ALOR SETAR - Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah akan berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan Pelancaran Program Kesihatan Bergerak – ‘Mobile Health Screening Programme’ sempena Karnival Amal Hari Penyayang 2012, anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) pada 7 Julai 2012 di Pekarangan Stadium Darul Aman, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Penyayang YSB 2012, YB. Dato’ Bijaya Indera Dato’ Wira Haji Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, berangkat sama ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Sultanah Haminah Hamidon.
“Projek ini adalah kerjasama pintar antara YSB, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan dan juga Sunway Group di dalam usaha bagi mendidik dan memupuk kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan dalam penjagaan kesihatan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Karnival Amal Hari Penyayang 2012 di Bilik Mesyuarat YSB, di sini.
Menurutnya, projek itu juga adalah sebagai salah satu langkah awal untuk mengesan dan seterusnya mencegah penularan penyakit berisiko.
“Dijangkakan program ini akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk di negeri ini,” katanya.
Beliau menjelaskan, pemeriksaan kesihatan bergerak ini adalah berbentuk sebuah bas yang mempunyai kapasiti 40 tempat duduk yang telah diubahsuai.
“Bas yang telah dilengkapi dengan tujuh stesen pemeriksaan akan digunakan untuk bergerak ke darah luar Bandar dan juga untuk melakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian air kencing, tekanan darah, ujian glukosa dalam darah, ujian kolestrol dalam darah, ujian indeks jisim badan (B.M.I), ukur lilit pinggang, kandungan protein dalam air kencing, obesiti dan kaunseling kepada masyarakat,” katanya.
Tambahnya, objektif Hari Penyayang diadakan pada tahun ini adalah untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta untuk menanggung kos operasi harian Pemeriksaan Kesihatan Bergerak bersama-sama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan yang dianggarkan sebanyak RM500,000 setahun.
Syed Unan berkata, Karnival Amal Hari Penyayang 2012 akan diadakan pada 6 hingga 8 Julai 2012 di Pekarangan Stadium Darul Aman, di sini.
“Pelbagai acara menarik turut diadakan seperti bazaar jualan, bazar makanan dan kafe penyayang, kempen derma darah, pameran kerjaya dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukan remaja – pertandingan futsal remaja, larian amal, kayuhan basikal amal, pertandingan ayam serama dan suara burung aksotik, peraduan mewarna kanak-kanak serta persembahan artis terkenal tanah air,” ujarnya.
Di samping itu, katanya, pihak penganjur juga turut menyediakan hadiah-hadiah menarik bernilai RM20,000 melalui cabutan bertuah kepada setiap pengunjung yang membeli kupon berharga RM10.
“Orang ramai boleh mendapatkan kupon berharga RM10 itu di kaunter urusetia yang akan dibuka pada 4 Julai 2012 di Pekarangan Stadium Darul Aman atau di pejabat YSB,” jelasnya
Untuk maklumat lanjut berhubung program itu, bolehlah menghubungi YSB di talian 04-7304112 / 04-7311870 / 04-7348053.

No comments:
Post a Comment