Saturday, June 23, 2012

Maksiat berleluasa di Kedah... Angkara Siapa?



Oleh: Kamaruddin Kassim
(Urusetia Menangani Gejala Sosial)

Lama dah kami tau semenjak wujudnya Urusetia Mengangani Gejala Sosial yang dipersetujui oleh mesyuarat EXCO kali kedua tahun 2008. Diletakkan di bawah exco Belia ... bila berjalan dan kami buat latihan dan pematauan semua pusat hiburan di negari kedah khususnya di Langkawi, Alor Star dan Sungai Petani. Kami hantar aktivis dakwah turun padang mendidik masyarakat, jumpa taukeh pusat hiburan dan jelaskan apa itu islam dan larangan umat Islam terlibat dengan acara yang bertentangan Islam.

Kami tak disukai oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri yang terlibat meluluskan lesen pusat hiburan sebab kami bongkar dan selongkar. Ada yang tak kena dengan mereka yang diberikan amanah ini. Akhirnya atas nasihat pegawai-pegawai kanan kerajaan ini diterima oleh MB. Selama ini pun kami bergerak tidak mendapat pembiayaan kerajaan. Sekarang ni dah tak ada siapa lagi nak nak pantau ... inilah bala Allah kerana silap mendapat nasihat. Kami yang buat kerja bertungkus lumus ni tidak dihargai dan kami bukan nak dihargai sebab kami anak kedah dan ingin buktikan kedah benar-benar "SEJAHTERA" .. Apabila bala menimpa negeri kedah bukan sahaja bala itu kena pada MB tetapi kepada semua rakyat kedah tak kira apa fahaman politik mereka. Kedah ni bukan milik MB sorang tapi milik semua rakyat kedah.

Amanah Allah kena jaga supaya Allah tak datangkan balanya nanti. Jadilah manusia bodoh yang boleh diajar serta boleh ditegur dan pandai boleh diikut. Jangan kita jadi jahil murakkab. Dah elok cantik wujudnya Urusetia ini ... apa yang kami buat tak mau ikut dan dengar ... masih dok nak dengar nasihat orang yang nak nak khianati Kerajaan Negeri.

Dok nak jaga sangat mereka yang menjadi gunting dalam lipatan dan api dalam sekam ... org mcm ni depa percaya sgt dan sukarelawan yg nak bantu negeri kedah dalam membenteras gejala sosial depa tak percaya.
hari ini sama2 kita bertazkirah dan muhasabah diri .... bagi kami yang selalu duduk di lapangan dah tahu macam2 hal yang tak kena ... tak perlu nak menuding jari dan sebut secara peribadi siapa yg tak kena. Tapi pimpinan tertinggi kita negeri kedah adalah MB ... bawahnya ada EXCO itu dan ini .... bawa MB ada Pegawai tadbir kerajaan di peringkat negeri ... di daerah ada Pejabat Daerah dan PBT ... Peringkat MB dan EXCO memang orang PR yang memerintah ... tapi di peringkat kakitangan kerajaan negeri dan daerah macam-macam fahaman politik yang mereka anuti. Nak pastikan supaya kakitangan kerajaan negeri ini taat kepada pemerintah dan beramanah menjalankan kerja mengikut dasar kerajaan yang sudah ditetapkan kenalah ada sukarelawan yang membantu bagi melancarkan kerja-kerja di peringkat akar umbi.

mPegawai kerajaan sepatutnya buat kerja yg sudah ditentukan oleh kerajaan.. Walaupun PAS yang mengepalai pemerintahan peringkat negeri tapi dasarnya bukan dasar PAS tapi dasar kerajaan peringkat negeri. Sukarelawan buat kerja full time ... waktu malam buat pemantauan dan dakwah. Di kalangan org awam yang menjadi jentera kerajaan negeri adalah Ahli Majlis Mesyuarat dan MKK .... apakah mereka ini juga aktif dalam kerja-kerja sosial membenteras gejala sosial dan maksiat dgn pendekatan dakwah. InsyaAllah jika amanah yang Allah bagi kali ini dilaksanakan dengan betul dan sepenuhnya .. insyaAllah ..Allah akan bagi peluang sekali lagi meneraju pemerintahan ... jangan salahkan musuh, sebab namanya pun musuh, jika kita buat perkara yg terbaik pun, musuh tak akan suka .. musuh juga manusia .. harus diingat, sekuat mana pun musuh buat kerja, mereka adalah manusia macam kita juga ... harus diingat ... kuasa Allah adalah mutlak ....

Dia akan sentiasa bagi kemenagan kepada perjuangan yang hak dengan syarat jagan amanah dengan betul .. kalau tidak, Allah akan kembalikan pemerintahan kepada musuh semula .... Allah dan bagi ruang dan peluang untuk kita baiki diri dan umat ...sekali-kali Allah tidak menzalimi hambaNya, hambaNya sahaja yg bersifat angkuh, takabur, sombong, panas baran, bengkeng, ego ... Allah bersama-sama orang yang bersabar dalam mentaati perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya ... InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment