Gambar Hiasan |
Mungkin tidak siuman,boleh jadi juga desprado peringkat tinggi, menyebabkan sesetengah kita suka mengaibkan orang secara keterlaluan.
Tiada belas, tiada juga malu, kita menyelak dan menyentap seluar dalam orang, tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Malah, bagi sesetengah pihak, menjadi kemegahan pula sekiranya berjaya membongkar dan mencanangkan keaiban seseorang. Dia berasa dirinya wira – gambar disiar dalam media – apabila dapat menghebahkan aib orang.
Inilah kecenderungan akhir-akhir ini. Hal-hal yang amat peribadi, termasuk gerak-geri dan goyang-goyang atas katil pun dijadikan bahan untuk menjatuhkan seseorang.
Beberapa pemimpin Melayu menjadi mangsa kecenderungan baru ini. Rasanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah cukup dimalukan.Tiada belas, tiada juga malu, kita menyelak dan menyentap seluar dalam orang, tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Malah, bagi sesetengah pihak, menjadi kemegahan pula sekiranya berjaya membongkar dan mencanangkan keaiban seseorang. Dia berasa dirinya wira – gambar disiar dalam media – apabila dapat menghebahkan aib orang.
Inilah kecenderungan akhir-akhir ini. Hal-hal yang amat peribadi, termasuk gerak-geri dan goyang-goyang atas katil pun dijadikan bahan untuk menjatuhkan seseorang.
Mula-mula dengan terbongkarnya video berstatus ‘XXX’, iaitu aksi seks atas katil antara seorang wanita dengan lelaki yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu.
Tukang bongkar @ pengedar video lucah itu ialah kumpulan perisik persendirian ala James Bond 007 yang menggelar diri mereka ‘Datuk T’.
Dua tiga hari nama dan gambar mereka disiarkan secara gah dalam media.
Tidak cukup dengan video ranjang itu, diungkit pula kisah lama kononnya pemimpin PKR yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu ada hubungan sulit dengan isteri orang.
Ada pihak mendesak supaya Anwar menjalani ujian DNA. Ada individu mendakwa mempunyai bukti kukuh hubungan intim lagi haram itu.
Sehari dua ini timbul pula satu lagi berita hangat kononnya Anwar pernah mengurat seorang lelaki bekas pelajar universiti.
Pendedahan terbaru ini dibuat oleh Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).
Ahli Majlis Syura TIBAI Abdul Ghani Haron bertanya, mengapa Anwar mahu bekas pelajar itu mengirim ‘gambar luar biasa’ @ gambar tidak pakai baju kepadanya.
“Anwar sedang mengurat lelaki ini, saya ada bukti dan saya boleh bongkar siapa budak ini,” kata Ghani.
Selain Anwar seorang lagi pemimpin PKR yang diaibkan ialah Azmin Ali.
Ada pihak mengedarkan gambar menerusi internet menunjukkan seorang wanita bersama seorang lelaki mirip Azmin sedang melakukan adegan ‘aduhai-aduhai’ dan ‘ahak-ahak’ dalam tandas. Azmin menegaskan beliau bukanlah lelaki dalam gambar tersebut.
Pemimpin BN pun tidak terselamat daripada kumpulan kaki aib. Naib Presiden Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal baru-baru difitnah mempunyai hubungan dengan seorang artis jelita lagi seksi.
Beliau menafikan. Saya percaya dalam kehangatan semua orang bercakap mengenai pilihan raya umum, pasti banyak lagi kisah dalam kelambu para pemimpin akan didedahkan. Kaki aib ada di manamana, dan sedang bekerja keras sekarang.
Mereka melakukan kerja kotor untuk mendapatkan wang.
Maka jangan terkejut sekiranya sehari dua ini pemimpin kesayangan anda muncul di You tube dalam keadaan bogel dan guling-guling atas katil.
Boleh jadi akan ada para isteri pengsan atau separuh sewel apabila ditunjukkan VCD suami mereka bercanda atau ber‘ahak-ahak’ dengan wanita lain.
Saya diberitahu seorang rakan bahawa ada satu video menunjukkan dengan jelas seorang pemimpin wanita sedang melakukan adegan keterlaluan dengan lelaki yang bukan suaminya.
“Tak lama lagi akan keluar, tungguuu...” Saya harap ini hanya gurauan. Tetapi, sudah banyak bukti, gurauan akhirnya menjadi kenyataan.
Apabila bercakap mengenai pilihan raya, saya pasti ditanya: Apakah pendedahan aib seperti ini boleh menjejaskan peluang seorang untuk menjadi calon pilihan raya? Atau, sejauh mana gambar dan video lucah boleh menjatuhkan seseorang?
Pada hemat saya mungkin ada kesannya. Tetapi mungkin juga tidak ada kesan langsung. Ada sebab mengapa video dan gambar ‘XXX’ tidak berkesan, sebaliknya pihak yang diaibkan itu semakin mendapat lebih simpati.
Pertama, orang muak dan menyampah pada tukang bongkar, sebab banyak sangat aib didedahkan. Macam tidak ada kerja lain. Apa perlunya hal-hal peribadi seseorang dihebahkan?
Percayalah, ini bukan cara cari duit atau cari publisiti sengkek. Kedua, orang dapat menilai sesetengah tukang bongkar pun bukanlah bersih sangat latar belakangnya. Orang masih ingat kisah silam mereka pun jauh lebih teruk dan jijik daripada keaiban orang lain.
Pendek kata sebelum mendedahkan aib orang lain, ada baiknya lihat dulu diri sendiri dalam cermin.
Ingat fitnah yang dibuat akan berada didalam lipatan sejarah dan jika orang yang difitnah itu tidak melakukannya , sejarah akan mengungkap kembali diri pemitnah dengan lebih hina dari orang yang difitah , seperti mana jari telinjuk yang menuding manakala empat jari lagi balik kearah diri sendiri
ReplyDelete