Bingung kena keluar rumah
29 Jun 2012
BUKIT SELAMBAU – Seorang ibu tunggal serta lima anggota keluarga lain bingung memikirkan ke mana hala tuju seterusnya setelah pemilik rumah sewa meminta supaya mengosongkan rumah diduduki mereka sehingga hujung bulan ini.
Som Abdul Rahman, 53, berkata, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh yang diberikan tuan rumah supaya berpindah tetapi dia masih belum tahu ke mana hala tuju mereka.
Menurutnya, dia sudah beberapa kali merayu supaya membenarkan enam beranak itu berteduh di bawah rumah berkenaan yang disewa RM50 sebulan.
“Bagi menampung perbelanjaan, saya dan anak sulung, Norasidah, 24, mengambil upah menoreh getah dan menerima pendapatan kira-kira RM40 seminggu setiap seorang.

“Setiap kali bayar sewa bulanan, tuan rumah pasti bertanya bila lagi nak keluar kerana sudah terlalu lama membenarkan kami menetap di sini,” katanya kepada Sinar Harian.
Som yang berstatus ibu tunggal sejak 10 tahun lalu berkata, Norasidah juga sudah berpisah dengan bekas suami dan memiliki seorang anak berusia dua tahun yang tinggal bersama.
“Anak kedua, Mohd Izwan, 19, pula sedang mengikuti kelas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bukit Selambau kerana tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU) sementara
anak ketiga, Nurul Naemah kini berada di tingkatan lima.
“Nurul Naemah juga mengalami masalah sama dengan Mohd Izwan iaitu berdepan masalah pembelajaran sejak kecil,” katanya.
Som berkata, walaupun dia adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi wang terbabit tidak mampu untuk menampung perbelanjaan harian dan persekolahan Nurul Naemah serta anak bongsu, Mohd Faizul, 12.
Tinjauan Sinar Harian ke rumah sewa mereka menemui Som, Mohd Izwan dan Norasidah serta cucu Som berusia dua tahun manakala dua lagi anaknya sedang bersekolah.
“Baru-baru ini, tuan rumah sudah bagi tempoh sehingga akhir bulan Jun sahaja dan meminta kami semua mengosongkan rumah. Saya tidak tahu ke mana harus bawa anak serta cucu tinggal sedangkan tiada tempat berteduh,” katanya.
Som berkata, dia juga berusaha beberapa kali untuk mendapatkan bantuan melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) namun masih belum mendapat reaksi positif.
Dia memohon pihak berkenaan memberi kelonggaran kepada keluarganya sehingga menemui jalan penyelesaian terhadap masalah itu.
Hang tak cuba cari jalan tolong ka??? Hang ada cable ...kawan2 blogger..jgn harapkan org lain je...kalau dah tahu lambat nak tolong..hang la cepat2 cari jalan...
ReplyDelete