakan karikatur.

Pertamanya, agak tidak tepat laporan Utusan dan Bernama itu kerana semakan saya mendapati tidak wujud Akta Pilihan Raya 1994. Yang ada adalah Akta Pilihan Raya 1958. Tetapi kandungan seksyen 4(a) itu tidak menjurus kepada maksud pengharaman itu. Saya fikir mungkin wartawan tersalah dengar atau tersalah catat. - Hrkh.
Rupa-rupanya memang takdak undang-undang macam tu, patut pun aku cari tak jumpa.
Dr Zulqarnain Lukman dalam artikel Harakahdaily tu jugak tulis:
Yang sebenarnya mungkin seksyen yang menjadi taruhan Timbalan Pengerusi SPR adalah seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Seksyen tersebut menyatakan:
Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan

4A. (1) Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau pemusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau daripada golongan yang sama atau golongan yang berlainan penduduk Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya. - Ibid.
Penat aku baca seksyen tu, panjang sangat ayat dia, payah nak faham, dah la takdak titik dan aku pulak bukan ada background undang-undang.

Tapi setakat yang aku boleh faham tak berapa nak kena dengan nak larang guna karikatur.

Aku setuju dengan apa yang Zunar tulis:
Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam pilihan raya. Dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya. Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling melucukan.

Ini kerana yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen. Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua bentuk medium perlu diambil tindakan. - MerdekaReview.
Sebenarnya tak payah tunggu orang yang ada backgroung undang-undang, orang biasa pun boleh nampak betapa BANGANGnya cadangan Timbalan Pengerusi SPR tu.

Memang langsung tak logik SPR nak kuatkuasakan peraturan macam tu, suka-suka buat peraturan ikut kepala depa.

Macam tu jugak peraturan tak bolek naikkan bendera parti yang tak bertanding, peraturan ni jugak SPR buat berdasarkan tah seksyen mana ikut tafsiran depa sendiri padahal aku yakin takdak disebut secara jelas dalam mana-mana seksyen larangan macam tu.

Aku harap ahli parlimen Pakatan Rakyat bawak benda ni dalam parlimen dan tekan SPR sungguh-sungguh.

Kalau boleh buat sampai macam masa pindaan Akta Kesalahan Pilihanraya hari tu, walaupun diluluskan jugak oleh parlimen tapi kerajaan terpaksa mansuhkan beberapa perkara. Dan bila sampai di Dewan Negara bila ditekan lagi akhirnya pindaan tu ditarik balik.

Yang SIALnya Timbalan pengerusi SPR ni sibuk nak kuatkuasakan peraturan yang remeh temeh macam ni, tapi tak teringin pulak nak pastikan tanggungjawab utama SPR macam yang digariskan oleh perlembagaan betul-betul terlaksana.

Dalam Perlembagaan Perkara 114(2) jelas tertulis
"Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM ." - Ibid
Perkara 114(2) sangat jelas bagi panduan kepada SPR dalam nak buat apa-apa peraturan perkara yang paling utama yang perlu diambil kira adalam "MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM" dan dalam kes karikatur ni sangat-sangat jelas yang peraturan tu TIDAK MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.

Tapi, nak buat macamana, kalau yang jadi pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR pun dari kalangan ahli Umno, memang kita tak patut heran langsung kalau depa-depa ni buat aksi macam 'si anjing Umno'.

[Kredit imej: Ronasina]

No comments:

Post a Comment