Muhammad Faizal, 30 Mei 2012
PETALING JAYA: PKR hari ini mendesak Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menjelaskan kepada rakyat berapakah jumlah hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun 2020 dan berapakan pula unjuran kutipannya kelak.
Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli berkata, Khaled juga harus menyenaraikan langkah-langkah yang sedang diatur oleh BN untuk memastikan kutipan hutang PTPTN adalah lebih tinggi dari rekod setakat ini.
"Dengan kadar kutipan sebanyak RM2.22 bilion sahaja bagi tempoh 1997 hingga 2010 ini menimbulkan pertanyaan besar sama ada jumah hutang ini akan dapat dikutip pada suatu hari nanti.
"Persoalan jumlah hutang bakal ditanggung oleh PTPTN ini juga membawa dimensi baru dalam polemik model pendidikan tinggi negara," katanya.
Tambahnya lagi, persoalan jumlah hutang ini sangat penting untuk membolehkan rakyat menilai bagaimakah bentuk pendidikan tinggi yang mampan untuk negara.
Sebelum itu, di antara tahun 2005 hingga 2010, berlaku peningkatan ketara jumlah pinjaman yang diberikan kepada Institut Pengajian Tinggi Awan (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Di mana jumlah pinjaman yang dikeluarkan kepada IPTA bagi tahun 1997 sebanyak RM212 juta dan meningkat kepada RM2.58 bilion bagi tahun 2010.
Manakala untuk IPTS pada tahun 1997 sekitar RM7 juta tetapi meningkat mendadak melebihi IPTA iaitu RM3.5 bilion bagi tahun 2010.
Jika kesemuanya dijumlahkan, bermakna sehingga 2010 sejumlah RM6.094 bilion telah diberi pinjam dan hanya RM2.22 bilion sahaja yang dapat dikutip.
No comments:
Post a Comment